Jumaat, 20 Januari 2012

Haji Hadi Tubuh Parti Baru! (Khabarnya Hizbul Muslimin)



SUARA HAJI HADI MELALUI DR HASSAN ALI =
KITA AKAN PERTAHAN ISLAM, BANGSA MELAYU & INSTITUSI RAJA-RAJA MELAYU



MYMASSA meneruskan ulasan kajiannya mengenai polemik terok PAS melibatkan geng-geng Pro-Gereja, PAS Liberal, PAS Pro-Arak, PAS Pro-DAP, Kumpulan Erdogan, PAS Pro-LGBT VS PAS Pro-Ulamak.

Allahyarham Ustaz Fadhil Nor merupakan Presiden PAS terakhir yang sangat kuat pendirian dan aqidahnya, walau apa pun keindahan dunia berupa pangkat dan jawatan, allahyarham Ustaz Fadhil Nor tetap tegu mempertahan Hukum Hudud dan Menubuh Negara Islam di depan God Father-God Father PAS. Akibat ketegasan Ustaz Fadhil Nor, maka pada tahun 2011, DAP menarik diri daripada Barisan Alternatif (BA). 

Berbeza dengan Haji Hadi dan Nik Aziz, siapa di antara mereka bersifat Keduniaan, Gila Kuasa, Gila Pangkat, Takut Kalah, Takut Turun Pangkat, Takut Malu Di Dunia.

Kita sedar Haji Hadi bermain politik Play Save, berbeza dengan Nik Aziz Cakap Sedap Mulut. Jika dahulu Nik Aziz hormat Dr Hassan Ali, la ne Nik Aziz kata tak kenal Dr Hassan Ali dan tidak peduli Dr. Hassan Ali lagi!

Kumpulan-kumpulan yang Pro-Ulama seperti Ismail Kamus, Dr. Harun Din, YB Nasharudin Mat Isa, Dr. Hassan Ali, Harun Taib semuanya masih teguh di belakang amanat Allahayarham Ustaz Fadhil Nor.

Manakala mereka yang Pro-Gereja, PAS Liberal, PAS Pro-Arak, Kumpulan Erdogans, PAS Pro-DAP, PAS Pro-LGBT terus membontoti DAP dan Anwar Ibrahim untuk mengejar jawatan-jawatan Perdana Menteri, Menteri Besar, Exco-Exco dan sebagainya. 

Mereka kini sudah hilang pedoman, apabila Kerajaan DAP Selangor hanya memberi jawatan Exco Jaga Stor Sukan sahaja, sedangkan sebelum ini PAS bertanggungjawab hal ehwal Agama Islam, terbukti PAS hari ini kena hukum karma dan sumpah keramat Allahyarham Ustaz Fadhil Nor. 

Apakah pesan allahyarham... pertahankanlah agama, janganlah tunduk kepada mereka. Kenapa PAS hari ini tunduk? Itulah sebabnya Haji Hadi hari ini menjadi tidak keruan. Ke sana salah ke sini salah.   

Dalam 12 bulan ini, mymassa sudah menjelajah ke seluruh pelusuk negeri, ternyata ahli-ahli PAS menjadi caca merba. Apakah pemecatan Datuk Asri Muda akan berlaku kepada Haji Hadi Awang? Perhatikan gerakan-gerakan Haji Hadi Awang di bawah ini :

Langkah 1 = Gerakan menubuhkan Kerajaan Perpaduan di peringkat Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri Selangor.

Langkah 2 = Gerakan menemui kegagalan akibat halangan kumpulan PAS Pro-DAP, PAS Pro-Gereja, Erdogans, PAS Pro-LGBT melalui Nik Aziz. Kesannya YB Nasharudin tewas dalam pemilihan Jun lalu, Dr. Hassan Ali disingkirkan. 

Langkah 3 = Suara-suara Kerajaan Perpaduan digerakkan semula melalui YB Nasharudin (terkini bercakap isu masa), dan Dr Hassan Ali melalui luar PAS.

Langkah 4 = Kemasukan pemimpin-pemimpin Pro-Ulama seperti Dr. Harun Din, Ustaz Ismail Kamus, Ustaz Harun Taib, Ustaz Azizan Abd. Razak, Dr. Mariah dan YB Salehudin Ayub (walaupun masih play save). 

Langkah 5 = Haji Hadi meneruskan sikap tunggu dan lihat. Haji Hadi masih taat perintah jamaaah PAS dalam apa jua keputusan Dewan Tertinggi PAS dan Mursyidul Am. Haji Hadi tidak akan keluar PAS, tetapi apakah nasibnya senasib Dr. Hassan Ali, anda fikir sendiri? 

Langkah 6 = Mesyuarat Rahsia kumpulan Pro-DAP, Pro Gereja, Kumpulan Erdogan bagaimana mengurus masalah "Haji Hadi". 

Langkah 7 = Haji Hadi Dipecat atau Terpecat

Langkah 8 = Haji Hadi Tubuh Parti Baru! (Khabarnya Hizbul Muslimin)

Artikel mymassa ini akan diperkuatkan lagi minggu hadapan, selepas mymassa selesai menemuramah orang paling penting dalam Gerakan Kerajaan Perpaduan! Selamat Membaca. Kepada ahli-ahli PAS, mohon maaf kerana mendedahkan perkara ini.

Sumber : Mymassa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan