Rabu, 14 Mac 2012

Pendedahan Dokumen Perjanjian SBPA Tangkis FITNAH Anwar..




DOKUMEN SULIT INI TERPAKSA DIDEDAHKAN UNTUK JAWAB FITNAH @anwaribrahim

 

SBPA: NAJIB NAFI TAK BINCANG DENGAN CUEPACS

Sinar Harian

13 Mac 2012
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan telah mengadakan perbincangan dengan Cuepacs dalam merangka Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Perdana Menteri memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini bahawa kerajaan telah mengadakan forum perbincangan bersama Cuepacs dan wakil persatuan itu melalui tiga Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) yang bersidang sekurang-kurangnya tiga kali setahun.


"Mesyuarat tidak berkala lain juga diadakan antara pegawai tertinggi kerajaan dengan ahli Majlis Tertinggi Cuepacs. Kerajaan juga menerima memorandum daripada Cuepacs dengan tuntutan tertentu yang telah dikaji dan diambil kira dalam penggubalan SBPA.


"Sepanjang 2011, sebanyak 13 mesyuarat utama bersama Cuepacs diadakan merangkumi mesyuarat dengan MBK, taklimat pada Ahli Majlis Tertinggi Cuepacs dan siri perjumpaan bersama Cuepacs yang membawa kepada termeterainya memorandum persefahaman mengenai pelaksanaan SBPA antara Jabatan Perkhidmatan Awam dan Cuepacs yang ditandatangani pada 28 Dis 2011," katanya pada sesi soal jawab.


Beliau menjawab soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) yang ingin tahu mengapa kerajaan tidak memanggil Cuepacs untuk berbincang mengenai pelaksanaan SBPA dan pendirian kerajaan terhadap tuntutan-tuntutan Cuepacs.


Sesi soal jawab kemudian bertukar kecoh apabila Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) mengemukakan soalan tambahan mengenai status 36 pegawai dalam Kumpulan Primier yang telah menerima ganjaran gaji dan pencen mengikut SBPA sejak 1 Januari

lepas.

Menjawab soalan itu, Perdana Menteri berkata: "Nampaknya ahli yang berhormat berkenaan nak jadi juara kepada 36 orang ini. Kerajaan kita nak jadi juara kepada 1.4 juta penjawat awam."


Jawapan itu menyebabkan Mahfuz dan beberapa anggota pembangkang lain termasuk Ahmad Kasim (PKR-Kuala Kedah) dan Dr Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) tidak berpuas hati.
 

Cuepacs sendiri telah dibawa berbincang selama lebih setahun sebelum SBPA diumumkan oleh YAB PM.

Memorandum di atas akan menjadi bukti bahawa CUEPACS yang mewakili penjawat awam bersetuju dengan SBPA serta pindaan-pindaan yang telah dibuat ke atas skim tersebut.


Jadi kepada pembaca MyMassa dan rakan blogger, gunakan bukti ini untuk menjawab fitnah pembangkang bahawa Kerajaan meninggalkan CUEPACS dalam SBPA.


*Sebar-sebarkan. Salah seorang pembangkang yang cuba nak fitnah PM pasal SBPA dalam Dewan Rakyat semalam adalah Mahfuz Omar. Mari kita tengok video siapa Mahfuz sebenarnya.

 






Sumber : mymassa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan