Khamis, 23 Februari 2012

PAS Bukan ISLAM Dan ISLAM Bukan PAS



Pas Tiada Kaitan Dengan ISLAM,Sebab PAS Bukan ISLAM Dan ISLAM Bukan PAS,PAS Hanya Parti Politik.

Berdasarkan penjelasan diatas,jelaslah kewujuda PAS tidak ada kena mengena dengan ISLAM.Ia hanya diasaskan oleh manusia iaitu Tuan Haji Ahmad Fuad yang kecewa keluar  dari UMNO dan penubuhan PAS juga diiktiraf Penjajah British waktu itu.Walaupun sekarang ini PAS dipimpin oleh Ulama atau sebahagiannya Bukan Ulama dan mengemukakan pelbagai slogan namun dari perspektif ISLAM,PAS tetap sebagai sebuah PARTI POLITIK  dan ia BUKAN SEBAGAI AGAMA.

Oleh itu fahamilah kita bahwa PAS tidak ada kena mengena dengan ISLAM sebagai  “AD DIN”.PAS TIDAK ADA DALAM AL – QURAN ATAU HADIS MALAH TIDAK ADA DIIJMAKKAN OLEH ULAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA.PAS CUMA SEBAGAI PARTI POLITIK SAHAJA YANG PERLEMBAGAANNYA TERTAKLUK DIBAWAH PENDAFTAR PERTUBUHAN (ROS).


Oleh itu sesiapa pun tidak boleh mendakwa “PAS ITU ISLAM DAN ISLAM ITU PAS”.Kerana masih banyak badan – badan lain yang melakukan aktiviti - aktiviti ISLAM dan ramai orang ISLAM lain yang tidak menyertai PAS atau tidak menyertai mana – mana parti politik atau mana – mana badan .APAKAH APA YANG MEREKA USAHAKAN UNTUK ISLAM DIANGGAP TIDAK ISLAMIK..??TIDAK DAPAT PAHALA..??DAN TIDAK DINILAI OLEH ALLAH SEBAGAI IBADAH...??

Jadi atas alasan apa sehingga Para Ulama PAS berani mengeluarkan FATWA bahawa Undi dan Sokong UMNO JAHILIIAH dan Undi PAS dapat PAHALA dan Terjamin SYURGA..
Sesungguhnya agama itu ialah “Cara Hidup”...cara hidup atau agama yang sebenarnya sah dan diakui ALLAH s.w.t hanyalah ISLAM.


Allah berfirman,maksudnya:

“Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi  Allah hanyalah ISLAM.Tiada berselisih di kalangan mereka yang telah diberi Al – Kitab(Maksudnya,ialah Kitab – kitab yang diturunkan sebelum Al – Quran)kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka,kerana kedengkian (yang ada) di antara mereaka...”(Surah 2 ,Ali Imran ayat 19)

Jelas sekali dalam ayat di atas ,Allah s.w.t  memberitahu punca perselisihan di kalangan ahli – ahli agama (para Ulama) ialah kerana sifat “dengki”.Itulah di antara puncanya PAS menolak “PERPADUAN “ dengan UMNO,ditambah dengan Hasutan dari rakan dalam Pakatan Rakyat yang tidak senang melihat Umat Melayu dan Islam BERSATU yang kelak akan membina kekuatan tersendiri...

Selasa, 21 Februari 2012

Penipuan PR....Kali ni kapal Israel pulak berlabuh di Port Klang...




Lagi-lagi cerita tentang hubungan Israel - Malaysia . Terbaru mengenai pendedahan kapal ZIM USA dan ZIM ATLANTIC yang berlabuh di Port Kelang pada pertengahan Februari 2012. Seperti yang kita tahu, Malaysia memang tak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel,cuma kejadian dua kapal milik syarikat Israel berlabuh di Port Klang buatkan ramai orang tertanya-tanya. Semua orang tahu, orang Jews ni bangsa yang cerdik, kalau diaorang tak dapat berniaga secara terus , diaorang akan gunakan proksi . Analogi proksi ialah macam syarikat2 di Malaysia yang kononnya milik penuh bumiputera tetapi sebenarnya ada taiko lain di belakang untuk masuk tender-tender yang dikhaskan untuk bumiputera saja.

Jadi itulah sebenarnya dibuat oleh syarikat ZIM ni, diaorang daftarkan syarikat/kapal2 di negara lain yang ada hubungan diplomatik dengan Malaysia, samada dengan nama syarikat yang asal atau diubah . Dasar kerajaan hanya menghalang syarikat dan kapal2 yang didaftarkan di Israel , sekiranya syarikat2 milik Israel ini berdaftar di negara lain, maka syarikat2 berkenaan dianggap berasal dari negara yang didaftar. Macam kes ZIM USA dan ZIM ATLANTIC , memang terang2 kapal ini berdaftar di Liberia jadi secara teknikalnya tiada sebab untuk kerajaan menghalang kapal yang berdaftar dari Liberia ni untuk berlabuh di Port Kelang, (sumber ZIM USA) (sumber ZIM ATLANTIC)

Sebenarnya syarikat-syarikat dari Israel ini dah lama menggunakan proksi di negara-negara yang tiada hubungan diplomatik untuk mengembangkan perniagaan mereka. Mereka boleh saja menggunakan proksi untuk membolehkan kegiatan perdangangan menjadi sah. Contoh mudah ialah bekas presiden ZIM Asia , Yigal Dafni , mempunyai 40 tahun pengalaman berurusan dengan negara yang tiada hubungan diplomatik dengan Israel contohnya Pakistan, UAE, Malaysia dan Indonesia. Beliau melakukan ini dengan menubuhkan syarikat luar pesisir di negara2 ini, untuk memudahkan urusan di negara2 ini Yigal Dafni juga memohon untuk mendapatkan kemudahan passport Singapore. (sumber)



Jadi kesimpulan mengapa kapal dagang ZIM USA dan ZIM ATLANTIC boleh berlabuh di Port Kelang ialah sebab kapal tu didaftar di Liberia dan bukannya Israel walaupun syarikat ZIM ni milik Israel. Nak tahu syarikat-syarikat lain di Malaysia yang ada kaitan dengan Israel ? Cuba check website ni. Punyala banyak produk yang berkaitan Israel ni ada dijual di Malaysia tapi tak pulak di buat kecoh ?

ISU PEMISAHAN SINGAPURA-MALAYSIA: RASIONAL KESELAMATAN POLITIK



ISU PEMISAHAN SINGAPURA-MALAYSIA


RASIONAL KESELAMATAN POLITIK


Malaysia dibentuk pada 16 September 1963 sebagai reaksi terhadap pelbagai ancaman domestik dan serantau. Selain Tanah Melayu, Persekutuan Malaysia pada asalnya, turut memasukkan Singapura, wilayah-wilayah Borneo seperti Sabah dan Sarawak, serta Brunei Darussalam. Bagaimanapun, Brunei kemudiannya menentukan haluannya sendiri dengan tidak menjadi sebahagian dari Malaysia. Ia memberikan alasan politik yang dianggap menguntungkannya. 

Dalam hal Singapura, walaupun kerajaan tersebut menjadi ancaman kepada keselamatan politik Tanah Melayu, ia kemudian diimbangi melalui penyertaan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia. Artikel ini membincangkan proses pembentukan Malaysia dan kemasukan Singapura dalam Malaysia serta mempersoalkan motif disebalik kemasukan Singapura dalam penubuhan Malaysia serta pemisahannya dari negara tersebut. Andaian asas ialah penubuhan Malaysia bertujuan untuk mewujudkan keselamatan politik atau ‘political security’ di rantau ini. Kemasukan Singapura pada asalnya lebih didorong oleh hasrat mewujudkan keselamatan politik di Persekutuan Tanah Melayu. Dalam perbincangan rasional keselamatan dalam pembentukan Malaysia, penulis mengemukakan konsep baru dalam kajian Malaysia iaitu konsep keselamatan politik (political security). Data-data primer dari Arkib Britain di Kew Garden, London digunakan secara meluas.

Katakunci: Singapura, Malaysia, Keselamatan Politik
The Federation of Malaysia was formed on 16 September 1963 as a response to various domestic and regional threats. The idea of Malaysia originally included Malaya, Singapore, as well as the Borneo territories of Sabah, Sarawak, and Brunei. However, Brunei later decided not to be part of the scheme, due to its own political and economic reasons. In the case of Singapore, its potential risks to Malaya were mitigated through the inclusion of Sabah and Sarawak in the scheme. This essay discusses the factors leading to Singapore?s merger with and exit from Malaysia. It argues that Malaysia was established for the goal of creating ?political security? in the region.

Pengenalan

Artikel ini pertamanya membincangkan masalah sosial dan politik di Singapura, rasional proses pembentukan Malaysia. Kemudian ia akan menganalisa reaksi Singapura terhadap Malaysia. Akhirnya, artikel ini turut membincangkan implikasi isu Singapura dalam pembentukan Malaysia.

Masalah Sosial dan Politik di Singapura

Sepertimana di Tanah Melayu, masalah-masalah sosial dan politik di Singapura adalah disebabkan timbulnya isu komunalisme dan komunisme. Bagaimanapun, sementara perjuangan-perjuangan komunis di Tanah Melayu menumpukan perhatian kepada strategi gerila, kawalan komunis ke atas Singapura adalah secara mewujudkan revolusi di kawasan bandar.1 Menyedari masalah ini, Singapura terpinggir dari Semenanjung Tanah Melayu dan seawal 1955 British mengambil satu pendekatan berbeza di Singapura berbanding di Persekutuan dan menegaskan bahawa adalah tanggungjawab gabenor untuk keselamatan dalam negeri dan juga pertahanan luar.2 Ini adalah sebab mengapa Singapura tidak mendapat kemerdekaan awal bersama Malaysia pada tahun 1957. Pandangan British kekal menyatakan 'kepentingan strategik Singapura serta ancaman keselamatan yang serius dan keadaan politik yang tidak stabil telah menyebabkan mustahil untuk Britain memberi kemerdekaan sepenuhnya dalam konteks negara Komanwel’.Penguasaan komunis terhadap kesatuan-kesatuan perdagangan dan pelbagai parti politik menyebabkan satu pergelutan di antara kelompok komunis dan bukan komunis untuk menguasai kerajaan. Pemimpin-pemimpin People’s Action Party (PAP) yang telah dilepaskan dari penjara apabila PAP berkuasa pada tahun 1959 adalah kebanyakannya pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja, walaupun, secara kronologi dan ideologi, mereka adalah pertamanya ahli politik dan keduanya pemimpin kesatuan sekerja

Adalah penting untuk dinyatakan yang kawalan terhadap kesatuan-kesatuan perdagangan diambil sewaktu mereka masih dianggap sah. Melalui satu strategi Barisan Terbuka (Open Front), pihak komunis telah berkerja dengan sebilangan pertubuhan-pertubuhan sah, terutamanya kesatuan-kesatuan perdagangan yang telah wujud dihidupkan semula sebelum perang di bawah kesatuan buruh am atau General Labour Union (GLU). Pertubuhan-pertubuhan Open Front yang sah lain adalah seperti New Democratic Youth League (NDYL), the Singapore Women’s Association (SWA), the MPAJA Old Comrades Association (MPAJAOCA) dan the Tanah Melayun Democratic Union (MDU).Di bawah pimpinan Barisan Buruh Singapura, pihak komunis menambah satu siri pemberontakan dan penyusupan kesatuan-kesatuan perdagangan, yang berjaya menubuhkan kesatuan-kesatuan buruh dan perdagangan dan mengawal GLU. Kesatuan-kesatuan ini kemudiannya digunakan oleh mereka dalam menghasut dan mengurus pelbagai bentuk pemberontakan dan rusuhan. GLU dan pelbagai kesatuan perdagangan turut digunakan untuk tujuan lebih besar dari negosiasi buruh. Pihak komunis berupaya menguasai persatuan-persatuan ini lantaran keadaan dalam negeri di Singapura. Kedudukan industri bandar dan pertanian, adalah tidak teratur dan pengangguran adalah tinggi. Hasilnya, pihak buruh cenderung untuk bergerak dengan bebas untuk mencari pekerjaan di estet getah dan lombong timah yang baru. Dengan penubuhan semula GLU, parti itu berkeupayaan menawarkan pekerjaan untuk pekerja-pekerja yang berhijrah. Dalam menghadapi masalah-masalah ini, kerajaan Singapura mengetepikan tindakan polis untuk proses pengantaraan, walaupun pandangan serius pihak British tentang kesungguhan ancaman keselamatan dan desakan mereka agar langkah-langkah ketenteraan lebih diperkukuhkan

Selain pergerakan komunis dalam kesatuan-kesatuan perdagangan, pemimpin-pemimpin Melayu turut bimbang mengenai ancaman politik (PAP) dan pengaruhnya ke atas beberapa golongan kiri subkumpulan yang berpendidikan China di Tanah Melayu. Sebaliknya, pihak komunis telah berjaya dalam memanipulasi perlembagaan dan isu kewarganegaraan di kalangan masyarakat Cina dan kaum-kaum bukan-Cina. Mereka menyokong pembentukan Parti Nasionalis Melayu atau Malay Nationalist Party (MNP) dan majlis tindakan bersama Pan-Malayan atau Pan-Malayan Council of Joint Action. Bagaimanapun, walaupun pelbagai usaha untuk menarik orang Melayu. dilakukan, jurang pemisah di antara orang Melayu dan orang Cina adalah terlalu luas untuk dihubungkan.

Manakala masalah komunis adalah satu perkara yang kritikal dalam meradikalkan persepsi Tanah Melayu terhadap ancaman keselamatan, fakta yang terus kekal adalah pemimpin-pemimpin Tanah Melayu itu tidak sedar perbezaan di antara semangat kebangsaan Cina dan komunisme, yang telah terjalin secara rapat. Dalam hubungan dengan perpisahan Singapura dari Tanah Melayu, Lee turut menjelaskan yang Tunku mesti membezakan sentimen nasionalis masyarakat Cina daripada pengaruh komunis dan tidak untuk menggabungkan kedua-duanya seiringan. Lee selanjutnya berkata bahawa adalah amat penting Tunku memahami bahawa adalah satu kesilapan untuk bertindak atas dasar setiap orang Cina berpotensi menjadi penyokong komunis. Lee merasa yang Tunku berada di tahap bahaya untuk menimbulkan tentangan terhadap orang Cina dalam Persekutuan wujud dan Tunku lebih merasakan politik adalah untuk orang Melayu dan perniagaan untuk orang Cina

Bagi pemimpin Tanah Melayu, isu penting bukan sahaja komunisme dan komunalisme tetapi samada orang Melayu dalam jangkamasa panjang akan terus untuk berkuasa di dalam apa yang mereka anggap sebagai negara sendiri mereka. Orang Melayu tahu bahawa jika politik menjadi berbilang kaum dan berteraskan ideologi, maka dalam jangka panjang mereka akan rugi. Mereka juga tahu bahawa ahli politik yang paling pintar, berkemungkinan untuk merampas kedudukan mereka, adalah Lee. Oleh itu, kumpulan nasionalis menguruskan Lee dan menjamin kedudukan dan penguasaan mereka untuk jangkamasa panjang. Seiringan dengan pertambahan semangat kebangsaan, Tunku terpaksa mengalah kepada kumpulan nasionalis. Sebaliknya, Lee beranggapan yang dia tidak mampu untuk berdiam diri, pertama, dengan tindakan itu beliau akan hilang penyokong-penyokongnya dan keduanya sikap tersebut akan dianggap sebagai satu penerimaan secara tersirat akan penguasaan Melayu di Malaysia

Sebagai tambahan, Lee berpandangan yang adalah sukar membendung ketaksamaan di Malaysia khususnya antara masyarakat Cina dan bukan-Cina. Apa yang membimbangkan pemimpin-pemimpin Tanah Melayu sebenarnya adalah agenda politik Lee yang tersembunyi dan bertujuan untuk menjaga kepentingan masyarakat Cina. Tunku sentiasa curiga yang Lee cuba untuk mewujudkan hubungan dengan negara China. Isu ini adalah jelas, sebagaimana dokumen sulit yang telah dibenarkan untuk dibaca oleh orang awam memberikan maklumat yang Lee telah cuba untuk menghubungi China sebelum penggabungan Singapura dan Tanah Melayu berlaku. Pesuruhjaya Tinggi British di Singapura melaporkan bahawa Lee telah memberitahu beliau, secara rahsia dan tidak boleh dibocorkan dari kalangan pegawai tinggi British, yang mana sewaktu kunjugan Lee (sebelum penggabungan Singapura), beliau telah berjumpa dengan wakil kerajaan China. Lee mendakwa kerajaan China bersedia untuk menyatakan secara terbuka yang walaupun mereka tidak semestinya meluluskan pelan mewujudkan Malaysia, nasihat mereka untuk masyarakat Cina di luar negeri adalah agar mereka menyesuaikan diri mereka dengan keadaan setempat dan tidak dijajarkan dengan Peking. Pesuruhjaya berkata bahawa sementara dia memahami nilai hubungan politik dengan negara China bagi masyarakat Cina berpendidikan Cina di Malaysia, Lee perlu ingat bagaimana kuatnya perasaan Tunku tentang apa-apa usaha untuk berhubung dengan Peking. Pesuruhjaya kemudian dengan tegas menasihatkan Lee untuk tidak mengatakan sesuatu secara terbuka atau menimbulkan perkara itu dihadapan Tunku sehingga persetujuan telah tercapai untuk membentuk Malaysia

Sebagai rumusan, masalah-masalah sosial dan politik memainkan peranan yang penting dalam hubungan antara Singapura dan Malaysia. PAP memahami masalah perkauman di Singapura dan apabila ancaman komunis timbul, Lee mencadangkan idea untuk bergabung dengan Tanah Melayu dengan kepercayaan bahawa Singapura yang merdeka akan tunduk dengan semangat nasionalis China.Walau bagaimanapun, adalah sukar secara praktikal untuk membezakan antara komunalis Cina dan Komunis Cina kerana pihak komunis telah menggunakan semangat nasionalis masyarakat Cina untuk mewujudkan sokongan politik. Seperti dinyatakan di atas, perjumpaan Lee secara rahsia dengan wakil kerajaaan China telah mewujudkan lebih banyak kekeliruan terhadap isu komunalisme dan komunisme

Rasional Pembentukan Malaysia

Pertamanya, adalah penting untuk kita memahami rasional di sebalik pembentukan Malaysia. Sebagaimana dengan kes Persekutuan Tanah Melayu, pembentukan Malaysia adalah berdasarkan keanggotaan negeri-negeri dan wilayah-wilayah di rantau ini. Matlamat utamanya adalah untuk mewujudkan keselamatan. Sebagaimana kenyataan Stockwell, pembentukan persekutuan bertujuan untuk mewujudkan keselamatan dan keamanan kepada sekumpulan wilayah yang sebahagiannya belum lagi wujud sebagai sebuah negeri (Stockwell 2003).

Idea untuk menyatukan Tanah Melayu, Singapura, Brunei Darussalam, Sabah dan Sarawak dalam satu kesatuan politik yang lebih besar adalah tidak popular bagi rejim pemerintah di Tanah Melayu. Masalah pertama yang ketara adalah sebuah kesatuan negara seperti ini adalah berbahaya secara politiknya atau tidak praktikal dalam tempoh perubahan politik tanah air. Tambahan lagi idea itu ditentang oleh pihak komunis. Kedua, rancangan awal untuk menyatukan negeri-negeri Melayu di bawah satu entiti telah diperjuangkan oleh ahli politik Melayu yang pada awalnya merujuk kepada idea 'Keserantauan Melayu yang lebih besar', ditafsirkan sebagai satu empayar Melayu terdiri daripada semua kaum berketurunan Melayu dan bermodelkan kepada republik Indonesia, yang akan mungkin menjadi pusat pemerintahannya. 

Walaubagaimanapun, gerakan-gerakan awal ini tidak meraih populariti berbanding parti Perikatan dalam politik tanah air. Sebab ketiga adalah keadaan politik yang tidak stabil di Singapura dan ketakutan yang penduduk Cina Singapura akan bergabung dengan penduduk Cina di Tanah Melayu seterusnya mengganggu gugat keseimbangan kaum.
Bagaimanapun, pada bulan Mei 1961, Britain dan Tanah Melayu telah mencadangkan sebuah persekutuan Malaysia, yang mana dari perspektif keselamatan, orang-orang Melayu sebagai kaum yang rapuh akan terus berkuasa dengan cara mewujudkan keseimbangan antara orang Cina di Singapura dengan kaum-kaum yang berbeza di Borneo. Walaupun wujud kebimbangan akan kemungkinan Singapura merdeka dan dikawal oleh komunis, sudah tentu sukar mewujudkan sebuah kesatuan negara yang terhad lantaran lahirnya ketidakseimbangan kaum dan politik di Tanah Melayu. 

Bagaimanapun, dengan membawa negeri-negeri jajahan British di Borneo ke dalam kesatuan, satu nisbah kaum yang agak menyerupai Tanah Melayu boleh dikekalkan. Jumlah orang-orang Melayu yang besar di Borneo adalah satu sebab mengapa negeri-negeri Borneo penting sebagai pengimbang kepada majoriti Cina di Singapura.
Tambahan kepada masalah-masalah berkaitan kaum, pembentukan Tanah Melayu dan kemudian Malaysia, adalah bertujuan untuk menjamin pertahanan dan pengurusan keselamatan yang berkesan. Di bawah persetujuan mewujudkan Persekutuan Tanah Melayu, kerajaan British mempunyai kuasa penuh atas perkara-perkara berkaitan pertahanan. Skim pertahanan pan-Malaya diubah ke sebuah badan baru iaitu Majlis Pertahanan Tanah Melayu-Borneo.

Bagaimanapun, kewujudan Singapura sebagai satu unit politik, terasing daripada tanah besar, adalah kurang baik untuk perjalanan Majlis tersebut. Jawatankuasa Penyelarasan Bersama atau Joint Committee Co-ordination, dilantik pada tahun 1953 untuk menyiasat kemungkinan untuk mewujudkan penyelarasan dasar-dasar persekutuan dan Singapura, melaporkan bahawa, lantaran disebabkan Singapura terpisah dari Tanah Melayu, perancangan dan pelan pertahanan tidak dapat bergerak dengan cepat dan sempurna.Selanjutnya, setelah Singapura memperolehi status ‘kerajaan sendiri ' dan Tanah Melayu memperolehi kemerdekaannya, ancaman-ancaman bersama di rantau ini terus meningkatkan keperluan untuk mempunyai satu bentuk persekutuan baru. 

Adalah penting untuk diperhatikan di sini yang pembentukan satu bentuk persekutuan baru di tempat dimana sistem persekutuan telah wujud iaitu Persekutuan Tanah Melayu, adalah satu tugas yang perlu disegerakan disebabkan oleh ancaman-ancaman berterusan daripada pergerakan komunis di rantau ini. 17 Kerajaan British telah mula memikirkan tentang masalah ini sejak penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. Setelah berakhirnya Dharurat, lebih banyak usaha yang serius dibuat untuk menghadapi ancaman komunis di rantau ini. Ini dapat dilihat daripada peningkatan dalam hubungan komunikasi antara Britain dan Tanah Melayu, dan kewujudan jawatankuasa yang bertemakan ‘The Grand Design’ and ‘Greater Malaysia’ atau 'Tujuan mulia' dan ' Malaysia yang Lebih besar '.Oleh kerana perikatan telah memenangi pilihan raya Tanah Melayu yang pertama pada tahun 1955 dan parti politik pembangkang telah lemah, kerajaan British lebih terdorong untuk mewujudkan persekutuan baru untuk menghadapi komunis. Menurut Malcolm MacDonald – Gabenor Jeneral dan kemudiannya Pesuruhjaya atau Commissioner-General British di Asia Tenggara menjelaskan bahawa dengan pelan seperti ini, satu bentuk pentadbiran tersendiri oleh British dapat dilaksanakan di Asia Tengggara atau 'Dominion kerajaan British di Asia Tenggara' akan terhasil. 

Menurut Stockwell, komitmen Britain dalam usaha percantuman antara Singapura dan Tanah Melayu adalah disebabkan oleh tiga faktor utama. Pertama, wujud masalah politik di Singapura. Pada tahun 1959 tanah jajahan British ini telah memperolehi status pemerintahan sendiri dan telah dipimpin oleh Lee Kuan Yew yang memainkan peranan utama dalam menyakinkan Tunku untuk melakukan penggabungan atas alasan keselamatan. Pada bulan Julai 1961 sayap kiri Parti Tindakan Rakyat atau PAP berpecah dan telah membentuk Barisan Sosialis sebagai bangkangan terhadap rancangan menubuhkan Malaysia yang dianggap sebagai satu usaha “penjajahan baru”. Oleh kerana itu, parti PAP terancam, Lee Kuan Yew pula terpaksa untuk 'menunggang harimau’ sosialisme, dan Singapura telah digelar Cuba Asia Tenggara. Faktor yang kedua adalah status jajahan Britain di Borneo. Menteri-menteri dan pegawai-pegawai Britain melihat bahawa koloni-koloni di Sarawak dan Borneo Utara (sekarang dikenali sebagi Sabah) dan kesultanan Brunei Darussalam belum layak untuk wujud sebagai negara yang berasingan lantaran kemunduran politik dan ekonomi, kesatuan dengan semenanjung Tanah Melayu tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa. Satu lagi komplikasi yang wujud adalah berkenaan kedudukan Sultan Brunei Darussalam. Baginda telah menandatangani perjanjian dengan Britain pada tahun 1959, di mana negaranya akan memperolehi pemerintahan sendiri, tanpa kaedah demokratik dan institusi-institusi perwakilan. Ketiga, selain Dutch New Guinea (yang telah menyerah diri kepada Indonesia pada tahun 1963) dan Timor Portugis (dimasukkan ke dalam republik Indonesia pada tahun 1976), Singapura dan Borneo adalah sisa-sisa terakhir penjajahan Eropah di Asia Tenggara dan ini akan mengaibkan Britain dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan dalam hubungannya dengan Amerika (Stockwell 1998).

Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Geofry Tory, menyokong gagasan Malaysia dan mendesak bahawa kerajaan British harus menerima sebagai matlamatnya satu dasar berusaha ke arah mewujudkan sebuah kesatuan politik di antara Tanah Melayu, Singapura, dan wilayah-wilayah Borneo. Dia percaya yang jalan terbaik untuk mewujudkan kestabilan dan kejayaan untuk menghadapi pencerobohan komunis di Asia Tenggara dalam jangka panjang bergantung kepada penerusan hubungan yang kukuh dan mesra dengan kerajaan di Tanah Melayu; di dalam usaha inilah, akan wujud prospek terbaik untuk memelihara pengaruh Komanwel di rantau ini. Hasilnya, kerajaan British telah berkerjasama bersama-sama Tunku untuk mencapai sebuah persekutuan 'Malaysia' (Jones 2002; Sopiee 1974).

Bagaimanapun, bagi mengelakkan kritikan yang rancangan membentuk Malaysia adalah satu penjajah bentuk baru, kerajaan British merasakan bahawa adalah penting yang Tunku sendiri yang memulakan skim Malaysia tersebut. Pesuruhjaya British di Asia Tenggara, Selkirk, mencatatkan adalah mustahak bagi kerajaan British mengelakkan apa-apa prasangka yang menunjukkan mereka terlalu memaksa dalam perkara ini kerana langkah tersebut akan menyebabkan orang ramai bimbang. Beliau dipetik sebagai berkata: 'Saya dengan kuat menyokong rancangan ini. Jika rancangan ini ingin berjaya, ia tidak boleh dilakukan secara membuta tuli dan mendesak.pihak
yang terlibat mesti melakukannya secara perlahan-lahan sebagai sebahagian dari usaha mereka Tambahan pula, apa yang lebih menakutkan ialah sekiranya rancangan itu dibuat secara terburu-buru, ia akan mewujudkan konflik perkauman. Menurut gabenor Sarawak, Waddell, 'Jika proses penggabungan dibuat secara terpaksa pada tahun 1963 atau dibuat sebelum ia betul-betul bersedia, akan ada kemungkinan wujudnya konflik kaum dan keganasan.

Oleh kerana itu, pelan mewujudkan Malaysia hanya dilaksanakan oleh kerajaan British apabila mereka berpuas hati dengan keadaan dalam negeri di Tanah Melayu, populariti kerajaan Tunku serta kestabilan politik dalam persekutuan yang lebih luas.Terdapat beberapa pilihan dalam mewujudkan rancangan tersebut. Alternatif pertama, persekutuan Tanah Melayu, Singapura dan wilayah-wilayah Borneo akan merdeka dalam tiga unit-unit berasingan walaupun dengan ikatan persekutuan yang longgar. Jika alternatif ini diambil, ia bermakna penggabungan di antara Singapura dan Tanah Melayu gagal sebagai satu objektif politik, dan kuasa di Singapura akan diserahkan kepada satu kumpulan yang proChina serta mempunyai tali ikatan yang kukuh dengan kebudayaan dan ekonomi Komunis China. Alternatif kedua adalah 'Tujuan mulia' atau ‘Grand Design’. Dalam pemahaman yang umum, skim ini menggunakan kerajaan persekutuan Tanah Melayu sebagai pusat pemerintahan di rantau ini. Bagaimana setiap negeri memilih kerajaannya sendiri bergantung kepada kehendak mereka sendiri dan mereka boleh kekal secara fleksibel. Berkenaan wilayah-wilayah Borneo, satu usaha perlu dicapai untuk memikirkan bagaimana wilayah-wilayah tersebut boleh wujud dalam persekutuan yang lebih besar.Lee Kuan Yew turut menyakinkan bahawa jika penggabungan tidak berlaku dalam masa yang terdekat, pihak komunis akan memperolehi cukup masa untuk mewujudkan keadaan kacau-bilau.Akhirnya, alternatif kedua diambil kerana ia seiringan dengan dasar British yang anti-Komunis.

Perlu juga diingatkan bahawa dengan latarbelakang anti-komunis dikalangan majoriti masyarakat Melayu, usaha mewujudkan Malaysia adalah juga dilihat oleh kerajaan British sebagai satu usaha perlindungan terhadap usaha komunis meraih simpati di kalangan kaum Cina, terutamanya di Singapura. Bagi diri Tunku sendiri, Malaysia adalah penting sebagai satu alat untuk menggalakkan ketiga-tiga kaum utama untuk hidup secara aman damai dalam sebuah negara, dan dalam masa yang sama ia menjamin kekuatan politik Melayu. Oleh itu, sokongan kerajaan British dan Amerika memberi Tunku peluang mewujudkan keselamatan politik dan untuk menonjolkan wawasannya mewujudkan persekutuan Malaysia dan konsep keserantauan, yang mungkin mempengaruhi kuasa-kuasa politik di Asia Tenggara dan turut mempengaruhi persekitaran politik di dunia ini. Dalam ucapan Tunku di Foreign Correspondents Association of Southeast Asia, beliau menyatakan:

Tanah Melayu patut mengadakan satu persefahaman dengan Britain dan masyarakat di Singapura, Borneo Utara, Brunei Darussalam dan Sarawak. Adalah sesuatu yang dianggap pramatang untuk saya menyatakan sekarang bagaimana persefahaman lebih rapat ini boleh dilaksanakan namun tidak dapat dielakkan yang kita perlu melihat ke hadapan akan matlamat ini dan memikirkan satu rancangan untuk mengeratkan wilayah-wilayah ini dengan mewujudkan kerjasama politik dan ekonomi
Tunku menerangkan alasannya di dalam sebuah artikel yang dipetik dalam jurnal ‘Foreign Affairs’ tiga tahun kemudian:-
Kita telah berjaya mengatasi ancaman komunis di Tanah Melayu, tetapi kita juga menyedari perkembangan pengaruh komunis yang tersembunyi dan berbahaya di negara-negara. Saya menyedari dan bimbang dengan pengaruh komunisme di Singapura, Sabah, Brunei Darussalam dan Sarawak. Eksploitasi komunis dan perasaan antikolonial berlaku dengan pola yang sama kita lalui di Tanah Melayu sekarang ini berlaku di kawasan tersebut. Saya rasa masa semakin kurang, dan ancaman komunis telah menjadi semakin mendesak, masalah ini perlu kita atasi segera sekiranya kita inginkan kebebasan dan jauh dari bahaya. Oleh itu, dalam bulan Mei 1961 untuk pertama kali saya mengumumkan harapan saya untuk membentuk Malaysia demi membolehkan masyarakat di negeri-negeri ini untuk mencapai kemerdekaan yang mereka ingini dan dalam masa yang sama meletakkan satu noktah terhadap masalah kolonialisme di sana (Rahman 1965).
Berdasarkan analisis di atas, masalah komunis adalah sebab utama untuk membentuk Malaysia. Pihak komunis telah mengembangkan usaha-usaha mereka di Singapura dan wilayah-wilayah Borneo. Hubungan di antara Parti komunis Malaya (PKM) dan parti komunis Cina (CPC) telah diwujudkan apabila biro asing dalam PKM telah diwujudkan di Beijing pada pertengahan tahun 1950 an Pada lewat 1950an, sehinggalah Malaysia ditubuhkan, PKM telah bergerak menyeberangi sempadan ke Thailand, manakala pemimpin PKM, Chin Peng berhijrah ke China. Di peringkat serantau, Chin Peng menolak idea yang dia mempunyai hubungan langsung di Sarawak dan Singapura tetapi mengaku setiap komunikasi adalah melalui Indonesia. Selepas pembunuhan seorang utusan pembawa surat bernama Yeung Kuo dalam tahun 1956, PKM mempunyai beberapa saluran terhad untuk menghubungi satu sama lain. Pertama adalah dengan menghubungi South Malayan Bureau. Satu jalan lagi ialah dengan menghubungi ahli-ahli jawatankuasa bandar raya atau City Working Committee dan satu cara lagi ialah dengan menghubungi ahli-ahli yang bersembunyi di  Indonesia. Selepas penyerahan diri seorang utusan bernama Hor Lung pada tahun 1958, satu-satunya saluran untuk ahli-ahli pergerakan bawah tanah Singapura ialah melalui Indonesia. Di Bawah strategi ‘United Front’ atau 'Barisan bersatu' pihak komunis juga bekerjasama dengan pergerakan aliran kiri lain. Bagaimanapun, seperti dinyatakan oleh Chin Peng, pergerakan komunis dan pihak aliran kiri tidak dikawal dari mana-mana pusat. Di Singapura, sebagai contoh, pergerakan-pergerakan ini tidak menggunakan nama 'Komunis' tetapi mereka menganggap diri mereka sebagai pergerakan aliran kiri. Mereka berbincang di kalangan mereka sendiri, menyelaras dan memutuskan dasar mereka. Sebagai tambahan, dasar PKM pada tahun 1961 adalah menyokong Lee Kuan Yew kerana dia adalah seorang yang radikal dan dianggap sebagai berhaluan kiri (Chin dan Hack 2003).

Dalam hubungan ini, pemimpin-pemimpin Tanah Melayu melihat keadaan dalam Singapura sebagai berbahaya. 27Masalah selanjutnya dirumitkan oleh masalah komunalisme, terutamanya antara masyarakat Melayu dan China di dua buah negara yang berbeza. Setelah membincangkan alasan untuk pembentukan Malaysia, kita beralih kepada reaksi Singapura terhadap Malaysia.


Penggabungan Malaysia-Singapura

Selain ancaman komunis, Tunku turut bimbang dengan isu keselamatan politik khususnya berkaitan dengan pengaruh People’s Action Party yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew. Sehingga bulan Mei, 1961, Tunku masih berpandangan bahawa Singapura tidak boleh disesuaikan di dalam persekutuan sehingga pemimpin dan masyarakat Cina di pulau tersebut dapat membuktikan bahawa mereka adalah setia terhadap Tanah Melayu secara keseluruhannya. Tunku kemudiannya menukar pendapatnya kerana beliau tidak mahu mengambil risiko rakyat pulau tersebut akan menyokong kepimpinan komunis. Keputusan ini diambil selepas beliau dengan serius memikirkan kesan penggabungan dari aspek komposisi etnik dan ancaman keselamatan. Tambahan lagi Tunku tidak mahu keabsahan politik dan kepentingan nasional negaranya terancam oleh Singapura.

Berdasarkan laporan-laporan risikan British, faktor inilah penyebab utama Tunku menerima kemasukan Singapura. 28Satu faktor yang utama dalam keputusan menggabungkan kedua-dua negara dalam Malaysia adalah masalah dalaman Singapura (Means, 1963). Kerajaan Tanah Melayu menjadi semakin bimbang mengenai keadaan dalam Singapura, tetapi dalam masa yang sama merasakan pihak British boleh menangani masalah tersebut selama mana ia adalah terkawal. Pada tahun 1958, apabila Singapura diberikan pemerintahan sendiri, aspek keselamatan dalam negeri dan pertahanan luar menjadi tanggungjawab bersama United Kingdom, kerajaan Singapura dan persekutuan Tanah Melayu melalui organisasi yang dipersetujui dan majlis keselamatan dalam negeri Singapura. Di bawah sistem pemerintahan sendiri yang terhad, hubungan luar negeri diletakkan dalam bidang kuasa United Kingdom, dan hal-hal keselamatan pula dalam bidang kuasa United Kingdom dan Tanah Melayu. Bagaimanapun, perlembagaan Singapura adalah dalam tempoh peralihan dan akan habis tempoh penguatkuasaannya pada tahun 1963. Sungguhpun Tunku sentiasa merasa sangsi untuk meletakkan Singapura ke dalam persekutuan, dia juga menyedari adalah juga merbahaya untuk membiarkan ia terpisah. Tambahan pula, meninggalkan Singapura untuk mendapatkan kemerdekaannya sendiri di luar kawalan Tanah Melayu mungkin tidak sesuai (Simandjuntak 1969). 

Bagi pemimpin-pemimpin politik Singapura, terutamanya Parti Buruh, idea percantuman Singapura dengan Malaysia bukan baru, sejak sekian lama mereka sentiasa mendesak satu bentuk penggabungan antara Singapura dan Tanah Melayu. 

Bagaimanapun, beberapa permohonan oleh pemimpin Singapura untuk bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu sering ditolak oleh Tunku, yang tidak mahu menimbangkan sebarang kemungkinan ke arah penggabungan dengan Singapura. Walaupun Tanah Melayu telah terlibat dalam perjanjian keselamatan British-Singapore pada tahun 1957 ia tidak mencadangkan sebarang perubahan sikap terhadap pemimpin Tanah Melayu. Ia adalah semata-mata satu usaha untuk memecahkan kebuntuan dalam usaha tawar-menawar dalam usaha Singapura mendapatkan pemerintahan sendiri. Kemudian dari itu, Majlis Keselamatan dalam Negeri telah diwujudkan sebagai bentuk keperihatinan bersama kedua-dua kerajaan. Perlembagaan baru membentuk sepenuhnya badan Perhimpunan atau Assembly dan kerajaan Singapura berkuasa dalam semua hal ehwal dalam negeri kecuali keselamatan dalam negeri sepertimana yang dipersetujui pada perjumpaan di London pada tahun 1957 (Simandjuntak 1969).

Walaupun pemimpin-pemimpin Singapura menuntut bahawa penggabungan adalah perlu terutamanya untuk tujuan ekonomi dan politik, pemimpin-pemimpin Tanah Melayu menolak idea tersebut kerana dua faktor utama. Pertama adalah fakta yang komposisi kaum penduduk Tanah Melayu berbeza dari Singapura. Ini adalah satu halangan serius ke arah usaha penggabungan. Kedudukan orang China dalam persekutuan secara keseluruhan akan diperkukuhkan dengan kemasukan orang China dari Singapura. Dalam masa yang sama, PKM serta parti politik yang dipengaruhi komunis telah bersedia untuk mengetuai kepimpinan masyarakat Cina keseluruhannya, yang sekiranya kedua-dua kumpulan Cina bergabung akan menjadi kumpulan masyarakat terbesar. Kedua, pemimpin-pemimpin di Kuala Lumpur memikirkan yang keselamatan Singapura semakin diancam oleh pihak komunis yang ingin mengambil alih kuasa. Tanah Melayu merasakan yang kemasukan kumpulan-kumpulan haluan kiri Singapura akan memburukkan lagi masalah-masalah yang telah dibawa oleh PKM, yang telah menyebabkan Darurat (Ongkili 1985).

Pihak komunis telah merancang untuk menjatuhkan kerajaan Singapura. Surat khabar Straits Times melaporkan bahawa jika Singapura boleh ditukar menjadi negara komunis, aktiviti-aktiviti subversif boleh dilancarkan dengan mudah ke arah Tanah Melayu dan wilayah-wilayah Borneo. Lokasi strategik Singapura juga boleh digunakan untuk menyimpan senjata nuklear. Tunku kemudian menyedari yang dari aspek pertahanan, pemisahan Singapura dari persekutuan lebih berbahaya berbanding penggabungan dengannya. Perkembangan ini akan mendorong kepada satu konflik bersenjata yang boleh memusnahkan di antara selatan dan utara Tanah Melayu sepertimana keadaan di selatan dan utara Korea atau selatan dan utara Vietnam. Tambahan pula, kedudukan geografi kedua-dua wilayah yang dekat juga akan menjadi satu masalah untuk mempertahankan persekutuan.

Satu lagi perkara penting yang perlu ditekankan ialah ancaman keselamatan dan ketidakstabilan politik adalah lebih ketara di Singapura berbanding di Tanah Melayu sendiri. Ini adalah sebab mengapa Singapura hanya mencapai pemerintahan sendiri tetapi bukan kemerdekaan sepenuhnya daripada British. Menurut Clutterbuck, terdapat dua alasan berkenaan hal ini yang berkaitan: pertama, PKM di Persekutuan Tanah Melayu, sungguhpun jauh lebih besar daripada di Singapura, adalah bertaburan dalam hutan dan kurang mempengaruhi perkembangan politik di kawasan bandar; dan keduanya, manakala parti-parti politik bukan komunis di persekutuan membentuk majoriti dalam pilihanraya, parti-parti bukan komunis di Singapura masih saling bersaingan sesama sendiri dan masalah ini tidak dapat diselesaikan sehingga tahun 1963 (Clutterbuck 1985).

     Britain dan Tanah Melayu menjangkakan bahawa kejayaan untuk menentang pencerobohan komunis di Asia Tenggara dalam jangka masa panjang bergantung kepada kedudukan Tanah Melayu yang kukuh, dan penerusan kerajaan yang ‘mesra’ di Tanah Melayu memberi prospek terbaik untuk menjamin pengaruh komanwel di rantau ini. Britain juga percaya bahawa sekiranya Singapura tidak berjaya untuk bergabung dengan Tanah Melayu, ia akan terus dipengaruhi oleh golongan haluan kiri dan ini akan menjadi satu ancaman terhadap keselamatan politik di Tanah Melayu.34 Dalam satu keadaan yang serupa, jika kemerdekaan diberi tanpa penggabungan, kerajaan baru Singapura akan dengan mudah dipengaruhi oleh komunis dari negara China.

Sebagai tambahan, penahanan 120 pemimpin di Singapura kerana disyaki mendalangi kegiatan subversif dalam operasi ‘Cold store’ pada bulan Februari 1963 akhirnya memberi kepastian kepada Tunku tentang kestabilan dan masa depan Singapura dan beliau kemudiannya sanggup berkerjasama dengan Lee Kuan Yew, yang telah menjadi Perdana Menteri Singapura pada tahun 1959.Lee menyedari kepentingan dan keselamatan Singapura berkait rapat dengan Tanah Melayu. Dia menekankan kemungkinan Singapura merdeka dan terus dikuasai oleh komunis dan keperluan Singapura untuk mendapatkan kemerdekaan di dalam persekutuan. Oleh itu, dasar kerajaan Singapura adalah konsisten iaitu untuk mencapai kemerdekaan melalui kesatuan dengan Tanah Melayu. Lee juga menyedari penggabungan adalah satu keperluan untuk kelangsungan politiknya dan masalah inilah yang amat membimbanginya sehingga beliau sanggup berunding dengan British untuk memujuk Tunku menerima Singapura sebagai sebahagian dari Malaysia.

Kerajaan Tanah Melayu sedar kemungkinan Singapura berterusan untuk mendapatkan kemerdekaan melalui penggabungan. Dalam Malayan Times, Tunku menyatakan buah fikirannya mengenai isu ini

Perkara yang paling penting ialah perlembagaan Singapura akan tamat di penghujung tahun 1963 dan dengan itu, dua isu perlu dihadapi: pertama, sama ada Singapura merdeka; dan, keduanya, sama ada Singapura perlu bergabung dengan persekutuan Tanah Melayu. Adalah mustahil untuk membenarkan kemerdekaan untuk Singapura lantaran bahaya ia akan menjadi negara komunis, dan jika ia menjadi negara komunis, ia akan meminta bantuan kuasa-kuasa komunis dunia untuk cuba menakluki seluruh Tanah Melayu. Kita boleh melawan mereka dengan pertolongan British dan Amerika, namun kita tidak dapat mengelak dari menimbulkan bencana, penderitaan, kesengsaraan dan kesedihan terhadap rakyat Tanah Melayu dan mungkin ini akan menjadi malapetaka yang tidak pernah dihadapi oleh negara ini sebelumnya. Kerugian-kerugian hasil dari malapetaka ini sangat hebat sehinggakan apa yang kita berjaya perolehi tidak akan ketara. Oleh itu untuk mencegah keadaan yang paling sedih dan malang ini kita tiada pilihan lain kecuali menerima Singapura sebagai anggota persekutuan Malaysia.

Sumber dari risikan British juga mengesahkan yang Tunku telah memahami bahawa pemisahan Singapura dari persekutuan lebih berbahaya daripada penggabungan dengannya. Walaupun, masalah etnik akan terus kekal, Tunku mendapat penyelesaian terhadap masalah tersebut dan beliau turut menyedari prospek kehilangan sokongan dari masyarakat Melayu yang boleh membahayakan kedudukannya. Kesannya, Parti Independence Malayan Party (IMP) yang berada dalam keadaan lemah, akan dengan senang hati merampas sokongan masyarakat Melayu di persekutuan. Sekiranya mereka berjaya, bukan sahaja rancangannya untuk mewujudkan Malaysia mungkin gagal, malah kedudukan politiknya di persekutuan mungkin terancam dan dengan itu melepaskan peluang mewujudkan negara yang bebas dari cengkaman komunis. 

Di Singapura, kebanyakan perdebatan awal mengenai penggabungan membayangkan ketakutan yang akan muncul hasil terlalu banyak permintaan oleh Tanah Melayu yang selama ini tidak bersetuju dengan kesatuan Singapura dalam Malaysia. Isu-isu ini menjadi semakin jelas selepas bulan Ogos 1961 apabila Lee bertemu dengan Tunku untuk merangka perjanjian untuk bergabung. Ciri-ciri penting dalam perjanjian ini menjamin Singapura mendapat status dan taraf pelabuhan bebas cukai, mendapat autonomi khas dalam dasar-dasar pendidikan dan buruh, dan kebenaran untuk mengekalkan sebahagian besar dari hasil-hasilnya (kira-kira 75 peratus) untuk tanggungjawab-tanggungjawab tambahan ini. Lantaran lebih banyak autonomi dan sumber kewangan dicadangkan untuk Singapura, telah dipersetujui bahawa Singapura hanya diberikan lima belas kerusi parlimen atau empat kerusi kurang daripada peruntukan berdasarkan nisbah penduduknya. Dewan Undangan Singapura tidak mempunyai kuasa atas pertahanan, hal ehwal luar atau keselamatan dalam negeri.
Lantaran perbezaan undang-undang kewarganegaraan di Singapura dan persekutuan, adalah dipersetujui juga yang semua warganegara Singapura kan menjadi 'warganegara' persekutuan yang lebih besar, dan akan menikmati hak-hak yang sama dengan warganegara persekutuan kecuali warganegara Singapura hanya layak untuk mengundi di Singapura melainkan mereka difikirkan layak mengundi di Tanah Melayu bergantung kepada undang-undang kewarganegaraan persekutuan.

Bagaimanapun, Barisan Sosialis di Singapura menentang perundingan di antara PAP dan UMNO berkenaan isu-isu berkaitan penggabungan. Dr. Lee Siew Choh sebagai pemimpin parti Barisan Sosialis menentang kuasa keselamatan dalam negeri diberikan kepada kerajaan pusat.Barisan Sosialis mencadangkan konsep konfederasi di mana Singapura mendapat autonomi penuh dalam keselamatan dalam negeri manakala pertahanan harus dikawal oleh kerajaan persekutuan.Walaupun mendapat kritikan-kritikan yang hebat, Tunku dan Lee Kuan Yew menandatangani perjanjian untuk penggabungan pada bulan November 1961. Sebelum penggabungan itu berlangsung, satu pungutan suara khas telah diadakan untuk memilih jenis penggabungan yang akan dipilih. Tiga cadangan ditonjolkan dalam pungutan suara tersebut: pertama, penggabungan berdasarkan perjanjian; kedua, percantuman dengan syarat-syarat serupa untuk Singapura sebagaimana untuk Pulau Pinang dan Melaka; dan ketiga, penggabungan atas syarat-syarat seperti untuk negeri-negeri Borneo. Parti yang dipimpin Lee menyokong cadangan berdasarkan perjanjian dan telah memenangi pungutan suara yang dijalankan.

Adalah juga penting untuk difahami bahawa cadangan Lee itu turut didorong oleh pihak British, disebabkan oleh kepentingan keselamatan mereka di Asia tenggara. Pangkalan untuk tentera di Singapura boleh diletakkan di dalam sebahagian dari perjanjian pertahanan di antara persekutuan dan British perjanjian AMDA 1957.Bagaimanapun, Tunku menekankan bahawa pembentukan Malaysia mesti berdasarkan dua syarat utama: pertama, persetujuan bahawa penggunaan pangkalan Singapura tidak untuk tujuan South East Asia Traty Organization atau SEATO; keduanya, menjelaskan mengenai penyerahan kedaulatan Singapura dan wilayah-wilayah Borneo untuk persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia.Tunku nampak tiada kesukaran untuk bersetuju dengan rangka perjanjian pertahanan di antara dua negara di mana pelbagai syarat-syarat pertahanan boleh dipenuhi. Ini akan, menjauhkan kemungkinan tentang kebimbangan Tanah Melayu secara tidak sengaja menaggotai SEATO.

PAP Selepas Penggabungan

PAP adalah penggerak utama usaha penggabungan Singapura-Malaysia. Manakala PPP dan Parti Demokratik Bersatu atau United Democratic Party (UDP) yang diketuai oleh Lim Chong Eu pada mulanya membangkang penggabungan tetapi akhirnya menyokong. Lantaran percanggahan awal mereka berkenaan isu penggabungan, parti pembangkang bukan-Melayu tidak sepakat dalam menghadapi Pakatan dalam pilihan raya 1964. Oleh itu, pada pilihanraya 1964, undi-undi bukan-Melayu untuk pembangkang terpecah di kalangan calon-calon pembangkang berbeza yang bersaing antara satu sama lain.

Menurut penyelidik politik, Vasil, ada dua alasan yang penggabungan telah membantu Perikatan; pertama, ia secara berkesan memecahbelahkan pembangkang kerana parti-parti berlainan mempunyai pandangan berbeza mengenai penggabungan; dan kedua, ia menyediakan pentadbiran Tunku dengan satu alasan untuk menahan sebilangan besar pemimpin-pemimpin pembangkang atas dasar keselamatan negara. Tindakan ini boleh dilihat dalam operasi ‘Cold Storage’ pada tahun 1963, yang mengakibatkan penahanan kebanyakan pemimpin-pemimpin pembangkang radikal di Singapura dan Malaysia. Untuk parti pembangkang bukan Melayu, kedudukan pucuk pimpinan parti mereka mengenai penggabungan berpecah antara golongan berpendidikan Inggeris dan Cina; golongan pertama menyokong penggabungan dan golongan kedua menentang. Sebab utama kumpulan berpendidikan Cina berpendirian begitu adalah kerana sekutu mereka di Singapura iaitu Barisan Sosialis yang merupakan saingan PAP, menentang usaha penggabungan. Dengan mengambil sikap yang anti penggabungan, parti tersebut dengan mudah dituduh oleh elit pemerintah sebagai golongan yang tidak patriotik. Penggabungan telah mewujudkan satu jurang politik yang sukart disambungkan di antara golongan berpendidikan Inggeris dengan golongan berpendidikan Cina. Oleh itu, tidak lama selepas pilihan raya 1964, pemimpin-pemimpin berpendidikan Inggeris seperti Tan Phock Kin, V. Veerapan dan Ooi Thiam Siew melepaskan jawatan dari parti itu.

Bagaimanapun, masalah bermula dalam masa beberapa minggu penggabungan apabila parti Perikatan berganding bahu dengan parti-parti kecil di Singapura untuk membentuk satu kellompok baru dan menentang PAP dalam pilihan raya Singapura pada bulan September 1963. Tunku khuatir bahawa PAP akan menggalakkan para pengundi Cina di tanah besar untuk menyokong mereka dan membolehkan PAP untuk mengambil tempat MCA sebagai parti Cina dalam Perikatan. Di antara tahun 1964 dan 1965, terdapat sekurang-kurangnya tiga kejadian yang merosakkan hubungan Singapura-Malaysia. Pertama, terdapat rusuhan-rusuhan kesan dari konflik-konflik bersifat perkauman di antara PAP dan pelampau perkauman di kalangan orang-orang Melayu di persekutuan. Ia menyumbang kepada hubungan yang tidak baik di antara kerajaan Cina di Singapura dan kerajaan pusat yang diketuai oleh orang Melayu di Kuala Lumpur. Kedua, usaha oleh Lee untuk mengemukakan calon-calon PAP dalam pilihan raya 1964 di Tanah besar telah diterjemahkan oleh ahli politik Melayu sebagai satu usaha oleh Lee untuk merebut pucuk pimpinan di Kuala Lumpur. Ketiga, pada bulan Mei 1965 Lee menghimpun empat parti pembangkang di Tanah Melayu dan Sarawak untuk menyertai PAP dalam konvensyen perpaduan Malaysia atau Malaysian Solidarity Convention (MSC) yang mendokong konsep‘Malaysian Malaysia’. Sekali lagi, ini telah dianggap oleh Perikatan, khususnya UMNO, sebagai satu manifestasi cita-cita Lee untuk menjadi Perdana Menteri- pada ketika ini bukan sahaja dengan menarik sokongan masyarakat Cina tetapi kesemua golongan masyarakat.

Perbezaan-perbezaan politik di antara Perikatan yang diketuai oleh UMNO dan PAP, memuncak sepanjang tahun 1964. Selepas PAP memenangi pilihan raya Singapura 1963, PAP mendesak Tunku untuk mencalonkan satu daripada dua Senator Persekutuan dari Singapura, yang Tunku bersetuju untuk melakukannya. Menurut Milne, pada masa ini strategi PAP nampak seperti cuba untuk memecahbelahkan antara UMNO dan MCA dengan menunjukkan yang MCA tidak berharga sebagai satu rakan kongsi dalam Perikatan dan dengan cuba menggantikan MCA dalam Perikatan. Ini adalah harapan yang dikejar oleh PAP semasa pilihanraya 1964 apabila ia bertanding di kawasan yang ditandigi oleh MCA dan bukan terhadap UMNO. Namun usaha memecahkan MCA dari UMNO gagal.

Hasil dari langkah radikal PAP terhadap Perikatan, pemimpin-pemimpin Tanah Melayu merancang untuk menangkap Lee. Keadaan keselamatan dalam negeri semasa agak tegang, memandangkan terdapat kemungkinan rusuhan-rusuhan yang sukar ditangani berbanding peristiwa-peristiwa yang serupa sebelumnya. Jika Lee tidak ditahan, ia bukan berkemungkinan bahawa beliau akan mengecam perjanjian Malaysia. Matlamatnya adalah untuk memprovokasi Perikatan hingga sampai satu keadaan yang mana mereka dianggap dengan jelas salah, sebagai contoh dengan cara menahan Lee.Selain daripada pengaruh komunis, rejim Tunku melihat ideologi PAP ‘Malaysian Malaysia’ sebagai berpotensi mendatangkan ancaman terhadap Malaysia. Menurut Vasil, dengan cara ini PAP telah cuba untuk menguasai beberapa kumpulan berhaluan kiri, terutamanya masyarakat Cina. Lee menyatakan idea ‘Malaysian Malaysia’ sebagai berikut:

Malaysia seharusnya menjadi sebuah masyarakat demokratik yang mana perbezaan pendapat yang sah... sepatutnya dibenarkan dan mana-mana individu dan parti politik mempunyai kebebasan penuh untuk memujuk warganegaranya secara berperlembagaan dalam menerangkan sudut pandangan masing-masing. Malaysia sebagai masyarakat berbilang kaum dan pelbagai kebudayaan mesti menunjukkan penghormatan dan toleransi terhadap kepelbagaian yang sah. Malaysia adalah kepunyaan rakyat Malaysia secara menyeluruh dan bukan untuk mana-mana masyarakat atau kaum tertentu.

Sebagai sebahagian daripada agenda ‘Malaysian Malaysia’, Lee memulakan satu pertemuan di Singapura pada 12 Februari 1965. Pemimpin-pemimpin pembangkang Cina dari tanah besar dan Sarawak menghadirinya serta turut serta adalah dua orang wakil tidak bernama dari parti utama di Sabah. Wakil dari tanah besar ialah Lim Cheong Eu, bekas presiden MCA yang telah menjadi Setiausaha Agong United Democratic Party (UDP). Wakil daripada Sarawak ialah Ong Kee Hui, pengerusi SUPP. Tujuan utama mesyuarat adalah untuk membincangkan strategi untuk menghadapi tekanan dari pelampau Melayu dalam kerajaan Perikatan. Ia mencadangkan untuk mewujudkan Malaysian Solidarity National Convention.

Matlamat keselamatan negara Singapura, strategi-strategi, dan keutamaan-keutamaan telah berkembang secara berbeza daripada Persekutuan. Konsep satu ‘Malaysian Malaysia' telah menjadi asas pendekatan pembangunan PAP di Singapura. Bagi Lee, pendekatan ini akan akhirnya menghasilkan masyarakat yang dinamik dan negara yang progresif yang mendorong pertumbuhan ekonomi. Konsep ini juga turut diperdebatkan sebelum Singapura berpisah dari Persekutuan Malaysia. Pada perhimpunan Malaysian Solidarity Convention yang diadakan di Singapura pada 6 Jun 1965, Timbalan Perdana Menteri Singapura, Toh Chin Chye, merangka agenda untuk gagasan ‘Malaysian Malaysia’ dengan kehadiran pemimpin-pemimpin daripada lima parti politik dari Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Beliau berucap bahawa, menurut Lee, konvensyen ini telah memulakan satu usaha untuk mewujudkan perpaduan antara kaum, untuk menyebarkan hak-hak asasi semua bangsa yang membentuk masyarakat berbilang kaum. Tambahan Pula, beliau menjelaskan yang perkara yang akan menyatukan semua bangsa ke dalam 'Malaysian Malaysia’ lebih dari faktor bahasa ataupun tekanan dari luar.

Pengalaman menunjukkan di negara-negara lain yang mempunyai masyarakat majmuk, masyarakat negara tersebut boleh bersatu jika satu kaum tidak bercita-cita menjadi ketua kaum lain tetapi beranggapan yang semua warganegara adalah sama tanpa mengira kaum. Sebagai sebahagian daripada perancangan, usaha untuk mendapatkan sokongan dari negeri-negeri yang mungkin menyokong ‘Malaysian Malaysia’ seperti Singapura, Sabah, Sarawak dan mungkin juga Melaka dan Pulau Pinang.
Berbeza dengan PAP yang mendokong pendekatan ‘Malaysian Malaysia’, kerajaan pimpinan UMNO cenderung untuk menegaskan pemilikan Melayu terhadap negara, pembaikan sosio ekonomi orang Melayu dan hak keistemewaan untuk orang Melayu - semuanya boleh dirangkum di dalam konsep Ketuanan Melayu, atau hegemoni Melayu di negara ini. Kebimbangan UMNO dalam hubungannya dengan masyarakat Cina di Tanah Melayu dan Singapura juga disebabkan oleh status sosioekonomi yang rendah orang Melayu.

Ringkasnya, kedudukan orang Melayu dalam lingkungan politik perlu diperkuatkan untuk menghadapi ketidakseimbangan ekonomi dalam hubungannya dengan masyarakat bukan Melayu, terutamanya orang Cina yang pada umumnya dianggap rakus dan tidak sensitive kepada budaya masyarakat Melayu. Nada anti-Cina oleh golongan ultra-Melayu pada tahun 1960an sebahagian besarnya diarahkan kepada PAP dan Lee. Ia adalah tanda sentimen politik dan perasaan tidak selamat masyarakat Melayu secara umum yang bertambah parah hasil pengembangan penduduk Cina di Malaysia menerusi percantuman dengan Singapura. Ketidakselamatan dan perasaan rendah diri Melayu berbanding dengan kemewahan dan keagungan masyarakat Cina menjadi pokok pangkal perdebatan tentang nilai ‘Malaysian Malaysia’.
Adalah penting untuk ditegaskan bahawa aktiviti-aktiviti politik PAP yang radikal di Persekutuan adalah sebenarnya berdasarkan tanggapan Singapura terhadap diskriminasi oleh orang Melayu terhadap minoriti Cina di Malaysia. Ini memperkukuhkan keazaman Singapura untuk meneruskan dasar-dasar yang ofensif dan defensif untuk mengurangkan masalah diskriminasi tersebut. Berkenaan dengan isu keselamatan kaum, terdapat perbezaan pendekatan di antara PAP dan Perikatan. PAP percaya dengan usaha untuk menonjolkan kewujudan masalah-masalah bersifat perkauman, mengupas maslah tersebut dan menekankan keperluan untuk mengatasinya demi kelangsunagn Malaysia.Perikatan, pula percaya adalah perlu sesebuah negara mempunyai keharmonian kaum. Ia khuatir pendedahan masalah berkaitan kaum secara terbuka akan hanya mendatangkan masalah. Perbezaan dalam pendekatan ini barangkali disebabkan pertentangan pendapat dalam pembawaan masing-masing. PAP adalah sebuah parti yang berpokok pangkalkan ideologi, manakala perikatan mencurigai apa-apa bentuk ideologi.

PAP sebagai parti bukan perkauman yang menganut fahaman demokrat sosialis percaya bahawa satu kupasan yang rasional berkenaan isu-isu perkauman akan mendorong kepada masalah perkauman dianggap sebagai satu faktor kurang penting dalam politik, seterusnya menjadi landasan masyarakat yang berbeza kelas di Singapura. Perikatan sebaliknya adalah gabungan parti politik yang terdiri daripada parti-parti yang mewakili kaum-kaum tertentu dan seringkali menghadapi masalah dalaman. Ia merasakan pendedahan dan perbincangan berkenaan hal-hal perkauman hanya akan merosakkan perpaduan dalam gabungan parti tersebut. Oleh itu, mengelakkan keganasan kaum di Malaysia menjadi unsur yang penting bagi Perikatan. Hasil dari pemahaman ini, sarjana seperti Tim Huxley mencadangkan bahawa strategi pertahanan Singapura adalah satu faktor menggalakkan pihak berkuasa Malaysia untuk menyekat perbincangan secara terbuka berkenaan kedudukan politik, ekonomi dan sosial masyarakat bukan Melayu di Malaysia.

Sebagai tambahan, manakala konsep ‘Malaysian Malaysia’diterima oleh bukan Melayu, orang Melayu menolak konsep tersebut. UMNO menuduh Lee dan PAP mempersoalkan kedudukan istimewa dan kelebihan orang Melayu. Sebenarnya, perasaan marah timbul hasil dari PAP yang dianggap cuba merampas penguasaan politik Melayu, ia mendorong kewujudan militan Melayu di Singapura yang dipengaruhi oleh unsur-unsur yang dibawa oleh Syed Albar dan Syed Nasir di dalam UMNO menjayakan perhimpunan-perhimpunan demi menentang PAP. Secara Tragik, perhimpunan-perhimpunan ini menyebabkan kekacauan di Singapura pada tahun 1964. Sehari sebelum kekacaun berlaku, Syed Albar berucap dalam sebuah perhimpunan Melayu dengan ucapan yang berapi-api dengan katanya:

Kita mempunyai kekuatan terakhir yang kita boleh bergantung. Kita adalah lemah di semua bidang. Kita adalah lemah dari segi ekonomi. Kita adalah lemah dalam bidang pendidikan. Walaubagaimanapun,kita tetap memiliki senjata terakhir dan kekuatan yang kita boleh gunakan dengan mengenakan desakan terhadap pihak lain untuk mengenali kewujudan kita dan kehadiran kita, di pulau Singapura ini. Senjata ini adalah tidak lain dari perpaduan kita ... dengan perpaduan ini kita akan menyelamatkan orang kita, kita akan memperbaiki diri kita. ...jika perpaduan ini berterusan, oleh kemahuan Tuhan, saya memberitahu anda, tidak ada kuasa di bumi boleh menginjakkan kita, tiada kuasa yang memandang rendah kita.
          
          Perkara terakhir yang menyebabkan pemisahan Singapura adalah penubuhan Malaysian Solidarity Convention (MSC) yang diketuai oleh PAP dan terdiri dari parti-parti pembangkang bukan Melayu. Slogannya, 'Malaysian Malaysia’ mendesak kewujudan sebuah negara bukan untuk kepentingan masyarakat tertentu sahaja.  
  
Bagi Perikatan, slogan tersebut adalah secara kesimpulan satu serangan ke atas keistimewaan orang Melayu, Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan malahan Sultan Melayu. Lee dituduh bermain dengan perasaan perkauman untuk mencapai cita-cita politiknya yang tinggi. Penubuhan MSC telah menduga kesabaran Perikatan kepada had yang tertinggi dan pemisahan antara dua buah negara telah dilihat sebagai satu penyelesaian yang berkesan dalam menghadapi konflik-konflik bersifat politik dan perkauman ini. Dalam konteks ini, permintaan Singapura untuk mewujudkan satu masyarakat seimbang bertentangan dengan kepimpinan Malaysia yang pro Melayu. Sebaliknya, Lee pula mencadangkan bahawa perbezaan utama di antara PAP dan Perikatan bukan berkenaan objektif-objektif mereka, tetapi dalam konteks kecepatan untuk mencapai obejektif-objektif tersebut.
             
Tunku begitu sedih dan amat susah hati dengan pertemuan Lee di Singapura dengan kumpulan-kumpulan pembangkang dari Borneo dan Tanah Melayu semata-mata untuk mengutuk isu perkauman. Razak pula merasakan yang Perikatan tidak harus menyerahkan kuasa keselamatan dalam negeri kepada Lee dalam masa ia masih berunding dengan Tunku.Parti PAS juga menggesa Tunku untuk mengambil tindakan keras terhadap Lee dan pengikutnya, sebagai contoh, dengan menahannya di bawah ISA. Tambahan pula, apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, orang Melayu telah dijanjikan dengan hak keistimewaan khas. Apabila hak-hak mereka telah diancam oleh slogan MSC, orang Melayu bertindak balas dengan kuat kerana khuatir akan berlakunya sekali lagi peristiwa Tanah Melayun Union. Oleh itu, perjuangan Singapura membentuk satu masyarakat egalitarian tidak diterima baik oleh kaum Melayu.

Sebagai tambahan, ia berpotensi untuk meruntuhkan sokongan politik untuk UMNO. Ringkasnya, MSC, yang berakar umbi dari semangat kebangsaan Singapura tidak diterima oelh pendokong semangat kebangsaan di Malaysia pada ketika itu. Sepintas lalu, ideologi PAP ‘Malaysian Malaysia’ telah mengancam keabsahan politik elit pemerintah Melayu. Perbezaan idea-idea dan pendekatan-pendekatan berkenaan isu-isu bersifat perkauman dan politik mendorong ke arah konflik di antara PAP dan perikatan. Selepas penggabungan Singapura dengan Malaysia, 'Malaysian Malaysia’ berterusan mencabar kepimpinan pakatan.

Penutup

Isu keselamatan politik seperti ancaman komunis dan masalah Singapura menjadi alasan membentuk Malaysia pada tahun 1963. Pembentukan Malaysia didasarkan kepada tanggapan dan tafsiran pemimpin-pemimpin Tanah Melayu tentang ancaman-ancaman keselamatan politik di rantau ini. Dalam mewujudkan keselamatan politiknya, rejim pemerintah Tanah Melayu bersetuju untuk bergabung dengan Singapura. Selain bertujuan untuk mewujudkan kesatuan politik dan keseimbangan kaum, rancangan itu sendiri telah dianggap sebagai satu formula untuk mengatasi masalah komunis dan tekanan parti-parti pembangkang. Oleh kerana itu tidak hairanlah Malaysia ditolak oleh pergerakan komunis dan parti-parti politik haluan kiri.

Penubuhan Malaysia juga adalah hasil kemahiran manipulatif pemimpin politik Malaysia, yang mengenengahkan isu ancaman komunis dalam agenda politik mereka. Maka, kepentingan terhadap keselamatan politik telah merubah kedudukan geo-politik dari Persekutuan Tanah Melayu kepada pembentukan Malaysia. Tambahan lagi, oleh kerana isu keselamatan politik adalah sangat penting ia turut menjadikan isu lain sebagai kurang penting. Misalnya tuntutan politik untuk terus dengan konsep federalism lama oleh sesetengah pihak akhirnya tertolak dengan kewujudan Malaysia. Sesetengah parti politik yang masih mahukan sistem Persekutuan Tanah Melayu dan hak-hak kewarganegaraan yang ketat akhirnya dinafikan. Ia menjadikan episod baru dalam sejarah politik Malaysia dan hanya menguntungkan Singapura dan majoriti etnik yang menduduki pulau tersebut dan di Semenanjung Tanah Melayu. Berkemungkinan besar, penubuhan Malaysia juga adalah hasil dari desakan Singapura yang ketika itu berjuang mendapatkan kemerdekaan negaranya dan hak warga negara untuk sebilangan besar etnik bukan-Melayu. Hal ini sebenarnya memerlukan penyelidikan yang lebih lanjut. Esei ini lebih merupakan mukaddimah dan pengenalan kepada konsep dan isu keselamatan politik.