Sabtu, 12 November 2011

PEMIMPIN  PAS "PRO ANWAR" vs PEMIMPIN  ULAMA PAS




Terkejut dengan paparan beberapa blog seperti Malay Delima dan Double Y yang menyiarkan artikel mendakwa salah seorang peminat Lim Kit Siang telah memberi komen di dalam blog Penasinat DAP itu menghina Sambutan Hari Raya AidilAdha. Komen tersebut mendakwa seolah2 Islam Agama yang kejam dan zalim menyembelih lembu disaksikan umat Islam yang turut serta menanti daging diberikan.


Pada mulanya, mungkin komen tersebut sememangnya dipamerkan secara automatik. Rupa2 nya tidak. Setelah komen dihantar, komen tersebut akan dibaca oleh beliau terlebih dahulu sebelum dipamerkan. Bermakna Kit Siang telah membaca terlebih dahulu. Kenapa beliau approve komen sedemikian walhal ianya boleh dibuang. Atau Kit Siang sengaja mahu ianya dipamerkan sebagai mesej buat parti PAS bahawa DAP termasuklah barisan penyokong2 parti tersebut tidak dapat menerima sebarang pandangan, cara hidup, apatah lagi sistem Perudangan Islam sama sekali?


Mungkin Lim Guan Eng sedang menghubungi abang kesayangan beliau Mat Sabu untuk mempertahan kenyataan bapanya. Iyelah, kalau Mat Sabu kata Guan Eng itu disayang sama seperti adiknya sendiri, sudah tentu ayahnya juga disayang. Tolak Hudud, Tak terima Sistem Perundangan Islam sedia ada di Negara kita, kini hina Sambutan Hari Raya yang turut disambut umat Islam seluruh dunia.


Apa dakwah yang kamu beri pada DAP wahai PAS? Politik tetap politik. Dah pulak guna jaja Agama Islam untuk kepentingan politik. Kemudian bekerjasama dengan Parti yang menolak Agama suci Islam. Menipu dan terus menipu rakyat.



Pengikut Lim Kit Siang tulis dalam blog Pemimpin Idola dia tu, Islam ini Agama kejam. Sanggup menyembelih beberapa ekor lembu di khayalak ramai. Tak ada sivil Islam ni. Sedap mulut berkata2. PAS? Diam membisu. Kalau dulu buat la sikit lakonan. Nak counter balik pengundi setia mereka. Atas arahan Anwar. Pilih salah seorang Pemimpin PAS dan DAP yang volunteer. Kemudian setup 1 masa. Panggil kesemua media. Buat PC. Dan bersalam2 an semula. Tapi strategi itu dah basi. Kerana PAS lihat ianya memakan diri. Ulama' PAS bagi pandangan dan kritikan bukan setakat tak nak dengar. Kena sisih terus. Mana suara Dr. Harun Din? Mana dia suara Ustaz Taib Azamuddin? Senyap. Diam membisu. Sudah banyak isu yang mencemar nama Islam timbul sejak akhir2 ini. Di mana pandangan mereka?

Ketika terakhir kedua2 tokoh Ulama' ini bersuara ketika isu kalimah Allah menjadi hangat di Negara kita. Pandangan tegas mereka yang tidak bersetuju dengan penggunaan nama Allah bagi Agama Kristian secara terang2 bertentangan dengan Anwar Ibrahim yang acap kali mempromosi nama Allah kepada Kristian. Malah salah seorang Pemimpin PAS Pro Anwar iaitu Khalid Samad turut dimalukan Ustaz Taib Azamuddin yang menyampuk perbentangan Khalid Samad berkenaan isu Nama Allah dan mencantas pandangan Khalid Samad yang bersetuju dengan penggunaan tersebut. Kemudian? Tiada lagi suara mereka. Rupa2 nya sumber dalaman parti mendakwa Ustaz Taib Azamuddin telah diboikot setelah Pemimpin2 PAS yang turut digelar Pro Sekular menguasai Kepimpinan parti. Ustaz Taib telah diboikot dan disenarai hitam sebagai Agen UMNO ketika memalukan Khalid Samad di dalam Parlimen yang menyanggah pandang seperti yang disebut sebentar tadi. Manakala Harun Din turut diambil tindakan yang sama setelah secara terbuka memberi pandangan mahu gandingan Hadi Awang dan Ustaz Nasha dikekalkan pada Pemilihan Kepimpinan PAS yang lalu. Sungguh kejam dan diktator. Kalaulah wali Allah sendiri berpandangan sedemikian agaknya tidak juga dipercayai. Sudah dikata dari dulu lagi. PAS ini bukan memperjuangkan Islam sangat. Mereka mahukan kuasa.

Kini golongan2 sebegini disisihkan dan tidak akan diteruskan khidmat mereka. Hanya Hassan Ali sahaja yang berani tampil mempertahankan maruah parti walaupun telah rosak jahanam dikerjakan Puak2 Pro Sekular. Inilah korban Cinta mereka pada PAS. Korban ini telah 3 tahun berlalu. Sampai bila ianya akan dibiarkan? Sampai MATI?







Tiada ulasan:

Catat Ulasan