Ahad, 1 Julai 2012

#UMNOPEMBELAISLAM Penjelasan TUN M mengenai pemecatan DSAI...



Saya tidak pun tergamak menyebut apa yang dilakukan olehnya kerana Agama kita menegah kita daripada menyebut perkara itu di khalayak ramai.Lebih mudah lagi jika saya tuduh beliau cuba mengguling saya.Ahli UMNO,bahkan Orang Melayu lebih mudah menerima alasan yang beliau tidak berterima kasih dan tidak terhutang budi kepada orang yang berbakti kepadanya sebagai sebab beliau disingkir.Tetapi saya tidak dapat mengguna alasan lain kerana saya tidak berniat untuk menyingkirnya.Penyingkirannya disebabkan oleh perbuatannya yang sebenar.

Saya tidak menganiayakannya,saya tidak berkonspirasi untuk menyekatnya daripada menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.Moralnya dan kelakuannya yang menyekatnya daripada menjadi Presiden UMNO,bahkan dari menjadi ahli UMNO.Walaupun pada ketika itu beliau adalah rakan dan kawan saya,tetapi kepentingan Agama Bangsa dan Negara tidak mengizinkan saya menutup mata dan membiarkan sesuatu yang begitu buruk menimpa  Agama Bangsa dan Negara.Jika saya membiarkan ianya berlaku maka saya mengkhianati Agama Bangsa dan Negara saya.Biarlah saya dikutuk,dimaki - hamun,diselar dan dicerca asalkan saya tahu didalam hati saya dan Tuhan Yang Maha Kuasa mengetahui bahawa saya tidak mengkhianati Agama,Bangsa dan Negara yang saya telah bersumpah untuk mempertahan dan melindunginya.

Nasib yang menimpa Datuk Seri Anwar memang malang,memang menyedihkan.Tetapi dalam sejarah UMNO nasib yang sama telah menimpa beberapa pemimpin Tertinggi UMNO.Ada yang disingkir dari parti dan ini termasuk saya sendiri,ada yang dipenjara,bahkan ada yang DIHUKUM BUNUH.Mereka dan keluarga mereka merasai tekanan yang dirasai oleh Datuk Seri Anwar dan keluarganya.Tetapi mereka menerima nasib mereka walaupun mereka tetap menyangkal yang mereka bersalah.Mereka tidak menuduh sesiapa berkonspirasi untuk menjatuhkan mereka,mereka tidak keluar dari parti,tidak mengecam parti dan tidak mengadakan pakatan untuk menghancurkan parti dan Memburukkan Negara.

Malang sekali selepas sahaja beliau disingkir Datuk Seri Anwar telah melemparkan bermacam - macam tuduhan terhadap kerajaan,UMNO dan pemimpin - pemimpin tertentu UMNO.Beliau telah menghasut orang Melayu supaya membenci UMNO dan pemimpinnya dan merusuh dan mengganas di jalan - jalan di Kuala Lumpur.Beliau telah memburukkan negara,kerajaan dan UMNO di merata dunia,mengguna orang asing dan media asing untuk menjatuhkan Kerajaan Negara kita,Negaranya Sendiri.Ini adalah satu PENDERHAKAAN yang tidak pernah dilakukan oleh mana - mana pemimpin UMNO yang tedahulu walau apapun kekecewaan mereka.

Dengan perbuatan ini maka tindakan menyingkirnya menjadi lebih TEPAT.Amatlah tidak sesuai seorang yang begitu tidak setia kepda negara menjadi pemimpin negara ini.Jika dahulu saya merasa tindakan terhadapnya adalah terlalu keras,hari ini saya berpendapat tindakan yang diambil terhadap kesalahannya memang wajar.Apa yang menimpanya adalah disebabkan apa yang telah dilakukan olehnya dan apa yang dilakukan olehnya adalah kerana beliau sanggup mengguna Topeng Agama semasa melakukan perbuatan - perbuatan yang amat bertentangan dengan Agama dan tatasusila kaum bangsanya..

- Tun Dr Mahathir Mohamad 1999

Jadi,marilah kita renungkan sejenak akan peribadi Datuk Seri Anwar ini..adakah beliau betul - betul layak untuk memimpin Agama Bangsa dan Negara tercinta ini..Yang ditakuti hubungan rapat beliau dengan anasir - anasir luar akan menyebabkan Tanah Melayu ini akan kembali Dijajah dan dimamah Bangsa Asing..
Fikirkanlah demi
masa hadapan anak cucu kita ,adakah masih ada esok buat mereka....Wallahulam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan