Ahad, 8 Januari 2012

PAS pecat Hasan Ali berkuat kuasa serta merta

Jawatankuasa Pas pusat pecat keahlian Hasan Ali......

Pas pusat memecat pemimpin kontroversi Datuk Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli parti itu berkuat kuasa serta-merta - kira-kira sebulan selepas beliau mempertikaikan dasar perjuangan parti Islam itu.


Perkara itu diputuskan oleh parti itu yang mengadakan mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja pusat hari ini.


Dalam satu kenyataan dikeluarkan sebentar tadi, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa kerja pusat dalam mesyuarat yang diadakan hari ini, pihaknya telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat "keahlian Hasan sebagai ahli Pas berkuat kuasa serta merta."


"Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan Datuk Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Pas," kata parti itu lagi.


Keputusan ini juga diambil tiga hari selepas Hasan, Exco Kerajaan Negeri Selangor, sekali lagi dilihat memberi pandangan membelakangi parti dengan meminta penyokong dan pengikut Pakatan Rakyat tidak menyertai perhimpunan 901 di ibu negara, esok.


PAS BERTINDAK ATAS DESAKAN PKR BUKAN NYA DEMI KEPENTINGAN PARTI DAN ISLAM...


"Kemlarin, imbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendesak Pas mengambil tindakan sewajarnya terhadap Hasan ekoran kenyataanya meminta orang ramai khususnya pengikut dan penyokong PR tidak menyertai perhimpunan 901."

'Azmin berkata, kenyataan Hasan telah melanggar prinsip dan semangat yang ada dalam PR dan beliau tidak sewajarnya berkata demikian."


Teruskan perjunganmu Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali .....!!!!
Kami sentiasa disisimu.....


PAS pecat Hasan Ali berkuat kuasa serta merta





PUNCA DR HASSAN ALI DIPECAT....





LAGI SEBAB KENAPA DR HASSAN ALI DIPECAT.....





Hasan Ali Sifatkan Pemecatan Drastik Dan Balasan PAS Untuk Perjuangan Islamnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan