Khamis, 31 Januari 2013

Thai rujuk Dr Mahathir konflik di selatan



Kerajaan Thai akan mendapatkan pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam membantu menyelesaikan konflik di selatan Thailand yang berlanjutan selama sembilan tahun.
Timbalan Perdana Menteri Chalerm Yubamrung hari ini berkata, beliau akan menemui Dr Mahathir di Langkawi untuk tiga hari bermula 4 Februari.

"Kami akan mendapatkan pandangan beliau dalam membantu menyelesaikan masalah itu," katanya kepada pemberita di sini.

Lebih 5,000 orang terbunuh sejak kumpulan yang disyaki pemisah menggerakkan semula gerakan bersenjata menuntut kemerdekaan untuk tiga wilayah selatan iaitu Narathiwat, Pattani dan Yala sejak sembilan tahun lepas.

Kerajaan Thai membelanjakan lebih 180 bilion Baht (kira-kria RM18 bilion) memerangi pemberontak sejak keganasan kembali berlaku di wilayah sempadan selatan pada 2004.

Charlem berkata beliau juga akan membincangkan konflik selatan Thailand dengan Menteri Dalam Negeri Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein apabila beliau melawat negara ini pada 21 Februari.

Terdahulu awal bulan ini, Charlem ketika melawat Malaysia, mengadakan perbicangan serupa dengan Hishammuddin.- Bernama

Selasa, 29 Januari 2013

Ada lagi pemimpin kanan Pas dijangka dipecat dari Majlis Syura Ulama





Seorang pemimpin kanan Pas dijangka dipecat sebagai Ahli Majlis Syura Ulama parti itu, kata bekas pengikut setia parti itu Zainon Ismail.

Katanya beliau difahamkan antara nama yang disebut-sebut berada dalam senarai pemecatan oleh Majlis Syura Ulama Pas ialah Ketua Dewan Ulama parti itu Datuk Harun Taib.

Beliau berkata tidak mustahil perkara itu berlaku selepas bekas Timbalan Presiden parti itu Nasharudin Mat Isa digugurkan sebagai ahli majlis itu pada 13 Januari lalu.

"Majlis Syura Ulama Pas adalah badan tertinggi parti itu dan apabila keputusan dibuat oleh majlis itu, maka ia tidak perlu dipertikaikan lagi oleh mana-mana pihak dalam parti berkenaan," kata Zainon yang juga seorang penulis buku dengan nama penanya, C.N.Al-Afghani.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri program diskusi 'Dilema dan Ranjau Perjuangan Islam di Malaysia' yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Sebelum ini, akhbar tempatan melaporkan pemecatan Nasharudin sebagai Ahli Majlis Syura Ulama parti itu berikutan tindak tanduknya yang didakwa boleh merugikan parti itu. - Bernama






Nik Aziz tidak halang Nasha sertai parti lain


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini tidak menghalang bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa daripada menyertai mana-mana parti lain dan dengan rela hati melepaskannya.

Di sebalik apa yang berlaku terhadap Nasharudin, Nik Aziz berkata, terpulang kepada beliau untuk menyertai parti lain.

“Itu dia punya pasallah, saya sebut kelmarin kepada wartawan orang laki bini lagikan bercerai. Padahal kita nak sambut bini (isteri ) itu dengan sembelih lembu, palu gong gendang lah, selawat kepada Nabi, tetapi  boleh bercerai. Ini kerana parti (Ini kan pula dalam parti).

“Dalam syarikat ekonomi dia (pengurusan) buang rakan kongsi dan apa sekali, kita hidup atas dunia ini ada peraturan. Islam adalah disiplin seratus peratus dunia akhirat. Islam adalah cara nak selamatkan dunia,” katanya kepada media.
 







 

Isnin, 28 Januari 2013

Dalam Umat Islam Berperang Mengenai Kalimah Allah, DAP sudah pun memulakan langkah


Dalam umat Islam sedang berperang sesama sendiri ada yang mempertahankan Kalimah Allah dan ada yang mahu Kalimah Allah dipergunakan oleh penganut Agama Kristian dalam gerejanya dan juga didalam biblenya.
 

Pas pula sanggup mempertahankan DAP demi kepentingan politik supaya mereka dapat menggunakan kalimah Allah dimana yang mereka suka.

Yang paling kita takuti mereka mahu cetak bible dalam bahasa Malaysia agar senang dibaca oleh umat Islam di Malaysia.

Dalam keadaan kelam-kabut DAP Perak terus memainkan peranannya membawa wanita Melayu yang menyokong Pakatan Rakyat memasuki gereja untuk diberi kaunseling.

Mereka memberi alasan kononnya wanita-wanita Melayu ini wajar diberikan kaunseling dalam Program Sentuhan Hati Serta Kasih Sayang.

Ini merupakan langkah awal pihak Gereja untuk menarik minat lebih ramai orang Melayu memasuki Agama Kristian.

Gambar di atas adalah satu sesi ceramah sentuhan hati yang dianjurkan oleh sebuah gereja di daerah Ipoh. Gereja ini juga pernah digemparkan bahawa pernah mahu membaptiskan orang Melayu pada tahun 2008. Apabila Mufti Perak Tan Sri Harussani dapat tahu maka Tan Sri Harussani terus membuat kenyataan, malangnya kenyataan yang dibuat oleh Tan Sri Harussani telah dikatakan tidak benar oleh kerajaan rejim DAP 11 bulan. Lalu beberapa pemimpin Pas dan DAP  membuat laporan Polis terhadap Mufti Perak kononnya sengaja mengada-adakan cerita yang boleh berlaku rusuhan.

Dengan bukti gambar ini maka rakyat boleh menilai kenyataan Mufti Perak yang dipersendakan oleh pemimpin Pas dan DAP adalah benar dan pemimpin Pas dan DAP Perak juga tahu kejadian ini tetapi demi menjaga hati cina DAP mereka terus menyerang Tan Sri Harussani.
 

PAS juga pecat Ustaz Kazim....

Video Ustaz Kazim Balun PAS Lagi...Ingat Serban Pakai,Tapi Mulut Tak Jaga...

Mesti Tonton Forum Polemik Isu Kalimah Allah...!!!

Forum Polemik Isu Kalimah Allah anjuran Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) di Auditorium Utama UIA Gombak pada 20hb Januari 2013

Ahad, 27 Januari 2013

Akhirnya Majlis Syura Pas PECAT Ustaz Nasha .....!!!!



Majlis Syura Pas mengesahkan telah menggugurkan keanggotaan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, yang pernah disebut akan diambil tindakan disiplin tahun lalu, atas alasan telah melanggar beberapa peraturan badan tertinggi parti itu.

Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura.

“Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat, selebihnya saya tidak mahu ulas… maaf ya.

“Surat mengenai perlucutan Nasharuddin sebagai anggota Majlis Syura sudah diserahkan selepas mesyuarat itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Ketika ditanya sama ada pihak Majlis Syura ada menghubungi Nasharudin selepas keputusan itu dibuat, Nik Zawawi berkata, pihaknya tidak ada menghubungi Ahli Parlimen Bachok itu.

“Beliau juga tidak ada menghubungi kami untuk penjelasan lanjut.

“Dengan keputusan ini, anggota Majlis Syura berharap beliau akan istiqamah dan menumpukan perhatian dalam perjuangan parti. Sumbangan beliau masih diperlukan dan diharapkan beliau dapat beri manfaat kepada parti,” katanya lagi.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai tindakan Nasharudin yang mengikuti rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk lawatan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza baru-baru ini, Nik Zawawi berkata, itu merupakan tindakan peribadi Nasharudin.

“Itu terpulanglah kepada dia (Nasharudin), itu tindakan peribadinya sendiri."
Pada September lalu, Nasharudin dan Majlis Syura dilaporkan menjadi tumpuan dengan membincangkan nasib bekas Timbalan Presiden Pas itu.

Bagaimanapun mesyuarat 9 September itu bersidang tanpa membincangkan isu berkaitan dengan Nasharudin.

Seperti diramalkan pemerhati dan kebanyakan pemimpin kanan parti ketika itu, beliau 'selamat' daripada sebarang tindakan berat.

Ketika itu, Nasharudin menjadi tumpuan ekoran gesaan beliau agar Pas mempertimbang semula keanggotaan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat berikutan pendirian Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dalam isu hudud.




Ini semua gara - gara Ustaz Nasha sedang mengusahakan Perpaduan Umat Islam bersama PM dan UMNO.. 




Jumaat, 25 Januari 2013

Anwar Hanya Ikut Nafsu


Anwar Hanya Ikut Nafsu-Mufti Perak Anwar Proksi Lobi Asing Nalla Tegaskan Anwar Biseksual : Sidang Media

Rabu, 23 Januari 2013

Kalimah ALLAH: PR kekal dengan keputusan 8 Jan - Anwar



Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan, perikatan pembangkang itu tetap dengan pendirian yang diputuskan oleh Majlis Pimpinan Presiden 8 Januari lalu bersabit isu penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu.

Meskipun begitu kata Anwar, pihaknya tidak menolak untuk mengadakan sebarang perbincangan susulan berikutan keputusan Majlis Syura Pas.

"Boleh, kenapa tak boleh bincang. Tapi setakat ini tidak timbul. Setakat ini, ini pendirian Pakatan Rakyat berdasarkan kenyataan yang dibentangkan oleh Hadi Awang dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang lalu (8 Januari)," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.

Awal minggu lalu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa semua pihak termasuk pimpinan PR menerima keputusan Majlis Syura bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

Nik Aziz berkata, perkara itu tidak perlu ditimbulkan semula setelah Majlis Syura menetapkan larangan penggunaan kalimah yang eksklusif bagi orang Islam itu diterjemahkan mana-mana kitab agama bukan Islam kerana salah dari segi maknanya.

Majlis Syura membuat keputusannya pada mesyuarat 13 Januari.

Menurut Anwar, pihaknya bagaimanapun tetap dengan kenyataan yang dibentangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini di mana kalimah ALLAH boleh digunakan selagi ia tidak disalahgunakan.

"Soal isu ALLAH ini saya baca dengan teliti keputusan Majlis Syura Pas. Kita juga baca dan bincang kenyataan yang dibentang oleh Hadi Awang di awal dalam Majlis Pakatan Rakyat.

"Kita dalam Pakatan Rakyat apabila membaca kenyataan Hadi Awang, pertama dengan tidak melarang penggunaan tetapi menegur penyalahgunaannya, menyatakan keprihatinan, kalau ia boleh mengelirukan. Kita tidak ada masalah dalam hal demikian," ujarnya.

Meskipun begitu, Anwar tidak menolak hujah berkenaan kebimbangan umat Islam jika kalimah berkenaan disalahgunakan oleh pihak yang mahu menyebar dakyah songsang untuk mengelirukan masyarakat Islam.

"Saya juga dapat merasakan sebahagian daripada kebimbangan itu sahih, maknanya ada benar.

"Dalam kes-kes seperti itu kita harus tegas. Kalau ada antaranya pengedaran Bible ini kepada budak-budak sekolah, harus ada tindakan. Yang saya tidak setuju, ia digunakan untuk politik seperti mengatakan liberal, plural dalam soal ALLAH ini," katanya lagi.

Isnin, 21 Januari 2013

#BMP231 Majlis Peguam Jangan Main Api...!!!


Antara Tuntutan Majlis Peguam...

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

    2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

    3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

    4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

    5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

    6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

    7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

    8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

    9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

    10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

    11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

    12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

    13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

    14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.


Inilah perjuangan Majlis Peguam yang sedang mendapat sokongan daripada orang Islam PAS dan PKR di dalam Negara kita hari ini.

Jika tidak di bendung..kita takut nanti di Malaysia ini tercetusnya pertumpahan darah atas nama agama... Peristiwa Natrah telah membuktikannya...

Khamis, 10 Januari 2013

Bersatulah Bangsaku.....!!!




Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang


Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman


Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri


Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha

Kita kan gagah di nusantara

Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia


Anak Kecil Main Api