Selasa, 31 Januari 2012

HASAN ALI CETUS GELOMBANG BARU DI BUKIT GANTANG




                                                                             
BUKIT GANTANG:HASAN ALI CETUS GELOMBANG BARU,7 RIBU HADIR  CERAMAH

Nizar dan PAS Bukit Gantang pasti resah dengan perkembangan terbaru ,walaupun dikhabarkan telah menyebarkan SMS agar menghalang penyokong dan ahli PAS hadir ke ceramah Hasan Ali.Kehadiran orang ramai dikatakan 7 ribu orang.

Sentimen ini dilihat bagaimana penyokong dan ahli PAS dan umat Islam secara keseluruhannya mahu mendengar penjelasan Hasan Ali.Secara tidak langsung rakyat sudah tidak mahu mendengar penjelasan PAS sebagai kaldai tunggangan DAP yang sentiasa menghalalkan cara .

Senario dan lanskap politik bakal berubah,adakah kita bakal menyaksikan sekali lagi tsunami politik yang kali ini bakal memihak kepada BN?

Isnin, 30 Januari 2012

Renungan Buat Pemimpin2 Umno & Pas,Bersatulah Demi Islam...!!!



Renungan Buat Pemimpin2 UMNO & PAS,Bersatulah Demi Islam...!!!

Isu besar masa kini yang dibincangkan adalah persediaan kekuatan menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13), dalam berhadapan dengan musuh politik. Pada saya, UMNO boleh serang, sindir, kutuk dan hentam parti lain. Tetapi, kepada parti PAS dan kerajaan tadbirannya (Kedah dan Kelantan), carilah pendekatan lain, berbincanglah, belajarlah berjinak-jinak dengan PAS. Jika UMNO terus mengambil pendekatan bermusuh dengan PAS, kedua-dua belah pihak akan kalah, percayalah.

Tidak ada cara lain untuk mencapai kemenangan besar dalam PRU 13, melainkan PAS dan UMNO mesti boleh duduk semeja dan paling baik bersatu. Pedulikan yang lain. Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pendapat saya ini. Tidak mengapa. Kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju.

Sama ada PAS atau UMNO yang memimpin kerajaan, itu sudah tidak penting lagi hari ini. Keperluan yang amat mendesak, tampok pemerintah mesti diterajui oleh umat Islam. Janganlah kata pak lebai tidak pandai memerintah, UMNO sahaja yang pandai. Apa yang penting, jangan biarkan ultra kiasu dan sekutunya berkuasa. Biarkanlah PKR dengan agenda bersama ultra kiasu. Jika PAS dan UMNO menunjukkan sikap positif antara satu sama lain, maka kecutlah kedua ultra kiasu ini.

Jangan terlalu apologetik dengan bukan Islam, sehingga terpaksa menghinakan diri sendiri, seolah-olah kita adalah peminta sedekah di bumi sendiri. Saya amat yakin jika UMNO dan PAS bersatu, masa depan amat cerah.

PAS perlu sedar, tidak ada ertinya PAS menang bersama pakatan ultra kiasu, kerana PAS tidak akan dapat meneruskan agenda Islamnya. Pakatan ultra kiasu tidak pernah bersetuju. Walaupun di sana agak ramai orang Islam. Tetapi saya amat yakin, jika PAS bersama UMNO, suatu hari pasti akan tercapai cita-citanya. Jika tidak di peringkat pusat, paling tidak, di peringkat kerajaan negeri. Itupun apabila kerajaan pimpinan negeri Kedah ditanya tentang hudud, ia bukan prioritinya. Mesti adalah hikmah di sebalik. Pengajaran di luar negara menunjukkan, apabila Hamas memenangi pilihan raya di Palestin, begitu juga parti Islam di Tunisia dan lain-lain, hudud bukan agenda utama mereka. Bukan ia tidak penting, tetapi ada agenda yang lebih besar dari hudu, terutama agenda memperkasakan umat Islam agar menjadi lebih kuat, berhadapan perancangan kafir laknatullah.

Berdasarkan analisas saya, PAS sukar untuk menambah banyak kerusi dalam PRU 13, berbanding pakatan ultra kiasu. Walaupun begitu, kedudukan PAS amat unik. PAS boleh menjadi penentu kepada nasib pakatan ultra kiasu dan masa depan Islam. Ingatlah, PAS bukan musuh UMNO, UMNO bukan musuh PAS. Musuh sebenar PAS dan UMNO adalah ultra kiasu dan sekutunya.

Persoalannya, bagaimana hendak menyatukan antara PAS dan UMNO? Usaha-usaha hendaklah dirintis, mulai dari sekarang. Walaupun perjuangan kedua-dua parti ini agak berbeza, tetapi matlamat tetap sama. PAS terlalu obses dengan hudud dan negara Islam, manakala UMNO lebih fokus kepada pembangunan yang didakwa bersifat sekular dan salah urus tadbir. Di manakah titik pertemuan kedua ekstrim ini? Jika PAS adalah kelemahan, UMNO pun begitu. Tidak sepatutnya kita saling memperkuat antara satu sama lain dan sama-sama atasi kelemahan yang berlaku. Tidak perlulah saling sakit menyakiti.

PAS mahukan hudud, tetapi pakatannya tidak. Begitu juga UMNO, terpaksa ‘menolak’ hudud, kerana mahu menjaga hati parti komponen bukan Islam yang lain. Jika UMNO bersetuju dengan PAS, maka undi bukan Islam semakin merosot. Persoalannya, adakah selama ini bukan Islam mengundi UMNO atau BN walaupun selama ini kita menjaga hati mereka? Jawapan saya tidak! Jika ya, sudah tentu banyak kerusi yang dimenangi oleh BN. Statistik menunjukkan sebaliknya, majoriti bukan Islam mengundi ultra kiasu. Persoalan lagi, perlukah kita terlalu mengharapkan undi bukan Islam? Sudah sampai masanya persoalan ini difikirkan bersama.

Saya tidak pasti cakap-cakap yang mahu meletakkan Mat Sabu bertanding di Parlimen Bukit Bintang, diikuti calon DAP di kawasan Melayu. Saya yakin, Mat Sabu pasti akan menang besar. Sifirnya amat mudah, jika Mat Sabu menang dengan majoriti besar manapun, Mat Sabu tidak boleh mendabik dada mengatakan bahawa bukan Melayu telah dan menyokong dan menolong PAS, kerana mengundi Mat Sabu adalah mengundi ultra kiasu, bukan PAS. Jangan haraplah hudud boleh dilaksanakan, sekalipun Mat Sabu atau calon PAS menang di kawasan majoriti Cina.

Ultra kiasu amat bijak. Hari ini mereka cuba memperalatkan Melayu untuk bertanding atas tiket mereka. Jika Mat Sabu diletakkan di Bukit Bintang, tidak mustahil calon Melayu ultra kiasu bertanding di kawasan majoriti Melayu. Jika perancangan ini berjaya, yang menang bukannya, PAS, tetapi tetap ultra kiasu, dari segi strategi dan perancangan masa depan. Melayu tetap diperalatkan sepertikan yang berlaku dalam sektor ekonomi dan perniagaan. Melayu dijadikan alat untuk melariskan jualan dan mendapatkan tender, sedangkan kuasa kepada Melayu langsung tidak diberikan.

Justeru, sudah sampai masanya permainan licik ini membuka mata hati kita agar tidak tertipu. Ingatlah, ultra kiasu telah bersedia di utara dan selatan. Jika dikepungnya kita nanti, yang saya yakin kekuatan mereka jauh melebihi kita, terutama negara yahudi itu, maka tamatlah riwayat kita nanti. Apakah kita tidak menjangkakan perancangan seperti ini akan berlaku? Negara yahudi selatan tanah air selalu dikunjungi. Justeru, sudah sampai masa agenda Islam difikirkan oleh PAS dan UMNO. Lupakanlah PKR. Mereka ibarat melukut di tepi ganting, jika PAS meninggalkannya.

Langkah pertama yang harus dilakukan adalah, kurangkan pertikaman lidah atau sindir menyindir. Bersangka baiklah antara satu sama lain. Itu lebih baik daripada menggunakan pelbagai platform untuk hentam menghentam. Beralah bukan semestinya kalah. Jika setiap daripada kita terus mahu menyinsing lengan, terburailah segala kelemahan kita. Percayalah UMNO tidak boleh bergantung harap kepada undi parti komponen BN yang lain, terutama MCA dan Gerakan.

Kedua, UMNO dan PAS perlu berbincang soal perlaksanaan hudud di Kelantan, jika itulah yang dimahukan oleh kerajaan PAS. Lagipun rakyat Kelantan telah memilih. Berikanlah mandat tersebut kepada mereka. Jika tidak secara terbukapun, buatlah secara tertutup. Tetapi jangan terlalu menampakkan penolakan tersebut. Saya yakin itu sudah dapat mengecutkan pakatan ultra kiasu.

Ketiga, PAS jangan terlalu berdendam terhadap UMNO disebabkan oleh dosa-dosa pemimpin masa lalu. Mari kita bina masa depan bersama kerana yang berlalu telahpun berlalu. Tidak ada ertinya jika terus dikenang-kenang. Masa lalu dan masa kini, sudah tidak penting lagi. Masa depan itu adalah segalanya. Jika Islam terus menyinari, yakinlah bumi ini pasti diberkati.

UMNO pula janganlah terlalu apologetik dengan MCA dan Gerakan, kerana belum tentu mereka mengundi UMNO. Tetapi saya amat yakin UMNO tetap mengundi MCA dan Gerakan yang bertanding di kawasan majoriti Melayu. Sebab itu, UMNO selalu kalah kerana beralah, MCA dan Gerakan tetap menang, walaupun kalah atau menang. Inilah politik Melayu yang amat merugikan masa depan Islam. Bersatulah demi Islam

Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Ultra kiasu dan pembinaan negara ....

(Sinar Harian 9 Jan 2012)

Beberapa persatuan dan parti politik Cina ultra kiasu terutamanya Dong Zong dan banyak lagi Zong lain, terus mendesak supaya kerajaan memberikan kebenaran untuk membina lebih banyak lagi Sekolah Persendirian Cina, di samping desakan penambahan sekolah bantuan penuh (dan modal) kerajaan sedia ada seperti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC). Alasan mereka, sekolah persendirian tidak melibatkan peruntukan kerajaan, kenapa tidak dibenarkan didirikan? Beberapa pertemuan telah dibuat dengan Timbalan Menteri ultra kiasunya. Saya yakin mereka seia sekata. Perancangan sedang dibuat untuk bertemu dengan pimpinan tertinggi negara bagi merealisasikan tuntutannya.

Apa yang memelikkan, kajian mengenai kesan sekolah ini ke atas pembinaan negara bangsa tidak pernah dilakukan, yang ada hanya desakan dan tuntutan. Bila kebenaran pembinaan diberikan nanti, sekolahpun telah siap, pada masa sama, mereka juga mendesak kerajaan supaya sekolah persendirian dibantu dan sijilnya (UEC) diiktiraf, selaras dengan gagasan 1Malaysia. Paling tidak, dikecualikan cukai pendapatan kepada mereka yang menderma. Apakah kita tidak belajar daripada pengalaman sebelum ini? Apakah benar institusi ini berjaya melahirkan pelajar yang berpegang kepada prinsip Malaysian first, Chinese second?

Saya harap kerajaan tidak akan tunduk kepada ultra kiasu ini. Jika terlalu terdesak sangat kerana mengharapkan undi mereka, paling tidak, buatlah perjanjian. Pertama, pentadbiran dan pengurusan silibusnya mesti diletakkan di bawah kementerian pelajaran. Kedua, pelajar-pelajarnya mesti boleh fasih berbahasa Melayu dan mempunyai jati diri Malaysia yang kuat. Ketiga, jika kehendak ini tidak dipenuhi, sekolah dan tanah mereka akan diserap ke dalam pendidikan kebangsaan. Nasihat saya, jangan ulangi kesilapan demi kesilapan. Jadikan iktibar kesilapan lalu untuk berhadapan dengan masa kini kerana ia amat penting dalam pembinaan negara.

Apakah kita sudah lupa sejarah dan masalah yang telah, sedang dan akan dihadapi dengan SJKC, SMKJC, sekolah persendirian dan universiti perkauman yang sedia ada? Kesemua institusi ini seolah-olah langsung tidak boleh disentuh dari segi silibus dan pentadbirannya, walaupun kerajaan begitu banyak membantu, termasuk yang dibantu seratus peratus. Itupun mereka berani berhujah bahawa ‘kejayaan dan kehebatan’ sekolah vernakular hari hasil usaha mereka sendiri. Bantuan kerajaan dilupakan, malah dikutuk lagi. Paling menyedihkan, sekolah vernakular bantuan kerajaan sepenuhnya pun terpaksa tertakluk kepada lembaga pengurusan mereka. Misalnya, penempatan guru besar/pengetua dan guru-guru sekolah terbabit. Ini tidak termasuk penambahan waktu pengajaran bahasa Melayu dan keseragaman silibus yang ditolak secara total. Alasannya mudah, mereka tidak mahu menjadi bangsa pisang, luar kuning, dalam putih atau tidak menjadi Cina totok.

Terbaharu, paderi ultra kiasu yang bergelar Tan Sri pula mendesak supaya semua sekolah mubaligh/rahib Kristian yang berjumlah lebih 400 buah seperti SMK Convent Bukit Nenas mesti berpengetuakan pengetua/guru besar Kristian dan mendapatkan kelulusan pemilik sekolah di bawah perintah Infant Jesus (IJ) Sisters order. Ultra kiasu ini mengungkit janji Menteri Pelajaran pada 1976, untuk berunding dengan pihak berkuasa sekolah mubaligh berkenaan pemilihan guru besar/pengetua. Peliknya ‘sekolah mereka’ mesti dipimpin oleh mereka. Sedangkan sekolah aliran kebangsaan didesak untuk dibuka kepada semua. Adakah semua ini wajar, sedangkan kerajaan memberikan bantuan sepenuhnya kepada semua sekolah ini? Di manakah kita tinggal? Dalam negara Islam atau…?

Lebih dahsyat lagi, mereka mendesak supaya ditubuhkan kementerian bukan Islam bagi melindungi agama-agama bukan Islam kerana didakwa ‘dibuli’ selama ini. Pesanan saya, jangan dijolok sarang tabuan. Berikan contoh pada saya bagaimana bukan Islam dibuli, didiskriminasi dan dipinggirkan di negara, berbanding dengan nasib agama Islam di negara lain? Cuba kiranya berapa banyak rumah ibadatnya dan peruntukan yang diperolehi, berbanding jumlah bilangan mereka? Jangan terlalu ultra kiasu?

Kenapa tidak pernah bersyukur dengan kelebihan yang diperolehi? Sedikit terkurang, ditonjolkan seolah-olah negara ini sudah kiamat. Sebagai contoh, dalam budget 2012, Kerajaan telah bermurah hati memberikan peruntukan yang sama rata di semua sekolah. Sedangkan keperluan sesebuah sekolah dan bilangan sekolah tidak diambil kira, apatah untuk memenuhi kehendak perlembagaan? Berapa banyak sekolah agama yang dibiayai sendiri? Tidakkah kita sedar, pengiktirafan terhadap lepasan sekolah agama pun hanya dibuat selepas mereka menyelaraskan sistem pelajaran mereka kepada Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang ditetapkan kementerian? Apakah wajar pengiktirafan diberikan kepada UEC? Menurut Timbalan Perdana Menteri, kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap keperluan masyarakat setiap kaum dalam bidang pelajaran dengan peruntukan RM1.8 bilion dibelanjakan setiap tahun untuk membayar gaji guru-guru di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) di seluruh negara. Ini tidak termasuk sekolah mubaligh dan lain-lain. Mana ada kemudahan sebegini di negara lain di dunia ini? Carilah. jika ada dan berhijrahlah jika dirasakan masih ada kekurangan di sini.

Perlu saya tegaskan, gelombang budaya ultra kiasu (komunis) sudah meresap dan mempengaruhi segenap aspek kehidupan. Mereka memperalatkan hak asasi manusia untuk memoptimumkan perancangan liciknya. Kebebasan yang diberikan dan gagasan 1Malaysia dipergunakan untuk memperkasakan agenda agama dan bangsa mereka. Sedangkan identiti Islam, Melayu dan kebangsaan mahu diliberalkan.

Saya masih berkeyakinan, selepas ini sijil UEC akan diiktiraf oleh kerajaan. Desakan ini telah lama dibuat oleh beberapa pertubuhan Cina sama ada berada dalam kerajaan mahupun ultra kiasu. Mereka mahukan lepasan UEC mesti diterima di IPTA. Sedangkan kita tahu, syarat-syarat kementerian tidak dipenuhi. Itupun lepasan UEC telah lama diterima di IPTS. Sekolah Persendirian ini lebih obses mematuhi kehendak universiti di China, Hong Kong dan Taiwan daripada negara sendiri. Kedudukan bahasa Melayu tidak ambil kira.

Apakah kita sudah lupa tuduhan mereka terhadap Matrikulasi, Kolej MARA, Sekolah Agama, UiTM dan beberapa institusi lain yang majoritinya pelajar Islam? Ultra kiasu secara berani menuduh, kejayaan cemerlang pelajar-pelajar ini adalah disebabkan oleh soalan yang telah permudahkan dan dibocorkan? Bagaimana pula dengan peperiksaan sekolah persendirian UEC, apakah soalannya begitu sukar dan tidak dibocorkan?

Kerajaan semakin kuat menunjukkan toleransi dan sanggup meliberalkan agenda nasional, orang lain terus mengambil kesempatan dan bersifat perkauman. Baru-baru ini apabila Perdana Menteri telah bermurah hati memperuntukkan sebanyak RM5juta kepada Hua Zong (Persekutuan Persatuan Cina Malaysia) untuk membina bangunan mereka di Seri Kembangan. Jika difikir secara logik, semua persatuan Cina sudah mempunyai bangunan mereka sendiri. Kenapa perlu dibina lagi? Berapa banyak mahu dibina? Jika dibinapun, biarlah menggunakan peruntukan sendiri, yang saya yakin, dana nya sudah melebihi daripada apa yang sedia ada. Selepas ini, setiap daerah dan negeri akan meminta peruntukan kerajaan untuk membina bangunan bersifat perkauman ini? Saya mencadangkan supaya Lembaga Hasil melakukan audit terhadap persatuan-persatuan ini. Adakah persatuan ini benar-benar miskin. Jika miskin kenapa mahu tambah lagi?

Saya difahamkan kerajaan akan bersetuju dengan permintaan ultra kiasu ini untuk mendapatkan pengecualian cukai kepada mereka yang memberi sumbangan untuk membiayai pembinaan bangunan itu. Saya tidak dengki, tetapi hormatilah perlembagaan dan kenakanlah syarat-syarat berkaitan agenda nasional. Ketika majlis pecah tanah tersebut, back drop masih mengutamakan bahasa ibunda, berbanding bahasa kebangsaan. Saya amat pelik, perkara sebegini besar (kecil) pun kita tidak mempunyai dasar? Bagaimana dengan perkara-perkara lain? Apabila bangunan ini siap, saya tidak nampak ciri-ciri akan menampakkan Malaysian first. Pesanan saya, janganlah kita terlalu yakin dengan bantuan tersebut, mereka akan memberikan undi kepada parti memerintah?

Profesor Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Hilang sudahkah jati diri? - USTAZ RIDHUAN TEE ABDULLAH



Hilang sudahkah jati diri?

Orang Cina dan simbol naga sudah sinonim. Naga membawa makna yang begitu signifikan. Pendek kata, Cina itu adalah naga, naga itu adalah Cina. Begitulah kuatnya jati diri Cina, sehinggakan ‘binatang’ yang bernama naga dikaitkan dengan identiti, walaupun ia hanya mitos.

Saya tidak pasti apakah orang Melayu mempunyai ‘nama binatang’ yang boleh dikaitkan dengan identiti. Seingat saya tiada. Semua binatang itu makhluk dijadikan oleh ALLAH SWT. Kita perlu sayang dan menghormatinya, termasuklah khinzir.


Haram dimakan, tetapi dilarang menganiayainya. Begitulah indahnya Islam. Walaupun Nabi sangat sayangkan kucing, tidak semestinya kita bencikan anjing.


Saya pernah menonton cerita Melayu yang dikaitkan dengan binatang khayalan iaitu “Naga Tasik Chini”. Sama ada naga itu wujud atau tidak, saya tidak pasti. Apa yang jelas, naga bukan lambang identiti Melayu.


Begitu juga lambang bulan, bintang, tidak ketinggalan warna hijau, tidak semestinya mencerminkan keislaman seseorang. Pendek kata, Islam sebagai agama bersifat sejagat, menerima apa jua perlambangan dan warna selagi tidak bercanggah dengan syariat.


Namun begitu, walaupun Islam menerima semua identiti yang tidak bercanggah, itu bukan bermakna, sesebuah negara Islam tidak boleh mempunyai identiti. Kita semua sedia maklum, ALLAH jadikan kita berbangsa-bangsa mengikut tempat dan kawasan, itulah identitinya.

Lumrahnya, nama bangsa ini akan menjadi identiti atau nama negaranya. Misalnya, bangsa Cina menjadi negara China, bangsa India, negara India, bangsa Arab menjadi negara Arab, bangsa Melayu menjadi Tanah Melayu (Malaysia) dan sebagainya.

Perkara ini telah saya sebut dalam artikel yang lalu. Sehubungan itu, sudah pastilah identiti bangsa ini seperti bahasanya akan menjadi identiti utama atau bahasa negara.


Justeru, saya amat kagum dengan polisi bahasa di negara seperti Perancis, China, dan negara-negara lain di dunia ini. Dasar mereka adalah satu bahasa, satu bangsa, satu negara.


Malangnya, ia tidak berlaku di negara ini. Mendengar sahaja lagu tema 1Malaysia, tertanya-tanya saya adakah kita sebenarnya mengamalkan kita satu bangsa, kita satu negara, kita satu matlamat?


Saya tidak pasti apa akan terjadi kepada identiti negara ini dalam jangka masa 10 hingga 50 tahun mendatang. Melihat kepada perkembangan hari ini, saya dapat meramalkan bahawa identiti bangsa ini akan pupus.


Saya jarang melihat orang bukan Melayu menonton filem Melayu, atau filem bangsa lain, berbanding orang Melayu menonton semua filem tidak kira filem bahasa apa sekalipun. Itulah orang Melayu, semua boleh, Malaysia boleh.


Pengalaman menaiki pesawat AirAsia buat kedua kalinya begitu menarik perhatian, mendorong saya menulis artikel ini dan terpaksa menangguhkan artikel mengenai Hasan Ali.


Saya tercari-cari di manakah identiti Malaysia berbanding dengan menaiki pesawat Thailand, Indonesia, China, Jepun dan sebagainya yang begitu terpancar keSiaman, keIndonesiaan, keChinaan, keJepunan dan lain-lain negara yang tidak perlu disebut.


Tidak perlu sampai ke destinasi negara tersebut, memasuki pesawat mereka sudah terasa seolah-olah berada di negara mereka. Tetapi keadaan ini sukar dirasai apabila menaiki pesawat MAS, Air Asia, Firefly dan Berjaya Air.


Nama pesawat itupun sudah tidak mencerminkan identiti. Mungkin nama firefly tidak seglamor nama kunang-kunang atau kelip-kelip? Lihat pula pada pakaian mereka, terpancar identiti negara? Peliknya, pakaian pramugara berlengan panjang dan seluar labuh sehingga ke bawah buku lali kaki. Sedangkan wanita yang sepatutnya sedemikian, terbuka seluas-luasnya paha dan dada yang montok.


Mungkin ada yang berkata, itu pesawat kepunyaan bukan Islam, suka hati mereka nak apa buat yang mereka suka. Persoalan di mana dasar dan agenda kebangsaan? Berapa ramai orang Melayu yang duduk dalam kerusi lembaga pengarah pesawat tersebut? Hilang sudahkah jati diri?


Membaca majalah dalam pesawat yang bertajuk 3Sixty (Air Asia) dan Going Places (MAS) turut menyakitkan hati. Tidak adalah sepatah pun Bahasa Melayu digunakan kecuali satu sahaja artikel dalam majalah Going Places.


Sekurang-kurangnya biarlah tajuk majalah tersebut mempunyai identiti kebangsaan seperti majalah Kris dalam pesawat Singapura (SIA). Walaupun Kris itu bukan perkataan Melayu, tetapi saya masih beranggapan perkataan Kris itu mungkin berasal dari nama Keris.


Begitu juga dengan Thai Airways dengan perkataan Sawadee. Pendek kata, agenda kebangsaan dan jati diri sentiasa diperkasa. Bukan seperti kita, bila berbahasa Melayu, kalau boleh mahu diInggeriskan.


Bayangkan jika selepas ini ultra kiasu yang memerintah, apakah identiti yang semakin hilang akan terus pupus. Ultra kiasu sedang memancing orang Melayu untuk menyertai parti mereka. Ramai yang telah terpengaruh. Apa akan terjadi jika ramai Melayu menjadi sebegini.


Saya amat hairan kenapa sehingga ke hari ini, kita tidak mempunyai polisi atau dasar yang mengikat agar identiti kebangsaan diperkasa dan digunakan secara meluas.

Rabu, 25 Januari 2012

Ketua Audit Negara menegaskan Laporan Audit Negara tak pernah menggambarkan NFC ada PENYELEWENGAN."



Ketua Audit Negara menegaskan Laporan Audit Negara 2010 tidak pernah menggambarkan "NFC"  "kucar kacir atau pun ada PENYELEWENGAN."

SHAH ALAM - Ketua Audit Negara menegaskan memang terdapat beberapa kelemahan dalam projek ternakan lembu daging Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) tetapi pihaknya tidak pernah menggambarkan ia "kucar kacir atau pun ada "PENYELEWENGAN."

"Jika dibaca keseluruhan Laporan Audit Negara 2010 itu, tidak ada pun disebut perkataan-perkataan seperti kucar kacir, 'in a mess' atau pun "PENYELEWENGAN"
. Perkataan-perkataan ini telah digunakan oleh pihak-pihak lain (KITA TAHU SAPA "PEMBANGKANG" LAH KAN ) dan JABATAN AUDIT NEGARA tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan," katanya.

ISU PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH LAIN - LAIN AGAMA DI MALAYSIA



HUJAH MENOLAK PENGGUNAAN KALIMAH 'ALLAH’ OLEH KRISTIAN

 Isu tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di negara ini
seharusnya ditangani dengan bijak. Perbincangan ilmiah dengan memahami
maksud tersurat dan tersirat terhadap tuntutan ini harus diselami oleh semua
pihak. Kalimah Allah merupakan kalimah suci yang melambangkan Islam itu
sendiri. Umat Islam semestinya mempertahankan penggunaan kalimah ini agar
tidak tersasar dari maksud sebenar. Ia adalah kewajipan bagi umat Islam dalam
mempertahankan kesucian Islam itu sendiri.

 Pendahuluan

 Pada 31 Disember 2007, pengarang akhbar Herald-The Catholic Weekly, Paderi
Lawrence Andrew menyatakan bahawa pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN)
telah memperbaharui permit penerbitan akhbar itu tanpa larangan menggunakan
kalimah 'Allah'. Bagaimanapun kerajaan menegaskan bahawa larangan
penggunaan kalimah ‘Allah’ masih kekal. Pada 3 Januari 2008, kabinet
mengekalkan larangan bagi semua agama kecuali Islam daripada menggunakan
kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan akhbar masing-masing. Sebelum ini Kabinet
telah memutuskan keputusan yang sama dalam mesyuarat pada 18 Oktober dan 1
November 2006. Pada 19 Mac 2008, Gereja Katolik telah memohon di
Mahkamah Tinggi untuk melakukan semakan kehakiman terhadap larangan
penggunaan kalimah ‘Allah’. Pada 5 Mei 2008, Mahkamah Tinggi (Bahagian
Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) telah membuat keputusan membenarkan
permohonan Gereja Katolik untuk membuat semakan kehakiman (undang-undang)
terhadap larangan menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan mingguan
Herald-The Catholic Weekly. Oleh itu, artikel ini digarap dalam rangka
menyediakan hujah menolak penggunaan kalimah ’Allah’ oleh penganut Kristian.

Alasan Gereja Katolik Menggunakan Kalimah ‘Allah’

Dalam akhbar The Sun bertarikh 24 Disember 2007, terdapat laporan bertajuk
‘Church leaders explain use of 'Allah'. Terdapat lima alasan utama yang
dikemukakan oleh laporan tersebut mengapa Gereja Katolik ingin meneruskan
 penggunaan kalimah ‘Allah’ di dalam akhbar terbitan mereka. 

Alasan yang
dikemukakan ialah seperti berikut:

a) Mendakwa mereka mengikut Bible. Bible dalam bahasa Melayu
menggunakan kalimah ‘Allah’ sebagai terjemahan istilah God dan ‘Tuhan’
sebagai terjemahan untuk istilah Lord.

b) Mendakwa bahawa mulai awal abad ke-19, para penganut Katolik di Malaya
telah pun memiliki buku-buku doa dalam bahasa Melayu dan kalimah
‘Allah’ telah digunakan sebagai terjemahan kepada istilah God. Para
penganut Katolik Malta juga menggunakan kalimah ‘Allah’ untuk merujuk
kepada Tuhan dan demikian juga masyarakat Kristian di Indonesia, Pakistan
dan Asia Barat.

c) Mendakwa ayat-ayat al-Quran sendiri telah menunjukkan bahawa golongan
bukan Islam juga telah menggunakan lafaz Allah.

d) Mendakwa bahawa segmen (terjemahan) dalam bahasa Malaysia
diwujudkan untuk memenuhi keperluan kepelbagaian etnik dan bahasa yang
wujud di Malaysia sebagaimana yang wujud di dalam populasi penganut
Katolik di Malaysia.

e) Mendakwa kerajaan tidak mempunyai hak untuk campurtangan dalam
urusan dalaman gereja berdasarkan hak yang diberi oleh Perkara 11(3)A
Perlembagaan Persekutuan.

Hujah-hujah Menolak Alasan Pihak Gereja Katolik

Alasan pertama: Mendakwa mereka mengikut Bible. Bible dalam bahasa
Melayu menggunakan ‘Allah’ sebagai terjemahan istilah God dan ‘Tuhan’
sebagai terjemahan untuk istilah Lord.

Hujah-hujah Menolak:

a) Kalimah ‘Allah’ adalah kata nama khas berasal daripada bahasa Arab.
Kalimah ini tidak boleh digunakan dalam bentuk atau makna-makna lain.
Menurut nahu Arab, kalimah ini tidak boleh diumum, dikecil, dilelaki,
diperempuan atau diterbitkan nama-nama lain daripadanya. Kalimah ‘Allah’
adalah bebas dari segi struktur nahu dan maknanya dari segala korupsi. Kita
tidak boleh memanipulasikannya dengan apa cara sekalipun dalam bahasa
asalnya. Dari segi struktur linguistik, kalimah ‘Allah’ lebih superior
daripada apa jua perkataan daripada apa jua bahasa dalam memelihara dan
mempertahankan makna ke-Esaan dan keunikan satu-satunya Tuhan yang
layak disembah. Oleh kerana itu, umat Islam tidak sekali-kali
menterjemahkan ‘Allah’ kepada apa jua bahasa melainkan dikekalkan
lafaznya yang asal iaitu ‘Allah’.

 b) Di peringkat antarabangsa, penggunaan kalimah ‘Allah’ dari segi istilah
adalah amat sinonim dengan agama dan umat Islam. Ia diiktiraf oleh kamuskamus
serta eksiklopedia terkemuka di dunia. Antaranya:

i. Kamus Oxford - Allah : Name of God among Muslims3.
ii. Eksiklopedia Britannica - Allah : “God”, the one and only God in
the religion of Islam4.
iii. Eksiklopedia Katolik - Let it be noted that although Allah is an
Arabic term, it is used by all Moslems, whatever be their language,
as the name of God5.

c) Dalam konteks Malaysia kalimah ‘Allah’ tidak diterjemahkan kepada
bahasa Melayu atau bahasa Malaysia malah ia dikekalkan tanpa terjemahan.
Oleh itu kalimah ‘Allah’ di Malaysia adalah merujuk terus kepada makna
yang terkandung di dalam teks al-Quran tanpa pengubahsuaian pada lafaz
(terjemahan) mahupun maksud kalimah tersebut. Ini terbukti sebagaimana
definisi ‘Allah’ yang kemukakan oleh Kamus Dewan Edisi Empat:
Allah : Ar (Asal bahasa Arab) Tuhan (Yg Esa); ~ azzawajalla Tuhan Yg
Maha Baik dan Maha Mulia; ~ subhanahu wa taala terpujilah Tuhan yg
Maha Tinggi6.
Kamus Pelajar pula mendefinisikan kalimah ‘Allah’ seperti berikut:
Tuhan Yang Maha Esa, Yang bersifat dengan sifat-sifat Yang Maha
Sempurna dan Yang mencipta alam ini7.
Oleh itu kalimah ‘Allah’ tidak boleh dianggap sebagai terjemahan tuhan
dalam bahasa Melayu atau ‘god’ dalam bahasa Inggeris kerana ia adalah
lafaz bahasa Arab yang dikekalkan sebagai mematuhi kitab suci umat Islam
yang telah membudaya dalam masyarakat Islam dan dimaklumi sebaiknya
oleh bukan Islam di negara ini.

d) Perbuatan pihak Gereja Katolik menterjemahkan perkataan ‘god’ kepada
‘Allah’ juga tidak menepati istilah yang digunapakai oleh masyarakat di
negara ini. Perkataan ‘god’ menurut Kamus Dewan Inggeris-Melayu ialah:

n 1. male deity, dewa, tuhan; (archaic) betara: the Greek ~s, dewadewa
Yunani; 2. idol, berhala, patung; 3. so., st. deified, tuhan: money
 has become his ~, wang telah menjadi tuhan baginya; make a ~ of /so.,
st/, bertuhankan /sso, sst/; 4. G~, Tuhan; (in Islam) Allah8.

 Takrifan ini dibuat oleh Kamus Dewan berdasarkan budaya yang menjadi
amalan masyarakat di negara ini. Ini bermakna ‘god’ bagi selain Islam
diterjemahkan sebagai dewa dan tuhan. Manakala ‘God’ (huruf ‘g’ besar) ia
digunakan sebagai kata ganti nama yang merujuk kepada ‘Allah’ dan bukan
terjemahan bagi kalimah ‘Allah’ dalam bahasa Inggeris (seperti pada takrif
no. 4 di atas). Ia seperti juga umat Islam menggunakan huruf besar untuk
setiap huruf pertama bagi kata-kata ganti nama yang lain apabila merujuk
kepada ‘Allah’ seperti Aku, Kami, Dia dan Engkau.

e) Bible bahasa Melayu yang didakwa sebagai rujukan kepada penggunaan
kalimah ‘Allah’ juga tidak boleh diterima berdasarkan faktor kredibiliti
penterjemahan dan perundangan Malaysia. Maksud kredibiliti
perterjemahan iaitu sehingga kini tidak diketahui pihak berautoriti yang
terlibat dalam penterjemahan Bible ke dalam bahasa Melayu (misalnya
adakah Dewan Bahasa dan Pustaka dirujuk dalam hal ini?). Tambahan pula,
faktor perundangan menegah penggunaan kalimah-kalimah tertentu yang
menjadi hak eksklusif umat Islam untuk digunakan oleh bukan Islam. Oleh
itu alasan yang mengatakan mereka merujuk kepada Bible bahasa Melayu
adalah tertolak dengan sendirinya kerana kesahihan penterjemahan Bible
tersebut boleh dipertikai.

Alasan kedua: mendakwa bahawa mulai awal abad ke-19, para penganut Katolik
di Malaya telah pun memiliki buku-buku doa dalam bahasa Melayu dan perkataan
‘Allah’ telah digunakan sebagai terjemahan kepada istilah God. Para penganut
Katolik Malta juga menggunakan perkataan ‘Allah’ untuk merujuk kepada Tuhan
dan demikian juga masyarakat Kristian di Indonesia, Pakistan dan Asia Barat.

Hujah-hujah Menolak

a) Alasan ini adalah bertitik tolak daripada sejarah kedatangan mubaligh
Kristian ke Tanah Melayu dan Nusantara. Sejarah telah mencatatkan antara
misi utama kedatangan penjajah Barat ke Asia Tenggara adalah untuk
mengaut hasil bumi dan menyebarkan agama Kristian ke seluruh rantau ini.
Antara usaha-usaha yang giat dilakukan oleh para mubaligh ini ialah
menterjemahkan Bible ke dalam bahasa penduduk tempatan termasuk
menjalankan upacara keagamaan dalam bahasa yang difahami oleh
masyarakat setempat.

Sebagai contoh, terjemahan Bible oleh Dr. Mekhior Leidekler dalam tahun
1733, telah diterima sebagai satu hasil terjemahan yang standard dan
digunakan dengan meluas pada abad ke-18 dan ke-19 di Semenanjung
Tanah Melayu dan Indonesia9. Kegiatan menterjemah Bible ini telah terus
 meningkat dengan munculnya penjajah Inggeris di Tanah Melayu selepas
menguasai Pulau Pinang pada tahun 1786 dan Melaka pada tahun 1795.
Stamford Raffles ialah seorang tokoh penjajah Inggeris yang terlibat secara
langsung dalam kegiatan mengembangkan agama Kristian menerusi
kegiatan menyebar terjemahan kitab Bible.

Dalam tahun 1852 versi terjemahan dalam tuliasan rumi dan jawi diterbit
dan disebarkan dengan meluas di Tanah Melayu. Stamford Raffles juga
merupakan seorang penyokong kuat usaha para mubaligh Protestant dari
Pertubuhan Mubaligh London yang berhasrat untuk mendirikan pusat
percetakan di Melaka, Pulau Pinang, Singapura dan Betawi. Selain
mencetak terjemahan Bible, kegiatan percetakan ini juga menerbitkan
majalah-majalah Melayu yang mengandungi pelbagai bidang ilmu
pengetahuan yang diselitkan dengan propaganda Kristian dengan bertujuan
pengembangan agama di Tanah Melayu. Sekitar tahun 1821 – 1905 pelbagai
majalah diterbitkan seperti Buletin Arifin, Cermin Mata, Sahabat dan Warta
Melayu10.

Kegiatan menyebarkan bahan propaganda Kristian ini kemudiannya telah
disertai oleh para paderi Protestant dari Amerika Syarikat yang mewakili
Lembaga Pesuruhjaya-pesuruhjaya Amerika di Luar Negeri (The America
Board of Commisioners of Foreign Missions)11.
Kesemua fakta ini menunjukkan ada alasan yang nyata untuk kerajaan tidak
membenarkan pihak Kristian pada hari ini menggunakan kalimah ‘Allah’ di
dalam Bible bahasa Melayu. Ini kerana terjemahan tersebut tidak
melambangkan literature sebenar doktrin agama Kristian sebaliknya bahasa
hanya dieksploitasi sebagai perantara untuk menyebarkan dakyah Kristian.

b) Percubaan untuk membandingkan Malaysia dengan negara-negara lain yang
menggunakan kalimah ‘Allah’ bagi merujuk kepada ‘god’ juga tertolak. Ini
kerana setiap bahasa yang digunakan oleh setiap bangsa di negara tertentu
mempunyai sejarah dan kebudayaan yang berbeza. Dalam kes ini latar
belakang bahasa Melayu yang digunakan oleh penduduk Malaysia lahir
daripada rahim agama Islam dan kebudayaan Melayu – budaya Melayu itu
sendiri terhasil daripada agama Islam. Oleh itu, ia wajib mencerminkan
kelaziman Melayu yang berpunca daripada agama Islam. Ini sudah tentu
berbeza dengan latar belakang bahasa Melayu yang terdapat di Indonesia
dan Singapura.

c) Berkenaan penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh penganut Kristian di Asia
Barat juga tidak boleh dijadikan hujah. Bangsa Arab bukan Islam
sememangnya telah lama menggunakan kalimah ‘Allah’ berdasarkan faktor
teologi dan kebudayaan yang telah sedia wujud di Asia Barat. Perkara ini
dijelaskan sendiri oleh al-Quran apabila al-Quran datang untuk menjernih
 dan menyucikan semula penyalahgunaan maksud kalimah ‘Allah’ yang
digunapakai oleh golongan Jahiliyyah dan ahli kitab yang terdiri daripada
Yahudi dan Nasrani.

d) Dalam konteks etimologi dan semantik pula, alasan Gereja Katolik untuk
merujuk kepada masyarakat Kristian Arab adalah tersasar jauh. Mereka
tidak boleh membandingkan apa yang berlaku kepada Kristian Arab dengan
Kristian di Malaysia. Apa yang berlaku di negara-negara Arab ialah pihak
Kristian Arab menterjemahkan Bible daripada bahasa Suryani (Syria/Syam)
atau Aramik dan bahasa Ibrani (Hebrew) kepada bahasa Arab. Perlu
diketahui bahasa Arab, Aramik dan Ibrani berada dalam rumpun bahasa
yang sama iaitu rumpun Semitik. Oleh itu, Kristian Arab mempunyai hak
untuk berhujah bahawa kalimah ‘Allah’ berkemungkinan berasal daripada
nama asal tuhan mereka dalam bahasa Aramik atau Ibrani. Tetapi apa pula
rasional pihak gereja Kristian untuk menterjemahkan ‘god’ dalam Bible
bahasa Inggeris kepada ‘Allah’ dalam Bible bahasa Melayu? Bukankah
kedua-duanya adalah dua rumpun bahasa yang jauh berbeza dari segi
etimologi dan semantik bahkan suasana yang membudayai penggunaan
bahasa-bahasa itu?

Alasan ketiga: Mendakwa ayat-ayat al-Qur’an sendiri telah menunjukkan
bahawa golongan bukan Islam juga telah menggunakan lafaz Allah.

Hujah-hujah menolak:

a) Antara ayat yang sering dirujuk oleh pihak gereja Katholik ialah surah al-
‘Ankabut ayat 61:

Maksudnya: Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya
kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan
bumi dan memperjalankan matahari dan bulan?” Sudah tentu mereka akan
menjawab: “Allah”. Maka mengapa mereka terpedaya?.

Begitu juga surah al-Ma’idah ayat 73:

 Maksudnya: Demi sesungguhnya telah kafirlah orang yang berkata:
“Bahawasanya Allah ialah salah satu daripada tiga tuhan”. Padahal tiada
Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika
mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orangorang
yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak
terperi sakitnya.

Kedua-dua ayat tadi sebenarnya tidak boleh menjadi hujah bagi golongan
bukan Islam untuk menggunakan kalimah ‘Allah’. Ia berdasarkan alasan
berikut:

i. Dalam surah al-‘Ankabut ayat 61, al-Qur’an hanya merakamkan
sejauhmana kefahaman masyarakat Arab Jahiliyyah menggunakan
kalimah ‘Allah’. Ia bukan untuk mengiya atau membenarkan
penggunaan tersebut. Sebaliknya ia mahu menjelaskan bagaimana
kalimah ‘Allah’ sudah dikenal oleh masyarakat Arab sebelum Islam.

Daripada informasi ayat-ayat seperti ini, al-Qur’an menjelaskan orang
Arab Jahiliyyah hanya mengenal Allah sebagai (1) pencipta langit dan
bumi; (2) yang memudahkan peredaran matahari dan bulan; (3) yang
menurunkan air dari langit; dan (4) tempat menggantungkan harapan.
Konsep ini jelas bertentangan dengan konsep ‘Allah’ yang sebenar
iaitu sebagai Zat yang wajib disembah dan tidak dipersekutukan.

ii. Manakala surah al-Ma’idah ayat 73 pula tidak boleh menjadi alasan
kepada pihak Kristian untuk menggunakan kalimah ‘Allah’. Ini
kerana Allah SWT sendiri menafikan golongan yang mengatakan Zat-
Nya itu satu oknum daripada tiga oknum (triniti). Malah mereka
dianggap kafir. Ini bermakna sebutan ‘Allah’ yang keluar dari lidah
golongan Kristian itu adalah sia-sia dan tiada nilai di sisi Allah kerana
ia tidak merujuk kepada kalimah ‘Allah’ yang sebenar. Sebagaimana
maklum, kalimah ‘Allah’ merujuk kepada zat (esensi) yang
dinamakan. Sebagai perumpamaan mudah, perkataan ‘kereta’ adalah
merujuk kepada kenderaan bermotor. Oleh itu, tiada makna bagi orang
yang menggunakan perkataan ‘kereta’ untuk merujuk kepada alat
menjahit pakaian. Sekiranya ia masih menggunakan perkataan ‘kereta’
tetapi merujuk kepada alat yang salah, ini bermakna penggunaan
perkataan itu adalah sia-sia dan tidak bermakna.

b) Menjadikan al-Quran sebagai rujukan untuk menyokong alasan golongan
bukan Islam menggunakan kalimah ‘Allah’, bukanlah satu alasan bagi
Gereja Katolik tetapi hujah bagi umat Islam. Ia melambangkan kegagalan
Gereja Katolik untuk berhujah berasaskan teks asal kitab agama mereka.
Bagi umat Islam, ini menjadi bukti bahawa al-Quran merupakan kitab suci
yang memiliki fakta-fakta yang utuh dan konsisten. Ia juga menjadi bukti
bahawa Gereja Katolik menggunakan al-Quran sebagai sumber paling
dipercayai untuk mengakui ‘Allah’ sebagai nama tuhan berbanding berhujah
berdasarkan perbahasan sejarah dan ilmu bahasa. Oleh yang demikian,
fakta-fakta mengenai ‘Allah’ sepertimana yang dibentangkan oleh al-Quran
juga hendaklah diterima.

Atau adakah Gereja Katolik ingin mengatakan bahawa lafaz ‘Allah’ di
dalam al-Quran itu merujuk kepada lafaz Elohim dalam kitab asal mereka
berbahasa Ibrani? Jika kalimah ‘Allah’ dan Elohim itu merujuk kepada
hakikat yang sama, mengapa pula konsepnya berbeza. Al-Qur’an
mengatakan Allah itu Maha Esa dan tidak mempunyai anak sebaliknya
Gereja Katolik berpegang kepada konsep triniti. Ini sekaligus memberi
makna konsep ‘Allah’ di dalam Islam adalah amat konsisten sehingga umat
Islam tidak perlu menterjemahkannya kepada mana-mana bahasa dunia. Ia
berbeza dengan konsep ketuhanan agama Kristian yang tidak memiliki
sumber yang jelas dan konsisten sehingga memerlukan penterjemahan dan
pinjaman daripada bahasa lain.

Alasan keempat: Mendakwa bahawa segmen (terjemahan) dalam Bahasa
Malaysia diwujudkan untuk memenuhi keperluan kepelbagaian etnik dan bahasa
yang wujud di Malaysia sebagaimana yang wujud dalam populasi penganut
Katolik di Malaysia.

Hujah-hujah Menolak:

a) Alasan penterjemahan kepada Bahasa Malaysia sebagai lambang
kepelbagaian yang wujud dalam populasi masyarakat Kristian Katolik juga
tidak boleh diterima. Perlu diketahui bahawa bahasa Malaysia berasal
daripada Bahasa Melayu. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyebut
Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia. Perlu
diingat bahawa ketika perlembagaan digubal, istilah “Malaysia” belum
wujud. Oleh itu, apabila kita merujuk kepada bahasa Malaysia ia sudah tentu
merujuk kepada bahasa Melayu yang sekaligus merujuk kepada masyarakat
Melayu Islam. Justeru peristilahan-peristilahan khusus yang telah menjadi
syiar dan perlambangan kepada masyarakat Melayu Islam sudah tentu tidak
sekali-kali boleh diubah konsepnya untuk diterap kepada satu budaya dan
agama yang lain.

b) Memaksakan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam kalangan Kristian Katolik
yang bertutur dalam bahasa Melayu di negara ini juga, secara logiknya
sudah pasti memberi kesan negatif terhadap konsep ketuhanan dalam agama
Kristian. Telah dimaklumi bahawa kalimah ‘Allah’ itu adalah kalimah yang
didominasi oleh umat Melayu Islam secara politik dan kebudayaan yang
terdiri daripada 60% penduduk Malaysia berbanding hanya 9.1% penganut
Kristian pelbagai mazhab. Bukankah dengan penggunaan peristilahan yang
sama bakal menimbulkan kecelaruan dalam kalangan penganut Kristian
berbahasa Melayu sendiri? Justeru, penterjemahan yang lebih tepat seperti
‘Tuhan’ sepatutnya digunakan oleh Gereja Katolik bagi menjamin
kepercayaan agama Kristian sentiasa terpelihara selain mengelakkan
kekeliruan.

Alasan kelima: Mendakwa kerajaan tidak mempunyai hak untuk campurtangan
di dalam urusan dalaman gereja berdasarkan hak yang diberi oleh Perkara 11(3a)
Perlembagaan Persekutuan.

Hujah-hujah menolak:

a) Alasan ini adalah tidak benar sama sekali. Sebaliknya kerajaan telah diberi
hak oleh Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 11(4) (untuk mengawal
atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama
antara orang-orang yang menganuti ugama Islam). Di bawah peruntukan ini
kerajaan (sama ada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri) telah
menggubal undang-undang mengawal dan menyekat pengembangan agamaagama
bukan Islam terhadap umat Islam. Sebagai contoh Enakmen Kawalan
dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Negeri Terengganu 1980,
Seksyen 9 menyebut; (melarang seseorang (bukan Islam) daripada
menggunakan perkataan-perkataan tertentu baik dalam tulisan, ucapan atau
kenyataan untuk menggambarkan antaranya kepercayaan atau konsep manamana
agama bukan Islam. Perkataan-perkataan itu termasuklah Allah, Ilahi,
Rasul, Nabi, Wahyu, Iman, Imam, Syariah, Ulama, Dakwah, Ibadah, Injil
dan lain-lain). Peruntukan ini jelas menunjukkan bahawa menggunakan
kalimah ‘Allah’ sebagai terjemahan kepada perkataan ‘god’ di dalam Bible
adalah menyalahi undang-undang yang sedang berkuatkuasa di negara ini.
Oleh itu, ia tidak boleh disifatkan sebagai urusan dalaman gereja.

Hujah-hujah Tambahan

Sebagai tambahan kepada hujah-hujah tadi, empat persoalan dikemukakan
terhadap Gereja Katolik berhubung tuntutan mereka yang memerlukan jawapan
bagi umat Islam di Malaysia iaitu:

a) Mengapa Gereja Katolik tidak menggunakan kalimah asal bagi tuhan
sebagaimana yang terkandung dalam bahasa asal kitab mereka? Mengapa
nama tuhan perlu diterjemah sedangkan nama tuhan adalah satu kata nama
khas yang sepatutnya digunapakai tanpa mengira bahasa pertuturan si
penganut agama. Bukankah kalimah tuhan dalam Bible berbahasa Ibrani
ialah Elohim, El, Eloh atau Elah?

b) Mengapa masih wujud percanggahan antara penganut Kristian tentang
gelaran kepada tuhan? Pada Ogos 2007, seorang paderi Roman Katolik di
Belanda, Tiny Muskens, telah membuat seruan supaya penganut Kristian
menggunakan kalimah ‘Allah’. Bagaimanapun seruan tersebut telah
mendapat bantahan daripada penganut Kristian sama ada dalam kalangan
Protestan mahupun Katolik. Presiden Liga Katolik Bagi Hak Agama dan
Sivil telah membantah saranan tersebut dalam kenyataannya, 

“Bishop Martinus Tiny Muskens can pray to “Allah” all he wants, but only
addlepated Catholics will follow his lead. It is not a good sign when
members of the Catholic hierarchy indulge in a fawning exchange with
Muslims, or those of any other religion”14. Manakala Pengerusi General
Synod of the Dutch Protestant Church, Gerrit de Fijter juga menolak
cadangan Muskens supaya penganut Kristian menggunakan kalimah ‘Allah’,
beliau berkata, “I applaud every attempt to encourage dialogue with
Muslims, but I doubt the sense of this maneuver”15.

Di samping itu, terdapat artikel berbahasa Arab tulisan Izzat Andrews,
seorang penganut Kristian Koptik di Mesir berjudul ‘Allah bukan tuhan
agama Kristian dan Yahudi’. Beliau mengatakan bahawa kalimah ‘Allah’
hanya berasal daripada penggunaan orang Jahiliyyah yang merujuk kepada
tuhan bulan. Ia tidak pernah termaktub dalam kitab-kitab Yahudi mahupun
Nasrani. Tuhan bagi agama Kristian ialah Elohim16. Kenyataan-kenyataan di
atas jelas menunjukkan bahawa penggunaan kalimah ‘Allah’ bagi agama
Kristian masih menjadi suatu polemik dalam kalangan agamawan Kristian.
Oleh itu apa hujah Gereja Katolik di Malaysia untuk mempertahankan
penggunaan kalimah ‘Allah’ sedangkan ia sendiri belum dimuktamadkan
oleh Kristian di peringkat dunia?

c) Sebagaimana hujah yang telah dikemukakan sebelum ini, penjajah Kristian
yang datang ke Tanah Melayu mempunyai dua matlamat utama. Antaranya
ialah untuk menyebarkan agama Kristian ke seluruh rantau ini. Laporan
Bernama yang dipetik dari majalah The Minaret terbitan Pusat Islam
California mengatakan pendakyah Kristian menjadikan Malaysia antara
negara sasaran bagi satu gerakan Kristianisasi yang digelar “Window 10/40”.
Ini kerana Malaysia salah satu negara yang terletak di antara garis lintang 10
dan 40 di peta dunia17. Malah dalam satu laporan, Jabatan Agama Islam
Johor bersama-sama dengan Kementerian Dalam Negeri telah merampas
250 judul buku mengenai ajaran Kristian dalam bahasa Melayu. Buku-buku
tersebut menggunakan judul seperti Kaabah, Wahyu Ilahi dan Mengenal
Rasul. Sekali pandang kepada tajuk-tajuknya ia seperti taktik untuk cuba
menarik minat orang-orang Islam membaca buku-buku ini18. Oleh itu, apa
jaminan Gereja Katolik untuk mengatakan bahawa penggunaan kalimah
‘Allah’ hanya terbatas buat penganut Kristian dan bukan terhadap umat
Islam?

d) Adakah Gereja Katolik bersetuju sekiranya dikatakan bahawa fakta-fakta
tentang tuhan di dalam Bible itu tidak sejelas dan setepat al-Quran malah
bercanggah antara satu sama lain. Sebagai contoh, terdapat ayat di dalam
Bible yang merujuk kepada ke-Esaan tuhan seperti di dalam Perjanjian
Lama yang menyebut; Ingatlah wahai bangsa Israel! Tuhan satu-satunya
ialah Allah kita.Bagaimanapun di tempat yang lain banyak ayat yang
menyanggah ke-Esaan tuhan seperti di dalam Perjanjian Baru; Setelah
semua orang dibaptis, Jesus juga dibaptis. Ketika Dia berdoa, langit
terbuka, dan Roh Allah berwujud burung merpati turun ke atas-Nya. Lalu
terdengar satu suara dari Syurga mengatakan: “Engkaulah Anak-Ku yang
Aku kasihi. Engkau menyenangkan hatiKu.”20Sedangkan fakta-fakta tentang
Allah di dalam al-Quran amat konsisten dan tidak pernah berubah-ubah.

Surah al-Ikhlas menyebut dengan jelas siapakah ‘Allah’ yang sebenar.Allah SWT berfirman:

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah yang
Maha Esa; “Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon
sebarang hajat; “ Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan
tidak ada sesiapapun yang setara denganNya”.

Sehubungan itu, al-Quran mengajar umat Islam apabila berlaku
pertembungan antara Islam dengan ahli kitab (Yahudi dan Kristian),
menjadi tanggungjawab umat Islam menyeru mereka supaya menerima
konsep ‘Allah’ sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Quran tersebut. 

Allah SWT berfirman berkenaan hal ini di dalam surah Ali Imran ayat 64:

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab, marilah
kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita
semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan
denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita
mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang
dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah”. Kemudian jika mereka (Ahli
Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka:
“Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam”.
Persoalannya adakah Gereja Katolik bersedia untuk mempertimbangkan
seruan al-Qur’an untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ dengan merujuk
kepada hakikat yang sama iaitu Tuhan Yang Maha Esa tanpa sebarang
sekutu bagi-Nya?

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia kali ke-82 yang bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008 memutuskan
bahawa penggunaan kalimah Allah adalah khusus buat agama dan umat Islam
sahaja.

Pandangan Tokoh Ulama Luar Negara
Pandangan Wakil al-Azhar (Timbalan Syeikh al-Azhar) dan Ketua Lajnah
Dialog Antara Agama al-Azhar, Fadhilat al-Syeikh Abdul Fattah ‘Allam

Beliau berpendapat bahawa tindakan kerajaan Malaysia menegah penggunaan
kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam adalah tepat. Ini kerana kalimah Allah
tidak boleh disamaertikan dengan kalimah Rabb yang membawa makna Yang
Mewujudkan. Sebagaimana maklum penganut bukan Islam menamakan sebarang
tuhan yang mereka sembah seperti batu, haiwan, matahari dan lain-lain sebagai
Allah. Hal ini sudah tentu amat tidak wajar sama sekali dan menyalahi maksud
kalimah Allah itu sendiri sebagaimana yang termaktub di dalam al-Qur’an dan al-
Hadith.

Pandangan Penasihat Undang-undang Kementerian Kehakiman Arab Saudi,
Syeikh Abdul Muhsin al-‘Abikan

Beliau berpendapat bahawa pendekatan Kerajaan Malaysia ini adalah bertujuan
untuk mengelakkan daripada penyalahgunaan nama ‘Allah’ melainkan hanya
kepada Yang Maha Pencipta (tuhan yang sebenar ). Ia kerana terdapat agamaagama
lain yang juga menggunakan kalimah Allah bagi agama mereka sedangkan
mereka adalah penyembah berhala, oleh itu nama ‘Allah’ tidak sepatutnya
digunakan bagi menggambarkan tuhan-tuhan yang selain-Nya22.

Tokoh Pergerakan Perlembagaan Islam (Islamic Constitutional Movement)
Kuwait, Syeikh Abdul Hamid al-Ballali

Beliau menyokong penuh keputusan kerajaan Malaysia untuk tidak membenarkan
penganut bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai panggilan bagi tuhan
mereka. Beliau beralasan bahawa keputusan tersebut amat signifikan bagi
memelihara maksud istilah sebenar bagi kalimah Allah. Umat yang gagal
memelihara istilah-istilah agamanya adalah umat yang leka. Sedangkan Allah
SWT telah mengangkat umat ini sebagai sebaik-baik umat.

Menurutnya lagi umat Islam perlu sedar banyak istilah-istilah yang berasal
daripada Islam pada hari ini telah cuba dieksploitasi, disalahguna atau
dipesongkan maknanya oleh pihak tertentu. Ianya seperti istilah ‘syahid’ yang
juga digunapakai bagi penganut bukan Islam. Istilah ‘riba’ yang ditukarkan
kepada ‘faedah bank’. Istilah ‘khamar’ yang ditukarkan kepada ‘minuman rohani’.
Istilah ‘liwat’ yang ditukarkan kepada istilah ‘hubungan sesama jenis’.
Persoalannya adakah umat Islam sedar tentang fenomena ini sebagaimana
kesedaran yang dipamerkan oleh Kerajaan Malaysia...??

Keputusan Kerajaan

Keputusan mesyuarat Kabinet bertarikh 16 Mei 1986 juga telah memutuskan
bahawa perkataan Allah adalah termasuk antara kalimah-kalimah yang dilarang
penggunaannya oleh mereka yang bukan beragama Islam. Malah penggunaan
kalimah Allah, Baitullah, Solat dan Kaabah telah pun diwartakan hanya eksklusif
buat umat Islam sahaja di bawah Warta P.U (A) 15/82 dan pekeliling KKDN.
S.59/3/6/A bertarikh 5 Disember 1986. Manakala Jemaah Menteri yang
bermesyuarat pada 3 Januari 2008, memutuskan untuk mengekalkan larangan
tersebut sebagaimana yang pernah diputuskan pada 18 Oktober dan 1 November
2006.

Kesimpulan

Berdasarkan hujah-hujah yang telah dinyatakan, tiada sebab untuk kerajaan
membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ kepada pihak Kristian. Malah
keputusan kerajaan adalah selari dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan
yang menobatkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan. Umat beragama di
Malaysia telah sedia maklum bahawa sebarang isu yang berkaitan dengan Islam
sama ada secara langsung atau tidak seharusnya menghormati kedudukan
istimewa agama Islam dan umat Melayu Islam di negara ini.

Oleh - Mohd Aizam bin Mas’od
Cawangan Aqidah
Bahagian Penyelidikan
 "Fail Cawangan Aqidah JAKIM"

Ahad, 22 Januari 2012

Ucapan YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali di Majlis Bicara Memurnikan Aqidah Ummah.




Ucapan Ustaz Hassan Basri, Mantan Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor pada 20 januari 2012 di Dewan Orang Ramai Meru Klang, di Majlis Bicara Memurnikan Aqidah Ummah.







Ucapan YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali, ADUN Gombak Setia, merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 20 januari 2012 di Dewan Orang Ramai Meru Klang, di Majlis Bicara Memurnikan Aqidah Ummah.





Jawapan pertanyaan daripada hadirin oleh YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali, ADUN Gombak Setia, merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 20 januari 2012 di Dewan Orang Ramai Meru Klang, di Majlis Bicara Memurnikan Aqidah Ummah.

Bukti Kesesatan Kesan Dari Tarbiah Pas...



Inilah akibatnya mendengar ceramah - ceramah POLITIK PAS setiap hari...Adakah ini ISLAM.....???
Anda renung - renungkanlah sendiri akibatnya pada masa hadapan.....

Sabtu, 21 Januari 2012

Tribute To Saiful Bukhari.............!!!




Allah Bersama Mu Saiful Bukhari

Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat..
ALLAH tahu betapa kamu telah mncuba sedaya upaya..

Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan..
ALLAH telah mengira setiap titis air matamu..

Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa..
ALLAH sentiasa menunggu taubatmu..

Bila kau telah mencuba segalanya tetapi masih tak berhasil..
ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tak terduga..

Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman..
ALLAH telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan hakiki..
Hidup ini indah jika brsama ALLAH

www.papagomo.com

Jumaat, 20 Januari 2012

Karpal diarah bela diri.......




Tuduhan hasut: Karpal diarah bela diri.......

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini memerintahkan peguam Karpal Singh membela diri terhadap pertuduhan membuat kenyataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah pada sidang akhbar pada 2009.

Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Ahmad Ma'arop sebulat suara membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Pengerusi DAP itu bagi pertuduhan menghasut pada akhir kes pendakwaan tanpa memanggilnya untuk membela diri.

Hakim Ahmad memutuskan pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Panel itu yang turut dianggotai dua Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Clement Allan Skinner dan  Datuk Seri Mohamed Apandi Ali menetapkan 9 Februari bagi sebutan kes Karpal di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hakim itu, dalam penghakiman bertulisnya yang mengambil masa dua jam untuk membacakannya, berkata apa yang dikatakan oleh Karpal dalam sidang akhbar itu ialah rasa tidak puas hati terhadap Sultan Perak.
Hakim Ahmad berkata kenyataan Karpal itu telah mencemarkan kehormatan Sultan dan juga telah mengakibatkan pertembungan ketamadunan antara hubungan rakyat dan raja.

Karpal dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 11 Jun 2010 daripada pertuduhan mengeluarkan perkataan-perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak di firma guamannya di Jalan Pudu Lama di sini antara 12 tengah hari dan  12.30 tengah hari pada 6 Februari 2009.

Beliau didakwa telah mengeluarkan kenyataan bahawa pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar oleh Sultan Perak boleh dipersoalkan di mahkamah.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam penghakimannya, Hakim Ahmad berkata panel tidak menerima hujahan Karpal bahawa Seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan 1948, yang menetapkan bahawa tindakan mempersoalkan hak dan keistimewaan Raja adalah satu kesalahan, adalah tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Pada pendengaran rayuan itu pada Julai tahun lepas, Karpal memohon kepada mahkamah untuk mengeluarkan Seksyen 3 (1)(f) dan mengisytiharkan peruntukan itu tidak mengikut perlembagaan kerana menurutnya Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan membenarkan litigan mendakwa ketua negeri di mahkamah menerusi cara semakan kehakiman kerana mereka termasuk dalam definisi "pihak berkuasa awam".

Selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak dalam rayuan itu selama dua hari pada Julai tahun lepas, panel itu menangguhkan keputusan mereka.

Hakim Ahmad, dalam penghakimannya berkata semakan kehakiman tidak boleh dibuat terhadap kuasa Sultan
Beliau berkata kenyataan Karpal dalam sidang akhbar itu bahawa 

"Sultan tidak menghormati undang-undang dan Sultan telah bertindak secara ultra vires mengikut Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, telah mewujudkan kebencian.
Perkara 16 (6) adalah berkaitan kuasa sultan untuk melantik menteri besar.

Hakim itu berkata pihak pendakwaan hanya perlu membuktikan bahawa apa yang diperkatakan itu telah menimbulkan keadaan huru-hara, dan menurutnya adalah tidak perlu untuk menunjukkan niat dalam hasutan itu.

Hakim Ahmad berkata apa yang dinyatakan oleh Karpal tidak termaktub dalam kebebasan bersuara dan menurutnya sebagai peguam kanan yang dihormati dan Ahli Parlimen, beliau sepatutnya tahu sempadan dan batasan kebebasan bersuara.
Katanya juga terdapat 103 laporan polis dibuat terhadap Karpal berhubung kenyataannya itu.

Antara yang hadir di mahkamah yang penuh sesak itu sebagai tanda sokongan kepada Karpal ialah anggota keluarga peguam itu, anggota DAP termasuk Ahli Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang, bekas pemimpin Dr Chen Man Hin, Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran, Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng, Ahli Parlimen Petaling Jaya Tony Pua dan Ahli Parlimen Bukit Bintang Fong Po Kuan.

Mewakili Karpal ialah empat anaknya iaitu Jagdeep Singh Deo, Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh dan Sangeet Kaur, barisan peguam R.S.N Rayer, Ramesh Sivakumar  dan Teoh Lib Peng. Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya
Noorin Badaruddin dan Najib Zakaria.


Peguam Rajpal Singh adalah peguam pemerhati Majlis Peguam.
Di luar mahkamah, Karpal berkata, beliau akan merayu keputusan itu di Mahkamah Persekutuan walaupun menurutnya terdapat autoriti mahkamah menyatakan sekiranya dipanggil membela diri, ia tidak boleh dirayu kerana ia bukan perintah muktamad.

Katanya wujud diskriminasi dalam perkara itu kerana sekiranya Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskannya, pihak pendakwaan berhak untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan kerana keputusan mahkamah
rayuan akan dianggap sebagai perintah muktamad.


Beliau berkata sama ada tertuduh tidak mempunyai hak untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan sebaik sahaja dipanggil membela diri, itu boleh menjadi intipati bagi rayuan.

"Saya menerima keputusan itu pada ketika ini. Kami akan teruskan ke Mahkamah Persekutuan dan kita lihat apa berlaku di sana," katanya. - Bernama

Syarat 2 Permohonan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia – SARA 1Malaysia




Maklumat Penuh: Syarat Permohonan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia – SARA 1Malaysia

 

 Baru- baru ini ,Perdana Menteri kita ada Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) yang dikatakan akan memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah yang berpendapatan rendah. Perkara ini telah pun diumumkan semasa Bajet 2012 dibentangkan di parlimen pada tahun lepas.

Melalui Skim ini, rakyat Malaysia yang berkelayakan akan berpeluang untuk memohon pinjaman berjumlah RM5,000 daripada institusi kewangan terlibat untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan akan menerima bayaran insentif yang menarik ke atas tabungan dan pelaburan yang dibuat jika layak menyertainya.

Tarikh Skim Amanah Rakyat 1Malaysia bermula adalah pada 30 Januari 2012.

Keistimewaan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia)


  • Insentif bulanan disediakan kepada para peserta dalam bentuk unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia).
  • Peserta hanya perlu menjelaskan bayaran balik bulanan yang minimum sepanjang tempoh pinjaman 5 tahun.
  • Bayaran insentif disediakan setiap bulan selama 5 tahun. Peserta perlu pastikan sentiasa mempunyai minimum 100 unit AS 1Malaysia dalam buku pelaburan pada setiap masa.

Ciri-Ciri Pinjaman Untuk Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia)


  •  Amaun pinjaman adalah RM5,000 untuk setiap isi rumah.
  • Pinjaman adalah untuk pembelian 5,000 unit Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia).
  • Penyertaan dibuka selama satu (1) tahun mulai tarikh permohonan dibuka kepada awam atau sehingga semua peruntukan pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal
  • Penyertaan akan dibatalkan sekiranya:
  1. Peserta gagal menjelaskan bayaran bulanan selama tiga bulan berturut-turut
  2. Peserta didapati memberikan maklumat palsu semasa permohonan
  3. Peserta didapati muflis; atau
  4. Peserta meninggal dunia.

Syarat Kelayakan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia)


1. Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun

2. Pemohon mesti mempunyai pendapatan kasar isi rumah antara RM500 hingga RM3,000


3. Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman


4. Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh bank


5. Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB:



  •  Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT);
  •  ASB Sejahtera; dan
  •  ASW 2020 Bandar
  •  Pemohon dan /atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000
  •  Status akaun unit amanah ASNB tidak bermasalah
  •  Permohonan adalah tertakluk kepada agihan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) sepertimana yang telah ditetapkan dan sekiranya masih ada:

-Bumiputera – 50%
-Cina – 30%
-India – 15%
-Lain-lain – 5%

  • Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
  • Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja
Isi rumah yang layak memohon adalah individu dengan jumlah pendapatan kasar bulanan antara RM500-RM3,000 yang merangkumi kategori berikut:

  • Berkahwin – kombinasi pendapatan kasar suami dan isteri; dan
  • Ibu atau bapa tunggal – pendapatan kasar individu.
 

Dokumen Permohonan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia)


Dokumen Utama
  • Borang Permohonan Penyertaan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (BPPSARA1M)
  • Borang Pembiayaan dari Institusi Kewangan terlibat
  • Borang Pendaftaran Unit Amanah Akaun Dewasa ASNB P1
  • Borang Pelaburan Tambahan ASNB 21
  • Borang Jualan Balik ASNB 31
  • Borang Pembaharuan Buku Pelaburan BS3
  • Penyata Pendedahan Risiko/ Risk Disclosure Statement (RDS)

Dokumen Sokongan
  
  • Kad Pengenalan asal pemohon dan 2 salinan Kad Pengenalan asal pasangan (jika berkenaan), dan 1 salinanDokumen Pengesahan Pendapatan
  • Bagi Pemohon dan/atau pasangan bekerja, sertakan Penyata Gaji 3 bulan terkini ATAU Penyata Bank 3 bulan terkini asal dan salinan.
  • Bagi pemohon yang tidak memiliki Penyata Gaji atau Penyata Bank, perakuan dan perisytiharan yang dinyatakan dalam BPPSARA1M Bahagian C akan diguna pakai.
 
  •  BPPSARA1M MESTI ditandatangani di hadapan seorang SAKSI – sama ada Majikan/Penghulu/Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli/Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan & Profesional/Ahli Dewan Undangan Negeri/Ahli Parlimen

 Bagi mendapatkan keterangan lanjut: Sara1malaysia