Dalam umat
Islam sedang berperang sesama sendiri ada yang mempertahankan Kalimah
Allah dan ada yang mahu Kalimah Allah dipergunakan oleh penganut Agama
Kristian dalam gerejanya dan juga didalam biblenya.
Pas pula
sanggup mempertahankan DAP demi kepentingan politik supaya mereka dapat
menggunakan kalimah Allah dimana yang mereka suka.
Yang paling kita takuti mereka mahu cetak bible dalam bahasa Malaysia agar senang dibaca oleh umat Islam di Malaysia.
Dalam keadaan
kelam-kabut DAP Perak terus memainkan peranannya membawa wanita Melayu
yang menyokong Pakatan Rakyat memasuki gereja untuk diberi kaunseling.
Mereka memberi alasan kononnya wanita-wanita Melayu ini wajar diberikan kaunseling dalam Program Sentuhan Hati Serta Kasih Sayang.
Ini merupakan langkah awal pihak Gereja untuk menarik minat lebih ramai orang Melayu memasuki Agama Kristian.
Gambar di atas
adalah satu sesi ceramah sentuhan hati yang dianjurkan oleh sebuah
gereja di daerah Ipoh. Gereja ini juga pernah digemparkan bahawa pernah
mahu membaptiskan orang Melayu pada tahun 2008. Apabila Mufti Perak Tan
Sri Harussani dapat tahu maka Tan Sri Harussani terus membuat kenyataan,
malangnya kenyataan yang dibuat oleh Tan Sri Harussani telah dikatakan
tidak benar oleh kerajaan rejim DAP 11 bulan. Lalu beberapa pemimpin Pas
dan DAP membuat laporan Polis terhadap Mufti Perak kononnya sengaja
mengada-adakan cerita yang boleh berlaku rusuhan.
Dengan bukti
gambar ini maka rakyat boleh menilai kenyataan Mufti Perak yang
dipersendakan oleh pemimpin Pas dan DAP adalah benar dan pemimpin Pas
dan DAP Perak juga tahu kejadian ini tetapi demi menjaga hati cina DAP
mereka terus menyerang Tan Sri Harussani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan