Sabtu, 12 November 2011

PROJEK FITLOT.. KETUA MUSLIMAT PAS BERANG PKR FITNAH SHAHRIZAT!!



 

(Video di atas mempamerkan wajah sebenar Shahrizat yang sentiasa memberi sokongan moral terhadap Muslimat PAS dan mengungkap rasa tanggungjawab selaku Menteri pada Hari Pengebumian MP Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Haji Ghazali.)

Beberapa Penyokong Muslimat PAS Pro Ulama' kecewa dengan tindakan PKR dan beberapa Pemimpin PAS berhaluan kiri yang agresif menyerang Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Shahrizat Abdul Jalil tanpa sebarang usul periksa dan bukti kukuh. Malah lebih mengecewakan ianya didakwa merupakan salah satu strategi mereka setelah 'mati kutu' untuk melakukan serangan politik terhadap Ketua Wanita UMNO Pusat ini yang sentiasa bersikap positif dan punyai hubungan mesra dengan beberapa Pemimpin Muslimat PAS. Shahrizat dakwa mereka telah banyak membantu Muslimat PAS dan tidak pernah menyerang keperibadian mana2 individu di dalam Muslimat PAS. Malah beliau antara individu yang paling awal hadir memberi sumbangan serta sokongan moral dalam apa jua Majlis Keramaian malah Kematian yang melibatkan Pemimpin Muslimat PAS tanpa mengira fahaman ideolongi parti politik.

Rata2 juga mendakwa Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah turut tidak bersetuju dengan serangan sebegini akan tetapi tidak dbenarkan membuat kenyataan sedemikian atas desakan beberapa Pemimpin2 kanan berhaluan kiri di dalam Muslimat PAS termasuklah Naib beliau Dr. Mariah dan Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah. Siti Zailah yang juga merupakan Ahli Parlimen Rantau Panjang sebelum ini merupakan Kumpulan Pro Ulama' yang menyokong bekas Ketuanya, Nuridah Mohd Salleh akan tetapi telah dijadikan 'senjata' oleh Kumpulan Pro Sekular Muslimat PAS bagi menjatuhkan Nuridah pada pemilihan PAS yang lalu. Kumpulan Muslimat PAS Pro Ulama' mengugut akan mendedahkan strategi kotor Muslimat PAS berhaluan kiri jika dikenalpasti ada Pemimpin2 Muslimat PAS yang terlibat di dalam fitnah jahat terhadap Shahrizat. 




MUSLIMAT PAS MINTA MAAF PADA SHAHRIZAT!!


Isu projek Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC) yang dimainkan Ketua Wanita PKR Hantu Zuraidah sebelum ini terhadap Shahrizat Abdul Jalil sekeluarga telah mendapat reaksi negatif dari beberapa Pemimpin Muslimat PAS. Mereka beranggapan ianya 1 serangan yang tidak sewajarnya berlaku terhadap seorang Pemimpin dari pihak parti lawan yang amat mengambil berat terhadap nasib kaum Wanita tanpa memandang dari mana2 sudut atau ideologi. 

 Reaksi buat pertama kali Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,tempoh hari menggambarkan wajah dan sikap sebenar beliau. Lantas menurut Sumber dalaman Muslimat PAS, lebih ramai Anggota Muslimat PAS peringkat akar umbi secara peribadi melahirkan rasa simpati terhadap beliau dan mendesak Zuraida tuduhan dan fitnah tersebut dihentikan serta merta. Walaupun melihat nada jawapan Shahrizat agak tegas, namun kebanyakan anggota sayap parti PAS itu yakin, ada rasa kecewa dan kecewa di sanubari Shahrizat yang sentiasa memastikan golongan wanita di Negara ini tidak bercakaran sesama sendiri dan bersatu membina kekuatan membela kaum Hawa. Ada yang sehinggakan mendoakan agar Shahrizat tabah menghadapi fitnah ini dan berang dengan suara2 sumbang dari beberapa kerat Pemimpin Muslimat PAS Pusat yang menyokong fitnah ini.

Mereka juga beranggapan Zuraida mencermin diri terlebih dahulu kerana beliau didakwa tidak pernah memperjuangkan nasib kaum Hawa seperti Shahrizat akan tetapi hanya memberi fokus mempromosi Ketua Umum beliau, Anwar Ibrahim dan mengheret kaum Wanita ke jalan raya membela Pemimpinnya itu. Kebanyakan anggota yang bersimpati dengan Shahrizat merupakan puak2 yang menyokong atau Pro Ketua Muslimat Pusat terdahulu iaitu Ustazah Nuridah Mohd Salleh.







Malaysiakini telah mereka dan memutarbelit secara jelas kenyataan Shahrizat mengenai fitnah ini............!!!!!!!!

 

Kelihatan Portal Pro Pembangkang Malaysiakini agak gentar untuk melaksanakan Misi menyerang dan memfitnah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Shahrizat Abdul Jalil. Semalam Laman Portal ini telah 'menarik semula' beberapa potongan ayat asal yang sebelum ini mendakwa Ketua Wanita UMNO itu menjelaskan bahawa "Keluarganya layak mendapat projek NFC (merujuk projek Fitlot)." Namun secara tiba2 Malaysiakini mengemaskini artikel tersebut dengan memperbetulkan potongan ayat itu kepada "NFC : Tak Patut Keluarga Saya Dikritik." Isu ralat dijadikan penyebab berlakunya kesilapan terhadap penjelasan tersebut. Ralat yang agak 'aneh'???

Secara jelas Malaysiakini telah mereka dan memutarbelit secara jelas kenyataan Shahrizat mengenai fitnah ini. Malaysiakini secara tidak langsung memperlihatkan ketakutan mereka untuk membantu Zuraida dalam melaksanakan serangan fitnah bagi menjatuhkan imej Shahrizat yang sebelum ini digelar Pembela Nasib Kaum Hawa di Negara ini. Malah ianya diperakui sendiri oleh Muslimat PAS yang turut bersimpati terhadap beliau. 

Adakah Malaysiakini benar2 punyai agenda sulit bersama Zuraida dalam membantu serangan peribadi terhadap Shahrizat???

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan