Rabu, 27 Februari 2013

KFC :Surat Terbuka Kepada Menteri Besar Johor & Ahmad Zaki Zahid..



Ke Hadapan YAB Dato Haji Abdul Ghani Othman.

Isu penjualan KFCH yang mana JCorp mempunyai kepentingan majoriti kembali hangat menjelang pilihan raya umum ke-13. Sama ada ia dirancang oleh pihak tertentu atau atas “kebebalan” Lembaga Pengarah JCORP sendiri sukar dipastikan.

Setahun lalu isu Kentucky Fried Chicken (KFC) riuh-rendah apabila Johor Corp bercadang untuk menjual syarikat makanan terkemuka ini. Alasannya ialah Johor Corp memerlukan wang tunai segera untuk mengatasi masalah hutangnya yang bernilai RM 6 bilion.

Setelah mendapat bantahan dan kritikan pelbagai pihak, isu penjualan KFC Holdings ini tiba-tiba senyap tanpa sebarang berita. Orang awam terutamanya orang Melayu tertanya-tanya apa yang terjadi kepada KFCH. Apakah inisiatif penjualan ini telah dihentikan atau dijalankan di belakang tabir.

Menurut blog Sanggah Tok janggut, usaha-usaha ini terus berjalan sekarang. Jika ini benar ia merupakan satu keadaan yang sangat mendukacitakan. Lebih mengelirukan mengapa YAB Dato’ selaku penjaga ekuti Johor Corp membenarkan kegiatan seperti ini berlaku. Majoriti ahli UMNO, majoriti orang Melayu dan majoriti orang Islam tidak akan rela dengan keputusan menjual kepentingan majoriti KFCH ini kepada syarikat bukan Islam.

Jika suatu ketika dahulu Johor Corp sanggup bersepak terajang dengan usahawan Melayu lain untuk mengambil alih Kulim Berhad atas alasan untuk menjaga kepentingan bumiputera dalam industri makanan halal. Sekarang apa yang terjadi?

Banyak lagi aset lain Johor Corp yang boleh dicairkan atau dijual bagi membayar hutang berjumlah RM 6 billion itu mengapa KFCH menjadi pilihan.

Sebenarnya kedudukan KFCH sangat kompleks kerana ia tidak dimiliki secara langsung oleh Johor Corp. Ia dimiliki melalui Kulim Berhad. Dilaporkan JCorp hanya memiliki 53% saham Kulim. kulim pula memiliki 57.5% saham QSR. QSR pula memiliki 50.6% saham KFCH.

Bayangkan betapa kompleksnya pemilikan saham KFC dan tidak mungkin JCorp boleh mendapat kesemua wang penjualan KFC ini untuk membantunya melunaskan hutang. Jumlah yang akan sampai kepada JCorp mungkin tidak sampai separuh pun daripada harga jualan.

Bagaimanapun perkembangan terbaru menyaksikan JCorp bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan sebuah syarikat pelaburan Asing berjaya mengambil alih KFCH. Dengan kata lain proses penjualan kini menjadi lebih mudah dengan hanya tiga pihak perlu membahagikan keuntungan.

Melalui pengambilalihan ini ia akan memudahkan urusan jual beli pada masa akan datang. Oleh kerana JCorp berhadapan masalah kewangan kemungkinan besar transaksi ini melibatkan jumlah saham yang besar menjadi milik CVC Capital Partners dan EPF.

Pembabitan CVC Capital Partners menimbulkan syak wasangka yang sangat besar bahawa JCorp telah bersedia untuk menjual KFCH kepada pihak ketiga selepas selesai proses pengambil alihan ini. Jika tidak benar, Dato’ Menteri Besar perlu tampil menjelaskan kedudukan sebenar. Rakyat terutamanya ahli UMNO berhak tahu apa yang akan berlaku kepada KFCH yang berada di bawah jagaan JCorp.

YAB Dato’ Menteri Besar,

Saya percaya kerja-kerja penjualan dan pengambil alihan aset sebegini sebenarnya dirancang dan dilakukan oleh “penyangak-penyangak” (crooks) perniagaan yang akan membuat keuntungan melalui proses penjualan ini. Mereka yang mencadangkan kepada Tan Sri perkara ini sama ada mempunyai kepentingan dalam pengambil alihan atau mempunyai tujuan membuat keuntungan sekelip mata dalam proses penjualan ini. Banyak cara untuk kumpulan ini membuat keuntungan untuk transaksi ini.

Proses pengambil alihan korporat sebegini selalunya lebih menguntungkan lembaga pengarah dan individu tertentu yang merancang proses ini.

Adalah lumrah perniagaan bahawa JCORP berhak untuk menjual mana-mana kepentingannya bagi tujuan pengembangan atau proses rasionalisasi perniagaan. Cuma janganlah diberikan alasan-alasan bodoh seperti mahu membayar hutang JCorp yang akan matang pada Julai 2013.

Khabar angin bertiup kencang bahawa cadangan penjualan ini timbul selepas kemasukan beberapa nama dari pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi dan Ethos ke dalam KFCH terutamanya Datuk Ahmad Zaki Zahid. Memang nama Zaki Zahid dibawa oleh “orang yang lebih besar” daripada Menteri Besar, namun sebagai Menteri Besar yang telah berpenggal-penggal apakah Dato sanggup membiarkan hal ini terjadi?

Apalah sangat kehilangan jawatan Menteri Besar berbanding Dato mengakhiri kerjaya dicemuh oleh ahli UMNO dan orang Melayu keseluruhannya?

Seelok-eloknya, adalah lebih wajar JCorp mengarahkan KFCH menjual cawangan-cawangan KFC kepada usahawan kecil bumiputera untuk dijalankan secara sistem franchaise seperti mana yang dilakukan oleh McDonald.

Ingatlah JCorp ditubuhkan atas iltizam dan kehendak orang Melayu Johor dan UMNO untuk menjaga kepentingan bumiputera. JCorp bukan syarikat korporat biasa yang menjadi alat lintah-lintah kapitalis membuat keuntungan pelbagai peringkat untuk diri mereka sendiri.

Inilah yang sepatutnya ditegaskan oleh Dato Menteri Besar kepada lembaga pengarah JCorp yang rakus dan berfikiran kapitalis tulen.

Nota Untuk Ahmad Zaki Zahid:

Cukuplah apa yang terjadi kepada pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sepatutnya saudara selaku Ketua Pemuda UMNO Putrajaya, EXCO Pemuda UMNO Malaysia yang berada dalam KFCH sekarang ini perlu mencari jalan membantu usahawan bumiputera berkembang di bawah payung KFCH bukannya melingkupkan pula KFCH.

Terdapat 500 outlet KFCH ini jika saudara cadangkan kepada sistem franchaisee ia boleh yang boleh dijual sekitar RM 2 juta sebuah. Dalam masa yang singkat KFCH boleh mendapatkan sekitar RM 1 bilion. Dalam masa yang sama saudara boleh mewujudkan 500 usahawan bumiputera baru.

Melalui kaedah ini juga KFCH dapat mengatasi masalah pengurusan outlet-outletnya yang sangat teruk sekarang ini. Layanan, servis dan penyelenggaraan outlet-outlet KFC jauh ketinggalan berbanding saingan utamanya McDonald mahu pun syarikat makanan segera lain.

Ini kerana KFCH masih lagi mengamalkan kaedah Master Franchaise menguasai semua outlet. Akibatnya ia dilihat berhadapan dengan masalah pengurusan sumber manusia. Pengurus outlet tidak melihat outlet tersebut sebagai perniagaannya tetapi sekadar makan gaji daripada KFCH. Hasilnya banyaklah insiden-insiden yang tidak enak mengenai KFC muncul di dalam ruang siber.
Cukup-cukuplah kerja buat untung atas angin. Buatlah kerja untuk orang Melayu sama.

Pemberian yang belum tentu dihargai ...



Saya diminta oleh ultra kiasu untuk melakukan permohonan maaf dan menarik balik artikel yang disiarkan minggu lalu bertajuk kesabaran umat Islam ada had. Beberapa laporan polis turut telah dilakukan. Terima kasih. Penulisan saya dikatakan berbau perkauman, rasis dan penuh prasangka. Ramai wartawan menghubungi saya untuk mendapatkan respon. Saya jawab tidak perlu. Tunggu sahaja artikel seterusnya berhubung pendirian saya.

Berani kerana benar, takut kerana salah. Tunjukkan kepada saya di mana masalah dengan artikel tersebut? Jika saya dikatakan rasis, adakah bangsa lain dan orang yang mempertikaikan tulisan saya tidak rasis? Tepuk dada tanya iman. Sebenarnya, merekalah yang lebih rasis kerana berada dalam parti dan komuniti tersebut. Jika saya rasis, sudah pasti saya mempertahankan bangsa saya. Ini tidak, saya mempertahankan hak orang lain, Islam dan Melayu, kerana keduanya sudah sebati. Agama lebih penting daripada bangsa.

Saya hanya mengingatkan, mutakhir ini kita terlalu banyak memberi. Sehingga kita tidak pasti, ada apa yang masih tinggal. Pemberian pula, bukan sembarangan. Sehingga kepada perkara-perkara asas atau dasar. Benar, pilihan raya sudah semakin hampir, tetapi itu bukan bermakna kita perlu beri segala.

Pilihan raya hanyalah alat, manakala agenda membina negara tetap kekal sampai bila-bila. Jika dari awal kita tidak perbetulkan, saya bimbang kita akan menghadapi masalah masa akan datang. Ultra kiasu akan terus mengambil kesempatan dan memanipulasi.

Saya yakin keadaan ini tidak akan ada penghujung walaupun selepas PRU 13. Ultra kiasu tidak akan memberikan laluan mudah kepada BN. Jika BN menangpun, keputusannya pasti tidak banyak berbeza dengan PRU 12. Tidak ada kemenangan dua pertiga. Bermakna, ultra kiasu mempunyai bargaining power atau kuasa tawar menawar.   Kita akan terus memberi selama 5 tahun lagi. Selepas itu, saya tidak tahu, apa yang masih berbaki.

Berkali-kali saya katakan, kita mesti bertegas dalam soal membina dan pembangunan negara. Negara ini perlu ada identiti dan jati diri seperti mana yang telah termaktub dalam perlembagaan. Jangan biarlah tangan-tangan jahat mencemarinya. Jika tidak, kita tidak akan ke mana-mana,yang rugi adalah Islam dan Melayu. Kita terlalu berpolitik dalam mengambil keputusan dan tindakan.   

Sebagai pemimpin, tidak dinafikan kita perlu menjaga hati semua orang. Tetapi perlu diingat, hati sendiripun perlu dijaga. Jika hati sendiri tidak tenang dan asyik terluka, ia hanya akan membuahkan dendam yang tidak tahu bila akan dilepaskan.

Berkali-kali saya nyatakan, bahawa identiti negara ini adalah Islam, Melayu, Raja dan hak-hak mereka. Ianya perlu dipelihara tanpa diganggu-gugat. Benar, kita mengamalkan sistem demokrasi dan kebebasan beragama serta hak orang lain. Tetapi itu bukan bermakna, agenda Islam dan Melayu tidak perlu mengakari dan mendasari?

Identiti ini perlu menjadi akar. Yang lain-lain hanya menyokong. Bukannya, lain-lain menjadi akar, Islam yang menyokong. Pergilah ke dunia mana sekalipun, identiti majoriti atau mereka yang berkuasa tetap terserlah.  

Contoh, kita ada Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK), yang mendasarinya adalah budaya penduduk asal. Persoalan, adakah matlamat DKK ini tercapai? Apa yang saya lihat, budaya lain yang mendominasi atas alasan 1Malaysia. Apa yang masih tinggal adalah upacara membaca doa dalam majlis dan sekolah. Itupun masih dipertikaikan, atas alasan mereka juga perlu berdoa kepada Tuhan.

Bila tiba isu kalimah Allah, ultra kiasu beriya-iya untuk berkongsi Allah dengan kita. Tetapi, apabila kita berdoa kepada Allah SWT, tidak pula mereka mahu mengikut atau mengangkat tangan bersama. Malah, kalau boleh mereka tidak mahu langsung tengok dalam upacara adalah majlis berdoa. Nampak atau tidak kelicikan ultra kiasu?  Kenapa masih terlalu bersangka baik?

Rumah ibadat bukan Islam jika dicampurkan kesemua, berjumlah lebih daripada 300,000. Sedangkan rumah ibadat Islam untuk orang Islam selaku majoriti penduduk negara hanya berligar di sekitar 40,000.  Cuba campur, hampir sepuluh kali ganda. Adakah membangkitkan perkara ini rasis? Adil itu bukan bermakna dapat seorang satu, tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya. Jika umat Islam menjadi majoriti, dari segi keadilan, sepatutnya rumah ibadatnya lebih banyak dan menyerlah daripada bukan Islam. Tetapi hakikat itu tidak pernah berlaku. Kita menjadi minoriti dalam majoriti.

Ada yang memberi respon, kegiatan umat Islam seperti solat jumaat juga menyusahkan bukan Islam kerana jalan raya menjadi sesak disebabkan oleh sebilangan jemaah yang memakirkan kenderaan menutupi jalan sehingga tinggal satu lane. Pada saya, itu masih lagi berada dalam ruang lingkup keadilan, sebab hak ini dijamin dalam perlembagaan. Itu bukanlah saya bersetuju dengan tindakan memakir kenderaan sesuka hati. Sebelum ini, saya selalu mengingatkan kita agar memakir kenderaan agak jauh sedikit daripada masjid ketika solat Jumaat supaya tidak menghalang laluan kenderaan lain. Tunjukkan agama Islam suatu agama yang mudah dan tidak menyusahkan orang lain. Rujuk artikel saya yang lalu.   

Contoh makna adil yang lain, dua rumah ibadat didirikan secara ‘haram’ di tanah kerajaan, Islam dan bukan Islam. Pihak berkuasa mengambil keputusan untuk merobohkan kerana pembinaan tidak sah. Maka, tindakan merobohkan rumah ibadat bukan Islam tidak menjadi kesalahan besar, berbanding meroboh rumah ibadat Islam. Maknanya, Islam sebagai agama persekutuan lebih kuat mengikat berbanding dengan kebebasan mengamalkan agama-agama lain seperti yang termaktub dalam Perkara 3(1).

Hakikat yang selalu berlaku, yang selalu kena roboh adalah rumah ibadat Islam, kita selalu mengalah. Namun, bila tiba pada ultra kiasu. Mereka seolah-olah kebal. Tidak boleh disentuh langsung. Jika ada tindakan dikenakan, maka alasan mereka, bercanggah dengan gagasan 1Malaysia.

Belajarlah daripada negara Thailand. Patung Buddha dan patung raja gagah mendominasi di mana sahaja. Tiada siapapun berhak mempertikai. Jika dipertikaikan, maka penjaralah padahnya. Penegasan inilah yang kita mahu, bukannya melepas dan menarik tali. Sama juga isu bahasa, jika kebangsaan itu adalah bahasa negara, maka, bahasa lain tidak berhak menonjol sama sekali, melainkan bahasa kebangsaan yang mendominasi. Tidak siapa boleh mempertikai.

Ironinya, dengan identiti ini, Thailand terus maju, malah lebih maju daripada kita. Tidak pula mereka ketinggalan. Kerana apa? Kerana identiti dan jati diri yang mendasari telah menjadi rakyatnya patriotik, sanggup berkorban raga demi Siam tercinta. Kita pula bagaimana? Fikir-fikirkan….  

DR Ridhuan Tee 

Jumaat, 22 Februari 2013

Kenapa ancaman terhadap Islam tidak menjadi agenda utama gerakan Islam?

Kenapa pluralisme, liberalisme, Syiah, Kristianisasi dan LGBT tidak menjadi agenda utama kebanyakan gerakan Islam di Malaysia?

Saban hari masyarakat didedahkan oleh pelbagai pihak tentang bahaya yang mengancam Islam dan Melayu di Malaysia tetapi malangnya tidak banyak gerakan Islam yang memperkatakan isu tersebut sebagai agenda penting untuk menyelamatkan Islam dan Melayu di negara ini. Adakah mereka merasakan bahawa serangan pluralisme, liberalisme, Syiah, Kristianisasi dan LGBT tidak mengancam Islam dan Melayu atau aliran ini boleh memberi sedikit keuntungan dalam situasi sekarang yang memerlukan sokongan undi menjelang pilihanaraya umum ke-13? Walaupun dinyatakan oleh beberapa orang pimpinan gerakan Islam ajaran atau aliran di atas tidak bertepatan dengan Islam tetapi gerakan secara besar-besaran berskala besar tidak diadakan untuk memberi penerangan kepada ummat tentang bahaya aliran tersebut.

Syiah jelas bertentangan dengan Islam. Telah disuarakan oleh beberapa orang pimpinan gerakan Islam tentang kerosakan Syiah bahkan telah dikeluarkan pameran Syiah dalam Ekspo Perdagangan tetapi apakah tindakan seterusnya untuk menerangkan bahaya Syiah kepada umat Islam di Malaysia. Begitu juga dengan aliran dan pemikiran yang lain, walaupun kedengaran sayup-sayup diperkatakan tentang kebatilan ajaran atau aliran tersebut tetapi gerakan secara tersusun untuk memerangi aliran atau ajaran tersebut tidak kelihatan. Adakah masih diperkatakan mereka sebagai mad’u yang perlu diajak secara berhikmah walaupun mereka telah menyerang Islam begitu tersusun dan berkesan atau mengharapkan sokongan mereka dalam pilihanraya dan mengharapkan sokongan dalam perjuangan keadilan untuk rakyat? Maka dicanang sebagai perjuangan keadilan Islam bersama dengan mereka yang tidak menyokong perjuangan Islam.

Adakah keadilan Islam akan tercapai jika ada rakan pimpinan tertinggi yang jelas membawa agenda liberalisme dan pluralisme dan menyatakan secara jelas Malaysia tidak akan dijadikan negara Islam kecuali dalam beberapa perkara yang bersangkutan dengan nikah kahwin dan pusaka?Adakah sudahkah cukup dan memadai kita laung-laungkan perjuangan kita adalah perjuangan Islam dan akan melaksanakan pemerintahan Islam yang tulen sedangkan mereka yang bersama kita tidak pernah menyuarakan untuk melaksanakan Islam. Adakah sudah cukup dengan melihat beberapa pimpinan bukan Islam bercakap tentang keadilan dan iktibas beberapa perkataan dari hadis Rasulullah larangan rasuah maka dikatakan mereka telah berminat dengan Islam dan menyokong penubuhan negara Islam. Hadis Rasulullah telah menyatakan maksudnya; “Aku diperintah untuk memerangi manusia sehingga mereka mengakui tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah bukan hanya dengan menyebut beberapa perkataan Arab maka kita mengatakan mereka berminat dengan Islam”.

Gerakan Islam perlu kepada fikrah yang jelas, wasilah yang sahih dan matlamat yang betul dalam melaksanakan amanah dakwah walaupun terpaksa melalui tempoh yang panjang. Kemenangan adalah janji Allah setelah syarat-syarat kemenangan telah mencukupi. Janganlah kerana ingin mengejar kemenangan yang berbentuk sementara di atas gelanggang ciptaan musuh Islam maka kita mendakwa KEMENANGAN itu adalah segala-galanya dalam perjuangan Islam sedangkan medan itu hanyalah antara wasilah untuk menyampaikan Islam.

Oleh: Ustaz Sharipudin Abd. Kadir Yang Dipertua
Majlis Syura ISMA
* Ustaz Sharipudin juga merupakan Yang Dipertua ISMA Kelantan

Rabu, 20 Februari 2013

Anwar VS Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady...





12 Dalil kesalahan-kesalahan Anwar yang dikupas oleh Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady adalah seperti berikut :

1. Persoalan Ekslusif Agama (Religious Exclusivism) – hanya satu agama sahaja yang benar, manakala agama lain adalah salah.

Anwar Ibrahim : Golongan-golongan agama tertentu yang menganggap hanya satu ajaran asasi tertentu (fundamental doctrines) sahaja yang membawa ke jalan keselamatan/syurga (salvation) adalah pandangan yang silap dan tertutup. Agama-agama lain juga benar. Maka Pluralisme Agama adalah jalan penyelesaian terbaik untuk mengelakkan perpecahan tersebut.

Uthman El-Muhammady : Pluralisme yang mengajar penganutnya tentang tidak ada kebenaran mutlak dan tidak ada ajaran asasi yang menjamin keselamatan/kebahagian/syurga, tidak boleh diterima, malah ditolak dalam agama Islam. Sekiranya diterima anjuran Pluralisme itu maka tiada ertinya firman-firman Al Quran yang menyebut bahawa ia datang membawa al-haq (kebenaran) dan dengan itu kebatilan akan hilang.

2. Persoalan Pendapat Ahli Sufi Jelaluddin al-Rumi

Anwar Ibrahim : Pluralisme Agama dianjurkan sejak dari abad ke-13 lagi. Buktinya kata-kata oleh penyair sufi, Jelaluddin al-Rumi yang menyebut; "Lampu-lampunya berlainan, tetapi Cahaya itu sama, ia datang dari seberang sana; kalau anda terus menerus melihat pada lampu, kamu tersesat; kerana dari sana timbul rupa lahir pada bilangan dan kemajmukan"(The lamps are different but the Light is the same, it comes from Beyond; If thou keep looking at the lamp, thou art lost; for thence arises the appearance of number and plurality).

Uthman El-Muhammady : Pandangan ini tidak benar kerana Jelaluddin al-Rumi adalah seorang Muslim, Sunni, bermazhab Hanafi yang bersyair dalam konteks kerangka Islam dan bukannya di luar konteks Islam. Bukannya antara agama Islam dengan agama-agama lain. Tentang simbolik 'cahaya' dan 'lampu' itu perlu dilihat dari segi amalannya sebagai seorang sufi yang bersyair dalam kerangka Islam. Ia berbicara tentang manusia yang perlu 'menyeberangi' sebelah sana bentuk rupa dalam syariat, menuju ke alam hakikat. Namun begitu, mesti berpegang kepada syariat dan bukan meninggalkannya.

3. Persoalan Konsep Agama Adalah Universal

Anwar Ibrahim : Semua agama mempunyai pertanyaan yang sama iaitu dari mana datangnya manusia? Apa matlamat hidupnya? Apa yang berlaku bila ia meninggal dunia? yang bermaksud persamaan universal (universal concepts) antara semua agama untuk mencari kebenaran, keadilan dan sifat keunggulan.

Uthman El-Muhammady : Konsep ini berlawanan dengan anjuran Al Quran. Kebenaran Islam adalah satu. Yang benar adalah apa yang Allah utuskan kepada Nabi dan Rasul terakhir, Nabi Muhammad SAW.

4. Persoalan Pendapat Dante, Penyair Kristian abad ke-14

Anwar Ibrahim : Dante, penyair Kristian di Itali pada abad ke-14 menganjurkan untuk mencapai kebahagian di dunia dan akhirat bukan semata-mata dengan 'Kuasa' tetapi juga dengan 'Akal'. Visi Dante ini sama dan boleh dihubungan dengan visi tokoh-tokoh Islam termasuk al Farabi dan Ibn Rush :

Uthman El-Muhammady : Dante tidak menganjurkan pluralisme agama. Beliau hanya menerima agamanya (Kristian) dan menolak agama lain. Dalam epik puisi 'The Divine Comedy', karya Dante, beliau meletakkan Nabi Muhammad SAW dan Saidina Ali rd ke dalam neraka. Dalam ajaran Islam, setelah turunnya al Quran maka mansuhlah semua sistem kepercayaan lain, dan ajaran Quran adalah universal. Dalam Islam, 'Akal' semata-mata bukan penentu kepada kesejahteraan tetapi juga bergantung kepada kepercayaan 'Wahyu' dan 'Syariat'. Sebab itu al Farabi dan Ibn Rush tidak bergantung kepada 'Akal' tetapi beriman kepada 'Wahyu' Al Quran dan Syariat Nabi Muhammad SAW.

5. Persoalan Konsep Kebebasan Beragama VS Pluralisme Agama

Anwar Ibrahim : Pada hari ini wujud kebebasan beragama (freedom of religion) tetapi mengenepikan Pluralisme Agama (Religious Pluralism) yang sepatutnya kedua-duanya diperteguhkan sebagai konsep kebebasan di negara-negara yang mengamalkan demokrasi. Memihak kepada satu agama dan mengenepikan agama-agama lain adalah bertentangan dengan semangat Pluralisme Agama. Perkara ini lebih ketara di Timur Tengah dan Asia Tenggara.

Uthman El-Muhammady : Jika negara-negara Islam, adalah wajar kerajaannya berpihak kepada Islam dan memelihara syariat-syariatnya. Dalam Islam, kerajaan tidak boleh menganggap bahawa tidak ada kebenaran yang mutlak, kerana kebenaran itu tetap ada, dan negara itu mesti berpegang kepada kebenaran tersebut. Sebab itu, al-Mawardi di Baghdad pada zamannya memastikan pihak kerajaan memperbetulkan kesilapan-kesilapan orang ramai apabila berlaku penyelewengan akidah ajaran Islam. Tetapi pihak kerajaan tidak boleh menganiayai pihak yang bukan Islam, mereka tetap diberi hak untuk mengamalkan agama mereka.

6. Persoalan Firman Allah, 'Tidak Ada Paksaan Dalam Agama'

Anwar Ibrahim : Al Quran sendiri menganjurkan Pluralisme Agama seperti dalam firman 'tidak ada paksaan dalam agama', maka mestilah perbuatan memaksakan kepercayaan seseorang ke atas orang lain bukan bersifat Islamik. Jika ayat ini ditolak maka kenyataan Al Quran itu tidak mempunyai apa-apa erti.

Uthman El-Muhammady :Tidak ada paksaan dalam agama' (2:256) dalam Islam bermaksud bahawa umat Islam tidak boleh memaksa bukan Islam supaya memeluk Islam. Ia terletak pada pilihannya. Tetapi apabila seseorang itu sudah Islam maka ia tertakluk kepada undang-undang Islam, termasuk berkenaan larangan murtad daripada agama Islam. Kita tidak menafsir kebebasan beragama itu bermakna kebebasan untuk murtad bagi orang Islam.

Maka umat Islam tidak seharusnya mengikuti falsafah lain tentang kebebasan manusia dan agama apabila falsafah itu sendiri bercanggah dengan Quran. Dalam Islam 'freedom of conscience' (kebebasan jiwa) bukannya kebebasan ala Barat tetapi harus tunduk dengan akidah dan syarak Islam.

7. Persoalan Konsep Menuju Kepada Yang Satu

Anwar Ibrahim : Guru Granth Sahib, Kitab Agama Sikh memberitahu kepada semua manusia bahawa seseorang yang mampu melihat semua jalan-jalan kerohanian (spiritual paths) akan membawa kepada Yang Satu dan akan menjadi bebas merdeka tetapi orang yang menyatakan kepalsuan akan turun ke dalam api neraka dan terbakar di dalamnya. Orang yang berbahagia ialah orang yang disucikan dan mereka akan berterusan tenggelam dalam nikmat Kebenaran.

Uthman El-Muhammady : Dalam Islam konsep 'Menuju Kepada Yang Satu' perlu dilihat dalam konteks Quran. Tentang sistem kepercayaan lain yang menyebut semua jalan membawa kepada Yang Satu, kalau Yang Satu itu membawa kepada kekaburan, itu akan mengundang masalah. Penyembahan Berhala bukan Yang Satu, Penyembahan Tuhan yang bukan secara tauhid juga bukannya Yang Satu, begitu juga kepercayaan tentang sesuatu kuasa ghaib yang kabur, mengatasi yang lain, juga bukan Yang Satu dalam Al Quran.

8. Persoalan Semua Kepercayaan Agama Adalah Sama

Anwar Ibrahim : Apa juga agamanya, sama ada Islam, Kristian, Sikh, Hindu serta yang lain, saya percaya bahawa kebenaran-kebenaran yang paling tinggi (higher truths) akan mengatasi amalan- amalan semata-mata (mere practice) dan semua ibadatnya berpusat kepada kebenaran yang satu itu (singular truth): bahawa dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.

Uthman El-Muhammady : kebenaran-kebenaran yang tertinggi (higher truths) yang mengatasi amalan-amalan semata-mata (mere practice) dan semua ibadatnya berpusat kepada kebenaran yang satu itu (singular truth) juga perlu dilihat dalam konteks Al Quran. Apabila diturunnya Al Quran, maka terputuslah kebenaran agama-agama lain ('muhaiminan 'alaih). Menurut Islam tidak ada yang benar, melainkan ajaran al-Quran.

9. Persoalan Perintah- Perintah Eksklusif (Exclusivist Claims)

Anwar Ibrahim : Hari ini, terdapat pemimpin-pemimpin agama-agama dunia tertentu yang terus menerus membuat Perintah-Perintah Eksklusif (exclusivist claims) tentang mereka memiliki kebenaran yang kekal abadi berbanding dengan penerimaan perkara-perkara yang disepakati bersama (commonality) yang mampu menghubungkan semua manusia. Kalaulah kita menerima hakikat bahawa memang terdapat kepelbagaian, maka Pluralisme Agama adalah jawapannya kerana mampu menyatukan. Itulah jalannya untuk membawa keluar daripada kegelapan kepada cahaya, daripada perang kepada damai, daripada kebencian dan kejahatan kepada kasih-sayang dan kebaikan.

Uthman El-Muhammady : Adalah janggal sekiranya umat Islam menerima Bible dan kitab-kitab lain selain Al Quran sebagai 'wahyu'. Teori John Hick yang mengatakan hanya Pluralisme Agama yang membawa kebahagian dan syurga tidak akan mempengaruhi umat Islam yang setia dengan wahyu Al Quran.

10. Persoalan Konsep Kebebasan

Anwar Ibrahim : kaum muslimin masih lagi berterusan berprejudis; menolak nilai kebebasan bersuara (free speech), kebebasan media (free press), demokrasi, dan kebebasan hati naluri (freedom of conscience). Mereka memandang budaya Pluralisme Agama sebagai satu bentuk konspirasi teragung oleh 'pihak lain', terutamanya Kristian, untuk mengembangkan ajarannya dan menjadikan muslimin memeluk agama Kristian. Pluralisme juga dilihat sebagai jerat untuk menyeluduk masuk demokrasi ala Barat melalui pintu belakang.

Tetapi sebenarnya ini merupakan suatu penyelewengan apabila dilihat menurut perlaksanaan hukum Islam. Di luar daripada kepentingan polisi awam, memang tidak ada kewajipan agama untuk orang Islam mengenakan undang-undang dan nilai-nilai umat Islam ke atas seluruh masyarakat.

Dari segi ideologi, sikap beku dalam pemikiran (rigidity) masih berupa penghalang kepada kemajuan dan islah. Muslimin hendaklah membebaskan diri daripada amalan-amalan lama menggunakan klise dan menjaja-jajanya (cliche-mongering) serta mengenakan label-label kepada orang, dan bergerak melewati kepentingan-kepentingan kelompok yang sempit. Penemuan semula garapan terhadap pluralisme yang asal dalam Islam sangat-sangat diperlukan.

Uthman El-Muhammady : Tentang pengamatan demikian ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan. Antaranya ialah nilai-nilai kebebasan bersuara, kebebasan media dan yang sepertinya tentang demokrasi dan kebebasan hati naluri (freedom of conscience), pada muslimin adalah perkara-perkara yang mesti tunduk kepada orientasi Syara': Kalau kebebasan itu tidak bertentangan dengan Syara', maka kebebasan itu dialu-alukan, tetapi sekiranya kebebasan itu bertentangan dengan Syara' maka ia perlu dijauhi.

Sudah tentu bagi Muslimin, Syara' mengatasi bahan pemikiran para pemikir semata-mata. Kalau diletakkan pemikiran-pemikiran dari para pemikir mengatasi Syara' dan ijma', itu adalah malapetaka intelektual dan rohaniah. Pihak yang berbicara tentang nilai kebebasan manusia sejagat perlu juga menghormati manusia beragama dalam mengamalkan agamanya dan bukannyahendak membatalkan amalan pihak lain dan mempromosikan haknya semata-mata. Itu pun bercanggah dengan nilai hak-hak asasi manusia.

11. Persoalan Syariat Islam

Anwar Ibrahim : Syariat itu bukannya hanya tertulis di atas batu, dan ia mengalami evolusi (perubahan) secara dinamik. Demi untuk mempertahankan moderat, maka unsur utama dalam metodologi Islam mesti dipandang dalam perspektif yang menyeluruh (holistic) yang akan menjadi lebih menarik, mengikut kaedah yang bersifat universal dan kekal abadi.

Dikatakan bahawa pluralisme dalam dunia yang terbahagi-bahagi ini akan menambah lagi perpecahan kepuakan yang membawa pula kepada suara yang diulang-ulang tentang 'pertembungan tamadun' yang telah dan masih meletihkan yang seperti ianya sama dengan pukulan 'gendang purba' itu. Bagaimanapun, sebagaimana yang dinyatakan oleh Eliot: Sejarah boleh berupa sebagai perhambaan, sejarah boleh pula berupa sebagai kebebasan.

Oleh itu, kita mesti membebas diri kita daripada penipuan konsep tentang pertembungan tamadun dan menumpukan semula perhatian kita kepada pertembungan yang menggelegak (bahaya) dalam umat Islam itu sendiri. Kita boleh melihat suatu pertembungan yang lebih merbahaya dan membimbangkan yang berlaku dalam tamadun yang sama(Islam), antara yang lama dan baharu (the old and the new), yang lemah dan kuat (the weak and the strong), moderat (liberal) dan fundamentalist (the moderates and the fundamentalists), dan antara modernis dan traditionalis (the modernists and the traditionalists).

Turki dan Indonesia dengan terang sedang merintis jalan demokrasi bagi umat Islam untuk ikutan mereka. Kemasukan Turki ke dalam Kesatuan Eropah yang segera akan berlaku juga berupa suatu kenyataan yang jelas tentang tahap demokrasi liberal dapat dicapai, walaupun, sayangnya, hambatan-hambatan yang dibentangkan di hadapannya oleh setengah negara-negara ahli itu sangat nyata memberi isyarat tentang Islamophobia yang ada. Di Asia Tenggara, Indonesia sudahpun mencapai garis penyudah [dalam amalan demokrasinya] manakala jiran-jirannya yang muslimin dalam negara masing-masing masih lagi terlekat dalam tahap permulaan jalannya.

Uthman El-Muhammady : Kita perlu melihat kenyataan ini dalam suluhan ajaran Islam tentang ada bahagian-bahagian Syara' yang kekal dan ada yang berubah-ubah, dan bukan semuanya berubah-ubah. Akidah Ahli Sunnah tidak berubah; perincian-perincian Syara' berkenaan dengan perkara-perkara baru yang tidak ada dalam nas secara terang-nyata dari fatwa-fatwa zaman berzaman boleh berubah. Tetapi kalau perubahan itu melibatkan seperti menghalalkan persetubuhan haram, judi, zina, menghalalkan yang haram dalam ijma', kerana terpengaruh dengan 'penemuan-penemuan' para pemikir, ini tidak dibolehkan.

12. Persoalan Jihad

Anwar Ibrahim : Hari ini jihad dilaungkan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengesahkan perbuatan-perbuatan keganasan dalam pelbagai bentuk dan rupanya, tetapi akhirnya menjadi kabur antara garis jihad dan keganasan. Mujurlah adanya pentadbiran Obama, maka kita telah melihat sesetengah perubahan berbanding polisi Bush yang mengamalkan sifat percanggahan dan memilih bulu, dalam memerangi keganasan, dengan memberi sokongan kepada para autokrat (penguasa kuku besi) di dunia Islam di satu pihaknya, dan menjadi jaguh kebebasan dan demokrasi di satu pihak lain pula. Walaupun selepas lebih setahun semenjak pentadbirannya (Obama) itu, kita masih lagi menanti untuk melihat perubahan-perubahan yang penting (substantive) dalam isi (substance) polisi luar negara Amerika dalam hubungan dengan Dunia Islam.

Uthman El-Muhammady : Kalau dalam suasana semasa ada penafsiran jihad yang tersasul dalam setengah umat Islam (kerana faktor-faktor sejarah yang mendesak dan tidak patut diremehkan) itu tidak boleh dijadikan dalil untuk penafsiran yang menyeluruh mewakili arus perdana umat Islam. Bagaimanapun, ini juga perlu dilihat dalam konteks pihak-pihak lepas, mahupun sekarang, memanipulasikan maklumat untuk kepentingan hegemoninya.

Setelah membaca kupasan diatas,apakah pandangan anda mengenai Anwar Ibrahim dan LAYAK kah beliau menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti...??

Malaysia Negara Sekular...???



Perkara 3(1) dalam Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan agama Islam adalah agama bagi Persekutuan bukan satu peruntukan sia-sia.
  
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad berkata, dengan adanya peruntukan itu negara Malaysia dikenali dunia sebagai sebuah 'negara Islam'.
  
"Di mata dunia, Malaysia bukan sahaja dilihat sebagai sebuah negara Islam, malah negara Islam contoh di abad ini. Malaysia juga dianggap sebagai contoh sebuah negara Islam maju di zaman ini," katanya.
  
Abdul Hamid berkata demikian ketika membentangkan kertas kerjanya bertajuk 'Islam dan Tafsiran Keperlembagaan oleh Mahkamah di Malaysia' pada Muzakarah Pakar bertajuk 'Malaysia: Kemelut Negara Islam Negara Sekular' anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) semalam.
  
Beliau berkata, kerajaan Malaysia mengeluarkan berjuta-juta ringgit untuk pembangunan dan perkembangan perbankan Islam, kewangan Islam, dan takaful sehingga negara berada pada tahap ke hadapan dalam bidang itu.
  
Abdul Hamid berkata, rakyat juga boleh melakukan aktiviti keislaman termasuk membina universiti, kolej, masjid dan sekolah.
  
"Bayangkan jika tidak ada perisytiharan mengenai Perkara 3(1) itu dalam Perlembagaan Persekutuan, bolehkah semua itu dilakukan?" katanya.
   

Mengenai tajuk muzakarah itu berkaitan negara sekular, Abdul Hamid yang merujuk kepada penghakiman Mahkamah Agung dalam kes Che Omar Che Soh melawan pihak pendakwaan pada 1988, berkata dalam penghakiman itu perkataan 'secular' disebut sebanyak tiga kali.
  
"Kali pertama dalam rangkai kata 'secular institutions' semasa memetik daripada buku karangan M.B.Hooker. Dua kali lagi dalam rangkai kata 'secular law' semasa merujuk kepada undang-undang yang berkuat kuasa pada hari Kemerdekaan," katanya.
  
Abdul Hamid berkata, penghakiman itu menggunakan perkataan 'secular' bukan untuk menggambarkan negara tetapi menggambarkan institusi-institusi dan undang-undang.
  
"Itu pun penggunaannya pada pandangan saya tidak tepat dan perkataan itu tidak perlu digunakan. Disebabkan oleh kepentingan politik dan kumpulan, ia kerap dipetik di luar konteks bagi mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular, sedangkan Perlembagaan Persekutuan tidak sekali pun menggunakan perkataan itu," tegasnya.
  
Juga merujuk kepada penghakiman kes itu yang didengar lima hakim dan ditulis oleh bekas ketua hakim negara Tun Salleh Abas, Abdul Hamid berkata beliau juga bersetuju dengan penghakiman itu bahawa Perkara 3(1) itu tidak dengan sendirinya menjadikan semua undang-undang yang bercanggah dengan syariah adalah tidak sah dan batal.
   
Beliau juga berkata kerapkali peguam sivil tidak tahu bahawa sesuatu undang-undang yang sedia ada itu adalah patuh kepada syariah malah serupa dengan syariah manakala ahli-ahli syariah pula tidak tahu bahawa prinsip-prinsip syariah telah pun dijadikan undang-undang.
   
"Saya percaya jika hari ini diisytiharkan Malaysia akan melaksanakan undang-undang Islam sepenuhnya, lebih daripada 90 peratus undang-undang yang sedia ada tidak akan berubah," katanya.
   
Semasa sesi soal jawab berhubung pembahagian bidang kuasa antara mahkamah sivil dan mahkamah syariah, Abdul Hamid mencadangkan jika terdapat isu syariah di mahkamah sivil seorang hakim mahkamah syariah hendaklah dipinjam untuk bersidang bersama hakim mahkamah sivil.
  
Beliau juga berkata, kedua-dua mahkamah itu boleh digabungkan dan diletakkan di bawah bidang kuasa mahkamah persekutuan.
  
Bagaimanapun bekas ketua hakim negara itu berkata, perkara itu tidak akan berlaku kerana ia memerlukan pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan dan memerlukan bidang kuasa terhadap mahkamah syariah dipindahkan kepada kerajaan persekutuan.
  
Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz dari Jabatan Undang-Undang Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ketika membentangkan kertas kerjanya pula berkata tiada bukti yang menunjukkan negara ini pernah menjadi negara sekular.
  
"Ada dua bentuk sekular iaitu bentuk sekular yang rigid (ketat) atau sekular yang fleksibel (anjal). Kedua-duanya tidak wujud di negara ini," katanya.
  
Muzakarah Pakar Malaysia: Kemelut Negara Islam Sekular membentangkan tiga kertas kerja bertajuk 'Pemasukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan" oleh Dr Shamrahayu.
  
Dua lagi oleh Abdul Hamid dan Prof Emeritus Datuk Paduka Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid, Dekan Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, UIAM, bertajuk 'Pra-syarat dan Ciri-Ciri Negara Islam: Aplikasi Semasa di Malaysia.'
  
Muzakarah selama tiga jam setengah itu menjelaskan kedudukan, tafsiran dan implikasi sebenar Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, membetulkan salah tanggapan dan salah tafsiran ke atas penghakiman kes Che Omar, serta mengemukakan resolusi muzakarah kepada pihak berwajib, parti-parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan lain-lain yang berkepentingan.
  
Ahli Lembaga Pengarah Ikim, Datuk Faiza Tamby Chik menjadi moderator semasa perbincangan muzakarah itu. - Bernama

Ahad, 17 Februari 2013

Enggan Sepakat Punca Umat Islam Ditindas Musuh



RASULULLAH buktikan hanya ketakwaan senjata paling berkesan pertahan agama, tanah air Perubahan peradaban manusia berlaku amat pantas. Islam yang suatu ketika dulu begitu gemilang, kini jatuh tersungkur di tangan Barat yang mendominasi dunia terutama dari segi ekonomi.

Umat Islam dalam sejarah adalah kuat serta pernah menakluki dua pertiga dunia, tetapi pada hari ini mereka ditindas, dihina dan diusir dari tanah air sendiri selain dilabel dengan imej negatif atau pengganas. Berita keganasan, pembunuhan dan pencerobohan dilakukan kuasa besar Barat terhadap umat Islam bukan perkara baru kerana berlaku sejak lama dulu sehingga hari ini penindasan itu masih berleluasa.

Keganasan dan penindasan di Palestin, Lubnan, Kosovo, Chechnya, Bosnia dan paling hampir dengan negara kita seperti Thailand berlaku tanpa pembelaan sewajarnya. Sehingga kini entah berapa banyak nyawa terkorban, harta musnah dan air mata tumpah membasahi bumi. Peristiwa ini sungguh mengguris jiwa umat Islam.

Hari ini, ramai pemimpin negara Islam lantang menyeru umat Islam bersatu bagi menyelamatkan negara daripada penjajahan. Namun, usaha merealisasikannya bukan saja kabur, malah tidak bersungguh-sungguh serta tidak jelas dari segi matlamat dan kaedah yang mesti dilaksanakan.

Bagaimanakah negara Islam boleh bersatu jika segala ideologi yang menyesatkan seperti sekularis, komunis, sosialis dan kapitalis masih digunakan pemimpin Islam sendiri.

Ideologi bertentangan Islam patut ditolak oleh umat Islam. Jika kita lihat ketika ini kesatuan Islam masih lemah dan keadaan menjadi lebih buruk apabila umat Islam mengalami masalah dalaman sesama sendiri di samping masalah luaran dengan negara Islam lain.
 
Negara Islam hari ini, secara umum lemah dari pelbagai segi merangkumi politik, ekonomi dan kesatuan fikrah. Sehingga kini kesatuan dan kekuatan umat Islam secara keseluruhan masih belum pulih. Kelemahan ini juga menjadikan Barat semakin berani menekan dan melakukan pelbagai penindasan serta kekejaman terhadap umat Islam.

Pemimpin negara Islam masih gagal mencapai kata sepakat menangani masalah ini, sedangkan nyawa dan nasib umat Islam seperti di Palestin semakin terancam. Mereka juga tidak memahami perkara awlawiyyat (keutamaan) sehingga menyebabkan kepentingan umat dan agama Islam terabai. Kegagalan ini juga mengakibatkan negara Islam terpaksa tunduk kepada kehendak Barat.

Kebanyakan kita mengaku sebagai umat Islam, namun setakat manakah peranan dan tanggungjawab sebagai saudara seagama dalam usaha membantu mereka yang ditindas dan apakah sumbangan kita untuk membantu mereka?

Firman Allah SWT yang bermaksud: 

“Dan orang yang kafir, sesetengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi sesetengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar saling membantu yang diperintahkan Allah) itu, nescaya berlaku fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar.” (Surah al-Anfaal, ayat 73)

Kini sudah sampai masanya umat Islam insaf dan melakukan muhasabah diri serta mencari punca di manakah silapnya. Masyarakat Islam perlu membina kekuatan dalaman dan luaran seterusnya menjadi umat yang berkuasa dan disegani di seluruh dunia.

Pemimpin negara Islam harus bersatu dan memandang ke depan di samping mengatur strategi efektif ke arah mencari penyelesaiannya. Antara usaha yang mampu dilakukan ialah memperkukuhkan kuasa politik, ekonomi, ketenteraan, kesatuan fikrah, akidah, persaudaraan dan persenjataan supaya segala bentuk penjajahan, penindasan dan menghina umat Islam dapat dihindarkan.

Umat Islam juga perlu berperanan sebagai individu pengguna yang bijak dengan memboikot barang syarikat Barat yang mengaut keuntungan untuk menjatuhkan negara Islam.

Walaupun usaha ini kelihatan remeh, jika seluruh umat Islam bersatu hati natijahnya amat besar ke arah mengurangkan sumber ekonomi Barat yang nyata tujuannya untuk membeli senjata bagi meneruskan serangan terhadap umat Islam. Umat Islam perlu kembali kepada fitrah iaitu menghayati serta mengamalkan al-Quran dan hadis sepenuhnya.

Dalam dunia serba moden hari ini, walaupun ada umat Islam yang kuat imannya, tidak kurang juga yang jauh terpesong daripada landasan Islam.

Ada juga hanya Islam pada nama sedangkan segala kewajipan agama tidak pernah ditunaikan, malah cara hidup mereka juga seperti bukan Islam. Perkara ini perlu diambil perhatian supaya umat Islam dan generasi akan datang menjadi umat yang benar-benar bertakwa kepada Allah SWT serta mantap imannya seperti umat pada zaman Rasulullah SAW dan zaman sahabat Baginda. Firman Allah SWT bermaksud:

“Kekuatan itu hanya bagi Allah, bagi Rasul-Nya dan bagi orang beriman.” (Surah al-Munafiqun, ayat 8) 

Jika perkara ini gagal ditangani pada peringkat akar umbinya lagi, maka tidak mustahil suatu masa nanti umat Islam menjadi umat termundur, dihina dan diperlekeh oleh bangsa asing seperti yang terjadi kepada saudara kita di negara disebutkan sebelum ini.

Oleh itu, sebagai manusia yang dimuliakan dengan akal fikiran dan khalifah di muka bumi ini, jawapannya tepuk dada tanya iman dan diri sendiri siapakah kita, apakah tujuan kita dijadikan dan ke manakah kita akan kembali suatu hari nanti.

Apa yang kita miliki hari ini seperti kuasa, pangkat, dan kekayaan harta benda di dunia ini adalah pinjaman dan ujian semata-mata, maka pergunakan dengan sebaiknya ke jalan diredai kerana tanpa bekalan secukupnya kita akan kembali kepada Allah SWT dengan keadaan papa dan hina.


Sabtu, 16 Februari 2013

Realiti Jika PR Memenangi PRU 13 nanti...



Buat Renungan Bersama….

- Perlembagaan Singapura

Perhatikan Artikel 152 bahagian (2) yang menyebut “The Government shall exercise its functions in such manner as to recognise the special position of the Malays, who are the indigenous people of Singapore, and accordingly it shall be the responsibility of the Government to protect, safeguard, foster and promote their political, education, religious, economic, social and cultural interest and the Malay language.”

Terjemahan: “Kerajaan akan menjalankan fungsi-fungsinya dengan cara yang sepatutnya untuk mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu, yang merupakan penduduk asal Singapura, maka dengan itu adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk melindungi, menjaga keselamatan, menggalakkan dan mempromosi kepentingan politik, pendidikan, keagamaan, ekonomi, sosial dan kebudayaan mereka dan bahasa Melayu.”

Perhatikan juga Artikel 153 bahagian (2) yang menyebut “The national language shall be the Malay language and shall be in the Roman script.” Walaupun bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris turut diiktiraf sebagai antara empat bahasa rasmi di Singapura, bukankah ini cukup untuk menunjukkan keutamaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan walaupun cuma dipakai dalam tulisan Rumi, bukannya Jawi?

Isi Artikel 152 dan 153 perlembagaan Singapura ini hampir membayangkan aspirasi yang termuat dalam Artikel atau Perkara 152 dan 153 perlembagaan Malaysia, mungkin akibat Singapura pernah berada di dalam Malaysia 1963-1965. Perbezaan besar cuma terletak pada kedudukan orang Melayu sebagai minoriti di Singapura berbanding saudara-mara mereka yang merupakan majoriti di Malaysia.

Selain itu Melayu Singapura juga tidak memiliki satu institusi pelindung tertinggi seperti jabatan Yang dipertuan Agong dan Raja-raja Melayu yang kedudukan mereka turut diperuntukkan di dalam perlembagaan Malaysia sebagai memiliki hak penuh dalam menjaga hal-ehwal agama Islam dan adat-istiadat Melayu.

Namun isi perlembagaan Singapura itu cukup jelas. Orang Melayu di pulau itu sepatutnya turut mendapat keistimewaan serupa seperti di Malaysia. Menarik juga difikirkan apabila ada puak chauvinis berbangsa Cina di Malaysia sibuk cuba menjatuhkan kedudukan orang Melayu dengan menuduh kita sebagai pendatang konon, bukan penduduk asal Tanah Melayu. Walhal pada perlembagaan Singapura sendiri, sebuah negara yang sudah lama dipimpin puak chauvinis Cina terdapat kenyataan yang menyebut bahawa orang Melayu adalah penduduk asal pulau Singapura.

Jadi...walaupun ada didalam perlembagaan....masih belum mampu menjamin kaum bumi diberikan hak mereka...jika PR menang dan DAP yang memonopoli pentadbiran Negara dan PAS hanya dicucuk hidung dan dijadikan pak turut dalam segala hal apakah yang akan berlaku kepada Agama Bangsa dan Tanah Air ini…???

Lihat sahaja apa yang telah berlaku dengan perjuangan HUDUD PAS,NEGARA ISLAM PAS dan ISU KALIMAH ALLAH...???
Sama- sama kita fikirkan,apa yang akan berlaku jika benar PR memenangi PRU 13 ini..???

Adakah anda sanggup menjatuhkan Kerajaan Islam pada PRU 13 nanti...???






Buat Renungan bersama...
Realiti PRU 12 dan PRU 13...


Jumlah kerusi parlimen Malaysia = 222
Jumlah kerusi yang dimenangi UMNO = 77
Jumlah kerusi yang dimenangi PKR = 25 (selepas ditolak MP lompat parti)
Jumlah kerusi yang dimenangi PAS = 23


Jumlah kerusi parlimen dari org Islam (UMNO+PKR+PAS) = 125


Jumlah undi 2/3 parlimen : 2/3 x 222 = 148 kerusi (66.66% minimum)


Jawapan : 125/222 x 100% = 56.31% sahaja


Itu takpe. kalau PR menang, Orang Islam yang membentuk kerajaan akan jadi kurang daripada 40%, maka pengundi-pengundi yang menyebabkan kejatuhan kerajaan Islam yang sedia ada, akan jatuh kafir (khawarij). Undi PAS tak tentu masuk syurga kerana tiada dalil, tetapi menjatuhkan kerajaan Islam, ada dalil.

Tak payahlah cakap UMNO tak Islam etc. kita semua tau, mereka Islam seperti kita dan datuk nenek anda.

Pada taksiran PAS, datuk nenek ahli2 PAS yang mengundi UMNO dahulu kini di neraka sekarang (Astagfirullah)

Kejatuhan kerajaan yang sedia ada dan terbentuknya kerajaan baru yang lebih minima bilangan ahli Islamnya, akan menggugurkan aqidah pengundi-pengundinya. kerana Hadith Qudsi menyebut, sekiranya engkau mentaati mereka(pemimpin) maka enkau mentaati Aku dan sekiranya engkau mengingkari mereka(pemimpin) maka engkau mengikari Aku.

Syahadah anda menjadi pertaruhan dalam PRU-13 ni.

Ulamak besar di zaman khalifah terakhir bernama Muhammd Hamdi Visar, telah berpakat menggulingkan khalifah di atas alasan khalifah seorang yang korup dan fasiq, lalu beliau membantu Atartuk dengan alasan ingin menjadikan negara Islam yang lebih baik, dan akhirnya lihatlah apa yang terjadi pada Turkey. Kuasa Atartuk (Anwar) dan sekutu2 kafirnya(i.e. DAP) menenggelamkan peranan ulama sama sekali (ie PAS) Senario sama bersama Nik Aziz dan Anwar Ibrahim.- Kita boleh realiti keadaanya sekarang

Inilah kecelakaan ulamak2 yang berceramah di masjid. setiap kali berceramah, mereka cerita pasal ambil wuduk, kalau tak wuduk, mereka bercerita pasal macam mana nak jatuhkan kerajaan. Sedarlah wahai sedaraku, Ilmu kebanyakan ulama di Malaysia hanya sekecil najis lalat dan tidak dapat melihat prospek yang sebenar…
Sebelum memangkah dalam PRU-13 ni, buat solat istikharah.Ini bukan perkara main – main.. Adakah anda sanggup menjatuhkan Kerajaan Islam…????