Ahad, 28 Julai 2013

Makluman penting dan terkini: Kes nama suci Allah di Mahkamah Rayuan, Putrajaya



22.08.2013 merupakan tarikh yang penting bagi umat Islam di Malaysia. Pada tarikh tersebut, Mahkamah Rayuan, Putrajaya telah menetapkan pendengaran notis permohonan pihak Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur (“The Church”) untuk membatalkan rayuan (striking out the appeal) pihak Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan serta perayu-perayu lain berhubung larangan penggunaan nama suci Allah oleh penganut agama Kristian di Malaysia.

Rayuan pihak Kerajaan adalah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah pada 31.12.2009 yang membenarkan pihak The Church untuk menggunakan nama Allah sebagai terjemahan istilah ‘God’ di dalam penerbitan berbahasa Melayu agama Kristian. Sekiranya permohonan The Church tersebut dibenarkan, ini bermakna pihak Kerajaan sebagai perayu tidak boleh meneruskan rayuan substantif di peringkat Mahkamah Rayuan yang telah ditetapkan pada 10.09.2013.

Notis Permohonan The Church tersebut juga pada hakikatnya bertujuan menghalang perayu-perayu lain dari meneruskan rayuan substantif mereka. Pada 23.05.2013, permohonan mencelah (interveners’ application) para perayu yang terdiri daripada 6 Majlis-Majlis Agama Islam Negeri dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), telah dibenarkan di dalam tindakan kes ini. Jelas ini merupakan ujian besar terhadap kedudukan Majlis-majlis Agama Islam Negeri dalam melaksanakan kuasa Yang DiPertuan Agong dan Sultan Negeri-negeri sebagai Ketua Agama Islam. Natijah sekiranya permohonan The Church dibenarkan, maka peranan Majlis-majlis Agama Islam Negeri terhakis dan akhirnya diketepikan; Majlis-majlis Agama Islam Negeri akan wujud pada namanya yang gah tetapi tiada makna dan tidak relevan lagi untuk menjaga kepentingan Islam dan umat Islam di Negara ini.

Secara ringkasnya, perkara pokok yang menjadi asas sandaran pada Notis Permohonan The Church adalah seperti yang terkandung di dalam afidavit Tan Sri Datuk Murphy Nicholas Xavier A/L Pakiam yang diikrarkan pada 08.07.2013. Antara lain, The Church telah membangkitkan perihal surat yang ditandatangani YAB Perdana Menteri bertarikh 11.04.2011 kepada Bishop Ng Moon Hing, Pengerusi Christian Federation of Malaysia (CFM) pada masa itu, yang merangkumi satu “Ten Point Solution” yang diumumkan pihak Kerajaan pada 02.04.2011 berikutan satu keputusan kolektif kabinet yang dianggap sebagai formula penyelesaian isu penerbitan dan pengedaran bible berbahasa Malaysia/ Indonesia. Pihak The Church telah beranggapan bahawa “Ten Point Solution” tersebut memberikan kebenaran secara langsung terhadap penggunaan nama suci Allah bagi golongan penganut Kristian. [Rujuk kenyataan 03.04.2011.]

Justeru adalah sangat penting bagi umat Islam untuk mengambil perhatian tentang Notis Permohonan The Church ini.

Sehubungan dengan itu, umat Islam diseru untuk merebut keberkatan hari-hari terakhir bulan Ramadhan ini dalam memperkasa munajat mereka dan memohon petunjuk dan pertolongan Allah SWT untuk memenangkan umat Islam di dalam rayuan ini. Ramai di kalangan pemimpin parti-parti politik yang menjadikan isu-isu seumpama penyalahgunaan nama suci Allah ini sebagai alat meraih sokongan politik sempit dan jangka pendek semata- mata. Ini terbukti jelas pada sikap dan pendirian mereka selepas PRU-13. Akibatnya, umat Islam tidak boleh menyandarkan harapan tinggi kepada pemimpin Muslim dari parti-parti politik semata-mata, sebaliknya wajib bekerja secara bijaksana bagi membantu pertubuhan-pertubuhan Islam (NGI) mempertahankan kesucian Islam di negara yang kita cintai ini.

Menyedari hakikat-hakikat ini, adalah disarankan agar umat Islam:

mengoptimumkan ibadah pada hari-hari terakhir di bulan Ramadhan ini, termasuk melakukan solat hajat dan qunut nazilah serta bermunajat untuk turut memohon bantuan Allah SWT menghancurkan musuh-musuh yang menentang Islam melalui saluran-saluran seumpama kes di Mahkamah sivil ini;

menghadiri secara beramai-ramai ke pendengaran Notis Permohonan The Church di Mahkamah Rayuan, Putrajaya, pada 22.08. 2013 melalui koordinasi NGI-NGI, untuk menzahirkan kepekaan dan keprihatinan mereka serta memberikan sokongan moral kepada pasukan peguam yang mewakili perayu-perayu;

memperkasa kerjasama dengan para ulama dan ilmuwan, serta menggesa pemimpin Muslim untuk bersatu di dalam menentang tuntutan penggunaan nama suci Allah oleh penganut kristian, yang mensasarkan tujuan mereka untuk mengelirukan umat Islam dan seterusnya menyebarkan dakyah menyeleweng mereka sebagaimana yang telah dilakukan di negara-negara majoriti umat Islam lain seperti Bangladesh dan Indonesia;

menghantar mesej yang jelas kepada para pemimpin Muslim dari kalangan parti-parti politik agar lebih bertegas di dalam hal-hal berkaitan kedudukan Islam di negara kita. Kebanyakan para pemimpin ini masih lagi berfahaman sekular yang percaya bahawa Islam di Malaysia sekadar berfungsi tidak lebih dari sebagai agama rasmi. Kelemahan ini sangat ketara khususnya ketika kegagalan para ahli parlimen Muslim mempamerkan kesungguhan, apatah lagi kesepakatan mereka di dalam mempertahankan Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Wilayah Persekutuan) 2013 baru-baru ini yang telah terpaksa ditarik balik disebabkan kelemahan mereka berhujah dan tunduk pada tekanan-tekanan kumpulan minoriti yang berfahaman hak asasi manusia dan liberal sekular.

Di kala ramai di kalangan pemimpin Muslim di kalangan parti-parti politik, merubah-rubah pendirian masing-masing mengikut selera kepentingan kepartaian serta kedangkalan ilmu mereka, para pemimpin NGI yang sedar akan cabaran yang melingkari isu ini adalah di kalangan mereka yang tetap bertegas untuk mempertahankan hak yang melibatkan keutuhan aqidah umat Islam.

Hak ini bukanlah semata-mata isu merebut penggunaan nama Allah yang suci, tetapi lebih dari itu merupakan usaha berterusan agenda jahat musuh Islam menghakis kesucian Islam dari kedudukannya sebagai agama yang diiktiraf di sisi Allah SWT, dan sejak berzaman diletakkan pada tempat yang istimewa, termasuklah sebagai agama Negara sebagaimana termaktub di dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Seperti biasa, melalui suara-suara sinikal daripada kalangan pemimpin dan intelektual Muslim liberal, umat Islam akan dilabel dan dimomokkan sebagai bermentaliti tertawan (siege mentality), mendiskriminasi, tidak rasional dan sifar toleran setiap kali mengambil inisiatif-inisiatif untuk mempertahankan kedaulatan Islam serta institusi-institusinya.

Umat Islam akan dilabel secara sinikal, sebagai tidak menepati “standard dan prinsip sejagat hak asasi manusia” apabila menegaskan hak beragama mereka yang sedia wujud. Tetapi bagi para pemimpin NGI, tohmahan-tohmahan serta stereotaip seumpama ini akan terus melakar deras di sepanjang zaman oleh musuh-musuh yang tidak redha dengan agama Ilahi, sama ada umat Islam bertindak ataupun berdiam diri terhadap agenda jahat mereka yang bencikan agama ini.

NGI-NGI diseru untuk terus mempertahankan Islam dengan menurut kerangka undang-undang serta hak-hak yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dengan menjunjung Shari’ah dan sumber-sumber muktabar perundangan Islam, dengan melangkaui batas politik, serta sebarang kepentingan individu dan sifat oportunistik.

Azril Mohd Amin ialah naib presiden, Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)

28 Julai 2013 bersamaan 19 Ramadhan 1434

Ahad, 21 Julai 2013

Indonesia bakal hantar 1juta mujahiddin ke Syria..



1) Muktamar Ulama Se-Indonesia telah bersetuju membentuk satu pasukan ‘Sejuta Sukarelawan’ yang akan pergi berjihad di Syria.

2) Manakala Mesir pula tidak akan mengenakan apa-apa tindakan bagi rakyatnya yang telah pergi berjihad di Syria.

3) Seorang jutawan muda di Qatar telah bersedia untuk menjadi sponsor kepada 50 orang mujahidin dari negara tersebut untuk pergi berjihad di Syria.

4) Sementara di Algeria pula, ribuan pemuda Islam telah mendaftarkan nama mereka untuk berangkat ke Syria berjihad di sana.

Indonesia adalah negara yang asia tenggara yang paling banyak menghantar pejuang Islam dalam perang Afghanistan menentang Rusia suatau ketika dahulu. Kini mereka bertindak lagi. Dikhabarkan mereka akan menghantar pejuang seramai 1 juta orang ke Syria.

Semoga tindalakan para ulama ini tidak mendapat bantahan atau halangan daripada kerajaan republik itu. SUMBER

Selasa, 16 Julai 2013

Ambil iktibar, bukan bergurukan Cina....!!!!



Rakan blogger Hj Ariffin mencadangkan supaya Melayu berguru dengan Cina jika mahu berjaya dalam politik. Katanya, banyak yang Umno dan Pas boleh pelajari daripada cara, ketegasan dan kesepakatan orang Cina dalam politik. Misalnya;

1. Menolak jawatan dalam kerajaan. Lihat bagaimana MCA dan Gerakan sepakat tidak mahu terima jawatan dalam kabinet jika parti mereka kalah teruk. Malah MCA sampai sanggup memecat ahlinya hanya kerana terima jawatan exco dalam DUN Johor.
2. Mempertahankan kepentingan bangsa, bahasa dan kebudayaan Cina. Lihat bagaimana MCA, Gerakan dan DAP walau pun tidak dalam kem yang sama, sepakat bangun mempertahankan sekolah vernakular SJKC.
3. Membantah Hudud. Lihat bagaimana DAP walau pun sama kem dengan Pas, menyokong bantahan MCA dan Gerakan terhadap cadangan mengHUDUDkan negara jika Pas berjaya menerajui Putrajaya.
4. Membantah penutupan Jonker’s Walk. MCA sungguh pun dalam satu kelambu dengan Umno senada dengan DAP, mengecam tindakan yang diambil oleh Ketua Menteri Melaka.

Nasihat saya sebelum mengulas lanjut, jangan pandang rendah pada kekuatan dan kebaikan bangsa sendiri. Terlalu banyak untuk dibicarakan. Cuba buat muhasabah dan rujuk sejarah, tentu ada jawapannya. Melekehkan bangsa diri sendiri bermakna memandang rendah diri sendiri.

Pada pendapat saya, isu yang dibangkitkan Hj Arifin, tidak berhenti setakat itu. Masih ingat lagi kita kempen-kempen PRU13? Bagaimana bukan Islam begitu berani menghina cuti umum pada hari jumaat, salon berasaskan jantina, larangan arak, zina dan judi dan sebagainya. Saya tidak pernah lupa penghinaan sebegini, hanya kerana mahu menyindir PAS.

Ini belum termasuk betapa beraninya peguam mereka menghina Islam di mahkamah. Lihatlah betapa bersatunya mereka menghalang Majlis Agama Islam dalam isu penentuan agama anak-anak jika ibu bapa memeluk Islam. Mereka tidak mahu sama sekali anak-anak tersebut diIslamkan.  

Boleh dikatakan semua Mufti bersependapat, Seksyen 107(b) dalam Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 yang memperuntuk persetujuan salah seorang ibu bapa memadai untuk tukar agama kanak-kanak di bawah umur kepada Islam tidak boleh dipertikaikan.

Keputusan Kabinet 2009 bahawa agama kanak-kanak tidak boleh ditukar oleh ibu atau bapa secara sepihak tidak boleh diguna pakai kepada penganut Islam.  Menurut Mufti Selangor, dari segi hukum hadanah (penjagaan anak), anak bawah umur asalnya adalah di bawah penjagaan ibu. Namun, dalam isu berlainan agama, anak itu perlu mengikut agama ibu atau bapanya yang Islam. Misalnya, jika si bapa memeluk Islam, tetapi si ibu tidak, maka agama anak mereka yang di bawah umur akan mengikut si bapa. Perkara ini telah diputuskan Majlis Fatwa Kebangsaan dan dipersetujui Majlis Raja-Raja.

Mufti Perak menyatakan, Islam merupakan agama rasmi dan negara ini terikat dengan undang-undang Islam. Peruntukan menukar agama kanak-kanak di bawah umur kepada Islam yang memerlukan persetujuan salah seorang ibu bapa sudah dipakai sejak sekian lama. Mengapa perkara ini dibangkit sekarang? Undang-undang itu dibuat berdasarkan undang-undang Islam dan tidak boleh dipertikai!

Amat malang lagi, bila ada pemimpin Umno yang berjawatan menteri tidak bersetuju dengan peruntukan yang memihak kepada Islam. Menteri ini jugalah yang turut memberi amaran kepada ketua pemimpin negeri Melaka (Umno) supaya mengkaji balik keputusan mahu menutup Jonker’s Walk.

Memetik kata-kata blogger itu lagi, kewujudan Jonker’s Walk itu tidak sedikit pun membawa kebaikan kepada orang Melayu Umno sendiri. Kebelakangan ini ramai pemimpin Umno (Menteri) sudah menjadikan orang Melayu sendiri naik meluat. Mereka kononnya mahu menjadi jaguh kepada kaum bukan Melayu tanpa menyelidiki fakta yang sebenar.

Faktanya bukan Jonker’s Walk yang ditutup, tetapi membuka laluan Jonker’s Walk kepada kenderaan, supaya tidak berlaku kesesakan bandar Melaka berpanjangan. Alasan ini amat kukuh. Bayangkan jika Jonker’s Walk itu milik Melayu. Apakah menteri itu akan tampil membela?

Ini tidak, pantang hak ultra kiasu disentuh. Heboh satu dunia bagi menunjukkan betapa mereka teraniaya dan kejamnya Umno.

Nasihat saya kepada orang Melayu Islam dan Umno, dalam memahami semua isu ini, perlu mengaji dan belajar dahulu, beberapa asas dan aspek agama Islam. Paling kurang, bacalah kitab fiqh awlawiyyat atau buku memahami keutamaan oleh Yusuf al-Qaradawi supaya tidak jadi jahil murakab.

Bukan apa, saya cukup bimbang dengan trend politik hari ini, kerana mahu sangat menjaga hati orang lain, hati sendiri terluka. Tidak ada siapa mahu mengubatnya. Akhirnya, luka tersebut menjadi semakin mendalam. Kebimbangan saya, luka mendalam itu tidak dapat disembuh dengan apa jua ubat selepas itu. 

Kesimpulan, tidak payah berguru dengan Cina untuk bersatu, bergurulah pada bangsa sendiri  berteraskan Islam. Saya pasti ada jawapannya. Nabi Muhammad SAW, tidak pula berguru kepada orang lain, walaupun buta huruf. Baginda hanya berpandukan kepada wahyu Allah. Hasilnya, Rasulullah dan umatnya menjadi orang hebat.

Hari ini, Nabi telah tinggalkan kepada kita wahyu Allah (al-Quran) dan sunnahnya. Rujuklah sepenuhnya. Saya yakin kita akan menjadi hebat. Ini tidak, hak sendiri yang begitu bermakna tidak dirujuk, tetapi terlalu obsess dengan orang lain.-

Isnin, 15 Julai 2013

Bagaimana DAP Tewaskan Melayu dan Islam...??





LIHAT TELITI DAN KAJI SENDIRI SEDALAM-DALAMNYA…

KEMUDIAN GUNALAH AKAL YANG BERIMAN BUKAN AKAL YANG DIKUASAI NAFSU DAN AMARAH YANG MELUAP-LUAP…

Ini adalah analisis taktikal strategi yang dibuat selepas Pilihanraya Umum ke 12 dan bandingkan dengan keputusan Pilihanraya Umum ke 13 2013, apakah analisis PRU 12 dan PRU 13 ke manakah hala tuju politik DAP??????

FIKIR-FIKIRKANLAH NASIB ANAK CUCU KITA NANTI…TEPUK DADA TANYA IMAN…..

Realiti – DAP mencapai keputusan cemerlang di dalam Pilihanraya Umum ke 12 lalu dengan menyapu bersih kesemua 13 kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia yang komposisi pemilihnya terdiri daripada pemilih bukan Melayu melebihi 80%.

DAP kemudiannya menguasai 63% atau 11 kerusi parlimen di konstituensi pemilih bukan Melayu di antara 60-79 % dan menguasai 11 % atau 2 kerusi di konstituensi Parlimen yang pemilih bukan Melayu antara 50-59 %.

Realiti – Daripada 51 kerusi parlimen majoriti pemilih bukan Melayu lebih dari 50%, DAP menguasai 26 kerusi, PKR 10, PAS 1 dan BN 14. Daripada jumlah itu, jika dilihat dari segi komposisi kaum, ia menterjemahkan kepada 34 ahli parlimen berketurunan Cina, 12 ahli parlimen berketurunan India dan lain-lain dan 4 ahli parlimen Melayu.

Bagaimana pula prestasi DAP di dalam PRU yang ke 13?????.
Hakikatnya, DAP mungkin hanya dapat menambah tidak lebih dari 6 buah kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia melainkan mereka dapat memujuk PKR untuk menyerahkan beberapa kerusi majoriti bukan Melayu yang sebelum ini ditandingi oleh PKR dan PAS.

Di Sarawak DAP berpotensi untuk memenangi 6 buah kerusi Parlimen dan dua lagi di Sabah.
Strategi Peringkat Pertama.

Di dalam PRU ke 13, DAP mendapat menguasai 38 kerusi parlimen. Secara kasar, ini tentu sekali tidak mungkin dapat menggugat kedudukan UMNO apalagi mencabar penguasaan Melayu di Malaysia.

DAP amat arif dan mengetahui mereka tidak akan dapat menumpaskan UMNO jika mereka meletakkan calon mereka di kerusi-kerusi majoriti pemilih Melayu melebihi 50%. Oleh sebab demikian, DAP memerlukan PAS sebagai proksinya.

Maka PRU 13 telah menyaksikan perang proksi yang hebat. Perang proksi itu ditumpukan di kerusi-kerusi parlimen di mana majoriti pemilih Melayu di antara 50-79%.

Di dalam PRU ke 12 lalu di dalam kategori ini, BN UMNO menang 38, BN MCA 5, BN GERAKAN 2, PAS 8, PKR Melayu 15 dan PKR lain-lain 3. Dari segi komposisi keturunan pemenangnya pula, Melayu memenangi 61, Cina 7 dan India 3.
Husam mengharapkan Wakil Rakyat UMNO akan lompat ke Pakatan Rakyat bila Barisan Nasional tumbang.

Tumpuan perang proksi DAP ini antaranya ialah di 2 kerusi parlimen di Pulau Pinang, 5 di Perak, 4 di Pahang, 3 di Selangor, 2 di Wilayah Persekutuan, 5 di Negeri Sembilan, 3 di Melaka dan 13 di Johor.

Di sini adalah medan untuk DAP melagakan Melayu lawan Melayu dengan harapan perpecahan pengundi Melayu akan memberi ruang kepada pembangkang, terutamanya PAS untuk menang.

Sekiranya perpecahan Melayu pada kadar 55% menyokong Barisan Nasional dan 45% menyokong pembangkang, secara matematiknya PAS akan dapat merampas 9 buah kerusi Parlimen dan PKR Melayu 11 buah kerusi parlimen. Ini bererti 20 kerusi Parlimen milik Barisan Nasional di konstituensi pemilih Melayu akan jatuh kepada pembangkang.

Bagaimana PAS dan PKR Melayu dapat menambah 20 buah kerusi di dalam keadaan hanya memperolehi 45% undi pemilih Melayu?
Jawapannya ialah menerusi perang proksi oleh DAP. 20 kerusi Melayu itu pada masa kini 10 daripadanya adalah milik UMNO dan 10 lagi milik parti-parti komponen BN di Semenanjung.


DAP memerlukan 32 kerusi parlimen daripada 51 kerusi majoriti bukan Melayu di Semenanjung. DAP juga hanya perlu menang 6 kerusi parlimen di Sarawak dan 2 di Sabah.

Seandainya ini berlaku, Pakatan Rakyat akan dapat membentuk kerajaan dengan majoriti mudah sejumlah diantara 112 ke 116 kerusi di dalam Dewan Rakyat. PAS bagaimanapun akan kekal sebagai parti terkecil di dalam Pakatan Rakyat dengan hanya 30 kerusi atau lebih.

UMNO pula akan menjadi pembangkang dengan 59 ke 69 kerusi. DAP akan menjadi parti paling berpengaruh di dalam kerajaan baru menerusi proksinya di dalam PAS dan PKR Melayu.
Strategi Peringkat Kedua.

Selepas mengusai Parlimen Malaysia, mereka akan membawa usul dan memastikan kemasukkan Singapura ke Malaysia maka kerusi-kerusi Parlimen di Singapura yang sebanyak 87 kerusi tersebut akan turut dibawa masuk.

Sudah pasti rakyat Singapura yang rata-rata rakyat import Cina dari Hong Kong dan China yang kaya raya yang membeli kewarganegaraan Singapura dengan jumlah beratus ribu SGD itu juga akan dibawa masuk bersama.

Dengan termasuknya Singapura kembali ke Malaysia DAP dan PAP akan secara automatik mempunyai kerusi deposit lebih kurang 81 kerusi parlimen yang mana itu lah jumlah kerusi parti PAP menang di parlimen dari 87 kerusi yang dipertandingkan untuk kerusi-kerusi parlimen di Singapura pada PRU ke 16 Singapura pada 7 May 2011.

Bayangkan Pakatan Rakyat dah ada 81 kerusi Parlimen deposit yang jumlah tersebut lebih kurang 1/4 daripada jumlah kerusi yang akan dipertandingkan untuk PRU di Malaysia sekiranya Malaysia digabungkan dengan Singapura. Di Malaysia kita ada 222 kerusi Parlimen campur dengan 81 kerusi Parlimen Singapura jumlah 309 jumlah keseluruhan.

Pada PRU 12 tempoh hari Pakatan Rakyat telah berjaya mendapatkan 75 kerusi Parlimeng kalau dicampur dengan 80 kerusi parlimen ini maka sampai bila bila mereka akan pasti mendapat majoriti mudah kerana mereka ada deposit 80 kerusi parlimen di Singapura melalui parti PAP.

Inilah sahaja cara bagaimana mana DAP untuk merampas kuasa dari tangan orang Melayu di Malaysia ini dan seterusnya dapat menukar negara Malaysia ini kepada negara Republik dengan kemasukkan semula Singapura ke Malaysia.

Bayangkanlah Singapura yang mempunyai 3.26 juta rakyat mengikut statistik pada bulan Jun 2011 yang mana lebih kurang 76% adalah berbangsa Cina dan hanya 13.8% berbangsa Melayu dan 9.2% bangsa lain ini. Maknanya lebih kurang 2.5 Juta rakyat Singapura berbangsa Cina juga turut masuk Malaysia menjadi rakyat Malaysia dan secara automatik akan menjadikan Bangsa Cina sebagai kaum majoriti di Malaysia ini.

Ekonomi pula, lebih ramai mereka yang sudah pasti teramat kaya raya terutama jutawan dari Hong Kong dan Tanah Besar Cina yang menjadi warganegara express Singapura akan menjadi rakyat Malaysia-Singapura dan ini akan menyebabkan secara automatik lebih kuat cengkaman ekonomi oleh mereka. Maka apa akan jadi kepada orang Melayu yang minoriti di Malaysia-Singapura nanti?

Bagaimana strategi seterusnya jika mereka merombak dan meminda perlembagaan persekutuan yang sedia ada dengan nyata dan jelas memberi hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan Agama islam sebagai Agama Persekutuan?????

Apakah ini yang bakal dan akan kita wariskan kepada generasi kita yang akan datang????

Adakah kita akan meletakkan mereka untuk “MEREMPAT DI TANAH AIR MEREKA SENDIRI” akibat daripada kerakusan kuasa dari segelintir pemimpin-pemimpin Melayu Islam yang mementingkan agenda perjuangan peribadi mereka??????

Kenapa kita tidak menggunakan akal yang dikurniakan oleh Allah SWT untuk memikirkan dan membuat sesuatu keputusan berdasarkan kepada fakta, realiti dan rasional?????


Bukankah Islam mengajar kita untuk memikir dan menerima sesuatu ajaran yang di bawa oleh Baginda Rasulullah SAW berasaskan kepada FIRMAN, NAS, DALIL dan ditunjukkan dengan perbuatan oleh Baginda Rasulullah SAW yang diterangkan pula dengan HADIS?????

Janganlah kita bertindak seperti kata-kata bidalan Melayu kerana “seekor nyamuk, kelambu yang kita bakar”….

Memohon berbanyak kemaafan saya hanya ingin menyalurkan informasi yang saya ada dengan niat untuk menyampaikan kebenaran…

Marilah kita sama-sama renung-renungkan dan fikir-fikirkan sekiranya senario yang dianalisakan ini dengan keizinan Allah SWT benar-benar berlaku akibat daripada perebutan kuasa sesama Melayu Islam…