Selasa, 17 Januari 2012

AKHBAR CINA KATA : DAP BOLEH UBAH SEGALANYA DENGAN PANTAS

Perkara kecil yang sangat penting
Penulis: Hou Yalun


Sinchew Daily News, 14 Januari 2012.

(Perenggan ke-4) 
Seterusnya, papan tanda jalan di Pulau Pinang ditukar kepada tulisan Cina. Tidak lama selepas kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang, mereka telah tukar tanda jalan tulisan-tulisan Cina di kawasan tempat-tempat bersejarah di George Town. Keberadaan pelbagai bahasa ini bukan sahaja menjadi dan mendapat kedudukan sebagai peninggalan sejarah dunia di Pulau Pinang, ia juga melambangkan terjalinnya pelbagai kaum di negara kita yang unik itu. Walaupun tindakan seperti itu tidak disenangi dan dipertikaikan oleh satu pihak kaum yang lain, tetapi kerajaan negeri tidak takut dengan bantahan dan suara orang yang segelintir itu, kerajaan negeri terus laksanakannya, dan akhirnya mendapat reaksi yang positif.

Sebab itu Lim Guan Eng berkali-kali mendabik dada dengan bangganya berkata: BN selama 40 tahun memerintah tidak mampu laksanakannya, kita dapat laksanakannya hanya dalam masa 6 bulan sahaja!

Dalam hal ini, orang-orang Melayu khususnya dan umat Islam mesti peka dengan agenda tersembunyi DAp yang berselindung di sebalik Pakatan Rakyat (bersama-sama PKR dan PAS). Pengundi-pengundi hendaklah cepat sedar. Dr. Hassan Ali telah menunjukkan kepada kita betapa parasit-parasit (sudah tentulah parasit-parasit itu ialah DAP dan PKR) ini seboleh-bolehnya meliberalkan kuasa dominan orang Melayu dan umat Islam baik dalam apa segi. Pentadbiran Masjid, pentadbiran wang zakat, isu halal haram, kes murtad semuanya mereka hendak halang, semuanya mereka tidak hendak ia dibela. 

Sedikit masa lagi Mymassa akan dedahkan bagaimana di Selangor Dr. Xavier Jayakumar Exco yang bertanggungjawab mempengerusi mesyuarat meluluskan, membesarkan, memberi dana, memberi peruntukan kuil-kuil dan tokong-tokong di seluruh Selangor ditambahbesar dan ditamabahcantik, sebesar atau lebih besar dari masjid. Isunya yang kita persoalkan ialah, masa depan umat Islam, masa depan orang Melayu semakin hari semakin bertambah kabur.

Nasib baiklah Dr. Hassan Ali cepat sedar. Beliau mahu tidak mahu terpaksa keluar ataupun dikeluarkan kerana tidak mahu selama-lamanya bersekongkol dengan parasit-parasit ini http://www.malaysiakini.com/news/186719 .  Sudah tentu Bapa Parasit itu Anwar Ibrahim, dek kerana cita-cita menjadi Perdana Menteri semuanya dihalalkan hatta undang-undang kita pun sudah dikatakannya lapuk. The Economist malah sasterawan negara Shahnon Ahmad pun sudah sedar akan kesalahan PAS kerana terlalu meneyembah dan tundukhabis kepada DAP. Semakin ramai orang menyedari kesilapan PAS ini.

Dalam tempoh 3 hingga 6 bulan, ataupun 12 bulan akan datang, PRU13 adalah masa depan bangsa kita. Jangan salah pilih, jangan ikut perasaan, DAP jika memerintah boleh mengubah sekelip mata masa hadapan generasi kita. Singapura sudah menjadi contoh dan kini Pulau Pinang bagaimana perubahan fizikal dan dasar-dasar besar boleh dilakukan dengan cepat dan pantas. Bangsa kita memerlukan kekuatan dalaman, kesedaran yang mendalam, bahawa kuasa amat penting terus berada di tangan bangsa kita yang merupakan majoriti dan penduduk asal negara ini. Kita tiada tanah lain sekiranya kita menjadi senasib rakyat Palestin. Ada tanah tapi diperintah Israel. 

Oleh itu, dari sekarang mari kita kesan semua pengundi kita, cari mereka dan fahamkan mereka kesan besar sekiranya DAP menguasai pemerintahan negara. Dr. Hassan Ali akan buat roadshow di seluruh negara untuk memahamkan kepada rakyat akan bahaya parasit-parasit ini (DAP & Anwar Ibrahim). Dr. Hassan Ali bukan ahli UMNO pun, tetapi perjuangannya seiring dengan perjuangan UMNO. Itu tidak mengapa, yang penting kepada kita ialah agama kita, bangsa kita, Raja-raja kita dan nasib generasi kita akan terus terbela sampai kiamat. DAP dengan bantuan Anwar yang gila kuasa itu, bukan hendak sangat pun menghancurkan UMNO, yang mereka hendak hancurkan ialah suatu masa nanti orang Melayu akan menjadi peminta sedekah di negara mereka. Masjid-masjid di Malaysia menjadi seperti di Singapura, dan Raja-Raja hanya duduk di istana sahaja. Sebab apa Anwar menyokong, kerana dia hendak menjadi Presiden republik Malaysia yang pertama!




Sumber : Mymassa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan