Khamis, 12 Januari 2012

Isu Wang Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan








Datuk Wan Zahidi Wan Teh, Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar pada 9 Januari 2012 menjawab isu “penyalahgunaan” wang zakat. Isunya adalah bila dipertikaikan oleh Ketua Audit pada 11 Januari 2010, MAIWP menerima bil berjumlah RM63,000 daripada peguam Tetuan Rijal Talha dan Amir kerana mewakili Datuk Jamil Khir Baharom, (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Datuk Che Mat Che Ali (Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan) dan Shamsuddin Hussain (Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan).

Persoalan
Kenapa begitu mudah MAIWP menggunakan duit zakat yang dibayar umat Islam bagi asnaf asnaf yang khusus untuk perbelanjaan lain? (Soalan yang dibuat oleh Nik Nazmi dalam satu kenyataan media pada 28 Disember 2011).
Jawapan
Datuk Wan Zahidi menjawab dengan menerima pakai pendapat ulama yang mentafsirkan asnaf fisabilillah dengan tafsiran yang lebih luas daripada perbelanjaan untuk perang jihad semata-mata. Antara mereka ialah Imam Al-Fakhrul Razi dalam kitab tafsirnya dan Sheikh Rasyid Rida dalam tafsir Al-Manar.
Menurut Sheikh Rasyid Rida,“pendapat yang benar mengenai maksud fisabilillah di-sini ialah segala yang menyentuh kepentingan umat Islam dalam menegakkan urusan agama dan pemerintahan”.
Persoalan
Nik Nazmi membuat persoalan kononnya wang zakat tidak boleh digunakan untuk pembayaran kos guaman bagi tindakan undang-undang.
Jawapan
Nik Nazmi tidak faham beza antara wang zakat yang dikutip daripada rakyat dengan wang yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi mengurus tadbir hal-hal berkaitan jabatan. Antaranya pembayaran emolumen dan termasuklah pembayaran untuk kos guaman.Peruntukan ini telah sedia ada sejak 1993 lagi. Wang zakat yang dikutip oleh bekas imam di Kulaijaya, Johor iaitu Redzuan Mohd Said berbeza dengan peruntukan yang ada dalam Anggaran Belanjawan MAIWP 2010.

“Oleh yang demikian saya berpendapat tidak terdapat penyalahgunaan dalam isu yang dibangkitkan itu” kata Mufti Wilayah Persekutuan.

Pernahkah kita dengar wang zakat yang dikutip oleh negeri-negeri pembangkang diaudit? Tabung Memali pun diselewengkan oleh PAS, kenapa mereka diam membisu dan mengharamkan penulis buku yang mendedahkan kisah penyelewengan tersebut?



Ketika ditanya kenapa tidak beliau mengambil tindakan undang-undang terhadap Pakatan Rakyat, beliau menjawab :


Tiada ulasan:

Catat Ulasan