Adnan Bin Saidi atau lebih dikenali sebagai Lt. Adnan Saidi dilahirkan di Kampung Sungei Ramal, Kajang, Selangor pada tahun 1915. Adnan Saidi merupakan anak sulung dalam keluarganya. Inilah serba sedikit kisah pertempuran terakhir beliau di Bukit Candu, Singapura. (yg saya petik dari beberapa sumber)
Pertempuran
sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata digunakan,
termasuk granet dan senjata automatik. Lt. Adnan sendiri mengendalikan
senjata Lewis gun. Dalam kebanyakan kes, askar bertempur dalam
pertempuran berhadapan menggunakan bayonet. tetapi, mereka kekal
bertahan mengecewakan pihak musuh. Dalam pertempuran yang berikutnya
pegawai dan tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan
sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan darah
terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan semangat juang orang-orangnya
untuk bertahan bersunguh-sungguh.di dalam keadaan kacau bilau
pertempuran, tubuh Korporal Yaakob(satu-satunya yang selamat) jatuh
di atas timbunan mayat rakan-rakan seperjuangannya yang telah mati
ditembak tentera Jepun.
Beberapa detik sebelum itu dia dapat melihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana Leftenan Adnan dari Rejimen Askar Melayu berserta beberapa orang anak-anak buahnya yang lain akhirnya berjaya ditawan Jepun. Leftenan Adnan berusia 27 tahun ketika kejadian ini berlaku...Sejak pagi semalam lagi tentera Jepun telah menumpukan serangan bedilan bom, mortar berat dan bedilan meriam ke kawasan Pasir Panjang kerana mereka tahu, inilah kawasan terakhir yang perlu mereka tawan sebelum Singapura jatuh ke tangan mereka. Pihak British mempertahankan kawasan secara habis-habisan kerana kawasan tanah tinggi ini menghadap ke arah utara Singapura serta merupakan jalan ke arah Alexandra di mana letaknya depot senjata serta hospital tentera, serta kepentingan lain milik British.
Beberapa detik sebelum itu dia dapat melihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana Leftenan Adnan dari Rejimen Askar Melayu berserta beberapa orang anak-anak buahnya yang lain akhirnya berjaya ditawan Jepun. Leftenan Adnan berusia 27 tahun ketika kejadian ini berlaku...Sejak pagi semalam lagi tentera Jepun telah menumpukan serangan bedilan bom, mortar berat dan bedilan meriam ke kawasan Pasir Panjang kerana mereka tahu, inilah kawasan terakhir yang perlu mereka tawan sebelum Singapura jatuh ke tangan mereka. Pihak British mempertahankan kawasan secara habis-habisan kerana kawasan tanah tinggi ini menghadap ke arah utara Singapura serta merupakan jalan ke arah Alexandra di mana letaknya depot senjata serta hospital tentera, serta kepentingan lain milik British.
Divisyen
Chrysanthemum Tentera Imperial Jepun di bawah pemerintahan Leftenan
Jeneral Renya Mutaguchi telah diperintahkan untuk menghadapi 'C' Coy.
'C' Coy merupakan sebuah pasukan yang membentuk Batalion Pertama dan
Kedua Kedua Rejimen Askar Melayu Rejimen British 2nd Loyals dan Briged
44th Indian. 'C' Coy berserta Leftenan Adnan Saidi telah ditempatkan
untuk mempertahankan Perkampungan Pasir Panjang. Mereka telah memberi
tentangan yang hebat kepada Tentera Jepun sehingga tentera Jepun dari
Divisyen Chrysanthemum yang terkenal kerana kehebatan serta kehandalan
mereka berperang terpaksa berundur.
Pada
tengah malam semalam, Leftenan Adnan telah diperintahkan oleh Kepten
H.R. Rix untuk berpindah ke sebuah tapak pertahanan baru. Mereka telah
bertahan di sebuah kilang memproses candu kepunyaan pemerintah British
di kaki sebuah bukit di Pasir Panjang.
Seramai
42 orang anggota Batalion pertama dan Kedua Rejimen Askar Melayu
bertahan di situ tanpa air, makanan serta bekalan senjata tambahan. Di
dalam keadaan terdesak, Leftenan Adnan telah memerintah anak buahnya
untuk memperkukuhkan benteng pertahanan mereka dengan beg pasir. Dia
tahu, jumlah tentera Jepun yang akan datang menyerang terlalu banyak
jumlahnya dibandingkan dengan jumlah tentera di bawah pimpinannya.
Pada
tengah hari 14 Februari, pihak tentera Jepun akhirnya menyerang Rejimen
Askar Melayu yang sedang bertahan di Bukit Chandu. Sekumpulan anggota
tentera Jepun yang menyamar sebagai anggota tentera Punjabi datang
mendekati mereka. Sebelum sempat mereka dapat mendekati kawasan yang
dipertahankan oleh 'C' Coy,
Leftenan Adnan yang telah ditugaskan untuk mempertahankan bahagian utara kawasan tanah tinggi ini sudah dapat menghidu helah yang telah dilakukan oleh tentera Jepun. Tentera Punjabi itu dilihatnya sedang mara bergerak dalam kumpulan berempat dan bukannya bertiga. Leftenan Adnan yakin, apa yang dilihatnya itu adalah satu helah yang dilakukan oleh tentera Jepun, kerana pasukan tentera di bawah pimpinan British tidak mungkin akan melakukan kesilapan yang besar seperti yang dilihatnya pada ketika itu. Terus dia mengarahkan agar tembakan dilepaskan bertubi-tubi ke arah tentera Jepun yang sedang menyamar ini.
Leftenan Adnan yang telah ditugaskan untuk mempertahankan bahagian utara kawasan tanah tinggi ini sudah dapat menghidu helah yang telah dilakukan oleh tentera Jepun. Tentera Punjabi itu dilihatnya sedang mara bergerak dalam kumpulan berempat dan bukannya bertiga. Leftenan Adnan yakin, apa yang dilihatnya itu adalah satu helah yang dilakukan oleh tentera Jepun, kerana pasukan tentera di bawah pimpinan British tidak mungkin akan melakukan kesilapan yang besar seperti yang dilihatnya pada ketika itu. Terus dia mengarahkan agar tembakan dilepaskan bertubi-tubi ke arah tentera Jepun yang sedang menyamar ini.
Seramai
20 anggota tentera Jepun telah mati serta cedera di dalam serangan ini.
Perkara ini telah membuatkan tentera Jepun mengamuk, lantas membalas
dengan serangan tembakan bertubi-tubi ke atas Rejimen Askar Melayu.
Rejimen
Askar Melayu telah berjuang dengan berani sehingga titisan darah yang
terakhir walaupun mereka terpaksa berhadapan dengan tentera Jepun dengan
menggunakan jumlah peluru yang terhad. Maka begitulah hendaknya
semangat "Ta'at dan Setia" yang begitu kental di dalam jiwa mereka.
Tubuh
Korporal Yaakob kaku tatkala dia berpura-pura mati di atas tubuh
seorang rakannya yang telah mati ditembak pada bahagian lehernya.
Korporal Yaakob dapat mencium bau hanyir darah yang masih mengalir
hangat dari bahagian leher kawannya itu. Begitu meloyakan sehinggakan
dia merasa seperti mahu muntah di situ juga. Sebelum Korporal Yaakob
rebah di dalam kekalutan pertempuran tadi, dia dapat melihat Kapten Rix
terbunuh bersama 12 orang tentera Melayu yang lain yang telah berjuang
bermati-matian dengannya.
Kini,
dari posisinya Korporal Yaakob dapat melihat keadaan Leftenan Adnan
yang cedera parah diheret dan disepak terajang oleh tentera Jepun yang
sedang marah menggila pada ketika itu. Mereka betul-betul ingin membalas
dendam ke atas kematian rakan-rakan mereka yang telah mati ditembak
oleh Leftenan Adnan serta anak-anak buahnya yang lain. Enam orang
anggota tentera Melayu yang berjaya ditawan terus diikat, lantas ditikam
dengan bayonet oleh tentera Jepun sehingga mati. Suara anggota tentera
Melayu yang telah mengerang kesakitan di dalam saat-saat akhir hidup
mereka terus berdengung di dalam kepala Korporal Yaakob. Dia tidak dapat
melakukan apa-apa kecuali terus berpura-pura mati.
Tubuh
Leftenan Adnan yang lemah itu kemudian diserkup dengan guni. Kakinya di
gantung ke sebuah pokok ceri berdekatan dengan sebuah rumah banglo di
Pepys Road. Kemudian, tanpa sebarang pertimbangan, tentera Jepun telah
menikam tubuh Leftenan Adnan berkali-kali sehinggalah tubuhnya berhenti
bergerak. Kaku. Titisan darah yang pekat mula membasahi kain guni yang
menutupi tubuh Leftenan Adnan. Seorang pegawai tentera Jepun
mengeluarkan balutan kain guni pada tubuh Leftenan Adnan. Dia mengambil
pisaunya lalu leher Leftenan Adnan dikelar. Darahnya menitik dengan
deras ke tanah.Pegawai tersebut lalu memerintahkan anak-anak buahnya
supaya memberi amaran kepada penduduk-penduduk tempatan supaya jangan
menyentuh mayat Leftenan Adnan juga mayat-mayat askar Melayu yang lain
untuk dikebumikan. Jika tidak padah jadinya nanti!
Peristiwa
Pertempuran di Bukit Chandu merupakan pertempuran terakhir sebelum
Singapura akhirnya jatuh ke tangan Jepun. Pada 15 Februari 1942,
Leftenan-Jeneral A.E Percival dari Pakatan Tentera British akhirnya
menyerah kalah kepada Leftenan-Jeneral Yamashita Tomoyuki dari Tentera
Imperial Jepun di bangunan Kilang Ford di Bukit Timah. Penyerahan
Singapura kepada Jepun ini menandakan tamatlah ikatan Malaya dan
khususnya Singapura kepada Kerajaan Britih yang telah memerintahnya
selama lebih seabad lamanya sebelum ini.
Pada
hari yang sama, bendera Union Jack diturunkan lantas bendera Matahari
Terbit atau Hinomoru dikibarkan di sebatang tiang bendera berdekatan
dengan bangunan Cathay, bangunan yang tertinggi di Singapura pada waktu
itu.
Ketika
Jepun mengambil alih Singapura, tahun 1942 telah ditukar menjadi tahun
2602 mengikut kalendar yang digunakan oleh Jepun. Jam-jam pula diubah
agar mengikut masa yang sama di Tokyo.
Sejak
dari hari itu, Singapura dinamakan mereka 'Shonan-to', Malaya pula
'Malai' atau 'Maraiee' dan Pulau Pinang pula 'Tojoto'. Maka kini
bermulalah penjajahan Jepun ke atas bumi Malaya dan Singapura!
*Keberanian
sera kepahlawanan Leftenan diakui sendiri oleh Empayar British dan juga
Empayar Jepun, sehinggakan General Yamashita yang dikenali sebagai
Harimau Malaya menyatakan “jika terdapat 10 orang Leftenan Adnan, belum pasti Malaya jatuh ke tangan Jepun”
*Kisah kepahlawanan beliau juga di filemkan dalam ‘Leftenan Adnan’ the movie.
menarik~!!!Mohon share
BalasPadamSilakan ...tq
Padamapakan intipati atau pengajaran yang boleh didapati dalam cerita leftenan adnan?
BalasPadamTerima kasih
BalasPadamTerima kasih
BalasPadam