Rabu, 4 Julai 2012

#UMNOPEMBELAISLAM Sejarah Lama Melayu Sebagai Pengajaran...


Dalam sejarah orang Melayu dan Bumiputera lain di Malaysia mungkin tidak pernah mereka mencapai kedudukan yang terhormat seperti kita hari ini.

Pada tahun 1511 ,Portugis telah menawan Melaka dan dengan itu orang Melayu telah kehilangan kemerdekaan mereka.Selama hampir 500 tahun orang Melayu Dijajah,Dihina,Dipijak dan Diperhambakan.Portugis,Belanda,British,Jepun,Siam bahkan siapa sahaja terpaksa mereka pertuankan.

Setelah sekian lama dijajah dan dihina,kita telah berjaya membebaskan diri kita semula.Ramai juga yang terkorban dalam usaha ini.Dato Bahaman,Mat Kilau,Rosly Dobi,Mat Salleh,Dato Sagor dan lain - lain lagi.Tidak kurang berbakti ialah pemimpin - pemimpin seperti Dato Onn,Tunku Abdul Rahman,Tun Razak,Tun Ismail,Tun Hussein dan pemimpin - pemimpin UMNO yang lain.

Setelah pengorbanan dan perjuangan mereka berhasil,apakah kita berhak mensia - siakan KEMERDEKAAN yang diperolehi selepas lima abad ditindas dan diperhambakan...??

Pada tahun 1511,Sultan Melaka mungkin berpendapat bahawa kesultanannya akan kekal selama - lamanya.Hari ini kita tahu yang ianya tidak kekal.APAKAH TIDAK MUNGKIN KEMERDEKAAN KITA JUGA TIDAK KEKAL,BAHKAN AKAN HILANG DALAM SEKELIP MATA KERANA KECUAIAN KITA...??

Saya bukan bertujuan untuk menggemparkan sesiapa,Yang saya sebutkan ini ialah yang nyata dan BERKEMUNGKINAN.Kita mungkin tidak akan dijajah semula sepertimana British dahulu menjajah kita.Tetapi penjajahan dan penghinaan ke atas kita boleh dibuat dalam berbagai -bagai cara dan bentuk akibat PERPECAHAN UMAT MELAYU ketika kini...

Renung - renungkanlah wahai Bangsaku......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan