Khamis, 31 Mei 2012

Untungnya bila Umno dan Pas bertemu




Saya menarik nafas lega apabila Mursyidul Am Pas menyatakan kesediaan untuk bermuzakarah dengan Umno bagi membincangkan isu yang timbul dalam kalangan umat Islam dengan lebih menyeluruh. Langkah pertama ini mesti disahut oleh Umno tanpa menoleh lagi. Tidak perlu sindir-menyindir atau mempertikaikan keikhlasan antara satu sama lain. Tidak ada faedahnya. Berbincanglah secara baik.

Tiba-tiba beberapa hari selepas itu, Mursyidul Am Pas mengenakan beberapa syarat yang menghalang untuk memulakan langkah pertama itu. Presidennya pula berkata tidak ada dialog sebelum PRU 13. Persoalan saya, kenapa merumitkan keadaan? Bersemukalah dahulu. Hulurkan tangan sebagai tanda persaudaraan. Kenapa mesti memberi syarat untuk menerima pakatan ultra kiasu yang jelas-jelas menentang Islam? Bagaimanakah langkah pertama boleh bermula?

Mengenakan syarat sebegini menampakkan ketidakikhlasan kita. Sampai bila kita mahu bergaduh dan berpecah, sedangkan kita adalah satu umat. Tidakkah kita terfikir, orang lain semakin jauh meninggalkan kita dan ada yang merancang untuk memusnahkan kita. Bacalah kitab adabul ikhtilaf, adab-adab berbeza pendapat. Berjumpa dahulu, barulah kenakan syarat. Bagaimana suka itu akan timbul jika tidak berjumpa. Takkan Pas mempercayai orang yang jelas menentang Islam daripada orang Islam sendiri? Saya fikir pendekatan Pas terlalu keras dan tidak berhikmah. Musykhil saya tentang asas Islam yang dibawa Pas. Sepatutnya Umnolah yang mengenakan syarat sebab mereka masih berkuasa, walaupun sedikit tersepit. Janganlah mengambil kesempatan.

Fahamilah real politik Malaysia. Ingatlah Parti Melayu Islam (Pas dan Umno) tidak boleh menang sendirian, jika mereka tidak bersatu, kerana kita hanya ada 50 peratus. Umat Islam memerlukan antara satu sama lain. Dua parti umat Islam ini sudah cukup untuk saling memperkukuhkan Islam jika ada kemahuan. Tidak perlu mengharapkan kepada PKR. Mereka hanya parti nyamuk. Nyamuk-nyamuk ini membawa banyak virus.

Setiap hari kedengaran, ahli-ahli PKR sibuk berebut mahu menjadi calon menjelang PRU 13. Agenda Melayu Islam entah ke mana. Kerja-kerja tidak buat juga. Maklumlah, mereka masih lagi membawa ‘perangai lama Umno’. Lebih kelakar lagi, dalam keadaan demikianpun mereka masih menganggap mereka kuat. Mahukan kerusi tambahan di setiap negeri sehingga mengenepikan parti senior seperti Pas. Begitulah sombongnya mereka yang menguasai Selangor hari ini.  Bayangkan jika mereka mendapat beberapa negeri lagi, bertambah bongkak jawabnya.

Perkara utama yang perlu dijadikan tajuk perbincangan adalah mengenai perpaduan dan menyelamatkan akidah umat Islam dari ancaman ultra kiasu. Jangan biarkan orang Melayu menjadi ahli parti ultra kiasu. Menyertai dan bersubahat dengan parti ultra kiasu adalah isu akidah. Mereka mahu tukar negara ini kepada negara sekular, mahu menghalalkan LGBT, dan lain-lain. Sekurang-kurang Umno masih cenderung kepada Islam dan menentang LGBT. Mana lebih baik untuk bergabung dan berkawan?

Saya ingin menawarkan diri untuk menjadi orang tengah atau moderator muzakarah ini. Lagipun saya adalah orang Cina Islam yang kurang kepentingan antara dua parti Melayu ini. Saya bersetuju dengan pendapat sayap ulama muda Umno, perbincangan itu mesti dilaksanakan dengan ilmiah, bukannya berlandaskan emosi dan sanggup menerima kebenaran yang berasaskan kepada al-Quran dan Sunnah, selari dengan petunjuk Nabi Muhammad SAW dan sahabat Baginda.

Saya yakin selepas muzakarah ini parti ultra kiasu Cina dan Melayu akan kecut perutnya. Hari ini mereka begitu bongkak. Parti ultra kiasu amat yakin mereka akan dapat menarik orang Melayu untuk memasuki parti itu di sebalik perletakan jawatan Tunku Aziz Tunku Ibrahim. Sebagai ganti, ultra kiasu melantik pensyarah di tempat kerja saya berjawatan profesor madya, bukannya profesor penuh.

Umum mengetahui, Melayu yang menyertai parti ultra kiasu, ilmu Islamnya cetek. Jenis yang anti-Islam. Inilah Melayu yang diinginkan oleh ultra kiasu. Mudah diperalatkan. Pandangan mereka tidak selari dengan Islam. Mereka mahukan Islam yang liberal. Lihatlah telatah seorang anak muda Melayu, yang menjadi setiausaha politik pemimpin ultra kiasu di Pulau Pinang. Saya tidak hairanlah dia berperangai sedemikian, kerana bapa juga dahulu, bukanlah suka kepada Islam. Akhlaknya sama seperti ultra kiasu, suka minum.

Saya ingatkan umat Islam, berpolitiklah secara matang. Untuk mengalah ultra kiasu bukan dengan tarian ponggong, jual burger depan rumah. Perbuatan sebegini tidak mendatangkan faedah, malah memalukan. Cara kita berhadapan dengan ultra kiasu adalah dengan hujah ilmu dengan menguruskan negara penuh integriti.

Ingatlah hari ini, cabaran kita semakin hebat. Ultra kiasu berada di mana-mana hatta dalam rumah sendiri. Minggu lalu, di Kuantan kumpulan ultra kiasu berdemonstrasi mendesak kerajaan memberikan kebenaran mendirikan lebih banyak sekolah persendirian Cina di seluruh negara. Jika kerajaan tunduk kepada tekanan ini, sekolah persendirian akan tumbuh macam kulat. Mereka tidak ada masalah dari segi kewangan. Jutawan mereka berada di merata tempat.

Bayangkan selepas tamat sekolah rendah, lebih ramai akan memasuki sekolah persendirian, bagaimanakah pembinaan negara bangsa selepas ini?Apakah bentuk perpaduan yang akan kita hasilkan? Benar, pada peringkat permulaan, mereka tidak perlu bantuan kewangan. Lama kelamaan, bila sudah banyak, sudah pasti mereka akan mendesak supaya memberikan bantuan sepenuhnya seperti yang berlaku hari ini. Tidak ada lagi beza antara aliran kebangsaan dan vernakular. Bantuan yang diberikan hampir sama. Malah melebihi. Saya langsung tidak lihat bantuan diberikan kepada sekolah agama rakyat.  

Dalam demonstrasi tersebut, pemimpin ultra kiasu mahukan dua resolusi diterima, menyokong sepenuhnya penubuhan sebuah sekolah persendirian dan mendesak kerajaan mendengar tuntutan rakyat supaya meluluskan sekolah tersebut. Persoalan saya, siapakah rakyat yang dimaksudkan itu? Untuk makluman semua, saya difahamkan kerajaan telahpun tunduk, dengan mengiktiraf sijil UEC dan diterima masuk melanjutkan pelajaran ke maktab perguruan. Tidak mustahil selepas ini ke semua IPTA. Walaupun beberapa syarat dikenakan, seperti mendapat kepujian dalam BM, Inggeris dan melalui proses temuduga, adakah itu cukup dalam pembinaan negara bangsa?

Dr.  Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Ketua Jabatan/ Prof Madya
Jabatan Kenegaraan dan Ketamadunan
Universiti Pertahahan Nasional Malaysia


(Sinar Harian 28 Mei 2012)

Isnin, 28 Mei 2012

Tidak wajar bukan Melayu memimpinTanah Melayu - Dr. Ridhuan Tee




Saya sebenarnya sudah malas untuk menulis dalam akhbar Utusan/Mingguan Malaysia. Keluar sahaja artikel, saya terus diserang. Tetapi bila akhbar ini diserang sedemikian rupa oleh ultra kiasu, malas atau tidak, terpaksalah juga saya tampil, bukan membela, tetapi berkata benar.

Isu bukan Melayu sebagai Perdana Menteri bukan hari ini dibangkitkan oleh parti ultra kiasu. Tetapi sejak dahulu lagi. Cuba saudara pembaca buat kajian kenyataan demi kenyataan parti anti Melayu dan anti Islam ini sejak dahulu lagi. Bermula daripada ucapan-ucapan mereka dalam kempen pilihan raya umum (PRU) 1969, sehingga berlangsungnya PRU 1969 pada 10 Mei, diikuti perarakan kemenangan ultra kiasu di Kuala Lumpur 12 Mei, seterusnya membawa tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969 dan selepas itu.

Saya tidak ingin mengungkap lagi apa yang telah berlaku. Biarkan sejarah berlalu. Tetapi provokasi mereka amat melampau. Saya menyeru kepada semua pembaca meluangkan masa membaca buku sejarah Peristiwa 13 Mei 1969 dalam pelbagai versi. Antaranya tulisan Goh Cheng Teik (1971), Leon Comber (1985), Tunku Abdul Rahman (2007) dan lain-lain lagi.

Kata-kata seperti “Melayu sudah jatuh”, “Kuala Lumpur sekarang Cina punya”, “Ini negeri bukan Melayu punya”, “kita mahu halau orang Melayu” dan kata-kata seumpama itu adalah perkara biasa yang sering diulang-ulang sesama mereka hari ini. Saya bukan mahu mengapikan. Tetapi inilah bukti bagaimana sikap ultra kiasu tidak pernah berubah.

Pada saya yang baik itu, baiklah. Perlu disokong. Namun, bila tiba bahagian mungkar, maka perlu ditolak. 

Hari ini mereka nampak lembut terhadap Islam dan Melayu sebab mereka inginkan kuasa. Apabila kuasa telah diperolehi nanti, rasalah akibatnya. Maklumlah mereka bukan sahaja mendapat sokongan dalaman, tetapi juga luaran, terutama pulau kecil di selatan tanahair yang sentiasa mengikuti perkembangan politik di negara kita. Menunggu masa sahaja untuk bertindak. Apakah kita masih buta? Pemimpin-pemimpin mereka selalu berulang alik ke sana mencari dan memberi maklumat.

Ultra kiasu anak beranak itu cuba mempertahankan pengerusinya dengan merujuk kepada perlembagaan yang menyatakan bahawa jawatan PM terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Namun, katanya, berdasarkan realiti politik selama ini, perdana menteri Malaysia akan tetap seorang Melayu.

Ya, saya tidak nafikan, tetapi jagalah adab-adab bila berbicara. Tidakkah kita tinggal di negara sebelah timur. Bila bercakap, berlapik kerana ini menyentuh sensitiviti orang lain.

Sama seperti isu perkataan ‘pendatang’. Perkataan ini amat sensitif. Kenapa tidak ada lagi orang Melayu yang bercakap menggunakan perkataan ini? Kerana ingin menjaga hati orang lain. Inilah adab-adab yang perlu kita belajar. Saya cadangkan parti ultra kiasu ini menganjurkan kursus kepada ahli-ahlinya. Kalaupun tidak ramai boleh berbahasa Melayu atau masih gagap, sekurang-kurangnya belajar menjaga sensitiviti kaum lain, terutama bangsa majoriti.
Isu bukan Melayu menjadi Perdana Menteri amat sensitif kepada Melayu kerana ini adalah tanahair tumpah darah mereka kerana setiap bangsa ada tempat tumpah darahnya. Apakah kita masih tidak sedar? Kecualilah kalau kita masih terpengaruh dengan pemimpin ultra kiasu Singapura yang sudah tua itu. Beliau pernah berkata: Mengikut sejarah katanya orang-oarng Melayu telah mula berhijrah ke Malaysia dalam bilangan yang kecil, cuma kira-kira 700 tahun yang lalu. Daripada 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira satu pertiga daripada mereka adalah pendatang-pendatang baru seperti Setiausaha Agung Umno, Dato’ Syed Jaafar Albar, yang telah datang ke Tanah Melayu dari Indonesia sebelum perang, ketika berusia lebih daripada 30 tahun. Dari itu, adalah salah dan tidak logik bagi sesuatu kumpulan yang tertentu itu memikirkan bahawa mereka adalah lebih adil dipanggil rakyat Malaysia, dan orang lain boleh menjadi rakyat Malaysia hanya dengan kegemaran mereka. Utra kiasu itu berkata lagi, beliau dapat menyusun-galur nenek moyangnya sehingga 100 tahun di Singapura. Beliau menolak pendapat bahawa orang-orang Melayu adalah Bumiputera Gugusan Pulau-Pulau Melayu (Lee Kuan Yew, 1965; Flether, 1969).

Saya yakin ramai ultra kiasu masih terpengaruh dengan kata-kata ultra kiasu tua itu. Saya tidak nampak Utusan bersikap tidak beretika dan tidak bertanggungjawab dalam melaporkan berita. Jika tidak benar, samanlah. Utusan tidak boleh asyik nak mengalah sahaja di kala orang lain terus menyerang. Mereka juga harus bertindak seperti akhbar Rocket, Suara Keadilan dan Harakah.

Pemimpin ultra kiasu berkata, "Apabila DAP muncul di muka depan Utusan, ia pasti berita buruk/ masalah politik kerana ia gaya putar belit mereka." Persoalan saya, apakah Umno atau Barisan Nasional mendapat liputan yang baik di muka hadapan akhbar-akhbar mereka? Tidak juga. Jadi, sebenarnya, mengata orang dia yang lebih.

Saya berpegang kepada prinsip, “kita tidak akan menyerang jika tidak diserang. Tetapi kita tidak akan menyerang, tanpa tentangan”.

Menurut ultra kiasu, Utusan sengaja mencipta "isu yang tidak wujud" demi kepentingan politik dan berkempen menakut-nakutkan orang ramai, seperti "fitnah" bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa jika Umno tumpas, Melayu akan hilang kuasa politik.

Pada saya, bukti sudah jelas di depan mata, apa yang terjadi kepada Melayu di Singapura apabila ultra kiasu memegang kuasa. Terbelakah orang Melayu. Ada atau tidak, Melayu menjadi presiden Singapura selepas itu? Begitu juga kedudukan Melayu dalam jawatan berkaitan strategik dan keselamatam seperti perkhidmatan polis, tentera, pilot, imigresen dan sebagainya. Janganlah buat tidak tahu. Perancangan busuk ultra kiasu sudah termaktub dalam sejarah.

Lepas ini mungkin ada yang berkata dalam blog saya, ada yang terasa nak murtad apabila membaca pandangan saya. Saya tidak boleh berbuat apa-apa. Saya hanya berkata benar. Jika ada yang mahu murtad disebabkan pandangan dan hak saya untuk bersuara, saya serahkan kepada Allah SWT. Tetapi saya tidak boleh berdiam diri melihat sahaja perancangan jahat orang lain.

Kenyataan balas pengerusi ultra kiasu dibuat semata-mata strategi untuk menarik orang Melayu menyertai mereka setelah Tunku Abdul Aziz keluar parti. Kepada orang Melayu berada dan yang menyertai parti ultra kiasu ini, insaflah. Banyak lagi parti lain yang matlamatnya lebih jelas daripada parti ini.

Pada saya, jika benarpun dari segi undang-undang, tidak perlu bercakap, kerana ia menyakitkan orang lain. Apakah mungkin Singapura berperdanamenterikan Melayu walaupun perlembagaan negara tersebut tidak menetapkan bangsa Cina sahaja yang akan menjadi perdana menteri? Apakah peluang tersebut akan diberikan kepada Melayu? Jauh panggang dari api.

Saya bukan membela Utusan atau membela Umno. Ada beberapa perkara yang saya tidak boleh bersetuju. Tetapi itu bukan bermakna kita boleh biarkan sahaja mereka diserang. Yang baik, sokonglah, yang salah, saya tolak. Tetapi ultra kiasu ini tidak sedemikian, termasuk ultra kiasu Melayu, buat baik, salah, buat jahat, lagi salah. Semua jadi serba salah. Inikah ciri orang bertamadun?

Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Ketua Jabatan, Jabatan Kenegaraan dan Ketamadunan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

(Utusan Malaysia 26 Mei 2012)

Rabu, 23 Mei 2012

Ruginya Islam dan Melayu, apabila mereka tidak bersatu.....!!!



Ke mana saya pergi, untuk berceramah, saya lihat rumah ibadat bukan Islam tumbuh macam kulat. Ada sahaja tombol yang naik, yang kecil menjadi besar, yang rendah menjadi tinggi, yang ditinggalkan, diperbaharui dan macam-macam perubahan yang berlaku. Pergilah ke manapun, di situ saudara akan terlihat apa yang saya katakan.

Lebih menyakitkan lagi, jalan utama terpaksa dilencongkan kerana memberi laluan kepada pembinaan rumah berhala. Apakah ini wajar? Berapa banyak lagi rumah ibadat diperlukan sedangkan yang sedia ada sudah mencecah 200,000 berbanding surau masjid dalam lingkungan 30 ribu. Jika bilangan masjid surau mencecah ratusan ribu atau terletak di tanah haram, itu munasabah, kerana Islam adalah agama persekutuan. Lagi pula majoriti rakyat di negara ini beragama Islam.

Semua ini begitu jelas berlaku selepas Pilihan Raya Umum 12, 2008. Perpecahan umat Islam mengakibatkan orang lain mengambil kesempatan, menangguk di air yang keruh. Yang belum ada, diada-adakan, yang sudah ada, ditambah dan diperbaharui. Justeru, saya amat mengharapkan dengan keluarnya orang Melayu daripada parti ultra kiasu Cina itu, dapat membuka mata kita semua agar umat Islam bertaut kembali. Dalam artikel kali ini, izinkan saya mengupas sebahagian sahaja, ruginya Islam dan Melayu, apabila mereka tidak bersatu.

Kedudukan agama Islam semakin terancam. Orang bukan Islam mahukan semua tuntutan Inter Faith Commission (IFC) dipenuhi sepenuhnya (rujuk artikel saya terdahulu). Agama Islam sebagai agama persekutuan tidak lagi dihormati, sehinggakan majlis doapun dipertikaikan, apatah yang lain. Kes-kes yang berkaitan dengan agama Islam, mudah sahaja dibawa ke mahkamah sivil. Misalnya, isu kalimah Allah yang mahu digunakan sewenang-wenangnya, bibel bahasa Melayu, kes murtad, perebutan mayat saudara baru dan sebagainya. Mahkamah syariah seolah-olah tidak lagi dihormati, apatah lagi untuk dirujuk.

Selain itu, peruntukan untuk rumah ibadat antara Islam dan bukan Islam sudah menjadi sama rata. Terbaharu, di Selangor, ahli Majlis tidak akan meluluskan pembangunan taman perumahan baharu, selagi tidak memenuhi syarat iaitu setiap taman perumahan mesti ada rumah ibadat semua agama. Apakah makna ini semua? Adakah keadilan bermakna seorang sebiji?  

Berkaitan dengan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 153, saya sudah tidak nampak masih ada kewujudannya dalam bentuk realiti semasa. Boleh dikatakan apa jua keistimewaan mereka yang bergelar Melayu dan bumiputera telah pun ada pada mereka yang selainnya.  Lihatlah nanti isu kemasukan ke universiti dan pemberian biasiswa. Begitu juga isu lesen dan perkhidmatan awam. Walaupun kita mudah dapat, tetapi manfaatnya dirasai oleh siapa?

Kuasa politik Melayu Islam semakin terhakis. Tuntutan demi tuntutan semua parti komponen Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat sentiasa mahukan keadilan berasaskan formula sama rata dan sama rasa. Dahulu kuasa politik Melayu Islam mendominasi, bukan Melayu tidak minat kepada kuasa, tetapi lebih kepada bisnes. Hari ini, mereka mahukan kedua-duanya, kuasa dan bisnes. Mereka sentiasa mahukan kerusi tambahan. Siapa yang akan berkorban? Tidak cukup dengan itu, apa juga keistimewaan orang Melayu, juga perlu ada padanya, walaupun dijamin oleh perlembagaan.

Dalam isu pendidikan, Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama semakin terhakis. Peruntukan sudah menjadi sama rata, walaupun ada sedikit kelebihan pada sekolah kebangsaan. Sekolah vernakular semakin mendapat tempat, terutama dalam isu penempatan guru-guru. Kita lebih mendengar kata-kata NGO daripada pakar pendidikan. Kerajaan seolah-olah tidak boleh menentukan masa depan pendidikan. Seolah-olah ia berada di tangan NGO.

Kedudukan Bahasa Melayu semakin terancam, manakala bahasa Inggeris dan bahasa ibunda semakin mendapat tempat. Melihat kepada banner memprotes tindakan pihak berkuasa di Taman Desaria, Sg Ara atau di mana-mana sahaja protes yang majoritinya bukan Melayu. Bahasa Melayu langsung tidak mendapat tempat di hati mereka. Tinjaulah iklan-iklan yang berada di sekeliling.

Dalam bidang ekonomi usahlah dicerita. Bilangan orang Islam yang kaya masih statik. Yang kaya sibuk kawin artis. Orang Melayu semakin ramai diperalatkan. Pegawai kerajaan yang telah pencen bergelar Tan Sri dan Datuk, dipergunakan bagi mendapat tender sana sini. Jawatan pengerusi syarikat hanya permainan silap mana sahaja. Mereka langsung tidak berperanan. Hanya datang pejabat sekali sekala untuk bermesyuarat mendapatkan elaun.

Begitu juga dalam bidang sosial. Tidak perlulah dibincangkan isu gejala sosial. Lihat sahaja sektor makanan terus dikuasai oleh bukan Melayu. Saya difahamkan kedai-kedai makan yang berbunyi Melayu dan Islam sudah tidak lagi dipunyai oleh mamak atau orang Islam, tetapi kepunyaan bukan Islam. Nama-nama Islam dan pekerja Islam dari India digunakan sewenang-wenangnya untuk melariskan produk.

Banyak lagi yang boleh dibincang dalam ruangan terhad ini. Justeru, saya ingatkan, Pas tidak perlu menyaingi Umno  untuk menarik 100,000 anggota dalam perhimpunan parti itu di Kedah pada 1 Jun nanti sebagai respon kepada perhimpunan sambutan ulangtahun Umno yang berakhir minggu lalu. Umat Islam tidak perlu bersaing untuk ‘menunjukkan kehebatan dan kekuatan’ dalam perkara politik yang membawa perpecahan. Tetapi biarlah kita bersaing dalam perkara yang membawa kebaikan seperti kekuatan ekonomi, pendidikan dan mengembalikan semangat jihad. Apalah ertinya angka yang besar dan ramai sekiranya umat Islam merempat dan menagih simpati di bumi sendiri. Kuantiti tidak penting, tetapi kualiti jauh lebih penting. Itu akan menjamin masa depan agama bangsa dan negara. Justeru, fikirkanlah.

Pas dan Umno perlu membuang prasangka buruk antara satu sama lain. Sekarang ini adalah masa bekerja untuk Islam. Berpolitiklah secara matang. Buat perancangan dan rangka strategi. Lupakanlah yang lain-lain, termasuk dendam kesumat. Peluang dan kesempatan tidak datang selalu. Saya amat bimbang, jika peluang dan kesempatan itu tidak datang lagi. Kenalilah rakan seagama dengan rakan tidak seagama. Mana satu yang boleh dipercayai? Pemimpin Melayu ultra kiasu telahpun keluar daripada parti ultra kiasu Cina tersebut kerana beliau sudah celik mata. Apakah kita masih buta? 
 
Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
 
(Sinar Harian 21 Mei 2012)
 

Khamis, 17 Mei 2012

PAS dan UMNO perlu kenali musuh dan kawan sebenar....



Saya amat teruja dengan dolak dalih Pas mengenai hukum hudud. Jika dahulu, mewujudkan sebuah negara Islam dan melaksanakan hukum hudud adalah matlamat Pas. Hari ini, Presiden PAS berkata hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan walaupun ia akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Pakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Menurutnya, “hudud akan dilaksanakan terlebih dahulu kepada umat Islam sementara bukan Islam diberi pilihan (untuk menerimanya atau tidak). Bagaimanapun, ia mesti dilaksanakan mengikut proses demokrasi. Kita dahulukan yang mana dahulu, kita selesaikan masalah, atasi kemiskinan dahulu. Hukum hudud tidak boleh dilaksanakan, hukum mencuri tidak boleh dijatuhkan sekiranya gaji minimum tidak dilaksanakan. Sebagai contoh, gaji minimum kena ada, kalau dia mencuri sebab gaji tak cukup, ia (hudud) tak boleh dilaksanakan sebab tak cukup syarat nak laksana hukum ini, itu kena faham. Masalah pengangguran diselesaikan dulu baru (hudud) dilaksanakan”.

Sebelum ini, Presiden Pas juga berkata pakatan pembangkang akan meminda perlembagaan negara yang ketika ini meletakkan Islam sebagai agama rasmi kepada Islam sebagai addin, iaitu yang merangkumi seluruh kehidupan manusia, jika dipilih menjadi kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.

Persoalan saya, apakah Pas begitu yakin akan menerajui kerajaan jika Pakatan Rakyat memerintah? Apakah parti ultra kiasu Melayu dan Cina akan bersetuju dengan rancangan Pas yang murni itu? Bolehkah pindaan perlembagaan dilakukan sedangkan kedua-dua parti ultra kiasu awal-awal lagi sudah mengatakan tidak, terhadap konsep negara Islam dan hudud?  Mereka hanya mahukan negara sekular kerana boleh melakukan LGBT? Bacalah kenyataan-kenyataan mereka sebelum ini.

Baiklah, lupakan sementara waktu perkara ini. Ingin saya bertanya, jika Pakatan Rakyat memerintah, di manakah kedudukan Pas dan Islam? Di negeri yang diperintah oleh mereka seperti Selangor dan Pulau Pinang, Pas telah disisihkan. Inilah pulak apabila berjaya membentuk kerajaan pusat? Jika Pas masih tidak percaya akan kata-kata saya, cuba sekali lagi bertanya kepada kepimpinan ultra kiasu, setuju atau tidak dengan idea negara Islam dan hudud?

Saya amat yakin, jawapannya TIDAK. Jika begitulah keadaannya, apa guna lagi bersama-sama dengan orang yang menentang Islam. Tidak kiralah ultra kiasu Melayu atau Cina. Cabut dan angkat kaki. Cubalah beralih angin terhadap Umno. Saya amat yakin, membincangkan soal Islam dengan Umno lebih terbuka daripada ultra kiasu. Umno kini sudah mula berlapang dada. Umno sudah merasai pahitnya apabila kehilangan beberapa negeri dan tidak mendapat dua pertiga kerusi parlimen.

Saya bukanlah orang Umno, tetapi saya yakin dalam Umno, ramai yang mahukan Islam. Inilah yang menjadi ketakutan kepada ultra kiasu, jika Umno dan Pas bersatu. Ketika itu, kita lihat siapa yang kuat dan siapa yang berani mengangkat muka! Hari ini ternyata, Pas dipermainkan oleh parti ultra kiasu Melayu yang merasakan dirinya kuat, wal hal sebenarnya tidak. Mereka hanya menumpang kekuatan Pas. Itupun begitu mengada-ngada.
PKR mahukan kerusi Pas yang sememangnya sudah kuat di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Sedangkan pada saya, PKR tidak layakpun untuk bertanding di kawasan kubu kuat Pas. Sebab itu, Pas sepatutnya berkeras dan bertegas berhadapan dengan tuntutan ultra kiasu ini. PKR tidak ada apa-apa tanpa Pas? Dengan adanya Pas, barulah PKR ada sedikit kekuatan. Itupun mereka masih berlagak kuat.

Maaf cakap, sehingga kini saya masih sukar untuk mempercayai ultra kiasu Melayu ini, apatah lagi ultra kiasu Cina. Mereka ini dahulunya adalah orang Umno. Jika selama ini mereka menuduh Umno macam-macam, seolah-olah Umno sangat jahat, apakah perangai-perangai Umno sudah lekang daripada diri mereka? Saya tidaklah menuduh Umno sebegitu. Tetapi jika mereka yang sering menuduh Umno sedemikian, dari lubuk manakah mereka berasal? Sebab itulah saya tidak hairan jika berlaku banyak penyelewengan yang sama berlaku di negeri pimpinan mereka. Mereka juga membawa perangai Umno?

Saya mohon maaf kepada Umno kerana terpaksa mengeluarkan kenyataan ini. Saya lihat hari ini semenjak mereka keluar dari Umno, mereka memandang Umno lebih hina daripada ultra kiasu yang jelas-jelas menentang Islam. Adakah orang ini boleh dipercayai? Hanya kerana dendam yang tidak berkesudahan, mereka sanggup menggadaikan maruah agama, bangsa dan negara.

Justeru, saya mengingatkan Pas, supaya lupakanlah hasrat untuk wujudkan negara Islam dan laksanakan hudud jika  masih lagi bersama bekas-bekas orang Umno dan ultra kiasu ini. Mereka tidak pernah ikhlas, mereka hanya mahukan kuasa. Apabila mendapat kuasa nanti, Pas akan ditendangnya. Hudud Pas hanya akan tinggal angan-angan.

Justeru, saya amat sedih apabila Pas turut terpengaruh dan terheret bersama mereka yang menentang Islam. Bolehkah kita mempercayai mereka? Berpolitik biarlah berpijak kepada realiti atau bumi nyata. Itu lebih membawa manfaat daripada beretorik.

Sebab itu, dari dahulu saya katakan, berbincanglah dengan Umno, lebih banyak faedah daripada ultra kiasu. Umno begitu terbuka hari ini selepas PRU 12 2008. Umno sudah banyak berubah berbanding dahulu. Jika dahulu, kritik sahaja Umno, semua orang ‘digamnya’. Hari ini orang Umno sendiri mengkritik Umno. Mereka masih diberi peluang.

Pada saya, Umno sudah jauh berubah berbanding dahulu. Umno mula bercakap soal integriti, transformasi dan sebagainya. Benar, masih banyak lagi yang perlu diperbaiki. Namun, usaha-usaha ke arah yang lebih baik sedangkan berjalan. Saya yakin, jika Pas ikhlas, Umno akan berubah lagi. Pokoknya, mulakan langkah pertama dengan Umno. Seingat saya, hari ini Umno masih berlapik apabila mengeluarkan kenyataan mengenai Islam, berbanding dengan ultra kiasu itu. Mereka bukan sahaja tidak mahu kepada Islam, malah bersekongkol dengan Yahudi dan Amerika yang mahukan demokrasi yang berteraskan kepada kebebasan dan hak asasi manusia diamalkan.

Maka tidak hairanlah LGBT begitu dipropagandakan. Saya tidak pasti ada kalangan mereka yang berminat ke arah itu. Apa yang jelas mereka ini tidak layak dijadikan kawan. Bimbang-bimbang kita disondolnya nanti. Kenalilah antara kawan dan musuh sebenar. 
Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
  
(Sinar Harian 14 Mei 2012)

Selasa, 15 Mei 2012

Bersatulah Melayu..Agenda Jahat Mereka Sudah Hampir Tercapai...!!!




Perangkap yang telah dipasang atas nama demokrasi dan masyarakat majmuk telah memperdayakan banyak orang orang melayu yang berjuang mengikut hawa nafsu semata mata- Pelbagai helah yang telah dilakukan diperkatakan bagi memenangi hati rakyat yang berbangsa Melayu yang cetek ilmu percaturan politik.

Akhirnya mereka ini terperangkap didalam agenda yang membunuh bangsa mereka sendiri- Itulah DAP sebuah parti yang mengamalkan dasar dasar perkauman yang amat kuat dikalangan mereka. Mereka adalah pengamal kecinaan yang telah diterap dari tahun 60an lagi oleh PAP yang mana ibu kepada DAP.

Gaya dan corak pemerintahan mereka banyak menjurus kepada membela bangasa dan kuasa bagi kecinaan yang ada didalam diri mereka. Kita telah dapat melihat bagaimana pemecahan majoriti berlaku di Singapura kepada bangsa melayu. Kini sedang terjadi di Pulau Pinang.

Agak menyedihkan masih ada lagi bangsa Melayu yang tidak sedar tentang hal ini, mereka ini di ulit dengan kata-kata manis yang dihamburkan oleh DAP kepada UMNO- Segala kata kata DAP seumpama “Al-Quran” bagai mereka ini. Kata kata yang tidak boleh disanggah sama sekali itu lah pengikut dan pemimpin PAS dan PKR yang kini sanggup untuk membunuh bangsa dan negara mereka sendiri demi DAP.

DAP telah membuka penyertaan keahliannya kepada bangsa lain adalah satu helah untuk mengaburi mata masayarakat agar masyarakat berfikir bahawa DAP adalah sebuah parti yang tidak mengamalkan perkauman, tetapai mereka silap- mereka telah tertipu, mereka telah terpedaya-
Dap membuka ruang penyertaan tersebut bukan kerana untuk menjadikan Partinya berbilang kaum akan tetapi hanya lah untuk mendapatkan undi dari pihak orang orang tolol yang berada didalam bangsa melayu.Sebagaimana sikap DAP , parti ini tidak akan membuka ruang yang seluasnya bagi bangsa lain menguasai apa juga yang telah mereka kuasai. DAP adalah sebuah parti caunivis yang amat tebal didalam sanubari mereka.

Dengan demikian , apa juga helah yang dibuat dan diberikan dan ditawarkan kepada bangsa lain hanya lah sandiwara sahaja. Melayu kini telah terperangkap dalam politik DAP. Apa yang amat jelas ialah ‘DAP parti cauvinis’

Berbalik semula dengan agenda jahat DAP untuk menghancurkan negara ini dengan menggunakan PAS sebagai kuda tunggangan.

  • Kristian Agama Rasmi."Malaysia akan ditukarkan kepada Republik. Guan Eng ada pejabat mewah di Singapura dan setiap minggu berjumpa Lee Kuan Yiew. Kewangan DAP terlalu kuat."
  • YDP Negeri Pulau Pinang akan ditukar kepada Cina.
  • Sistem Raja berperlembagaan akan dibubarkan,
  • Raja adalah berketurunan lanun kata Lim Kit Siang.
  • Isu azan hanya test kesensetifan orang Islam.
  • Pertandinagn tilawah Al Quran akan dihapuskan.
  • NGO Melayu akan dihapuskan. cth PEKIDA & PERKASA.
  • Perkahwinan campur akan digalakkan. "Insentif RM 5,000 akan diberikan atas alasan humans right (penghapusan etnik Melayu."
  • Bahasa Inggeris bahasa Rasmi.
  • Mata pelajaran Agama Islam akan dimansuhkan.
  • Chin Peng akan diberi pengampunan dan diberi gelaran Tun.
  • MARA jabatan yang dianggap rasis akan dibubarkan.
  • GLC akan dipegang dan diterajui oleh orang Cina.
  • Di hotel Palma Penang, lagu Negara ku yang baru telah dimainkan. Tiada sebut pun tentang raja.
  • Rejimen Askar Melayu Diraja akan dibubarkan kerana telah banyak bunuh orang cina (komunis) sebelum ini.
  • Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara akan ditukarkan kepada orang Cina.
  • Kakitangan kerajaan berketurunan Melayu akan dikurangkan.
  • KEMAS, BTN dan MKN akan ditutup.
  • Kedutaan Israel akan dibuka.
  • Pengkalan Tentera Israel akan dibuka di Port Dickson.
  • Majlis Antara Agama akan menggantikan Majlis Agama Islam.
  • Wang zakat akan digunakan oleh orang bukan Islam.
  • Percubaan telah dibuat di Perak sewaktu dibawah Nizar MB boneka. Ngeh pernah mintak untuk guna wang zakat tetapi dihalang oleh Mufti.
  • DEB akan dimansuhkan.
  • Parti berteraskan agama akan dibubarkan termasuk PAS. "Mat Sabu pernah kata “Saya sanggup makan babi dengan Lim Guan Eng dari makan ayam dengan Najib dalam satu majlis tertutup.” PAS telah berjaya diliberalkan (dikafirkan?)."
  • Yahudi dan CIA akan bantu menjayakan rancangan DAP.

Masih tidak nampak lagi- Jadi AWAS bangsaku- sekarang kita berhadapan dengan ancaman luar dan dalam, kita berhadapan dengan bangsa kita sendiri yang inginkan sebuah negara republik sebagaimana dicanangkan oleh demonstran di dataran merdeka.

Bolehkah dibayangkan nanti corak pemerintahan mereka jika kuasa terlepas ke tangan mereka? Apakah Melayu dan Islam mendapat tempat seperti sekarang? Seburuk-buruk UMNO ia lebih bersifat peribadi kepada pemimpin tertentu tetapi umum Islam dan Melayu masih dalam keudukan yang terpelihara.

Soal jika mahu Melayu dan Islam termaju dan terhebat ia banyak bergantung kepada Melayu dan Islam itu sendiri kerana kerajaan UMNO hanya memberi kemudahan dan dorongan awal.Kekurangan dan kelemahan UMNO ini sepatutnya sudah terisi dan diganti dengan satu perjuangan lain seperti PAS yang dulunya sangat istiqamah dengan perjuangan Islam.

Malangnya PAS hari ini lebih teruk dari UMNO pula dari segi ‘kerakusan’ dan ‘kemaruk’ kuasa yang berlebihan sehingga sanggup ‘berkompromi’ dalam beberapa perkara pokok termasuk syubahat dalam soal dosa2 besar atau soal2 kemusnahan masa depan ummah.

Kebanyakannya isu yang disokong oleh PAS adalah perkara perkara yang menjadi tuntutan didalam tuntutan Siqiu dan tuntutan IFC yang mana didalangi oleh DAP. Di Pulau Pinang sebagai contohnya-

  • Kita pernah mendengar Agama Kristian sebagai agama rasmi Malaysia.
  • Kita pernah mendengar pemansuhan DEB oleh PKR-
  • Kita pernah mendengar kesamarataan beragama-
  • Kita pernah mendengar isu permurtadan
  • Kita pernah mendengar isu Kalimah Allah
  • Kita pernah mendengar Isu azan.
  • Kita pernah mendengar Hadi Awang berkata Agama Islam bukan Agama Rasmi jika Pembangkang merintah?
  • Kita pernah mendengar isu perjanjian Annapolis summit 27 November .2007 – Pengiktirafan Israel oleh Anwar
  • Pesanan Persekutuan Kristian Malaysia – ‘Pilih Kerajaan Kebebasan Beragama’  

Dan sekarang mari kita bariskan apakah agenda yang sebenarnya telah dirancang oleh DAP untuk menakluk negara ini dengan bantuan Yahudi dan Singapura.DAP paling benci kepada bangsa Melayu beragama Islam dan Raja2 Melayu. DAP berniat jahat untuk menukar perlembagaan Islam kepada Perlembagaan Kristian.

Seorang pemimpin kanan DAP pernah didalam ucapannya menyatakan”we must make sure christian become official religion in Malaysia and we make sure that the next prime minister is christian.“

Sekarang telah jelas dan terang , bahawa PAS PKR telah bersama sama memperjuangkan apa yang diperjuangkan oleh DAP yang boleh juga kita kenalil sebagai Israel Kecil dimana Islam adalah musuh mereka sebagaimana yang telah dilakukan di Singapura oleh PAP.

Jika Israel sangat jijik di kacamata Islam sedunia sewajarnya DAP juga wajar dilihat oleh seluruh umat Melayu dan Islam termasuk PAS sebagai ‘Israel Kecil’ yang menentang Islam secara terang2an.

Menurut ramalan formula RAHMAN, selepas Tun Hussein Onn, Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri dan kemudiannya Tun Abdullah. RAHMAN juga menilik Datuk Seri Najib sebagai penyudahnya. Kit Siang mengharapkan ianya akan benar-benar berlaku dengan isu-isu yang diketengahkan 31 tahun yang lampau dikenang oleh generasi sekarang.
Sememangnya isu-isu di dalam buku ini masih relevan untuk diperbincangkan memandangkan pemerintahan Malaysia sejak 50 tahun yang lampau di bawah legasi BN dan Umno.

Kit Siang dalam beberapa siri ucapannya pernah berkata bahawa DAP berfungsi sebagai pembangkang dan tidak berminat menjadi kerajaan pemerintah. Namun telahannya agak meleset kerana selepas tsunami Mac 2008, lima negeri telah jatuh kepada pembangkang, bahkan anaknya Guan Eng dipilih sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Selangor dan Perak juga mendapat sumbangan besar dari DAP dalam pentadbiran negeri-negeri tersebut.
Merenung kembali ucapan-ucapan yang dibaca oleh Kit Siang sewaktu beliau menjadi wakil rakyat beberapa sessi. Jatuh bangunnya, susah senangnya, tangis riangnya, gagal jayanya semuanya dinukilkan dalam buku ini dan juga agenda parti tersebut terhadap Malaysia.

Kini semua itu hampir tercapai dengan bantuan PKR dan PAS- Sebaliknya Melayu UMNO kini sedang berjuang bermatian untuk mempertahankan kedaulatan negara ini agar tidak terjajah ditangan Cina Cauvinis ini walaupun terpaksa berhadapan dengan kumpulan Melayu yang tiada asas politik silam.

Ayuh bangsaku Melayu- sekarang bukan masanya kita untuk bertelagah- bukan masanya kita untuk bertekak ingatlah, bacalah bahawa kita bangsa Melayu sedang diancam dari luar dan dalam- Bersatulah dalam satu barisan untuk mempertahankannya. 

Jangan dijadikan “Bumi yang dipijak Milik orang” sesalan pada kemudian hari tidak ada gunanya.

Wallahualam....


Anak Kecil Main Api