Antara Tuntutan Majlis Peguam...
1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan
kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh...
dikenakan tindakan undang-undang.
3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak
sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh
Mahkamah Sivil.
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya
ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan
keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang
bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.
6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.
7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan
seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta
pusakanya selepas kematiannya.
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan
menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan
menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang
daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan
sebagainya.
10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum
hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula
hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan
daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya
digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat
Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar
sekolah.
Inilah perjuangan Majlis Peguam yang sedang mendapat sokongan daripada orang Islam PAS dan PKR di
dalam Negara kita hari ini.
Jika
tidak di bendung..kita takut nanti di Malaysia ini tercetusnya
pertumpahan darah atas nama agama... Peristiwa Natrah telah
membuktikannya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan