Khamis, 12 Januari 2012

Program Khas Skim Amanah Rakyat (Sara 1Malaysia)




Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia,

Satu Program Khas Skim Amanah Rakyat (Sara 1Malaysia) telah dilancarkan oleh PM hari ini .

Sara 1Malaysia merupakan satu program khas yang ditawarkan kepada isi rumah yang berpendapatan RM3,000 ke bawah untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) yang diuruskan oleh Permodalan Nasional Bhd. (PNB).

Skim itu nanti hampir menyamai ASB Sejahtera dan Amanah Saham Wawasan 2020 yang diperuntukan kepada Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan difahamkan adalah skim terbaik yang pernah dilaksanakan oleh kerajaan.

Menariknya, penyertaan pemilikan skim itu juga terbuka kepada semua kaum.

PNB akan melaksanakan pemilihan yang ketat bagi memastikan hanya pelabur yang layak sahaja dipilih memandangkan program SARA 1Malaysia adalah skim bantuan. Berikutan itu, PNB difahamkan bakal mengemukakan syarat-syarat tertentu kepada para pemohon.

Objektif Sara 1Malaysia untuk membantu meningkatkan taraf hidup rakyat dan pada masa sama memastikan golongan terbabit tidak dikecualikan peluang untuk melabur.

Pelabur yang layak akan ditawarkan pinjaman pada jumlah tertentu (misalnya peserta boleh memohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun) oleh bank-bank yang menjadi ejen PNB, selain Bank Simpanan Nasional. Para pelabur ini dipercayai hanya akan dikenakan kadar faedah yang sangat minimum kerana selebihnya ditanggung oleh kerajaan.

Para pelabur yang diberikan pinjaman juga tidak dibenarkan untuk menjual pelaburan mereka sehinggalah tempoh bayaran ansuran diselesaikan tetapi boleh menikmati agihan pendapatan setiap tahun.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) adalah sebahagian program khas yang dibentangkan dalam Bajet 2012 bagi meningkatkan pendapatan boleh guna dan menggalakkan minat melabur di kalangan golongan berpendapatan rendah.

p/s – Bertambah lagi Produk 1Malaysia..

 Kami Sayang Y.A.B. Dato' Sri Hj Mohd Najib Bin Tun Hj ABD Razak


  
Skim Amanah Rakyat (Sara 1Malaysia) Dapat RM13,000 dalam 5 tahun @ RM134.00 sebulan...
 
Saringan bagi pemilihan 100,000 peserta yang layak bagi menyertai Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) akan dibuat oleh institusi kewangan yang menjadi ejen kepada Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB) dan Bank Simpanan Nasional.

Bank-bank yang menjadi ejen ASNB ialah Malayan Banking Bhd. (Maybank), CIMB Bank dan RHB Bank.

Presiden dan Ketua Eksekutif Permodalan Nasional Bhd. (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, pemilihan dibuat oleh institusi kewangan berkenaan kerana mereka yang akan memberikan pinjaman sebanyak RM5,000 kepada 100,000 pelabur Sara 1Malaysia.

Ini bermakna jumlah keseluruhan pinjaman yang bakal ditawarkan oleh kesemua institusi kewangan terbabit adalah RM500 juta.

''Bagaimanapun, kami akan memantau saringan tersebut bagi memastikan hanya para peserta yang betul-betul layak menyertai skim ini.

''Harapan kami ialah adalah lebih baik sekiranya setiap satu isi rumah yang berkelayakan terpilih menyertai skim itu,'' katanya ketika ditemui selepas pelancaran Sara 1Malaysia di sini hari ini.

Majlis pelancaran Sara 1Malaysia disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, peminjam yang berjaya menyertai Sara 1Malaysia perlu membayar balik pinjaman secara ansuran selama 60 bulan (lima tahun) dengan kadar faedah yang cukup minimum, bagaimanapun tidak menjejaskan institusi kewangan yang terlibat.

''Yang pasti bank-bank yang terlibat dalam skim ini masih boleh menampung kos (ke atas pinjaman yang diberikan,'' tambah beliau.

Dengan pelaburan yang dilaburkan dalam Amanah Saham 1Malaysia, para pelabur Sara 1Malaysia akan memperoleh pulangan sebanyak RM134 setiap bulan.

''Jika ditolak bayaran ansuran sebulan sebanyak RM84, para peserta Sara 1Malaysia masih mempunyai baki RM50 sebulan.

''Sekiranya pelaburan itu disimpan sehingga tempoh lima tahun, mereka mampu memperoleh sebanyak RM13,000 dan sekiranya RM134 itu diambil secara konsisten atau kadang-kadang setiap bulan, jumlah yang tertinggal pada akhir tempoh lima tahun adalah antara RM5,000 hingga RM13,000,'' katanya sambil menambah pemohon yang layak boleh mendapatkan borang permohonan di bank-bank terlibat mulai 30 Januari ini.

Mengulas bagaimana PNB mampu memberi pulangan yang cukup kompetitif daripada pelaburan yang dibuat itu, Hamad Kama Piah mengakui skim itu adalah paling inovatif.

Jelasnya, Kementerian Kewangan melalui syarikat khas (SPV), Malaysia Development Holding Sdn. Bhd. yang akan melabur sebanyak RM100 juta dalam Amanah Saham 1Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan