Khamis, 17 November 2011

PESANAN DARI Y.A.B AYAHANDA TUN DR MAHATHIR MOHAMMAD

"Perjuangan Belum Selesai"
Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)






"Perjuangan Belum Selesai"

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal erti takut dan kematian.
Di manakah silapnya?sehingga bangsa ku berasa kecil dan rendah diri.Apakah angkara penjajah lalu bangsaku mulai melupakan kegemilanagn silam membina empayar.

Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.

- Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)



"Melayu mudah lupa"
 Tun Dr. Mahathir Mohamad





"Melayu mudah lupa"
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai...


"Melayu mudah lupa" merupakan kata kata hikmat mantan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad,yang akan tersemat dalam sanubari sebahagian besar Bangsa Melayu. Peringatan ini diluahkan melalui persembahan sajak oleh Presiden UMNO itu sendiri semasa ucapan pengulungan Presiden, Perhimpunan Agung UMNO pada 23 Jun 2001, untuk menyedarkan bahawa sifat negatif ini wujud dalam sistem orang Melayu agar sentiasa beringat, sedar keadaan mereka dan tidak cepat dan mudah selesa.


Hari ini, peringatan hikmat ini mempunyai makna baru. Hari ini, peringatan hikmat ini membawa konnotasi bahawa orang orang Melayu mudah alpa kepada jasa jasa orang lain keatas mereka, walaupun jasa jasa itu begitu besar dan dalam kesanya.


Beliau merupakan mantan Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO dari 17 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003 dan dalam sejarah, merupakan pemimpin paling lama berkhidmat dijawatan tertinggi Negara itu. Dalam tempoh kepimpinan itu, begitu banyak perubahan dan pembangunan dilaksanakan untuk orang orang Melayu dan begitu ramai pemimpin pemimpin dikalangan orang orang Melayu diberikan peluang, sehingga mencapai ke peringkat tertinggi, terutama melalui UMNO.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan