Jumaat, 6 April 2012

MACAM MANA ANWAR MENIPU RAKYAT, MACAM ITULAH JUGA SIKAP PENGIKUTNYA




MACAM MANA ANWAR MENIPU RAKYAT, MACAM ITULAH JUGA SIKAP PENGIKUTNYA.

Sebagai pe
rbandingan mudah ambo ambil contoh negara jiran kita, Indonesia. Harga seliter petrol Pertamax Plus (RON 95) di Jakarta sekarang ialah Rp. 10300 (http://www.pertamina.com/index.php/harga_bbm) bersamaan RM 3.45 berbanding harga petrol RON 95 di Malaysia iaitu RM 1.90 seliter. Beza hampir dua kali ganda tu!

Di Indonesia, RON 97 tidak dijual secara komersial di stesen-stesen minyak mereka jadi tiada harga perbandingan untuk dibuat dengan harga di Malaysia. RON 95 yang ditohmah sebagai petrol berkualiti rendah yang disubsidikan untuk menganiaya rakyat Malaysia oleh puak pembangkang sebenarnya adalah petrol yang berkualiti tinggi di sana.


Malah untuk membandingkan harga seliter petrol RON 92 (Pertamax) di Jakarta adalah masih jauh lebih mahal berbanding petrol RON 97 di Malaysia. Seliter RON 92 di Jakarta berharga Rp 10200 bersamaan RM 3.41.


Sementara petrol bersubsidi RON 88 (Premium) berharga Rp 4500 bersamaan RM 1.50 di Jakarta.


Tahu tak anda, Indonesia adalah negara pengeluar minyak ke-21 di dunia berbanding Malaysia berada di tangga ke-27?


Ingatlah firman Allah Taala:

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?" [Surah ar Rahman: 13]


RUJUKAN :


http://www.gtz.de/de/dokumente/gtz2009-en-ifp-full-version.pdf

http://www.pertamina.com/index.php/harga_bbm

http://ciricara.com/2012/04/03/inilah-perbedaan-bbm-premium-pertamax-dan-pertamax/#more-6900

http://www.mytravelcost.com/petrol-prices/

http://en.wikipedia.org/wiki/Gasoline_and_diesel_usage_and_pricing

http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_countries_by_oil_production

http://blogbatablok.blogspot.com/2012/04/harga-petrol-malaysia-murah-lebih-murah.html

Sumber : Pena Minang 

BERSHIT 3.0 PULAK...???KENAPA PAS SUKA SANGAT KAT AMBABIGA PENGERUSI BERSHIT ???


BERSHIT 3.0 PULAK...???KENAPA PAS SUKA SANGAT KAT AMBABIGA PENGERUSI BERSHIT ???ADAKAH KERANA TUNTUTAN IFC INI YANG AMAT DIPERLUKAN OLEH PAS ???

DAN SEKIRANYA KAMU BENAR2 BANGGA MENJADI ANAK MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM DIATAS BUMI MALAYSIA INI.. ADAKAH KAMU SETUJU PERKARA2 BERIKUT DIMAKTUBKAN DLM NEGARA TERCINTA KAMU INI..??!! WAJIB KAMU BACA DEMI KETURUNAN KAMU YG AKAN DATANG..!!!!!!

i. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa orang Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

ii. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

iii. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

iv. Tidak perlu dicatatkan didalm kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

v. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menagnut agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan ornag Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

vi. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk agama Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

vii. Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

viii. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

ix. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

x. Bible dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

xi. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agam itu hendaklah diajar disemua sekolah.

xii. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahas ibunda masing-masing.

xiii. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

xiv. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Khamis, 5 April 2012

Fakta Berkenaan Pembinaan Kilang Vale di Teluk Rubiah,..



1. Tanah Teluk Rubiah yang seluas 350 hektar merupakan tanah milik perseorangan sejak tahun 1986 atas nama Tan Sri Tajuddin Ramli

2. Pada mulanya tanah itu dicadangkan untuk pembinaan ITM (kemudian UITM) namun dipindahkan ke Seri Iskandar dengan persetujuan baginda Sultan Perak dan Kerajaan Negeri atas alasan centralization universiti-universiti di sana dan kemudiannya wujudnya Teluk Rubiah Golf & Country Resort

3. Disebabkan kemerosotan pengunjung ke resort berkenaan dan hutang yang melambung tinggi akhirnya resort itu terpaksa ditutup dan dalam masa yang sama pihak Vale International dari Brazil berminat untuk menjana pelaburannya di situ yang mencecah RM14.9 billion

4. Perbincangan mengenai pelaburan Vale di Teluk Rubiah telah lama berlangsung dan pada ketika Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan pada tahun 2008 perbincangan formal masih berjalan dan Menteri Besar ketika itu Dato Seri Ir Nizar Jamaluddin TIDAK PERNAH MEMBANTAH hasrat Vale untuk membina kilang berkenaan

5. Sepanjang 11 bulan memerintah Perak Nizar TIDAK SEKALIPUN PERNAH menyuarakan cadangan beliau untuk dipindahkan kilang berkenaan di Tanjung Hantu seperti yang didakwa. Bantahan hanya dibuat setelah BN mengambil alih pemerintahan negeri pada tahun 2009 (rujuk juga rekod tarikh isu oleh bloggers pembangkang)

6. Berbalik kepada Vale yang sedang dibina di Teluk Rubiah, kilang itu HANYA DIJADIKAN TRANSIT untuk repackage bijih-bijih besi dari Brazil untuk dipasarkan ke Asia Pasifik

7. Air di sekitar kilang berkenaan akan ditapis sebanyak tiga kali sebelum dilepaskan ke laut dan akan dihantar ke Jabatan Alam Sekitar di Kuala Lumpur SETIAP MINGGU untuk pemantauan dan akan dibuat kajian tahap keselamatannya kepada hidupan-hidupan akuatik

8. Sebanyak lebih 40 spesis pokok akan ditanam di sekitar kilang berkenaan bagi mengelakkan hakisan dan pencemaran oleh karbon monoksida khususnya

9. Pihak pembangkang tidak pernah mahu berhujah secara konkrit untuk menafikan keselamatan projek itu yang telah melalui proses kelulusan yang amat ketat Jabatan Alam Sekitar bagi laporan Impak Alam Sekitar (EIA)

10. Tidak timbul isu mempertahankan kawasan pelancongan di situ kerana ianya telahpun diluluskan oleh pihak berkuasa

11. Vale bakal menyediakan sebanyak 5000 peluang pekerjaan kepada penduduk-penduduk Manjung setelah siap sepenuhnya pada tahun 2014 dan kebajikan nelayan-nelayan di sekitar kawasan berkenaan akan menjadi tanggungjawab Vale termasuklah sumbangan-sumbangan khas dan penajaan tertentu

Mansuh PTPTN hanya retorik PR....



Anwar Ibrahim berjanji akan memansuhkan PTPTN dan akan memberikan pendidikan percuma kepada masyarakat Malaysia sekiranya Pakatan Pembangkang menang dan menjadi pemerintah pada PRU13 nanti.
Terbaru, pada 31 Mac 2012 lalu beliau membuat kenyataan bahawa di negara Turki tiada sebarang hasil minyak tapi masih mampu memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya. Jadi beliau mengajak mahasiswa dan anak muda menyokong untuk memansuhkan PTPTN dan memberi pendidikan percuma kepada rakyat Malaysia atau dengan kata mudah supaya Malaysia meniru tindakan Turki.
Jika benarlah ada pendidikan percuma di berikan kepada rakyat Turki, kenapakah ramai mahasiswa ini ditahan dan dipenjarakan begitu lama? Adakah Anwar Ibrahim juga ingin meniru cara Turki yang akan memenjarakan mahasiswa dengan begitu kejam dan lama sekiranya tidak menuruti apa kata pihak kerajaan pimpinan beliau nanti?

Rabu, 4 April 2012

RANG UNDANG-UNDANG KANUN JENAYAH SYARIAH (II) 1993 KERAJAAN NEGERI KELANTAN


SUSUN FASAL-FASAL


PERMULAAN


Fasal

1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa
2. Tafsiran
3. Jenis-jenis kesalahan

BAHAGIAN 1

Kesalahan-Kesalahan Hudud
4. Jenis-jenis kesalahan hudud
5. Sariqah
6. Hukuman kerana melakukan sariqah
7. Bilakah hukuman hudud tidak boleh dikenakalan
8. Hirabah
9. Hukuman hirabah
10. Zina
11. Hukuman zina
12. Qazaf
13. Hukuman qazaf
14. Al-li'an
15. Akibat al-li'an

Fasal

16. Liwat
17. Hukuman liwat
18. Membuktikan liwat
19. Musahaqah
20. Ittiyan almaitah
21. Ittiyan albahimah
22. Syurb
23. Irtidad atau riddah

BAHAGIAN II

Qisos
24. Qisos dan diyat
25. Jenis kesalahan menyebabkan kematian
26. Qatl-al'amd
27. Hukuman qatl-al'amd
28. Pengampunan
29. Ganti kepada hukuman qisos
30. Qatl-syibhi-al-'amd
31. Hukuman qatl-syibhi-al-'amd
32. Qatl-al-khata'
33. Hukuman qatl-al-khata'
34. Menyebakan kecederaan badan
35. Hukuman kerana menyebabkan kecederaan badan
36. Jenis-jenis kecederaan badan

Fasal

35. Hukuman kerana menyebabkan kecederaan badan
36. Jenis-jenis kecederaan badan
37. Bilakan hukuman qisos tidak boleh dikenakan
38. Akibat apabila hukuman qisos tidak dikenakan.

BAHAGIAN III

Keterangan
39. Bagaimana membuktikan kesalahan
40. Bilangan saksi-saksi
41. Syarat-syarat menjadi saksi
42. Keadaan keterangan
43. Menarik balik keterangan
44. Iqrar
45. Menarik balik iqrar
46. Keterangan qar'inah
47. Ta'zir sebagai ganti hukuman hudud apabila keterangan tidak mencukupi untuk membuktikan kesalahan hudud.

BAHAGIAN IV

Bagaimana Hukuman Dilaksanakan
48. Hukuman hudud tidak boleh diubah
49. Pengesahan hukuman sebelum perlaksanan
50. Pemeriksaan pegawai perubatan sebelum dilaksanakan hukuman.
Fasal
51. Bagaimana hendak melaksanakan beberapa hukuman.
52. Cara memotong tangan dan kaki
53. Cara melaksanakan hukuman sebat
54. Hukuman rejam ditangguhkan bagi perempuan yang hamil dan yang menyusukan anak.
55. Hukuman sebat ke atas perempuan yang hamil.

BAHAGIAN V

Peruntukan Umum
56. Pemakaian enakmen ini.
57. Persaubahatan dan komplot
58. Niat bersama
59. Sariqah berkumpulan
60. Mencuba melakukan kesalahan
61. Prosiding di bawah kanun keseksaan tidak boleh diambil.
62. Pemakaian hukum Syarak dalam tafsiran.

BAHAGIAN VI

Mahkamah
63. Mahkamah Bicara Syariah Khas dan Mahkamah Rayuan Syariah Khas
64. Mahkamah Bicara Syariah Khas dan Mahkamah Rayuan Syariah Khas adalah tambahan kepada Mahkamah Syariah
65. Pemakaian Enakmen Acara Jenayah Syariah 1983
Fasal
66. Mahkamah Bicara Syariah Khas
67. Mahkamah Rayuan Syariah Khas
68. Kelayakan menjadi hakim
69. Perlantikan hakim-hakim
70. Kebebasan kehakiman
71. Pemegang jawatan
72. Gaji, elaun dan keistimewaan-keistimewaan lain hakim-hakim

JADUAL I

JADUAL II
JADUAL III
JADUAL IV
JADUAL V

RANG UNDANG-UNDANG

bersama

Suatu Enakmen untuk melaksanakan Undang-Undang Jenayah Syariah.


ADALAH DENGAN INI DIPERBUAT UNDANG-UNDANG OLEH Badan Perundangan negeri Kelantan seperti berikut:


PERMULAAN

1. Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang
ditetapkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan melalui pemberitahuan dalam Warta.

2. Dalam Enakmen ini melainkan konteksnya menghendaki makna yang lain;


"anak" termasuklah cucu dan keturunan di bawahnya stau selepasnya;


"diyat" maknanya suatu jumlah wang atau harta yang dikenakan bayarannya sebagai pampasan kerana kematian atau kehilangan akal atau

kecederaan anggota yang sempurna atau kecederaan anggota yang berpasangan atau kehilangan fungsi anggota-anggota tersebut yang telah
dilakukan ke atas seorang mangsa jenayah. Jumlah satu diyat ialah bersamaan dengan harga emas semasa seberat 4,450 gram atau suatu
jumlah yang akan ditetapkan oleh Ke bawad Duli Yang Maha Mulai Al-Sultan dari semasa ke semasa mengikut hukum Syarak;

"hakim" maknanya hakim yang dilantik di bawah Bahagian VI;


"irsy" maknanya suatu jumlah wang atau harta atau sebahagian daripada diyat yang dikenakan bayarannya sebagai pampasan kerana

kecederaan (jurh) yang dilakukan ke atas seorang mangsa jenayah sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual II, III dan IV;

"Jumaah Ulama" maknanya Jumaah Ulama yang ditubuhkan di bawah seksyen 12 Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu

Kelantan 1966;

"Mahkamah" maknanya Mahkamah Bicara Syariah Khas dan Mahkamah Rayuan Syariah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian VI;


"Penjara" termasuklah perintah menghadkan seseorang pesalah tinggal dalam satu kawasan atau daerah dalam negeri;


"mohsan" dan "ghairu mohsan" maknanya adalah sama seperti yang ditakrifkan dalam seksyen 10(2);


"mukallaf" maknanya seseorang yang sudah mencapai umur 18 tahun dan sempurna akalnya;


"nisab" maknanya suatu jumlah wang yang bersamaan dengan harga emasa semasa seberat 4.45 gram atau suatu jumlah wang yang akan

ditetapkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan dari semasa ke semasa mengikut hukum Syarak;

"qisos" maknanya hukuman balas balik dan persamaan yang digunakan untuk mengkukum kesalahan melakukan kematian dan cedera

jasmani ke atas seseorang;

"Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri" maknanya Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri yang ditubuhkan di bawah Perkara LXI Undang-undang

Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Pertama);

"wali" maknanya waris mangsa jenayah yang berhak memaafkan pesalah yang melakukan kesalahan ke atas mangsa jenayah itu;


(2) Bagi mengelakkan keraguan tentang

indentiti perkataan atau perbahasaan yang digunakan dalam Enakmen ini yang disenaraikan dalam Jadual I, rujukan bolehlah dibuat kepada
skrip Bahasa Arab perkataan-perkataan dan perbahasan itu yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu.

(3) Semua perkataan, perbahasan, tafsiran dan

rangkaikata yang digunakan dalam Enakmen ini tetapi tidak ditakrifkan didalamnya, hendaklah disifatkan mempunyai makna yang diberi
terhadapnya dalam Akta Tafsiran 1948 dan 1967 jika tidak bertentangan dengan hukum Syarak.

3. Semua kesalahan di bawah Enakmen ini adalah dibahagikan kepada tuga jenis iaitu:

(a) Kesalahan-kesalahan yang mana hukumannya telah ditetapkan oleh Al-Quran Al-Karim dan Sunnah. Kesalahan-kesalahan itu dipanggil
dengan nama kesalahan-kesalahan hudud dan hukumannya dinamakan hukuman hudud;
(b) Kesalahan-kesalahan yang tertakluk kepada qisos yang jiga ditetapkan oleh Al-Quran Al-Karim dan Sunnah; kesalahan-kesalahan itu
dinamakan kesalahan-kesalahan qisos dan hukumannya dinamakan hukuman qisos; dan
(c) Jadual tertentu adalah rujukan mengenai sesuatu Bahagian atau seksyen atau subsekyen atau Jadual tertentu dalam Enakmen ini.

(4) Melainkan jika kangungan syaratnya menghendaki makna yang lain apa-apa rujukan dalam Enakmen ini mengenai sesuatu Bahagian

atau seksyen atau subseksyen atau
Kesalahan-kesalahan yang lain daripada kesalahan-kesalahan hudud dan kesalahan-kesalahan qisos, tetapi hukumannya diserahkan kepada
budi bicara badan perundangan atau mengikut Enakmen ini hukumannya diserahkan kepada budi bicara Mahkamah. Kesalahan-kesalahan
itu dinamakan kesalahan-kesalahan ta'zir dan hukumannya dinamakan hukuman ta'zir:
Dengan syarat bahawa apabila sesuatu kesalahan hudud atau qisos tidak boleh dihukum dengan hukuman hudud atau hukuman qisos kerana
tidak dapat memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki bagi hukuman-hukuman itu, maka kesalahan itu adalah menjadi suatu kesalahan ta'zir
dan hendaklah ia dihukumkan demikian.


BAHAGIAN I

Kesalahan-Kesalahan Hudud
4. Kesalahan-kesalahan hudud adalah seperti berikut:
a) sariqah (memcuri);
b) hirabah (merompak);
c) Zina (melakukan persetubuhan haram);
d) qazaf (membuat tuduhan bahawa seseorang itu melakukan zina yang mana tuduhan itu tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi);
e) syurd (meminum arak atau minuman yang memabukkan); dan
f) irtidad atau riddah (keluar daripada agama Islam).

5. Sariqah adalah perbuatan memindah dengan cara bersembunyi harta alih daripada jagaan atau milikan tuannya tanpa persetujuan tuannya

yang mana perbuatan itu dilakukan dengan niat hendak menghilangkan harta itu daripada jagaan atau milikan tuannya.

6. Sesiapa melakukan sariqah, melainkan dalam keadaan yang dinyatakan dalam seksyen 7, hendaklah dihukum dengan hukuman hudud

seperti berikut:
a) bagi kesalahan pertama dengan dipotongkan tangan kanannya;
b) bagi kesalahan yang kedua dengan dipotongkan kaki kirinya; dan
c) bagi kesaalaahan-kesalahan yang ketiga dan berikutnya dengan dipenjarakan selama tempoh yang difikirkan patut oleh Mahkamah untuk
menjadikan pesalah itu sedar dan sesaal.

7. Hukuman dudud kerana kesalahan sariqah tidak boleh dikenakan dalam keadaan yang berikut:

a) apabila nilai harta yang dicuri itu kurang apabila kesalahan itu tidak dapat dibuktikan dengan keretangan yang dikehendaki di bawah
peruntukan-peruntukan Bahagian III;
b) apabila pesalah itu bukaan mukallaf;
c) apabila tuan punya harta yang dicuri itu tidak mengambil langkah yang cukup untuk menjaga harta itu daripada kena curi, memandangkan
kepada keadaan harta itu dan tempat ia disimpan atau ditinggalkan;
d) apabila pesalah itu belum lagi mendapat milik yang sepenuhnyaa terhadap harta yang dicuri itu, walaupun tuan punya tidak lagi mempunyai
jagaan dan milikan ke atas harta tersebut;
e) apabila harta yang dicuri adalah daripada jenis harta yang tidak bernilai dan boleh didapati dengan banyaknya di merata-rata tempat
ataupun daripada jenis harta yang mudah musnaah;
f) apabila harta yang dicuri tidak mempunyai apa-apa nilai mengikut hukum Syarak seperti minumaan yang memabukkan atau alat-alat
huburan;
g) apabila kesalahan mencuri itu dilakukan oleh pemberi hutang ke atas harta orang yang berhutang dengan yang enggan membayar hutang
itu;
Dengan syarat bahawa nilai harta yang dicuti itu tidak melebihi jumlah hutang atau nilai harta yang dicuri itu melebihi jumlah hutang tetapi
tidak melebihi nisab.
h) apabila kesalahan itu dilakukan dalam keadaan yang amat mendesak, seperti peraang, kelaparan, penyakit dan bencana alam;
i) apabila kesalahan itu berlaku dalam keluarga seperti isteri mencuri daripada suaminya dan sebaliknyaa atau anak mencuri daripada
bapanya dan sebaliknya;
j) apabila kesalahan itu dilakukan oleh sekumpulan orang yang mana bahagian yang diperolehi oleh tiap-tiap seorang daripada pesalah itu
setelah dibahagikan harta yang dicuri datau hasilnya sesama mereka adalah kurang daripada nisab;
k) apabila pesalah itu mengembalikan harta yang dicuri itu sebelum hukuman hudud dilaksanakan;
l) apabila tuan punya harta yang dicuri itu tidak mengaku bahawa hartanya telah dicuri, walaupun pesalah itu telah membuat iqrar mencurinya;

m) apabila pesalah itu membuat bantahan yang boleh diterima olah hukum syarak terhadap saksi-sakri; dan

n) apabila harta yang dicuri itu atau keadaan dalam mana kesalahan itu dilakukan mengikut hukum Syarak tidak ada hukuman hudud yang
boleh dikenakan ke atasnya.

8. Hirabah adalah perbuatan merampas harta orang lain dengan kekerasan atau dengan ugutan hendak menggunakan kekerasan yang

dilakukan oleh seseorang atau sekumpulan orang-orang yang bersenjatakan apa-apa senjata atau alat yaang boleh digunakan sebagai
senjata.

9. Sesiapa melakukan hirabah hendaklah dihukum dengan hukuman hudud seperti berikut:

a) dihukum bunuh dan selepas itu disalibkan, jika mangsa kesalahan itu dibunuh dan hartanya atau harta orang lain diambil;
b) dihukum bunuh sahaja, jika mangsa kesalahan itu dibunuh dengan tidak ada apa-apa harta yang telah diambil;
c) dihukum potong tangan kanan dan kaki kirinya, jika hartaa sahaja yang diambil dengan tidak menyebabkan kematian mangsa atau
mencederakannya; tetapi sekiranya harta-harta diambil dan kecederan dilakukan ke atas mangsanya, maka diyat atau irsy hendaklah dibayar
sebagai tambahan kepada hukuman potong tangan dan kaki yang mana jumlah diyat atau irsy itu hendaklah tertakluk kepada apa yang
munasabah memandangkan kepada jenis dan keadaan kecederaan yang dilakukan itu sebagaimana yang ditentukan dalam Jadual II, III dan
Iv; dan
d) dipenjarakan selama tempoh yang difikirkan patut oleh Mahkamah yang akan membawa pesalah itu kepada kesedaran dan kesalan,
sekiranya ugutan sahaja digunakan dengan tidak mengambil apa-apa harta atau tidak menyebaabkan apa-apa kecederaan.

10. (1) Zina ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang bukan pasangan

suami isteri dan persetubuhan itu tidak termasuk dalam takrif "wati syubhah" sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen (3).
(2) Jika pesalah itu sudah berkahwin dengan sah dan telah menikmati persetubuhan dalam perkahwinan itu, maka pesalah itu dinamakan
"mohsan" tetapi apabila pesalah itu belum berkahwin atau sudah berkahwin belum merasaai nikmat persetubuhan dalam perkahwinan itu
maka pesalah itu dinamakan "ghairu mohsan".
(3) Wati syubhah ialah pesetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan bukan isterinya dan persetubuhan itu
dilakukan.
a) dalam keadaan yang meragukan dalam mana dia menyangka bahawa perempuan yang disetubuhinya itu ialah isterinya, sedangkan
perempuan itu bukan isterinya; atau
b) dalam keadaan yang meragukan dalam mana dia menyangka bahawa perkahwinannya dengan perempuan yang disetubuhi olehnya itu
adalah sah mengikut hukum Syarak, sedangkan pada hakikatnya perkahwinnya itu adalah tidak sah.

11. (1) Jika pesalah yang melakukan zina itu mohsan, maka pesalah itu hendklah dihukum dengan hukuman rejam, iaitu dilontar dengan batu

yang sederhana besarnya sehingga mati.
(2) Jika pesalah yang melakukan zina itu ghairu mohsan, maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman sebat sebanyak seratus
sebanyak seratus kali sebatan dan sebagai tambahan hendaklah dipenjara selama satu tahun.

12. (1) Qazaf ialah sesuatu kesaalahan membuat tuduhan zina yang tidak dibuktikan oleh empat orang saksi, terhadap seseorang Islam

yang akil baligh dan dikenali sebagai seorang yang bersih diri daripada kelakuan zina.
(2) Qazaf juga boleh dilakukan dengan membuat suatu penyataan dengan cara yang nyata seperti menyatakan bahawa seseorang itu telah
melakukan zina atau dengan cara tersirat seperti menyatakan bahawa seseorang itu bukannya bapa ataupun bukannya anak kepada
seseorang yang tertentu.
(3) Penyataan di bawah subseksyen (2) adalah dianggapkan sebagai qazaf melainkan ia dibuktikan dengan empat orang saksi lelaki, dan
jika penyataan itu tidak boleh dibuktikan sedemikian maka orang yang membuat tuduhan itu adalah melakukan kesalahan qazaf; tetapi
sekiranya penyataan itu dibuktikan, maka orang yang terhadapnya kenyataan itu dibuat adalah melakukan kesalahan zina.
(4) Suatu penyataan di bawah subseksyen (2) adalah dianggap tidak terbukti, sekiranya seseorang atau beberapa orang saksi yang
berempat yang dipanggil untuk memberi keterangan menyokong penyataan itu dengan memberi keterangan atau jika keterangan itu diberi,
keterangan itu bercanggah dengan penyataan itu; dan dalam hal yang seperti itu maka tiap-tiap orang saksi yang memberi keterangan yang
menyokong penyataan itu hendaklah dianggapkan telah melakukan kesalahan qazaf.

13. Sesiapa yang melakukan keslahan qazaf hendaklah dihukum dengan hukuman sebat sebanyak lapan puluh kali sebatan dan

keterangannya sebagai saksi tidak boleh diterima lagi sehingga dia bertaubat atas perbuatannya itu.

14. (1) Al-li'an ialah sesuatu tuduhan zina secara bersumpah yang dibuat oleh seorang suami terhadap isterinya manakala isterinya pula

dengan secara bersumpah menolak tuduhanan itu, yang mana tuduhan itu dan penolakkannya adalah dibuat dihadapan seorang hakim
dengan menyebutkan kata-kata yang menurut hukum Syarak cukup untuk membuktikan al-li'an; dan kata-kata itu hendaklah seperti yang
terkandung dalam subseksyen (2).
(2) Suami yang membuat tuduhan itu hendaklah melafazkan empat kali berturut-turut lafaz berikut:
"Aku bersaksi dengan Allah bahawa aku bercakap benar bahawa aku menuduh isteriku….. berzina."
(3) Apabila genap empat kali dia mengulang-ulangkan lafaz yang terkandung dalam subseksyen (2), maka dia hendaklah menyebut lafaz
yang kelima dengan berkata:
"La'nat Allah akan jatuh ke atasku sekiranya aku bercakap bohong".
(4) Bagi menolak tuduhan itu, maka isterinya hendaklah pula melafazkan empat kali berturut-turut lafaz yang berikut:
"Aku bersaksi dengan Allah bahawa suami …… adalah bohong membuat tuduhan zina ke atasku".
(5) Apabila genap empat kali dia mengulang-ulang lafaz yang dinyatakan dalam subseksyen (4), maka dia hendaklah menyebut lafaz yang
kelima dengan berkata:
"Kemurkaan Allah akan jatuh ke atasku sekiranya suamiku bercakap benar".
(6) Jika isteri itu telah melahirkan anak atau sedang hamil yang dianggap sebagai hasil daripada zina yang dituduh oleh suaminya, maka suami
itu hendaklah menafikan menjadi bapa kepada anak yang sudah dilahirkan itu atau yang masih dikandung itu dengan menambah kepada lafaz
di bawah subseksyen (2) yang mesti diulang empat kali sebutannya, lafaz yang berikut:
"Bahawa anak ini/apa yang dikandung oleh isteri aku bukanlah daripada aku".

15. Apabila suatu pasangan suami isteri malakukan al-li'an untuk menyelesaikan tuduhan zina di antara mereka berdua, maka suaminya

tidaklah bersalah melakukan qazaf dan isterinya tidaklah pula bersalah melakukan zina; dan kedua-duanya terlepas daripada hukuman bagi
kesalahan tersebut; tetapi perkahwinan mereka dengan secara sendirinya dan dengan serta merta menjadi bubar, dan hakim hendaklah
menceraikan mereka, dan pasangan itu selama-lamanya tidak lagi boleh berkahwin semula dan jika selepas itu mereka melakukan
persetubuhan, maka perbuatan itu adalah haram dan persetubuhan itu adalah zina.

16. Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang

lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilaakukan di luar tabii iaaitu melalui dubur.

17. Sesiapa melakukan kesalahan liwat hendaklah dihukum dengan hukuman yang sama seperti yang ditetapkan bagi zina.


18. Kesalahan liwat hendaklah dibuktikan dengan cara yang sama dengan cara yang diokehendaki untuk membuktikan zina.


19. (1) musahaqah adalah suatu kesalahan ta'zir yang merupakan suatu perbuatan memuaskan nafsu seks di antara perempuan dengan

perempuan dengan menggeselkan faraj dengan faraj mereka bedua dan hukumannya adalah terletak kepaada budi bicara Mahkamah.
(2) Kesalahan itu bolehlah dibuktikaan dengan cara yang sama dengan cara yang dikehendaki untuk membuktikan kesalahan ta'zir.

20. Ittiyan almmaitah ialah suatu kesalahan kerana melakukan persetubuhan dengan mayat, sama ada mayat itu mayat lelaki atau mayat

perempuan, daan jikaa mayat itu mayat perempuaan sama ada mayat itu mayat isteri pesalah itu atau mayat perempuan yang lain; dan
sesiapa yang melakukan kesalahan ini bolehlah dihukum dengaan hukuman ta'zir dengan dipenjarakan selaama tempoh yang tidak melebihi
lima tahun.

21. Ittiyan albahimah ialah suatu kesalahan kerana melakukan persetubuhan dengan binatang; dan sesiapa yang melakukan kesalahan ini,

bolehlah dihukum dengan hukuman ta'zir dengan dipenjarakan tidak melebihi daripada lima tahun.

22. (1) Syurb adalah kesalahan meminum arak atau sebarang minuman yang memabukkan; dan sesiapa yang melakukan kesalahan ini, sama

ada dia mabuk atau tidak, dan tanpa mengira kuantiti yang diminumnya hendaklah dikenakan hukuman sebat yang tidak lebih daripada lapan
puluh kali sebatan dan tidak kurang daripada empat puluh kali sebatan.
(2) Kesalahan itu bolehlah dibuktikan dengan
keterangan lisan yang diberi oleh dua orang saksi atau dengan iqrar yang dibuat oleh tertuduh itu sendiri sebagaimana yang diperuntukan
dalam Bahagian III.

23. (1) Irtidad ialah apa-apa perbuatan yang dilakukuan atau perkataan yang disebutkan oleh seorang Islam yang mukallaf yang mana

perbuatan atau perkataan itu mengikut hukum Syarak adalah menjejaskan atau berlawanan dengan 'aqidah ugama Islam:
Dengan syarat bahawa perbuatan itu dilakukan atau perkataan itu sisebutkan dengan niat, dengan sukarela dan dengan pengetahuan, dan
tanpa apa-apa paksaan oleh sesiapa atau oleh keadaan.
(2) Perbuatan-perbuatan atau perkataan-
perkataan yang menjejaskan 'aqidah itu ialah perbuatan-perbuatan atau perkataan-perkataan asas yang dianggapkan mesti diketahui dan
dipercayai oleh tiap-tiap orang Islam sebagai pengetahuan umumnya kerana dia orang Islam seperti perkara-perkara mengenai Rukun Islam,
Rukun Iman dan perkara-perkara halal dan haram.
(3) Sesiapa yang disabitkan melakukan
kesalahan irtidad, hendaklah sebelum dijatuhkan hukuman ke atasnya dikehendaki oleh Mahkamah supaya bertaubat dalam tempoh yang
tidak kurang daripada tiga hari setelah dia didapati salah.
(4) Sekiranya dia enggan bertaubat dan
masih lagi berterusan dengan pendiriannya terhadap perbuatan yang dilakukan atau perkataan yang disebutkan itu, maka mahmakah
hendaklah menistiharkan hukuman bubuh ke atasnya dan memerintahkan supaya hartanya sama ada diperolehi sebelum atau selepas dia
melakukan kesalahan itu dirampas untuk dipegang bagi keperluan Baitul-ma:
Dengan syarat bahawa sekiranya dia bertaubat sama asa sebelum dijatuhkan hukuman bunuh ke atasnya atau selepas sijatuhkan hukuman
itu ke atasnya tetapi belum dijalankan lagi hukuman itu, maka hendaklah dia terlepas daripada hukuman bunuh, dan hartanya yang dihukum
rampas itu hendaklah dipulangkan kepadanya:
Dengan syarat selanjutnya bahawa dia hendaklah dipenjarakan selama tempoh yang tidak melebihi lima tahun.


BAHAGIAN 11

Qisos

24. Qisos dan diyat kedua-duanya hendaklah dikenakan ke atas kesalahan-kesalahan menyebabkan kematian manusia dan menyebabkan

kecederaan badan.

25. Mematikan manusia adalah terbahagi kepada tiga jenis:

a) qatl-al-'amd (menyebabkan kematian dengan sengaja hendak membunuh);
b) qatl-syibhi-al-'amd (menyebabkan kematian menyerupai qatl-al-'amd);
dan
c) qatl-al-khata' (menyebabkan kematian dengan tidak sengaja).

26. (1) Sesiapa menyebabkan kematian seseorang dengan melakukan suatu perbuatan dengan niat untuk menyebabkan kematian atau

kecederaan badan yang pada kebiasaanya memadai atau mingkin akan menyebabkan kematian; atau dengan melakukan suatu perbuatan
dengan pengetahuan bahawa perbuatannya itu adalah sebegitu sekali berbahaya hingga mungkin sekali menyebabkan kematian, adalah
melakukan qatl-ai-'amd.
(2) Sesiapa melakukan suatu perbuatan
dengan niat atau dengan pengetahuan bahawa perbuatannya mungkin akan menyebabkan kematian, telah menyebabkan kematian
mana-mana orang yang kematiannya dia tidak berniat untuk menyebabkan atau tidak tahu mungkin akan menyebabkan, adalah juga
melakukan qatl-al-'amd.

27. (1) Kecuali seperti yang diperuntukkaan di bawah subseksyen (2), sesiapa melakukan qat-al-'amd hendaklah dihukum bunuh sebagai

hukuman qisos.
(2) Hukuman bunuh di bawah subseksyen
tidak akan dikenakan apabila:
a) Kesalahan itu tidak dibuktikan dengan keterangan yang dikehendaki di bawah Bahagian III; atau
b) Walaupun ada bukti itu, tetapi wali telah meremit hukuman qisos itu.

28. Seseorang wali itu boleh pada bila-bila masa sebelum hukuman bunuh sebagai hukuman qisos dijalankan, mengampunkan pesalah itu

sama ada dengan membayar diyat atau tidak; dan sekiranya pengampunan itu diberi dengan bayaran diyat, maka diyat itu hendaklah dibayar
dengan sekali gus sahaja atau dengan beransur-ansur dalam tempoh tiga thuan mulai daripada tarikh keputusan yang terakhir dan sekiranya
dalam tempoh itu pesalah itu mati, maka diyat itu hendaklah dibayar daripada pesaka pesalah itu.

29. Apabila hukuman bunuh sebagai hukuman qisoos tidak boleh ikenakan, maka pesalah itu bolehlah dikenakan hukuman ta'zir dengan

dipenjarakan seumur hidup atau tertakluk kepada hal keadaan kes, seberapa lama yang difikirkan oleh Mahkamah akan membawa pesalah
itu kepada kesedaran dan penyesalan.

30. Sesiapa dengan niat hendak melakukan kecederaan kepada tubuh badan akan akal fikiran seseorang telah menyebabkan orang itu atau

orang lain mati dengan melakukan suatu perbuatan sama ada dengan menggunakan senjata atau tidak dan perbuatan itu pada kebiasaanya
tidak mungkin menyebabkan kematian, adalah melakukan qatl-syibhi-al-'amd.

31. Sesiapa melakukan qatl-syibihi-al-'amd hendaklah membayar diyat kepada wali mangsanya dan sebagai tambahan bolehlah dikenakan

hukuman ta'zir dengan dipenjarakan bagi suatu tempoh yang tidak melebihi empat belas tahun.

32. Sesiapa tanpa nilat hendak menyebabkan kematian atau kecederaan telah menyebabkan kematian seseorang dengan melakukan sesuatu

perbuatan yang tidak disangka boleh menyebabkan orang itu, adalah melakukan qatl-al-khata'.

33. Sesiapa melakukan qatl-al-khata' hendaklah membayar diyat kepada wali mangsa kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman ta'zir

dengan dipenjarakan selama satu tempoh yang tidak melebihi sepeluh tahun.

34. Sesiapa menyebabkan kesakitan, mudarat, penyakit, kelemahan atau kecederaan kepada seseorang, atau melemahkan atau merosakkan

atau menghilangkan fungsi semua anggota tubuh badan seseorang atau sebahagian daripadanya dengan tidak menyebabkan kematian orang
itu, hendaklah dikatakan telah menyebabkan kecederaan badan.

35. (1) Sesiapa menyebabkan badan kepada seseorang maka dia hendaklah dihukum dengan hukuman qisos oaotu dengan dikenakan

kecederaan yang sama seperti kecederaan yang telah dilakukannya kepada mangsanya dan sekiranya hukuman qisos itu tidaak dapat
dikenakan atau tidak dapat dilaksanakan dengan syarat-syaarat yang dikehendaki oleh hukum Syarak tidak dipenuhi maka pesalah itu
hendaklah membayar irsy kepada mangsanya dan bolehlah dikenakan hukuman taa'zir dengan dipenjarakan.
(2) Banyaknya irsy yang mesti dibayar dan
tempoh hukuman penjara yang akan dikenakan hendaklah mengikut apa yang ditetapkan oleh hukum Syarak, dan hendaklah berbeza-beza
mengikut keadaan dan keparahan dan jenis kecederaan yang dilakukan kepada mangsanya dan juga keadaan dalam mana kesalahan itu
dilakukan.

36. Bagi tujuan menjatuhkan hukuman, kecederaan badan hendaklah dibahagikan seperti berikut:

a) itlaf-as-udhw (menyebabkan putus mana-mana anggota badan atau kecederaan sesuatu bahagian atau anggota tubuh badan).
b) itlaf-solahayyatu-al-udhw (menyebabkan kebinasaan atau kelemahan selama-lamanya fungsi atau kegunaan sesuatu anggota badan atau
merosakkan rupa anggota itu selama-lamanya);
c) Syajjah (menyebabkan kecederaan di kepala atau muka yang mana kecederaan itu tidak termasuk dalam takrif atlaf-al-udhw atau itlaf
solahiyyatu-al-udhw);
d) jurh (menyebabkan luka kepada mana-mana bahagian badan selain daripada kepada dan muka yang mana luka itu meninggalkan ssuatu
tanda atau parut sama ada sementara atau kekal); dan
e) kesemua kecederaan badan yang lain.

37. Hukuman qisos tidak boleh dikenakan dalam kes-kes yang berikut:

a) apabila pesalah yang melakukan kesalahan qisos itu mati;
b) apabila anggota yang hendak dikenakan hukuman qisos itu sudah tidak berfungsi atau tidak berupaya lagi;
c) apabila kemaafan diberi oleh mangsa pesalah itu atau oleh walinya; atau
d) apabila penyelesaian (solh) atau persetujuan di antara mangsa dan pesalah telah dibuat.

38. Apabila hukuman qisos tidak dikenakan maka

a) tempoh hukuman penjara sebagai hukuman ta'zir kerana melakukan itlaf-al-udhw dan itlaf-solahiyyatu-al-udhw adalah sepuluh tahun; dan
irsy yang akan dikenakan bayarannya kerana melakukan kecederaaan itu hendaklah sebegaimana yang ditentukan dalam Jadual II;
b) Tempoh hukuman penjara sebegai hukuman taa'zir dan irsy yaang akan dikenakan bayarannya kerana melakukan syajjah hendaklah
sebegaimana yang ditentukan dalam Jadual III; dan
c) tempoh hukuman penjara sebagai hukuman taa'zir dan irsy yaang akan dikenakan bayarannya kerana melakukan jurh hendaklah seeperti
yang ditentukan dalam Jadual IV.
BAHAGIAN III
Keterangan

39. (1) Kecuali jika ada percanggahan dengan peruntukan yang ada dalam Enakmen ini, maka Enakmen keterangan Mahkamah Syariah
1991 hendaklah dipakai untuk membuktikan kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen ini.
(2) Semua kesalahan di bawah Enakmen ini sama ada kesalahan hudud atau kesalahan qisos, atau kesalahan ta'zir, hendaklah dibuktikan
dengan keterangan lisan atau iqrar yang dibuat oleh tertuduh.

40. (1) Bilangan saksi-saksi yang dikehendaki untuk membuktikan semua kesalahan di bawah Enakmen ini melainkan zina, hendaklah
sekurang-kurangnya dua orang.
(2) Bilangan saksi-saksi yang dikehendaki
untuk membuktikan lesalahan zira hendaklah tidak kurang daripada empat orang.

41. (1) Tiap-tiap orang saksi hendaklah terdiri daripada seorang lelaki Islam yang akil baligh dan hendaklah seorang yang adil.
(2) Seseorang itu adalah dianggap adil jika ia
menunaikan apa-apa yang disuruh oleh Islam dan menjauhi daripada dosa-dosa besar serta tidak mengekalkan dosa-dosa kecil dan juga
mempunyai isti'mal al-muru'ah, (perasaan dan pendirian menghormati diri).
(3) Seseorang itu adalah dianggap adil, sehingga sebaliknya dibuktikan.

42. (1) Untuk membuktikan tuduhan terhadaap tertuduh dan menyebabkan dia boleh dihukum dengan hukuman hudud atau qisos,
keterangan yang diberi hendaklah benar-benar terang dan tidak ada apa-apa kesamaran dan keraguan.
(2) Tiap-tiap saksi hendaklah dengan terang
menyatakan bahawa dia benar-benar melihat perbuatan yang didakwakan itu dan dalam kes zina pula keempat-empat orang saksi itu
hendaklah menyatakan bahawa mereka benar-benar melihat kemasukan zakar lelaki ke dalam faraj perempuan pasangan yang bersetubuh
itu dan juga hendaklah jangan ada perselisihan dan pertelingkahan di antara saksi-saksi di dalam keterangan itu.

43. (1) Untuk menyebabkan hukuman hudud dikenakan kepada tertuduh setiap saksi itu hendaklah berdiri teguh di atas keterangan terhadap
tertuduh itu, bukan sahaja dalam masa perbicaraan dan selepasnya, tetap[I juga pada ketika hukuman itu dilaksanakan, kerana jika
keterangan itu ditarikk balik sebelum hukuman itu dilaksanakan, maka tertuduh itu tidak lagi boleh dikenakan hukuman hudud, dan jika
keterangan itu ditarikh balik ketika tertuduh sedang menjalani hukuman, maka hukuman itu hendaklah dengan serta merta diberhentikan.
(2) Dalam kes zina jika seseorang saksi itu enggan memberi keterangan, atau memberi keterangan yang berlawanan dengan tuduhan, atau
memberi keterangan menyokong tuduhan itu tetapi kemudiannya menarik balik keterangan itu, yang mana dengan sebab itu bilangan saksi
yang menyokong tuduhan itu menjadi kurang daripada empat orang, maka tuduhan zina terhadap tertuduh itu tidaklah terbukti, dan yang
demikian tertuduh itu tidaklah terbukti, dan yang demikian tertuduh itu adalah terlepas daripada dikenakan hukuman hudud; tetapi
saksi-saksi yang telah memberi keterangan menyokong tuduhan itu adalah bersalah kerana melakukan kesalahan qazaf.

44. (1) Sebaik-baik keterangan untuk menyabitkan tertuduh dan menyebabkan dia boleh dihukum dengan hukuman hudud ialah iqrarnya
sendiri.
(2) Iqrar itu hendaklah dibuat dengan
sukarela dan tanpa apa-apa paksaan di hadapan seorang pegawai kehakiman dan kemudiannya diulangi di hadapan hakim pada masa
perbicaraan dijalankan; dan jika perbicaraan itu mengenai kes zina maka iqar itu hendaklah diulangi sebanyak empat kali di hadapan hakim
pada masa perbicaraan dijalankan:
Dengan syarat bahawa iqrar itu hendaklah dibuat dan diulangi dengan tidak ada apa-apa ugutan, janji atau dorongan; dan hendaklah dengan
nyatanya membuktikan secera terperinci bahawa tertuduh itu benar-benar telah melakukan kesalahan yang dengannya dia telah dituduh, dan
dia faham bahawa dia akan dihukum kerana membuat iqrar itu.
(3) Iqrar itu hanyalah boleh diterima sebegai keterangan terhadap tertuduh yang membuat iqrar itu sahaja, dan tidak boleh digunakan
terhadap orang lain; dan untuk menjadikannya sah maka iqrar itu hendaklah bukan satu iqrar yang ditarik balik.

45. (1) Sesuatu iqrar itu boleh ditarikh balik oleh tertuduh yang membuatnya pada bila-bila masa sahaja; meskipun pada ketika dia sedang
menjalani hukuman.
(2) Jika sesuatu iqrar itu ditarik balik
sebelum dilaksanakan hukuman ke atasnya maka tertuduh itu tidaklah lagi boleh dikenakan hukuman itu, dan jika dia menarik balik iqrar itu
pada ketika dia sedang menjalani hukuman, maka hukuman itu hendaklah dengan serta merta diberhentikan.
(3) Jika pada bila-bila sebelum atau pada ketika hukuman dilaksanakan, tertuduh itu dapat melarikan dari daripada pihak yang berkuasa,
maka dia hendaklah dianggapkan sebagai telah menarik balik iqrar itu; dan yang demikian peruntukan sebseksyen (2) hendaklah terpakai.

46. (1) Kecuali seperti yang diperuntukkan dalam subseksyen (2) dan (3) keterangan garinah walaupun berkaitan hendaklah tidak boleh
dijadikan satu cara yang sah untuk membuktikan kesalahan hudud.
(2) Dalam perkara zaina, kehilan atau
kelahiran anak oleh seseorang perempuan yang tidak mempunyai suami hendaklah menjadi keterangan yang boleh mendapatinya bersalah
melakukan zina dan yang demikian hukuman hudud ke atasnya hendaklah dikenakan melainkan jika dia dapat membuktikan sebaliknya.
(3) Dalam perkara minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, bau minuman yang didapati dalam nafas tertuduh itu atau
muntahnya yang mengeluarkan arak atau sebarang minuman yang memabukkan atau apa-apa kesan darinya, atau pemerhatian Mahkamah
kepada keadaan tertuduh itu bahawa dia sedang berada di dalam keadaan mabuk, hendaklah boleh diterima sebagai keterangan untuk
membuktikan bahawa dia telah melakukan kesalahan syurb, melainkan jika ia dapat membuktikan sebaliknya.

47. Apabila seseorang tertuduh itu tidak boleh dihukum dengan hukuman hudud kerana saksi-saksi telah menarik balik keterangan mereka
sebagaimana yang diperuntukan di bawah seksyen 45 atau kerana keterangan yang ada tidak memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki
untuk membuktikan kesalahan hudud, maka tertuduh bolehlah dihukum dengan hukuman ta'zir dan Mahkamah hendaklah mengambil
tindakan untuk menjatuhkan hukuman itu sekiranya ada keterangan yang cukup bagi maksud itu.


BAHAGIAN IV
Bagaimana Hukuman Dilaksanakan

48. Hukuman hudud yang dikenakan di bawah Enakmen ini tidak boleh digantung, atau diganti dengan hukuman lain, atau dikurangkan atau
siampunkan; atau dengan apa-apa cara lain diubah atau dipinda.

49. Tiap-tiap hukuman yang mengenakan hukuman hudud dan tiap-tiap hukuman bunuh yang dikenakan sebagai hukuman qisos atau
hukuman ta'zir di bawah Enakmen ini hendaklah dirujukkan oleh Mahkamah Bicara Syariah Khas yang menjatuhkan hukuman itu kepada
Mahkamah Rayuan Syariah Khas untuk mendapat pengesahan, dan hukuman yang dijatuhkan itu tidak boleh dilaksanakan sebelum
pengesahan itu diperolehi.

50. Sesuatu hukuman hudud yang dijatuhkan, selain daripada hukuman bunuh dan rejam, tidak boleh dilaksanakan melainkan pesalah telah
diperiksa oleh seorang pegawai perubatan yang beragama Islam dan diakui oleh pegawai itu bahawa pesalah itu adalah sihat.

51. Jika seseorang pesalah itu bersalah kerana malakukan beberapa kesalahan, maka hukuman yang akan dilaksanakan ke atasnya adalah
seperti berikut:
a) jika hukuman-hukuman itu adalah daripada jenis dan keparahan yang sama, maka hanya satu hukuman sahaja hendaklah dijalankan;
b) jika hukuman-hukuman itu adalah daripada jenis yang sama, tetapi keparahannya tidak sama maka hukuman yang lebihan berat sahaja
hendaklah dijalankan;
c) jika hukuman-k\hukuman itu adalah daripada jenis yang berlainan, maka semua hukuman itu hendaklah dijalankan; dan
d) jika salah satu daripada hukuman-hukuman itu adalah hukuman bunuh, maka semua hukuman yang lain itu hendaklah diketepikan.

52. (1) Hukuman potong tangan bermakna memotong tangan dipergelangan tangan; iaitu di sendi yang menyambungkan tapak tangan
dengan lengan.
(2) Hukuman potong kaki bermakna
memotong di bahagian tengah kaki itu supaya tumit kaki itu boleh lagi digunakan untuk berjalan atau berdiri.

53. Hukuman sebat hendaklah dilaksanakan dengan mengikut kaedah-kaedah yang ditetapkan dalam Jadual V.

54. Hukuman rejam tidak boleh dilaksanakan ke atas pesalah perempuan yang sedang hamil sehinggalah dia melahirkan anaknya, dan
selepas dia menjadi suci daripada darah nifas dan kembali sihat semula untuk menjalani hukuman itu; dan jika sekiranya dia menyusukan
anaknya, maka hukuman rejam tidak boleh dijalankan sehingga genap dua tahun penyusuan anaknya, melainkan ada seseorang ibu susu yang
sanggup menyusukan anak itu dalam tempoh tersebut.

55. Hukuman sebat tidak boleh dilaksanakan ke atas pesalah perempuan yang hamil sehinggalah dia melahirkan anaknya, dan selepas dia
menjadi suci daripada darah nifas dan kembali sihat semula untuk menjalani hukuman itu dengan tidak ada bahaya.

BAHAGIAN V
Peruntukan Umum

56. (1) Tertaluk kepada subseksyen (2), Enakmen ini hendaklah terpakai ke atas tiap-tiap orang Islam yang mukallaf mengenai apa-apa
kesalahan yang dilakukan olehnya dalam Negeri Kelantan.
(2) Tidak ada apa-apa dalam Enakmen ini
yang menghalang seseorang yang bukan Islam daripada membuat pilihan supaya Enakmen ini terpakai ke atasnya mengenai apa-apa
kesalahan yang dilakukan olehnya dalam Negeri Kelantan dan sekiranya seseorang bukan Islam itu membuat pilihan sedemikian, maka
peruntukan Enakmen ini, hendaklah, mutatis mutandis terpakai ke atasnya seperti juga peruntukan-peruntukan tersebut terpakai ke atas
seorang Islam.

57. Jika sesuatu kesalahan itu dilakukan sebagai hasil daripada atau kerana menurut persubahatan, pertolongan, komplot atau rancangan
jahat, maka tiap-tiap orang yang bersubahat, menolong, mengambil bahagian dalam komplot atau rancangan jahat untuk melakukan
kesalahan itu adalah bersalah melakukan kesalahan itu dan hendaklah dihukum dengan hukuman penjara sebegai hukuman ta'zir selama
tempoh yang tidak lebih daripada sepuluh tahun.

58. Apabila suatu kesalahan itu dilakukan oleh beberapa orang bagi mencapai niat bersama mereka semuanya, tiap-tiap seorang daripada
mereka adalah bertanggungjawab atas kesalahan itu sama seperti seolah-olah kesalahan itu telah dilakukan olehnya seorang dan boleh
dihukum dengan hukuman penjara sebagai hukuman ta'zir selama tempoh yang tidak melebihi sepuluh tahun.

59. Jika beberapa orang mengambil bahagian melakukan kesalahan sariqah, tiap-tiap seorang daripada mereka hendaklah dihukum dengan
hukuman hudud, seolah-olah tiap-tiap seorang daripada mereka itu melakukan kesalahan itu seorang sahaja:
Dengan syarat bahawa bahagian yang diperolehi daripada harta curi oleh tiap-tiap seorang daripada mereka apabila dibahagikan sama rata
di antara mereka, adalah sama dengan atau melebihi nilai nisab.

60. Sesiapa yang mencuba melakukan kesalahan di bawah Enakmen ini hendaklah dihukum dengan hukuman penjara sebagai hukuman ta'zir
selama tempoh yang tidak melebihi sepuluh tahun.

61. Apabila seseorang itu telah dibicarakan atau menghadapi apa-apa prosiding kerana melakukan kesalahan di bawah Enakmen ini, maka
dia tidaklah boleh dibicarakan dan tiada apa-apa prosiding boleh diambil terhadapnya di bawah Kahun Keseksaan mengenai kesalahan yang
sama atau serupa yang diperuntukkan di bawah kanun itu.

62. (1) Semua kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen ini dan peruntukan-peruntukan mengenainya hendaklah ditafsirkan mengikut hukum
Syarak dan duluan-duluan yang didapati dalam huku itu; dan rujukan kepada hukum itu hendaklah dibuat mengenai apa-apa perkara yang
tidak diperuntukkan dalam Enakmen ini.
(2) Jika timbul sebarang persoalan atau
pertikaian dalam memberi erti sesuatu perkataan, perbahasan atau rangkaikata mengenai hukum Syarak, Mahkamah yang membicarakan
kes itu hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membuat tafsiran kepada perkataan, perbahasaan atau rangkaikata sedemikian itu.

BAHAGIAN VI
Mahkamah

63. (1) Hendaklah ditubuhkan Mahkamah Bicara Syariah Khas dan Mahkamah Rayuan Syariah Khas.
(2) Mahkamah Bicara Syariah Khas
hendaklah mempunyai bidang kuasa membicarakan kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen ini.
(3) Mahkamah Rayuan Syariah Khas
hendaklah mempunyai bidang kuasa mendengar rayuan mengenai apa-apa keputusan Mahkamah Bicara Syariah Khas.

64. Mahkamah-Mahkamah yang ditubuhkan di bawah Seksyen 63 adalah tambahan kepada Mahkamah-Mahkamah Syariah yang
ditubuhkan di bawah Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982, dan peruntukan-peruntukan Enakmen yang tersebut dalam
perkara-perkara yang berkaitan hendaklah terpakai kepada kepada perkara-perkara mengenai Mahkamah-Mahkamah di bawah Enakmen
ini, melainkan peruntukan-peruntukan itu bercanggah dengan Enakmen ini, atau tidak dimaksudkan oleh peruntukan-peruntukan Enakmen
ini.

65. Enakmen Acara Jenayah Syariah 1983 hendaklah terpakai kepada semua prosiding Mahkamah-Mahkamah sama ada dengan atau
tanpa apa-apa pengubahsuaian yang difikirkan patut oleh Mahkamah-Mahkamah memandangkan kepada kepentingan keadilan.

66. Apabila bersidang untuk membicarakan sesuatu kesalahan di bawah Enakmen ini, Mahkamah Bicara Syariah Khas hendaklah sianggotai
oleh tiga orang hakim yang mana dua orang daripada mereka hendaklah terdiri daripada ulamak; dan perbicaraan itu hendaklah
dipengerusikan oleh salah seorang daripada hakim-hakim tersebut.

67. Apabila Mahkamah Rayuan Syariah Khas bersidang untuk mendengar sesuatu rayuan yang dibuat ke atas keputusan atau hukuman
Mahkamah Bicara Syariah Khas, maka Mahkamah Rayuan Syariah Khas hendaklah dianggotai oleh lima orang hakim yang mana tiga orang
daripada mereka hendaklah terdiri daripada ulamak dan persidangan itu hendaklah dipengerurikan oleh salah seorang daripada hakim-hakim
tersebut.

68. Seseorang yang sedang atau pernah memegang jawatan hakim Mahkamah Tinggi Malaya atau Borneo atau Mahkamah Agung Malaysia
atau sesiapa juga yang mempunyai kelayakan untuk dilantik menjadi hakim mana-mana Mahkamah tersebut adalah layak untuk dilantik
menjadi hakim; manakala ulamak yang layak dilantik menjadi hakim ialah seorang yang sedang atau pernah memegang jawatan Qadhi Besar
atau Mufti Kerajaan atau sesiapa juga yang mempunyai kelayakan untuk memenang jawatan tersebut dan dikenali mashyrrnya mempunyai
pengetahuan yang mendalam dalam bidang hukum Syarak.

69. (1) Hakim-hakim hendaklah dilantik oleh Ke bawah Duli Yang Maha Mulai Al-Sultan dengan Surat Tauliah Perlantikan yang
ditandatangani dan dimeteri dengan Mohornya selepas berunding dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri dan Jumaah Ulama dan sebagai
tambahan Baginda boleh berunding dengan mana-mana pihak berkuasa, badan atau sesiapa juga yang difikirkan patut dan munasabah; dan
perlantikan itu hendaklah disiarkan dalam warta.
(2) Dalam membuat perlantikan di bawah
subseksyen (1), Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan hendaklah menentukan sama ada yang dilantik itu ialah Ketua Hakim
Mahkamah Rayuan Syariah Khas, Hakim Besar Mahkamah Bicara Syariah Khas, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Khas atau Hakim
mahkamah Bicara Syariah Khas.

70. Prinsip kebebasan kehakim adalah berkuatkuasa kepada Mahkamah-Mahkamah ini dan tiap-tiap orang hakim yang dilantik di bawah
Enakmen ini adalah bebas daripada hangguan oleh mana-mana pihak atau sesiapa.

71. (1) Tiap-tiap orang hakim berhak memegang jawatan sehingga dia sendiri meletakkan jawatan itu; melainkan sebelumnya dia terpaksa
berhentik kerana tak sempurna akal atau kerana sakit yang hendaklah diakui oleh tidak kurang daripada tiga orang pakar perubatan, atau
kerana didapati oleh suatu Suruhanjaya Kehakiman, melakukan suatu kesalahan yang menjadikan dia tidak layak menjadi hakim.
(2) Pakar-pakar perubatan dan Suruhanjaya Kehakiman itu hendaklah diolantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan selepas
berunding dengan mana-mana pihak yang berkuasa, atau badan atau sesiapa juga yang difikirkan patut dan munasabah.
(3) Kesalahan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah suatu kesalahan di sisi undang-undang sekular atau hukum Syarak dan bukti
terhadapnya hendaklah terang dan jelas.


72. (1) Gaji, elaun dan keistimewaan-keistimewaan lain hakim-hakim hendaklah dibayar sebagai satu tanggungan kepada kepada Kumpulan
Wang Negeri Yang Disatukan dan hendaklah tidak kurang daripada gaji, elaun dan keistimewaan-keistimewaan lain hakim-hakim
Mahkamah Tinggi Malaya, Borneo atau Mahkamah Agung Malaysia.
(2) Badan Perundangan Negeri boleh membuat undang-undang untuk menentukan gaji, elaun dan keistimewaan-keistimewaan lain
hakim-hakim Mahkamah-Mahkamah yang ditubuhkan di bawah Enakmen ini.

JADUAL I
SEKSYEN 2
SENARAI PERKATAAN-PERKATAAN ARAB

Al-Il'an
Badhi'ah
Baitulmal
Damiyah
Diyat
Dubur
Faraj
Ghairu Jairah
Ghairu Mohsan
Halal
Haram
Hashimah
Hirabah
Hudud
Iqrar
Iman
Irsy
Irtidad
Istimal;Al Muruah
Ilaf Solihayat-al-udhw
Allaf-al-udhw
Ittiyan al bahimah
Ittiyan al maitah
Jaifah
Jenayan
Jurh
Lafaz
Laknat
Liwat
Mohsan
Mudhihah
Mukallaf
Munaqqilah
Musahaqah
Mutalahimah
Nisab
Qaghi
Qarinan
Qatl-al-'amd
Qatl-syibhi-al-'amd
Qazaf
Qisoos
Rejam
Sariqah
Solh
Sunnah
Syajjah Damighah
Syajjah Hashimah
Syajjah Ma'mumah
Syajjah Mudhinah
Syajjah Munaqqilan
Syarak
Syariah
Syurb
Ta'zir
Wali
Wati Shubhah
Zina
Adla
Aqidah
Aqil Baligh
Aurat

JADUAL II
SEKSYEN 38 (a)

Jumlah irsy yang dikenakan bayarannya kerana melakukan iflaf-al-udhw dan itlaf-solahiyyatu-al-udhw adalah seperti berikut:-

Jenis Cedera
Jumlah Irsy
1. Kehilangan anggota yang tunggal, seperti hidung atau lidah -
satu diyat

2. Kehilangan anggota yang berpasang seperti tangan, kaki, mata, bibir, buah dada dan telinga -
satu diyat jika satu pasang yang cedera, tetapi 1/2 diyat jika satu sahaja yang cedera.

3. Kehilangan anggota yang berempat seperti bulu mata atau kelopak mata -
1/4 diyat jika satu pasang yang cedera, tetapi 1/2 diyat jika satu sahaja yang cedera.
3/4 diyat jika tiga anggota yang cedera, dan satu diyat jika kesemua empat-empat anggota itu cedera.

4. Sebatang jari tangan atau jari kaki -
1/10 diyat

5. Satu sendi jari -
1/30 diyat

6. Satu sendi ibu jari -
1/20 diyat

7. Sebatang gigi yang bukan gigi palsu -
1/20 diyat

8. Dua puluh batang gigi -
satu diyat

9. Sebatang gigi susu. irsynya sebanyak mana yang ditentukan oleh Mahkamah.

10. Mencabut kesemua rambut di kepala, janggut, misai, bulu kening, bulu mata dan dimana-mana sahaja di badan. satu diyat



JADUAL III
SEKSYEN 38 (b)

Jumlah irsy dan lama tempoh penjara yang dihukumkan kerana melakukan syajjah (cedera di kepala atau muka).

Jenis Cedera

Jumlah Irsy Tempoh Penjara
1. Syajjah khafifah (cedera yang tidak mendedahkan tulang) sebanyak mana yang ditentukan oleh Mahkamah yang tidak melebihi dua tahun.

2. Syajjah mudhihah (cedera yang mendedahkan tulang tetapi tidak ada patah) -
1/20 diyat tidak melebihi lima tahun

3. Syajjah mudhihah (cedera yang melibatkan patah tetapi tidak tergelincah sendi) -
1/10 diyat tidak melebihi lima tahun

4. Syajjah munaqqilah (cedera yang melibatkan patah dan tergelincah sendi) -
3/20 diyat tidak melebih sepuluh tahun

5. Syajjah ma'mumah (cedera yang melibatkan pecah tempurong kepala tetapi lukanya hanyalah menyentuh kulit otak sahaja dengan tidak
mencarikannya) -
3/10 diyat tidak melebihi sepuluh tahun

6. Syajjah damighah (cedera yang melibatkan pecah tempurong kepala dan lukanya mencarikkan kulit otak) -
1/2 diyat tidak melebihi empat belas tahun

JADUAL III
SEKSYEN 38 (c)
Jumlah irsy dan lama tempoh penjara kerana melakukan jurh (luka di bahagian badan yang lain daripada kepala dan muka dan luka itu ada
meninggalkan parut).

Jenis Cedera

Jumlah Irsy Tempoh Penjara
1. Jaifah
(luka yang menembusi bahagian dalam kepala batang tubuh) -
1/3 diyat tidak melebihi sepuluh tahun.

2. Ghair jaifah
(luka yang lain daripada jaifah) iaitu:-

a) damiyah
(carik kulit dan berdarah)

b) badhi'ah
(luka yang tidak mendedahkan tulang)

c) mutalahimah
(luka yang sampai kedaging)

d) mudhihah
(luka yang mendedahkan tulang)

e) hasmimah
(patah yang tidak menggelincahkan sendi)

f) munaggilah
(patah yang menggelincahkan sendi)

sebanyak mana yang ditentukan oleh Mahkamah - tidak melebihi tujuh tahun

JADUAL V
SEKSYEN 53

1. Kaedah-kaedah dalam jadual ini hendaklah dipakai untuk melaksanakan hukuman sebat di bawah Seksyen 53 Enakmen ini.

2. Hukuman sebat yang akan dijalankan ke atas seorang pesalah hendaklah dijalankan oleh seorang pegawai yang ditugaskan khas oleh
pihak berkuasa penjara di tempat dan pada masa yang diarahkan oleh Mahkamah dan hendaklah dihadiri dan disaksikan oleh seorang
pegawai perubatan Islam dan sekurang-kurangnya empat orang Islam sebagai saksi; dengan syarat bahawa sebelum hukuman itu dijalankan
pesalah itu hendaklah diperiksa oleh pegawai perubatan itu dan disahkan sebagai sihat dan berupaya menjalani hukuman sebat itu.

3. Tiada hukuman sebat bioleh dijalankan ke atas seseorang pesalah melainkan setelah tamat tempoh 14 hari selepas daripada tarikh
hukuman itu dijatuhkan; dan jika ada rayuan, hukuman itu hendaklah dijalankan dalam tempoh yang seberapa segera selepas daripada
hukuman itu disahkan oleh Mahkamah Rayuan Syariah Khas.

4. Hukuman sebat itu hendaklah dijalankan dengan cara pegawai tersebut memukul pesalah itu dengan rotan yang mana ukurannya. (kecuali
dalam kes yang disebut dalam Kaedah 8(2) (ii)) ialah satu meter panjang dan satu sentimeter garis pusat (diameter).

5. Hukuman sebat itu hendaklah dijalankan dengan cara membahagikan pukulan di merata-rata tubuh badan kecuali muka, kepala, dada dan
kemaluan.

6. Hukuman sebat itu hendaklah dijalankan dengan cara pukulan yang sederhana yang mana pegawai yang menjalankan hukuman itu tidaklah
boleh mengangkat rotan penyebat itu tinggi hingga ke paras kepalanya; dan pukulan itu hendaklah diberi berturut-turut dan tidak melebihi
bilangan yang diperintahkan oleh Mahkamah.

7. Ketika menerima sebatan, pesalah itu hendaklah berdiri dan memakai pakaian nipis yang menutup auratnya mengikut hukum Syarak.

8. (1) Jika dalam masa sebatan itu dijalankan, pesalah itu didapati tidak mampu atau tidak berupaya lagi menerima sebatan itu, maka atas
pengesahan pegawai perubatan itu, sebetan itu hendaklah diberhentikan dengan serta merta dan ditangguhkan sehingga Mahkamah memberi
satu arahan baru untuk menyambung semula hukuman sebat itu; dan buat sementara waktu pesalah itu hendaklah ditahan dalam penjara atau
dibebaskan dengan jaminan.
(2) Arahan itu hendaklah dibuat dengan berpandukan
kepada laporan pegawai perubatan seperti berikut:
i) sekiranya mengikut laporan itu pesalah itu ada harapan sembuh daripada sakitnya, maka hukuman sebat itu hendaklah disambung semula
dengan seberapa segera apabila ia pulih daripada sakitnya; dan
ii) sekiranya mengikut laporan itu pesalah itu tidak ada harapan sembuh daripada sakitnya, walauapapun sakitnya itu, maka hukuman sebat
itu hendaklah diteruskan juga di suatu masa yang sesuai tetapi rotan yang akan digunakan untuk menyambung hukuman sebat itu hendaklah
terlebh ringan dan terlebih kecil daripada ukuran yang ditetapkan di bawah Kaedah 4.

HURAIAN
Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk melaksanakan Undang-Undang Jenayah Syariah.

PERMULAAN
2. Fasal 1 adalah mengenai tajuk ringkas.
3. Fasal 2 adalah mengenai tafsirar.
4. Fasal 3 memperkatakan tentang pembahagian kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen ini kepada kesalahan-kesalahan hudud, qisos dan
ta'zir.

BAHAGIAN 1
Kesalahan-Kesalahan Hudud

5. Fasal 4 memperkatakan tentang jenis-jenis kesalahan hudud.
6. Fasal-Fasal 5, 6 dan 7 memperkatakan tantang kesalahan sariqah dan hukuman baginya.
7. Fasal-Fasal 8 dan 9 memperkatakan tentang kesalahan hirabah dan hukuman baginya.
8. Fasal-Fasal 10 dan 11 memperkatakan tentang kesalahan kesalahan zina dan hukuman baginya.
9. Fasal-Fasal 12 dan 13 memperkatakan tentang kesalahan qazaf dan hukuman baginya.
10. Fasal-Fasal 14 dan 15 memperkatakan tentang al-li'an dan akibatnya.
11. Fasal-Fasal 16 , 17 dan 18 memperkatakan tentang kesalahan liwat dan hukuman baginya.
12. Fasal 19 memperkatakan tentang kesalahan musahaqah dan hukuman baginya.
13. Fasal 20 memperkatakan tentang ittiyan almaitah dan hukuman baginya.
14. Fasal 21 memperkatakan tentang kesalahan ittiyan albahimah dan hukuman baginya.
15. Fasal 22 memperkatakan tentang kesalahan syurb dan hukuman baginya.
16. Fasal 23 memperkatakan tentang kesalahan irtidad atau riddah.

BAHAGIAN II
Qisos

17. Fasal 24 bertujuan untuk memperuntukkan tentang applikasi qisos dan siyat bagi kes yang menyebabkan kematian manusia dan
kecederaan badan.
18. Fasal 25 memperkatakan tentang jenis-jenis kesalahan menyebabkan kematian.
19. Fasal-Fasal 26 dan 27 memperkatakan tentang kesalahan qatl-al-'amd dan hukuman baginya.
20. Fasal 28 bertujuan untuk membuat peruntukan mengenai pengammpuan bagi hukuman qisos.
21. Fasal 29 bertujuan untuk memperuntukkan hukuman ta'zir sebagai ganti kepada hukuman qisos.
22. Fasal-Fasal 30 dan 31 memperkatakan tentang kesalahan qatl-syibhi-al-'amd dan hukuman baginya.
23. Fasal-Fasal 32 dan 33 memperkatakan tentang qalt-al-khata' dan hukuman baginya.
24. Fasal-Fasal 34 dan 35 memperkatakan tentang kesalahan menyebabkan kecederaan badan dan hukuman baginya.
25. Fasal 36 bertujuan untuk memperuntukkan jenis-jenis kecederaan badan bagi tujuan menghukum.
26. Fasal 37 bertujuan untuk memperuntukkan tentang akibat apabila hukuman-hukuman qisos tidak dikenakan.
27. Fasal 38 bertujuan untuk memperuntukan tentang akibat apabila hukuman-hukuman qisos tidak dikenakan.

BAHAGIAN III

28. Fasal 39 bertujuan membuat peruntukan tantang bagaimana membuktikan kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen ini.
29. Fasal 40 memperkatakan tentang bilangan saksi-saksi untuk membuktikan semua kesalahan di bawah Enakmen ini.
30. Fasal 41 memperkatakan tentang syarat-syarat menjadi saksi.
31. Fasal-Fasal 42 dan 43 memperkatakan tentang keterangan.
32. Fasal-Fasal 44 dan 45 memperkatakan tentang iqrar.
33. Fasal 46 memperkatakan tentang keterangan qarinah.
34. Fasal 47 bertujuan untuk membuat peruntukan mengenai hukuman ta'zir sebegai ganti hukuman hudud apabila keterangan tidak
memenuhi syarat-syarat untuk membuktikan kesalahan hudud.

BAHAGIAN IV
Bagaimana Hukuman Dijalankan

35. Fasal 48 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa hukuman hudud tidak boleh dibuat.
36. Fasal 49 memperkatakan tentang pengesahan hukuman hudud dan hukuman mati oleh Mahkamah Rayuan Syariah Khas sebelum
hukuman tersebut dilaksanakan.
37. Fasal 50 memperkatakan tentang pemeriksaan perubatan sebelum hukuman dilaksanakan.
38. Fasal 51 bertujuan untuk membuat peruntukan tentang bagaimana hendak melaksanakan beberapa hukuman.
39. Fasal 52 memperkatakan tentang cara melaksanakan hukuman sebat.
40. Fasal 53 memperkatakan tentang cara melaksanakan hukuman sebat.
41. Fasal 54 bertujuan untuk memperuntukkan penangguhan hukuman rejam bagi perempuan yang hamil dan yang menyusukan anak.
42. Fasal 55 memperkatakan tentang hukuman sebat ke atas perempuan hamil.


BAHAGIAN V
Peruntukan Umum

43. Fasal 56 memperkatakan tentang pemakaian Enakmen ini ke atas tiap-tiap orang Islam yang mukallaf.
44. Fasal-Fasal 57 dan 58 memperkatakan tentang bersubahat dan komplot melakukan kesalahan serta niat yang bersama.
45. Fasal 59 memperkatakan tentang kesalahan sariqah berkumpulan.
46. Fasal 60 memperkatakan tentang mencuba melakukan kesalahan.
47. Fasal 61 memperkatakan tentang keadaan dalam mana prosiding di bawah kanun Keseksaan tidak boleh diambil.
48. Fasal 62 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen ini hendaklah ditafsirkan mengikut hukum
Syarak.


BAHAGIAN VI
Mahkamah

49. Fasal-Fasal di bawah Bahagian ini memperkatakan tentang Mahkamah Bicara Syariah Khas, Mahkamah Rayuan Syariah Khas dan
perlantikan hakim-hakim serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.

IMPLIKASI KEWANGAN

Rang Undang-Undang ini akan melibatkan Kerajaan dalam perbelanjaan wang tambahan yang amaunnya belum dapat ditentukan sekarang.


Komen saya pada isu yang paling popular berkenaan Hudud Kelantan 1993 - "Jenayah Rogol" dan "mengandung tanpa suami" serta perlindungan mangsa rogol daripada dikenakan tuduhan zina atau qazaf

Memang terdapat justifikasi tentang kegusaran atas perkara tersebut, kerana jika dibaca SALINAN TIDAK RASMI di atas, ternyata bahawa:

Tiada perkataan "Rogol"/"Perkosa" di mana-mana Bahagian I yang mana para 9 - 21 menceritakan kesalahan melibatkan persetubuhan haram.
Para 12 adalah perihal Qazaf, iaitu jika sesiapa menuduh seseorang lelaki/perempuan berzina tanpa dapat dibuktikan.
Para 39 menyebut bahawa beban membukti adalah mengikut Seksyen 73 - ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 19911 iaitu pada pengadu
Para 42 (2) menyebut tentang keterangan saksi yang mana "mereka benar-benar melihat kemasukan... (segan nak tulis, bace le sendiri)"
Para 43 (2) menyebut jika tertuduh zina akan terlepas dari tuduhan kerana bilangan saksi kurang 4 orang, pengadu dan saksi-saksi yang lain secara AUTOMATIK "adalah bersalah kerana melakukan kesalahan qazaf"
Kenyataan Para 43 (2) bercanggah dengan para 12 (3) yang menyatakan bahawa jika tuduhan zina itu tidak dapat dibuktikan "maka orang yang membuat tuduhan itu adalah melakukan kesalahan qazaf" & para 12 (4) yang menyebut bahawa "tiap-tiap orang saksi yang memberi keterangan yang menyokong penyataan itu hendaklah dianggapkan telah melakukan kesalahan qazaf" jika terdapat percanggahan dalam kenyataan yang diberi.
Para 46 (2) pernyataan "kehilan (kehamilan) atau kelahiran anak oleh seseorang perempuan yang tidak mempunyai suami hendaklah menjadi keterangan yang boleh mendapatinya bersalah melakukan zina" dan menyebut perempuan itu perlu membuktikan bahawa dia tidak bersalah melakukan zina

Maka kegusaran yang dinyatakan dalam surat Tun Mahathir dalam para 4 (ii) dalam surat Tun Mahathir  kepada TGNA memang tepat dan nyata bahawa kemungkinan "tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas" adalah sesuatu yang tidak mustahil berlaku.