Isnin, 9 Julai 2012

Ustaz Fathul Bari Bidas Ustaz Pas....

Forum: Nasihat Kepada Pemimpin Menurut al-Quran, Hadis dan Pandangan Ulama

Lokasi: Dewan Masjid Abu Bakar, Bangsar
Tarikh: 14/12/2010, Selepas Isya'


Penyampai:


1. Ustaz Fathul Bari
2. Ustaz Wan Ji


Forum ini dicadangkan rentetan ucapan Ustaz Fathul Bari di Perhimpunan Agung UMNO tentang metod menasihati pemimpin. Respon kepada hal itu, sebuah buku Menasihati Pemimpin Berdasarkan Maqasid Syar'iyah diluncurkan. Buku ini ditulis oleh Ustaz Wan Ji Wan Hussin, seorang ahli dan aktivis PAS.


Dua panel ini bersetuju untuk duduk semeja membincangkan metod yang benar menasihati pemimpin. Skop perbincangan difokuskan kepada sumber-sumber rujukan berdasarkan Al-Qur'an, as-sunnah dan pendapat ulama' yang muktabar.


Sebelumnya, Ustaz Fathul Bari menegaskan dalam Perhimpunan Agung UMNO bahawa secara umumnya menasihati pemimpin itu tidak boleh dilakukan secara terbuka. Manakala Ustaz Wan Ji pula menjelaskan melalui bukunya, bahawa menasihati pemimpin tidak semestinya dilakukan secara sembunyi dan boleh dilakukan secara terbuka.


Forum ini berusaha mencari titik temu antara dua pandangan berbeza ini dan mencari metod yang paling hampir dengan kehendak Kitab dan Sunnah nabi.


FORMAT PROGRAM

Round pertama:
Setiap panel memberi pandangan masing-masing selama 20 minit.


Round kedua:
Soal jawab dan respon hadirin.[masa tidak dimaklumkan, kerana dijangka dalam round ini memakan masa agak lama]


Round ketiga:
Kesimpulan ringkas dari setiap panel







































Kesimpulannya Ustaz Fathul Bari berhujah dengan jayanya kerana mengikut tajuk mengguanakan dalil dan nas hadith dan tidak melebihkan hujah kepada kepartian berbanding Ustaz Wan Ji yg lebih kepada hujah berbentuk kepartian dan lebih banyak menghentam dari mencari penyelesaian berdasarkan tajuk muzakarah .... Wallaua'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan