Khamis, 7 Mac 2013

PERISTIWA 1.3.13 DI LAHAD DATU - satu pemulaan..?!


Antara yang terkorban, AL-FATIHAH untuk wira negara

1hb 3 2013 menyaksikan  POLIS komado VAT69 gugur di medan perang bila sebuah mortar di lepaskan di lahad datu. Berikutan daripada itu, pihak polis memulakan gerak gempur untuk menangani pencerobohan militan sultanate KIRAM yang mana tidak di iktiraf pun oleh FILIPINA.

Pendek kata; sultan KIRAM mahu berada di sabah kerana bagi mereka itulah tanah jajahan mereka tapi mungkin dia lupa, suatu perjanjian antara malaysia dan filipina di metrai pada 1960an, yang mana SABAH adalah di bawah penguasaan Malaysia.



pada mulanya, sesi rundingan damai masih berjalan dan media memaparkan isu ini bukan isu militan; supaya rakyat tidak panik

Menuru sumber, bangsa sulu masih lagi boleh datang dan pergi dari kepulauan filipina - sabah dan di beri kad pengenalan sementara kerana mereka adalah sama bangsa dan agama.

Walaupun begitu, selama kita damai, ada pihak telah memasang BOM JANGKA di lahad datu dan sekitarnya. Kini, 2013, bom jangka mulai berdetik. Militan KIRAM telah datang seramai ratusan orang secara mengejut dengan alasan damai. Dan penduduk yang ada di situ, yang telah di beri kad pengenalan sementara, di beri senjata andai mereka mahu terus berkerja di bawah naugan sultan KIRAM.



Oleh yang demikianlah, jumlah penceroboh menjadi angka batalion tentera, maka ATM mula bergerak mengawal keadaan. Kerajaan melakukan diplomasi agar mereka keluar dari Malaysia tapi entah kenapa mereka tidak mahu. Sebenarnya mereka di luah mati bapak, di telan mati emak.

JIka mereka keluar, mereka kena berhadapan dengan militan FILIPINA yang pasti tiada belas kasihan pada mereka. Jadi mereka memilih untuk tinggal di sini sedangkan mereka cuba membina 'kem' sultan KIRAM. Ia menjejaskan keselamatan negara.

Pada tika yang sama juga, KAPAL PERANG USA sedang bertumpu di perairan FILIPINA. Walaupun kepulauan FILIPINA itu, adalah base tentra USA, tapi jumlah kehadiran mereka seperti ada sesuatu perancangan.




Kaitan peristiwa ini dengan kapal perang itu adalah mungkin kerana; USA sebagai polis dunia mahu mendamaikan dua pihak atau tiga pihak sekali gus, yakni militan KIRAM, kerajaan Malaysia dan kerajaan FILIPINA. Jika itu berlaku, proses pendamaiannya, adalah dengan meletakkan militari USA di sini.

Jika andaian benar, proses 'demokrasi' ala US akan bermula, kerana tika ini, PRU ke-13 bakal berlansung.
Jika saat itu, perang terjadi di sana, USA akan menawarkan bantuan kepada mana-mana pihak untuk 'mendamaikan'.

Kita tidak mungkin akan membenarkan USA masuk campur dalam hal ini, tapi FILIPINA mungkin. Kerana mereka adalah pro-USA.

Jadi, kerana itulah; tika pertempuran terjadi di lahad datu, ramai bertanya-tanya. Kenapa PIHAK POLIS yang mengempur militan penceroboh. Kenapa bukan ATM sedangkan ATM telah bersiap sedia?

Akibat dari tektikal ini, 8 orang telah terbunuh..


Bila di selidik; pihak kerajaan sedaya upaya tidak mahu mengunakan kuasa tentera kerana bila itu terjadi; 'proses damai ala USA' akan bermula atas akta keselamatan perairan antara 3 negara (indonesia-filipina-malaysia). Jadi, VAT69 di kerah. Bila ini di bawah gerak gempur polis, maka ia di anggap sebagai 'jenayah dalam negara'.




Berikut adalah copy paste dari seseorang:-

Dlm wawancara dgn Pang Medan (B) Let Zaini smlm, dia bgtau keluasan pantai Sabah sgt luas dan susah hendak mengawal kemasukan org asing. cuma kita pasti dpt detect sebarang pendaratan org luar dgn cpt dan mengawal slps itu.
 
*juga ada juga berita menyatakan kita dah dpt tahu operasi rakyat Sulu ini terlebih awl, dan boleh "kubur"kan mrk di tgh2 laut dgn senjata berat tetapi mengenangkan mrk sedara seagama dan kita pernah memberi bantuan kpd mrk, "pihak atasan" memberikan "green light" utk mrk masuk.

 
*juga yg masuk itu pun dah kemasukan ketiga dah, kemasukan 1st n 2nd dlm jumlah yg kecil yakni intel Filipinos, tetapi 1st n 2nd demi recce ssorg yg "wanted list" oleh kerajaan Filipina krn di"dakwa" ada kes penipuan di sana. namun sumber2 Intel Malaysia bgtau, isu ni complicated sbb : 

 
* mcm kerajaan Filipina balas dendam pun ada sbb dendam Malaysia bantu Moro capai perdamaian dgn Filipina tahun lps.

 
* ada kapal friged US terdampar di terumbu karang di kepulaua Filipina sblm insiden, juga dikatakan friged ini ada "something fishy" utk bantu kemasukan rakyat Sulu tsb krn mrk hanyalah tentera konservatif tetapi dirancangkan dgn penuh sofiskated yg di luar kemampuan mrk yg serba kekurangan dr segi logistik/artileri

 
* ada dikatakan wakil sultan sulu diumpan oleh pihak "pembangkang" di Malaysia wilayah Sabah akan diberikan autonomi kpd waris Sulu skiranya "pembangkang" menang PRU 13 kelak. dilihat pembangkang byk berdiam diri dan ada rekod dua org drp pembangkang terbang ke Filipina bg mencari maklumat "kes penipuan" rakyat Filipina tsb wp "penipuan tsb berlaku di tanah org"

 
* "wanted man oleh INTEL filipina dipercayai ada maklumat rahsia yg telah berjaya dibawa pulang ke Malaysia dan dakwaan "wanted man" tsb terlibat dlm scan di sana adalah sbgi helah mrk. juga ada dakwaan dlm 3rd recce yakni dlm ketumbukan yg terkepung tsb, terdapat Intel Filipina yg tak dpt bergerak jauh ke Sabah kerana terkepung oleh pasukan ATM, dan PGA kita.

natijahnya, sekiranya rakyat Sulu terima perjanjian damai dgn Malaysia, depa kena hantar pulang dgn kapal perang Filipina, atas laut sana, mereka akan disembelih dan dicampakkan ke laut. so, no turning back. depa dah bunuh PGA malaysia, dgn ini akan tarnish hubungan baik antara Malaysia dan rakyat Moro dan tidak akan berikan bantuan slps ini. so, filipina akan ada alasan Moro ini dah jd pengganas dan ada sbb utk mulakan perperangan dan bunuh mrk semua atas alasan ini.

 
by hook or by crook, Sulu yg rugi dipergunakan oleh pihak2 tertentu dan sudah pasti ada pihak yg gain balik keperluan utk amik alih selatan Filipina...




p/s: Sejak bulan febuari lepas; kapal perang IRAN telah berada di selat melaka. Ini tidak pernah berlaku semenjak era perubahan Islamic 1979. Semuanya seperti 'rancang'. Dan ianya menakutkan. Kerana apa ia menakutkan:-


1- saat kita dalam proses pengalihan kuasa (pembubaran parlimen), sistem akan di bawah kuasa agung dan ATM.
 
2- Pada saat ini jugalah event ini berlaku

 
3- Pada tika ini jugalah kapal perang USA kelihatan makin banyak di labuhkan di base nya di kepulauan FILIPINA sejak 2012 atas alasan 'menjaga perairan daripada CHINA'


sumber:

http://thehill.com/blogs/defcon-hill/operations/231257-philippines-re-opens-military-bases-to-us-forces-

http://news.yahoo.com/u-military-boost-philippines-presence-china-tells-army-111600568.html


4- Tanpa di sangka, kapal perang IRAN melalui selat melaka dan berlegar sekitar sini.

sumber:-

http://www.marsecreview.com/2013/02/iran-fleet-makes-maiden-voyage-through-malacca-strait/


Ayuh kita renungkan bersama.....

1 ulasan:

  1. apakah akan tercetus huru-hara dimalaysia..byk persoalan berlegar difikiran.

    BalasPadam