Selasa, 13 Disember 2011

HAK - HAK ORANG MELAYU...............!!!!!




Pendahuluan .

    Kedudukan istimewa orang Melayu adalah unsur tradisi yang keempat. Perkara 153  memberi tanggungjawab yang berat kepada Yang Dipertuan Agong untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra dari Sabah dan Sarawak. Dalam perjanjian itu antara Raja-Raja Melayu dengan kerajaan British, peruntukan untuk mengutamakan penduduk berbangsa Melayu[1] tidak diperlukan, kerana Negara ini merupakan sebuah negara Melayu dan tiada sesiapa pun pada masa itu menyoal akan hak dan kedudukan orang Melayu. Akan tetapi akibat beberapa perjanjian dengan kerajaan British iaitu raja-raja Melayu dikehendaki menurut nasihat British dalam semua hal ehwal kecuali adat istimewa dan agama Islam, hak dan kedudukan istimewa orang Melayu sedikit demi sedikit terhakis.


Apakah kedudukan istimewa orang melayu yang dilindungi oleh Perlembagaan?, Di bawah Perkara 153 Yang di Pertuan Agong dikehendaki , dalam batas-batas perlembagaan dan undang-undang Persekutuan , melaksanakan dasar melindungi kedudukan istimewa orang melayu dan bumiputera negeri Sabah Sarawak dan membuat persiapan untuk mereka dari segi jawatan dalam perkhidmatan awam , dalam pemberian biasiswa , dan bantuan atau kemudaha pendidikan yang lain dan permit serta lesen yang diperlukan untuk perniagaan dan perdagangan . 


Kedudukan istimewa orang melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada undang-undang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan melayu .


Kedudukan istimewa orang melayu ini tidak mutlak , bahawa ia di seimbangkan dengan kepentingan sah kaum lain , yang secara amnya termasuklah hak mendapat kewarganegaraan Malaysia menurut peruntukan kewaganegaraan dalam perlembagaan , hak untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing , hak untuk menggunakan bahasa ibunda dan yang paling penting , hak untuk mendapat layanan yang sama rata .

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia


Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu , kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia.

Berikut adalah penyataan penuh Artikel 153 Perlembagaan Malaysia.


(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.


(2) Walau apa pun jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.


(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.


(4) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut Fasal (1) hingga (3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melucutkan mana-mana orang daripada apa-apa jawatan awam yang dipegang olehnya atau daripada terus mendapat biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain yang dinikmati olehnya.


(5) Perkara ini tidaklah mengurangkan peruntukan Perkara 136.


(6) Jika menurut undang-undang persekutuan yang sedia ada suatu permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan fungsinya di bawah undang-undang itu mengikut apa-apa cara, atau memberikan apa-apa arahan am kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan di bawah undang-undang itu dengan pemberian permit atau lesen itu, sebagaimana yang dikehendaki untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklaah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.


(7) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh berkuat kuasa untuk melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu atau untuk memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-mana orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak seseorang jika pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.


(8) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika menurut mana-mana undang-undang persekutuan apa-apa permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka undang-undang itu boleh membuat peruntukan bagi perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak; tetapi tiada undang-undang sedemikian boleh, bagi maksud memastikan perizaban itu—


(a) melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu;  atau


(b) memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-manaa orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang jika pembaharuan atau pemberian itu mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan, atau menghalang mana-mana orang daripada memindahkan hakmilik bersama dengan perniagaannya apa-apa lesen yang boleh dipindahkan hakmiliknya untuk mengendalikan perniagaan itu;  atau


(c) jika tiada permit atau lesen dahuluya dikehendaki bagi mengendalikan pertukangan atau perniagaan itu, memberi kuasa untuk menolak pemberian permit atau lesen kepada mana-mana orang bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan yang telah dijalankan olehnya secara bona fide sebaik sebelum undang-undang itu mula berkuat kuasa, atau memberi kuasa untuk menolak pembaharuan kemudiannya mana-mana permit atau lesen mana-mana orang, atau untuk menolak pemberian mana-mana permit atau lesen sedemikian kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang itu jika, mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu, pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.


(8A) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika di dalam mana-mana Universiti, Kolej dan institusi pendidikan lain yang memberikan pendidikan selepas Malaysian Certificate of Education atau yang setaraf dengannya, bilangan tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi pengurusan Universiti, Kolej atau institusi pendidikan itu kepada calon-calon bagi apa-apa kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon yang layak mendapat tempat-tempat itu, maka adalah sah bagi Yang di-Pertuan Agong menurut kuasa Perkara ini memberikan apa-apa arahan yang perlu kepada pihak berkuasa itu untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.


(9) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh memberi Parlimen kuasa untuk menyekat perniagaan atau pertukangan semata-mata bagi maksud perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.


(9A) Dalam Perkara ini ungkapan “anak negeri” berhubung dengan Negeri Sabah atau Sarawak hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Perkara 161A.


(10) Perlembagaan Negeri yang ber-Raja boleh membuat peruntukan yang bersamaan (dengan ubah suaian yang perlu) dengan peruntukan Perkara ini.


Terdapat perbezaan ketara di antara artikel 153 perlembagaan Malaysia dengan artikel 153 perlembagaan Singapura yang masing-masing menyebut mengenai hak istimewa orang Melayu. Artikel 153 (Malaysia) lebih spesifik dengan menjelaskan bagaimana hak-hak orang Melayu dan Bumiputra Malaysia dipertahankan.

Hak-hak istimewa orang Melayu

    Sebelum mengulas lebih lanjut haruslah ditafsirkan dahulu apa itu orang Melayu. Menurut Perlembagaan Persekutuan[2]. Perkara 160 mendefinisikan orang Melayu sebagai “seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan (a) lahir sebelum Hari Merdeka, di Persekutuan atau di Singapura, atau ibu bapanya lahir di Persekutuan atau di Singapura pada Hari Merdeka itu, ia adalah berdomisilkan di Persekutuan atau di Singapura; atau (b) ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.


    Pembukaan lombong-lombong bijih dan ladang getah serta dasar pintu terbuka imigresen pada awal abad ini menyebabkan orang-orang Melayu terdampar di kampung-kampung mereka. Dari segi ekonomi dan pendidikan mereka tidak dapat bersaing dengan kaum pendatang yang masuk ke Negara ini untuk bekerja dilombong dan ladang getah. Setiap orang di Tanah Melayu mempunyai hak-hak dan kewajipan yang sama, namun, rakyat yang berketurunan Melayu mempunyai hak yang istimewa berbanding bangsa lain di Tanah Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu ini bukan merupakan peraturan baru, malahan hak-hak ini telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan perjanjian-perjanjian ini telahpun diamalkan di negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu sebelum perang lagi.

Apakah kedudukan istimewa orang Melayu yang dilindungi dalam Perlembagaan? Di bawah Perkara 153[3] Yang di-Pertuan Agomg dikehendaki dalam batas-batas perlembagaan dan undang-undang Persekutuan, melaksanakan dasar melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak dan membuat persiapan untuk mereka dari segi jawatan dan perkhidmatan awam, dalam pemberian biasiswa dan bantuan atau kemudahan pendidikan yang lain dan permit serta lesen perniagaan dan perdagangan.

Jawatan Yang di-Pertuan Agong[4], tidak merupakan hak istimewa orang Melayu tetapi akan dipegang oleh orang Melayu sampai bila-bila. Hak-hak ini akan dipertahankan sampai bila-bila kecuali jika perlembagaan diubah atau dicabuli. Tetapi jawatan seperti Perdana Menteri, Ketua Menteri, Menteri Besar dan Gabenor-gabenor boleh dipegang oleh mana-mana bangsa lain selain daripada Melayu asalkan beliau lahir di Persekutuan Tanah Melayu megikut syarat yang ditetapkan.

Isi kandungan Hak-hak istimewa orang Melayu

Merujuk kepada perjanjian lama, hak-hak orang Melayu seperti tanah untuk Orang Melayu iaitu hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran oleh Kerajaan Negeri kerana pembukaan tanah adalah dibawah kawal-selia Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri boleh membuka tanah khas untuk Melayu dengan syarat. Kerajaan Negeri juga memperuntukan pembukaan tanah bagi orang ramai (bangsa lain) yang serupa, luas tanah untuk orang ramai tidak boleh melebih luas tanah orang Melayu. Tanah milik orang Melayu tidak boleh diambil untuk tujuan orang bukan Melayu. Keduanya jawatan-jawatan kanan dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukan pada nisbah yang tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu. Ketiganya peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk kepada penuntut-penuntut Melayu daripada penuntut-penuntut bukan Melayu. Dilihat juga dari segi bantuan ekonomi yang perlu mengikut peraturan yang dibuat bagi membolehkan orang Melayu mendapat lesen-lesen atau kebenaran-kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahan dan aktiviti ekonomi lain.

Hak-hak istimewa orang Melayu adalah dibawah perlindungan Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong hendaklah mendengar nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri, dan segala perubahan baharu berdasar hak-hak istimewa orang Melayu adalah berdasarkan persetujuan Raja-raja Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu di negeri-negeri Melayu adalah terjamin selain daripada hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.



Hak Tanah

Mengenai peruntukan ini yang merupakan kedudukan istimewa orang Melayu yang diperuntukkan dalam Perkara 89 yang berkaitan tanah rezab orang Melayu menurut fasal (1),

Jika mana-mana tanah disesuatu Negeri yang menjadi rezab Melayu sebelum sahaja Hari Merdeka mengikut undang-undang yang ada maka tanah itu boleh terus-menerus menjadi tanah rezab orang Melayu mengikut undang-undang itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Badan Perundangan Negeri itu dengan suatu Enakmen.

Menurut fasal (2) yang menyatakan, Mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang pada masa itu bukan tanah rezab orang Melayu mengikut undang-undang yang ada dan yang belum dimajukan atau dicucuk tanam boleh diishtiharkan sebagai tanah rezab orang Melayu mengikut undang-undang itu.

Mengikut peruntukan pada Perkara 90 (berhubung dengan tanah rizab Melayu) yang memberi kuat kuasa undang-undang Perlembagaan kkepada undang-undang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Walau bagaimanapun, adalah dikesalkan bahawa meskipun undang-undang sedemikian rupa, pada amalannya banyak tanah rizab ini telah dipindah milik kepada orang bukan Melayu. Kemasukan perkhidmatan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f), juga dianggap sebagai sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu.

Apabila melihat kepada sejarah, MCA dibentuk dan berperanan semenjak zaman penjajahan British di mana MCA berperanan menjayakan Rancangan Brigg bagi menempatkan penduduk Cina di tepi hutan dan luar bandar ke kampung-kampung baru. Kebanyakan kampung-kampung baru ini telah bertukar menjadi bandar dan mempunyai kepentingan ekonomi dan politik yang penting di Malaysia. Boleh dikatakan semua majoriti penduduk bandar -bandar di Malaysia adalah kaum Cina . Kebudayaan mereka amat ketara sekali apabila pelancong melalui kawasan bandar sehinggakan setiap bandar dapat dikatakan sebagai 'Chinatown'.

Penduduk Cina banyak bertumpu di pantai barat Semenanjung Malaysia, terutama sekali di kawasan-kawasan bandar. Mereka sedang menikmati pelbagai kemudahan prasarana yang disediakan oleh kerajaan kerana kerajaan tak dapat tidak terpaksa juga membangunkan kawasan bandar seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Georgetown, Ipoh, Seremban dan lain-lain. Bandar utama menunjukkan mereka 'anti establishment' iaitu tidak pernah mengundi kerajaan kecuali setelah persempadanan semula bandar-bandar tertentu.


Jawatan Dalam Kerajaan

Sentimen politik masyarakat Cina di Malaysia lebih mengutamakan faktor ekonomi dan keselesaan menjalankan aktiviti perniagaan dan mencari rezeki kekayaan di mana juga di Malaysia. Tunku Abdul Rahman pernah berpendapat masyarakat Cina lebih mengutamakan faktor ekonomi sementara masyarakat Melayu lebih mengutamakan politik. Namun pendapat Tunku Abdul Rahman tidak lagi relevan dalam keadaan ekonomi sekarang ini. Semakin ramai bijak pandai Cina yang ingin menjadi teraju negara dan hanya boleh dicapai melalui proses politik.



Peruntukan Biasiswa

Untuk mengelakkan orang Melayu tertinggal dalam bidang ekonomi, pembelaan terhadap pendidikan orang Melayu adalah penting bagi mendapat pembelaan terhadap hak dalam pendidikan orang Melayu. Kemudahan khas perlu diadakan kepada orang Melayu agar dapat bersaing dengan kaum lain khasnya dalam bidang ekonomi, pentadbiran, pendidikan dan sebagainya. Peruntukan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan yang dipertanggungjawabkan keatas YDPA untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputra di Sabah dan Sarawak dengan menentukan perbezaan kepada mereka. Antara peruntukan utama untuk orang Melayu adalah kemasukan anak-anak orang Melayu ke universiti dan mendapat biasiswa.



Bantuan Ekonomi

Walaupun orang-orang Melayu membentuk kumpulan majoriti di kalangan penduduk Malaysia, penguasaan ekonomi mereka tidak setara dengan kedudukan tersebut. Pada tahun 1970, golongan Bumiputera hanya memiliki sekitar 1.9% daripada ekonomi Malaysia, manakala golongan bukan Melayu (kebanyakannya orang-orang Cina) mengawal sekitar 37.4 % dan selebihnya dipegang oleh orang-orang asing.

Berikutan ketaksamaan ini, Perkara 153 Perlembagaan Malaysia menuntut kerajaan menyediakan kuota bagi pengagihan biasiswa, jawatan dalam perkhidmatan awam dan sebagainya bagi memperbaiki kedudukan ekonomi orang-orang Melayu

Perlaksanaan dasar pecah dan perintah[5] Inggeris telah mengeruhkan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk kepada pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza. Melalui dasar ini orang Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar ataupun kampung dan bekerja sebagai nelayan dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh. Hal ini secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan prasangka antara satu sama lain yang akhirnya mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969.

Rancangan Malaysia Kedua (RMK2) (1971 - 1975) merupakan satu rancangan pembangunan ekonomi yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia dengan sasaran melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB)[6]. Tujuan rancangan ini diwujudkan adalah untuk menyusun semula masyarakat dan mengurangkan penguasaan kaum Cina dan orang-orang asing dalam sektor ekonomi di Malaysia sekaligus memperbaiki kedudukan ekonomi orang-orang Melayu. RMK2 menggantikan Rancangan Malaysia Pertama (RMP) yang mempunyai tujuan sama iaitu menangani masalah kemiskinan di kalangan orang-orang Melayu. Namun begitu, RMP dilihat kurang berjaya mengatasi isu kemiskinan ini, sehinggakan masalah ini menjadi salah satu penyebab berlakunya Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 apabila rusuhan kaum tercetus di Kuala Lumpur.

Pelaksanaan RMK2 dilihat oleh sesetengah golongan sebagai berlebih-lebihan dalam usahanya meningkatkan penglibatan orang-orang Melayu di dalam ekonomi. Kerajaan kemudiannya mengurangkan penekanan terhadap penstrukturan semula sosio-ekonomi apabila rancangan ini berakhir.

Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan manifestasi sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak negara Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bahawa bangsa Melayu masih ketinggalan dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayu memandangkan majoriti orang Melayu tinggal di luar bandar. Manakala orang Cina pula telah menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi lain memandangkan mereka tinggal di kawasan bandar dan menguasai kawasan perlombongan. Lantas timbul kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat merasakan bahawa mereka telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. Bagi masyarakat Cina dan India pula, mereka bimbang tentang syarat-syarat hak kerakyatan.

Satu bahagian yang penting daripada objektif dasar ekonomi[7] ini ialah menggalakkan orang Melayu dan rakyat pribumi yang lain mengambil bahagian dalam sektor ekonomi moden sama ada dengan melibatkan diri secara langsung dalam kegiatan seumpama itu atau dengan memiliki saham dalam syarikat-syarikat. Pendekatan asas dasar itu ialah melalui rancangan-rancangan ekonomi bagi membentuk perpaduan nasional.


Hak-hak Bangsa Melayu adalah hak peribumi.

Orang Melayu tidak harus malu dan berasa rendah diri serta jauh sekali bersikap apologis untuk menuntut sesuatu yang memang hak kita. Jangan pula kita mudah terima bulat-bulat pembohongan Dr Kua Kia Soong dalam buku "May 13" yang ingin membangkitkan suatu revolusi untuk menafikan hak dan kekuatan sejarah orang Melayu.  

Pada 13 Mei 2007 bertempat di Dewan Perhimpunan Cina, Selangor sebuah buku bertajuk May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969 (13 Mei: Dokumen Terbuka mengenai Rusuhan 1969) tulisan bekas Ahli Parlimen DAP, Dr Kua Kia Soongs, dilancarkan. Buku itu menolak bingkai kepercayaan lama bahawa kekacauan 1969 berpunca daripada ketidakseimbangan dalam sosio-ekonomi kaum di negara ini, sebaliknya Dr Kua

mengemukakan tesis baru: ‘Kapitalis Melayu yang diketuai Tun Abdul Razak cuba untuk menjatuhkan Tunku Abdul Rahman menjadi punca utama rusuhan.’

Dalam kajian Dr Mansor bersama rakan-rakannya ekoran konflik di antara kaum Melayu dan India di Kampung Medan pada 7 Mac 2001, Dr Mansor tidak menafikan punca asas ialah salah faham dan salah tafsiran mengenai satu kemalangan di Kampung Medan dan kemudiannya ketegangan akibat kes kenduri. Bagaimanapun, penelitian mendalam mendapati kes Kampung Medan berpunca daripada masyarakat India dan Melayu dihimpit kemiskinan, walaupun dikelilingi lautan kemajuan. Ini kerana, katanya, orang yang miskin, menganggur dan terpinggir memiliki ‘disposition towards conflics and violence’
(keinginan semula jadi terhadap konflik dan keganasan).

 

KONTRAK SOSIAL SEBAGAI PEMANGKIN PERPADUAN MASYARAKAT

Setelah lebih 50 tahun kemerdekaan Malaysia, formula kontrak sosial yang telah dipakai telah berjaya menyatupadukan semua kaum di Malaysia tanpa berlaku sebarang konflik perkauman. Kontrak sosial ternyata berjaya membawa semua kaum di Malaysia supaya menghormati setiap hak yang telah ditetapkan oleh perlembagaan. Sesungguhnya elemen-elemen kontrak sosial yang terdapat dalam perlembagaan persekutuan tanpa syak lagi adalah asas bagi melicinkan urusan pentadbiran negara dan menolak sebarang percubaan mempersoalkan mana-mana daripada elemen-elemen ini yang berkemungkinan akan mencetuskan perpecahan dalam keharmonian kaum.


Meskipun kaum bumiputera telah diberi keistimewaan dan hak-hak tertentu berbanding kaum lain, namun kaum lain turut sama dapat hidup dengan aman damai di Malaysia tanpa berasa tertindas. Ini berlainan dengan masyarakat di negara lain yang mempunyai konflik antara kaum disebabkan kegagalan masyarakat untuk menghormati dan patuh pada kontrak sosial yang telah ditetapkan. Menurut Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi semasa menyampaikan ucaptama bertajuk `Cabaran Masyarakat Berbilang Agama, Bangsa dan Budaya‘ pada Sidang Kemuncak Media Asia 2004. Beliau berkata bahawa:


“Setiap masyarakat yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama perlu diikat dengan satu kontrak sosial yang menyediakan rangka untuk perhubungan politik, sosial dan ekonomi berdasarkan persetujuan bersama. Ia mengurangkan salah faham dan konflik kepentingan serta membolehkan setiap orang menumpukan kepada usaha meningkatkan hidup mereka dalam suasana aman dan harmoni”

Masyarakat bukan Melayu perlu memahami kedudukan politik Melayu atau sistem kenegaraan Melayu dan pengaruhnya kepada negara manakala kaum bumiputera pula harus memahami hakikat masyarakat berbilang kaum yang terdapat di negara ini. Hak orang bukan Melayu tidak boleh disangkal kerana mereka telah lama bermastautin, lahir dan membesar di Malaysia. Apa yang penting ialah kedua-dua pihak harus saling memahami.


Oleh yang demikian seharusnya polemik berkaitan hak-hak kaum lain tidak dipertikaikan. Ini kerana ia telah pun termaktub di dalam perlembagaan persekutuan.

Ketuanan Melayu


Menurut Mantan Ketua Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Hishammuddin Tun Hussein mengayun-ayunkan keris untuk mempertahankan Ketuanan Melayu.

Ketuanan Melayu ialah konsep perkauman yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia . Orang Cina dan India di Malaysia yang dianggap sebagai pendatang (yang dibawa masuk oleh British) disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia). Persetujuan quid pro quo atau saling beri-memberi ini biasanya dipanggil kontrak sosial

Konsep Ketuanan Melayu ini sering kali dijadikan retorik ahli politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang berpengaruh semenjak 50 tahun Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) mencapai kemerdekaannya dari British sebagai usaha meraih sokongan orang Melayu walaupun pada hakikatnya tidak ramai orang Melayu yang arif tentang konsep atau fahaman ini.

Walaupun retorik ini wujud sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, frasa ketuanan Melayu tidak menjadi satu perkara yang disebut ramai hingga ke awal tahun 2000-an. Kebanyakan tentangan konsep ini adalah daripada parti-parti yang tidak berdasarkan kaum Melayu, seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), tetapi sebelum kemerdekaan orang Baba dan Nyonya juga menentang konsep ini. Konsep keulungan kaum Melayu mendapat perhatian dalam tahun 1940-an apabila orang Melayu bersatu untuk menentang penubuhan Malayan Union dan kemudian, berjuang untuk kemerdekaan.

Semasa tahun 60-an, terdapat usaha yang cukup besar untuk mencabar ketuanan Melayu, diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) dari Singapura — yang merupakan negeri Malaysia dari 1963 hingga 1965 — dan DAP selepas pemisahan Singapura. Walaupun begitu, sebahagian Perlembagaan berkaitan ketuanan Melayu berakar umbi selepas rusuhan kaum Mei 13, 1969 yang terjadi akibat kempen pilihan raya yang menjadikan hak-hak orang bukan Melayu dan ketuanan Melayu sebagai isu tumpuan.

Tempoh ini juga menyaksikan kebangkitan ultra yang mendesak agar kerajaan parti tunggal diketuai UMNO, dan pertambahan penekanan bahawa orang Melayu merupakan "orang asal" Malaysia — iaitu hanya orang Melayu boleh dianggap penduduk asal Malaysia.

Rusuhan kaum mengakibatkan perubahan besar dalam pendekatan kerajaan kepada isu perkauman, dan menyebabkan pengenalan Dasar Ekonomi Baru iaitu dasar tindakan pengesahan yang secara agresif menyebelahi kaum Melayu. Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang juga diperkenalkan pada tahun 1970, memberikan penekanan kepada asimilasi orang bukan Melayu ke dalam kaum Melayu. 

Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu orang Melayu tidak terus mengambil sikap mempertahankan diri apabila hak-hak dan keistimewaan mereka dicabar oleh pihak tertentu terutama selepas UMNO catat prestasi buruk dalam pilihan raya umum lalu.

Sebaliknya bekas Perdana Menteri itu berkata, sudah tiba masanya untuk orang Melayu mengambil sikap ‘menyerang’ bagi memastikan hak-hak yang dinikmati selama ini dapat dipertahankan.

”Kita lihat sekarang ini ramai orang Melayu cuma mempertahankan diri tetapi tidak menyerang, kita cuma marah dengan kata jangan sentuh hak keistimewaan Melayu dan agama Islam.

”Kita harus mempertahankan kedudukan kita tetapi ungkapan orang Inggeris kata bahawa serangan adalah satu bentuk pertahanan yang paling baik, jadi kita kena serang, itu cara terbaik untuk mempertahankan diri,” katanya ketika berucap pada Program Penerangan Isu-Isu Semasa di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Menurut Dr. Mahathir pula, orang Melayu sejak dahulu mempunyai sikap yang lemah lembut dan ada kalanya tidak mahu mempertahankan diri walaupun tahu diri mereka tidak bersalah selain enggan menuduh orang lain bersalah.

Sebab itu katanya, apabila terdapat pihak mempertikaikan sosial kontrak, orang Melayu hanya mempertahankan diri bahawa mereka mempunyai keistimewaan yang telah ditetapkan dalam kontrak tersebut.

Bagaimanapun jelas beliau, orang Melayu tidak mendedahkan perkara-perkara yang dipersetujui mereka dalam kontrak sosial yang telah dinikmati oleh kaum lain di negara ini.

”Kita cuma pertahankan bahawa kontrak sosial beri keistimewaan tetapi kita tidak kata tentang apa yang kita beri dalam kontrak sosial, kita bagi banyak.

”Tunku (Abdul Rahman Putra) memberikan satu juta kerakyatan kepada orang bukan Melayu tanpa apa-apa soalan, ini ada dalam ucapan Tun Tan Siew Sin.

”Kalau hendak ambil balik hak Melayu, kita juga nak ambil balik hak yang diberikan kepada mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir menyatakan, selepas pilihan raya umum lalu, banyak pihak menyatakan mereka menolak perkauman tetapi mereka secara terang-terangan mempersoalkan mengapa orang Melayu mendapat begitu banyak hak di negara ini.

”Mereka mahu bahasa mereka digunakan dalam papan tanda dan mempersoalkan Melayu sebagai pendatang yang dikatakan tidak berbeza dengan orang Cina dan India,” katanya.

Beliau turut mempertikaikan tindakan sesetengah pihak menyamakan kemenangan Barack Obama sebagai Presiden ke-44 Amerika Syarikat (AS) sebagai satu petanda bahawa negara ini juga perlu dipimpin oleh seorang Perdana Menteri yang bukannya dari kalangan orang Melayu.

”Sejak Obama menang, ia jadi masalah pula kepada kita, sedangkan beliau tidak boleh disamakan dengan kita.

”Memang dia berkulit hitam dan ada campuran sedikit tetapi hakikatnya dia menerima budaya dan bahasa di AS yang asalnya dijajah oleh Anglo-Saxon. Dia cukup dengan identiti Amerika,” katanya.

Sementara itu, Tun Dr. Mahathir mengingatkan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) mungkin menghadapi risiko tewas dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya gejala politik wang dalam parti itu gagal dibersihkan.



FAKTOR-FAKTOR MELAYU DITELAN ZAMAN

Tiada apa yang menghairankan daripada hasil kajian Jabatan Perangkaan Malaysia yang mendedahkan bahawa sebanyak 301,000 isi rumah orang Melayu
memperoleh pendapatan di bawah RM1,000 sebulan. Pendedahan berdasarkan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) itu hanyalah penegasan berulang bahawa orang Melayu yang merupakan kaum majoriti di negara ini sememangnya jauh ketinggalan daripada sudut ekonomi dengan kaum minoriti lain. Hakikatnya orang Melayu terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar
bandar serta segelintir mereka yang menetap di bandar besar, masih ramai tergolong dalam kumpulan di bawah paras kemiskinan. Malah, bukanlah sesuatu yang janggal juga jika dikatakan terdapat orang Melayu yang tidak mempunyai pendapatan tetap, serta hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dengan pendapatan yang tidak seberapa, kemampuan untuk menyediakan sebuah kehidupan yang berkualiti kepada seluruh isi keluarga juga pastinya sangat terhad.

Dalam serba kekurangan, ia memberikan lebih cabaran terutamanya bagi keluarga besar, lebih-lebih lagi yang tinggal di bandar serta kawasan-kawasan pinggiran bandar. Daripada soal makanan, tempat tinggal, pakaian, kesihatan, pendidikan dan pelbagai keperluan asas lain, semuanya terpaksa ditempuh seadanya. Paling menyedihkan apabila masa depan pendidikan anak-anak juga terpaksa diperjudikan, sementelah ketika ini terdapat pula syarat untuk ibu bapa
mencarum bagi pendidikan anak-anak mereka sebelum boleh diberikan pinjaman pendidikan pada masa depan.

Dalam keadaan sudah terbeban untuk meneruskan kehidupan seharian, bagaimana pula untuk ibu bapa ini mencarum bagi masa depan pendidikan anak
mereka? Tanpa pendidikan sempurna, maka jalur kemiskinan itu akan beterusan
dan diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya.

Di sebalik kenaikan harga barang dan perkhidmatan seperti yang berlaku ketika ini, keadaan sosioekonomi yang lemah tidak boleh mengelak daripada dikaitkan
dengan pelbagai isu sosial di kalangan orang Melayu. Amalan rasuah, merempit di kalangan anak muda, bekerja di lorong-lorong gelap dan pusat hiburan misalnya, adalah senario kehidupan yang boleh dikaitkan dengan desakan kehidupan yang dihimpit oleh kemiskinan. Tanpa pembangunan ekonomi yang mampan, kelibat orang Melayu di sebalik rencam masalah sosial itu tidak mungkin dapat dihapuskan. Hakikat ini juga meletakkan agenda pembangunan ekonomi Melayu di tempat paling teratas di kalangan pemimpin-pemimpin Melayu. Kita pastinya berterima kasih daripada apa yang telah diberikan oleh Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam kedudukan ekonomi orang Melayu ketika ini. Namun sesuatu yang pasti, masih terlalu banyak yang perlu digerakkan dan diperluaskan oleh dasar seperti ini dalam memastikan kuasa ekonomi orang Melayu berada pada kedudukan yang sama pentingnya dengan kuasa politik yang kita miliki ketika ini. Ironinya, perbincangan mengenai kemelut orang Melayu bukanlah perkara baru, sebaliknya kekayaan kaum bumiputera dengan kaum-kaum lain ini sudah dibuat perbandingan sejak lama dahulu.

Antara hakikat yang perlu diakui meskipun agak pahit untuk ditelan ialah orang Melayu tidak berada dalam kelas ekonomi yang penting menyebabkan agak sukar untuk mereka menentukan perjalanan ekonomi yang lebih besar. Mengambil contoh dalam piramid jawatan di sesebuah syarikat misalnya, meskipun kuota 30 peratus[8] yang diperuntukkan kepada bumiputera dipenuhi, namun kedudukan orang Melayu itu perlu diteliti. Hakikatnya, dalam senarai jawatan pengurusan tertinggi sesebuah syarikat korporat, kehadiran orang Melayu sangat kecil. Sebaliknya, orang Melayu lebih banyak berada pada kedudukan jawatan yang lebih rendah. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh modal insan orang Melayu sendiri yang tidak cukup kuat untuk bersaing dengan kaum lain. Tambahan pula untuk melangkah jauh dalam sektor korporat, orang Melayu perlu menepati kriteria yang sangat tinggi, termasuk latar belakang pendidikan yang cemerlang serta menguasai bahasa Inggeris.

Barangkali disinilah kelemahan kebanyakan tenaga pekerja Melayu, yang meskipun merupakan golongan terpelajar dan lepasan pengajian tinggi, namun
tidak mampu berbahasa Inggeris dengan baik sehingga menyempitkan peluang
pekerjaan dalam sektor berkenaan. Kenyataan itu sebenarnya hanyalah sebahagian daripada dilema penguasaan ekonomi orang Melayu, kerana hakikatnya, masih banyak isu yang membelenggu keadaan itu. Antaranya peluang-peluang pekerjaan yang lebih didominasi oleh pekerja asing di sebalik tingginya kadar pengangguran dikalangan orang Melayu. Begitu juga dengan sikap segelintir industri yang meletakkan kriteria tertentu yang tidak memungkinkan orang Melayu untuk bekerja, selain diskriminasi gaji yang menolak kepada keinginan orang Melayu untuk menceburinya.

Dalam membincangkan tentang agenda pembangunan ekonomi Melayu juga, pelbagai saranan diajukan supaya kek ekonomi negara dapat terbahagi secara sama rata dan tidak hanya dimonopoli oleh kaum tertentu semata-mata. Antaranya ialah dengan menggalakkan orang Melayu menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Tidak dinafikan, cabang perniagaan mampu menjana pendapatan yang lumayan. Malah, ia juga digalakkan dalam Islam yang meletakkannya sebagai sembilan daripada sepuluh pintu rezeki. Bagaimanapun, dunia perniagaan bukanlah sektor yang boleh diceburi oleh semua orang, sementelah senario ketika ini sangat jelas memperlihatkan dominasi atau monopoli kumpulan tertentu sehingga sukar untuk orang Melayu bersaing. Melainkan perniagaan makanan seperti membuka restoran, gerai-gerai kecil atau warung, sukar untuk melihat kelibat orang Melayu sebagai tauke atau bos dalam cabang perniagaan lain. Sama ada pasar raya, kedai runcit, bengkel kereta, kedai elektrik, kedai perabot dan sektor perniagaan berpotensi lainnya, semuanya dikuasai oleh kaum selain Melayu.

Tanpa ada rangkaian dan jalinan perniagaan yang kukuh, orang Melayu yang cuba merebut peluang perniagaan ini ibarat sengaja mencari musibah, dan tidak
mustahil akan gulung tikar dengan cepat. Barangkali di sinilah pentingnya peranan pertubuhan dan badan ekonomi Melayu dalam memastikan kelangsungan usahawan Melayu dalam cabang perniagaan. Antara yang perlu diberi penekanan ialah mengenalpasti cabang ekonomi yang mampu dikuasai oleh orang Melayu dan memperluaskannya supaya mampu melahirkan lebih ramai usahawan berjaya. Badan ekonomi Melayu juga perlu menjadi tunjang kekuatan kepada usahawan Melayu sama ada dari segi modal, program menambah nilai keusahawan atau sokongan logistik lainnya.

HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU : HILANG DI TELAN ZAMAN?

Persoalan Hak Keistimewaan.
Hapuskan DEB, hapuskan ekuiti 30 peratus, hapuskan kuota, guna meritokrasi, tender terbuka dan bermacam-macam-macam lagi yang dimahukan konon-kononnya atas dasar kesamarataan. Dari persoalan asal usul orang Melayu sehinggalah kepada kontrak sosial – tidak habis-habis isu Hak Keistimewaan Orang Melayu dipersoalkan. Banyak telah dikorbankan namun kegagalan DEB dijadikan sandaran supaya hak keistimewaan dihapuskan atas alasan keadilan, atas alasan demokrasi dan atas alasan perlu persaingan yang kompetitif. Namun apa juga alasan, sebenarnya ini adalah perjuangan segelintir kepimpinan kaum Cina khususnya dan bangsa lain amnya untuk melunaskan agenda mereka. 

Mereka mahu hak keistimewaan orang Melayu di hapuskan. Apakah tidak kedengaran dari mereka bahawa mereka juga perlu ada hak yang sama kerana mereka juga memperjuangkan kemerdekaan. Ada pula yang menyebut bahawa hak keistimewaan tidak perlu ada kerana Melayu juga pendatang. Belum lagi persoalan kontrak sosial sebagai satu mitos untuk mendiskriminasikan bangsa lain.  Apa sebenar yang dimahukan oleh mereka? Tepuk dada tanya selera dan adakah ini akan dilunaskan oleh orang Melayu atas dasar tolak ansur? 

Berapa kali kita membincangkan isu ini – namun sehingga hari ini seolah-olah sikap toleransi kita semakin di cabar. Baru-baru ini Naib Presiden MCA menuntut 30 peratus ekuiti perlu dihapuskan untuk kemajuan ekonomi negara ini? Kenapa persoalkan 30 peratus? Adakah tuntutan memansuhkan ekuiti 30 peratus menunjukkan kaum lain tidak mahu berkongsi ekonomi dengan orang Melayu. Apa hal pula dalam isu kongsi kuasa? Ini diperlukan dan kita perlu memberi kedudukan sewajarnya untuk mereka. Adakah dengan kedudukan pekerja yang ada di Malaysia – yang mana jumlah Melayu adalah paling ramai sesuai di terajui oleh Menteri berbangsa lain selain dari Melayu? 

Benar, jangan main isu rasis – isu perkauman dan isu yang sebenarnya mampu meniup api perkauman namun bila desakan dibuat atas hak yang sepatutnya dihormati oleh kaum lain adakah itu tidak salah. Adakah itu tidak mencabar orang Melayu. Noktah!

Sebenarnya apabila kita menceritakan mengenai ekuiti 30 peratus, adakah desakan penghapusan ini menunjukkan sikap toleransi kaum lain terhadap Melayu. Adakah desakan itu menunjukkan sikap tidak mahu kongsi mereka? Adakah sikap tidak mahu kongsi itu menunjukkan betapa kompromi hanya perlu ada di satu pihak sahaja?

Kita fikirkan bersama, kerana – mempersoalkan hak yang ada pada Melayu adalah tindakan yang menunjukkan sikap perkauman yang menebal dan satu pelanggaran ketetapan Raja Melayu. Apa pun persoalan utama – siapa yang dahulu membuka ruangan dan gelanggang untuk perkara ini di bahas semula. Adakah seperti yang pernah kita kata – kita di tolak dan kita beransur sedangkan kita belum lagi mempersoalkan apa yang sepatutnya diserahkan oleh bangsa lain kepada kita sebagai membayar ruangan dan pengorbanan tanah air yang di buat oleh Melayu
.
Mana dia Melayu khususnya Pemuda UMNO dalam isu ini. – Jual sahaja Melayu untuk undi yang merugikan juga Melayu. Nilailah, rasakan bersama dan turunlah dalam usaha mengenal pasti mereka yang menyalahgunakan DEB sehingga kegagalannya menimbulkan desakan dari kaum lain untuk dihapuskan bukan sahaja DEB itu sendiri malah roh dan semangat DEB yang apda asasnya mahu menyempurnakan orang Melayu agar setinggi dan serendah bila duduk dan bila berdiri.     



PERMINTAAN ATAU PENGHINAAN ? .

1.    Tindakan empat peguam termasuk seorang peguam Melayu yang ingin mengkaji semula kontrak sosial itu boleh dianggap satu penghinaan terhadap orang Melayu dan orang Islam.

Peguam Melayu ini boleh dianggap sebagai petualang kepada bangsanya sendiri dan ia semata-mata sebagai kuda tunggangan kepada pihak lain.

Perkara ini sepatutnya tidak perlu dibangkitkan lagi kerana ia jelas termaktub dalam perlembagaan Negara.

Selepas mencapai kemerdekaan, semua rakyat Negara ini faham hak masing-masing dan perkara ini tidak perlu dibangkitkan oleh mana-mana pihak lagi.

Jika mereka ingin mengkaji semula hak keistimewaan orang melayu, tidak mustahil kita juga boleh mengkaji hak keistimewaan kaum lain seperti Hak Kerakyatan. Sebagai parti orang Melayu, UMNO akan terus mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu dan orang lain tidak perlu mempertikaikan kontrak sosial yang telah dipersetujui  bersama selepas kemerdekaan. Jika tidak negera ini akan jadi neraka.

Jika orang Cina boleh berbangga dengan negara China, orang India berbangga dengan negara India, orang Melayu hanya boleh berbangga dengan Malaysia sebagai negaranya yang turut dikongsi bersama kaum-kaum lain.

Umno berjuang untuk menjaga kepentingan orang melayu dan kita tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum di Negara ini. Inilah prinsip kita dan kita akan tetap mempertahankannya sampai bila-bila.


2.    November 2000, kita dikejutkan sekali lagi dengan isu hak keistimewaan dan ketuanan Melayu oleh  Timbalan Pengerusi Perundingan Ekonomi Negara (MAPEN 11) Dato David Chua yang meminta Hak keistimewaan orang Melayu dihapuskan dibawah dasar penyusunan semula  masyarakat telah mencetuskan kontoversi dan polimek mengenai suatu perkara yang dianggap amat sensitif didalam  negara ini. Para pemimpin UMNO telah meluahkan rasa  tidak senang mereka terhadap kenyataan David yang dianggap akan  menggugat  kedudukan orang Melayu dan akan  mencetuskan perbalahan kaum.


Dato seri Dr Mahathir Mohamad ( Gelaran dimasa itu, kini Tun] didalam satu kenyataan menyatakan bahawa  kerajaan tidak akan berundur walaupun satu langkah dalam mempertahankan hak hak  keistimewaan orang-orang Melayu di negara ini. Hak keistimewaan tersebut termasuk  bantuan bantuan, subsidi dan sistem koata yang diperuntukkan kepada orang Melayu.


Hak keistimewaan ini merupakan intipati kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) walaupun DEB telah tamat pada tahun 1996 tetapi hak keistimewaan oarang Melayu dipertahankan  sebagai intiti utama pembangunan negara dan didalam usaha kerajaan untuk menghapuskan jurang perbezaan diantara bumiputera dan bukan bumiputera.


Bagaimana pun  pengekalan Hak Keistimewaan orang Melayu ini tidak bermakna  rakyat bukan Melayu perlu dilayan seperti warganegara  kelas kedua dengan menafikan hak hak yang dijamin didalam Perlembagaan Persekutuan. Golongan bukan bumiputera juga diberikan peluang yang sama rata  kerana tidak semua diantara mereka hidup didalam keadaan mewah. Masih ramai lagi yang hidup dalam keadaan yang serba kekurangan dan tidak kurang juga yang berada dibawah garis kemiskinan.


Permintaan dan tuntutan  supaya hak  keistimewaan orang Melayu dihapuskan mungkin disebabkan wujudnya anggapan  di kalangan masyarakat bukan Melayu bahawa kerajaan berlaku tidak adil dan melakukan diskriminasi terhadap golongan yang bukan bumiputera. Mereka tidak mempersoalkan bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan kepada oarang Melayu. Yang mereka mahu ialah bantuan yang dihulurkan  dibuat secara menyeluruh merangkumi golongan bukan Melayu yang hidup didalam serba kekurangan. Sebagai rakyat negara ini golongan bukan bumiputera menuntut diberikan layanan  yang membolehkan mereka  memberikan sumbangan kearah pembanguan  serta memakmurkan ekonomi negara.


Salah satu tuntutan 17 perkara  yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Rayuan Pilihanraya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia (Suqiu)  yang mahukan perbezaan diantara bumiputera dan bukan bumiputera di hapuskan dalam segala bidang  samada ekonomi ataupun pendidikan sebenarnya hanya mengulangi tuntutan yang pernah dibuat oleh beberapa orang pemimpin Cina pada pertengan tahun 1980an.




MENGAPA kaum bukan Melayu tidak henti-henti membangkitkan isu ketuanan Melayu[9] dan apa sahaja perkara berkaitan Melayu? Seolah-olah Melayu kini menjadi musuh bukan Melayu, lantaran apa sahaja yang menjadi milik Melayu termasuk yang termaktub di dalam Perlembagaan sentiasa dipersoalkan.


Apa dosa orang Melayu terhadap bukan Melayu?

Apa kurangnya orang bukan Melayu jika dibandingkan dengan kedudukan orang Melayu yang merempat di
tanah air sendiri?

Apa tuntutan bukan Melayu yang gagal dipenuhi kerajaan sejak negara mencapai kemerdekaan?

Miskin benarkah keadaan orang bukan Melayu di Malaysia sehingga tanpa henti mereka mempertikaikan hak orang Melayu?

Apa sebenarnya maksud tersirat di sebalik tersuratnya tuntutan demi tuntutan agar hak orang Melayu dihapuskan dan tuduhan bahawa ketuanan Melayu tidak lagi relevan?


Tentunya, orang bukan Melayu mahu orang Melayu bersaing dengan mereka tanpa sebarang keistimewaan kerana mereka tahu Melayu tidak akan mampu berbuat demikian.

Dalam keadaan dilimpahi pelbagai keistimewaan seperti yang didakwa oleh bukan Melayu, orang Melayu masih menguasai tangga teratas golongan paling miskin dengan tahap pendapatan di bawah RM1,000. Malah pencapaian ekonomi orang Melayu pun masih lemah dan tidak dapat menandingi kekayaan orang bukan Melayu di negara ini. Begitu juga dengan kekuatan politik bangsa Melayu yang hakikatnya tidak sekuat mana menyebabkan ia menjadi mangsa ugutan serta hentaman oleh bukan Melayu.


Kelemahan Melayu yang amat ketara itulah hakikatnya yang mendorong bukan
Melayu tidak henti-henti 'menyalak' dan menuntut supaya hak Melayu dihapuskan. Jelaslah matlamat mereka hanya satu iaitu ingin melihat Melayu tersungkur di bumi sendiri sehingga akhirnya kuasa ekonomi menentukan masa depan politik.

Masalahnya orang Melayu hanya gemar bercakap, berhujah dan beretorik setiap kali bersuara untuk mempertahankan hak bangsa sendiri. Hanya laungan kata-kata berkumandang di sana sini namun tiada tindakan bersepadu dilaksanakan untuk menjadikan Melayu satu bangsa yang kuat dan hebat.

Segala keistimewaan yang termaktub di sisi Perlembagaan hanya dinikmati oleh segelintir Melayu yang 'bertuah' manakala Melayu serpihan terus dianaktirikan dan merempat di bumi sendiri. Lebih menyedihkan ada kalangan Melayu yang turut menolak ketuanan Melayu dan tidak percaya kepada hak keistimewaan Melayu sedangkan manusia-manusia itulah yang mengaut keuntungan daripada dasar tersebut.


Penyingkiran Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 akibat konsep "Malaysia untuk orang Malaysia" yang secara tidak langsung turut mempertikai kedudukan dan hak istimewa orang Melayu telah diapi-apikan oleh Lee Kuan Yew dan akhirnya menyemarakkan lagi perasaan anti-Cina dan anti-Melayu. Kejadian-kejadian tersebut akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969. Ia telah mengorbankan banyak nyawa dan harta-benda. Ini menyebabkan hubungan antara kaum-kaum di Tanah Melayu terjejas dan semakin renggang. Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku sebaik sahaja keputusan pilihan raya umum 1969 diketahui.

Kacau-bilau dan pertumpahan darah yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu telah memaksa kerajaan untuk mengisytiharkan perintah darurat. Pengisytiharan ini telah menyebabkan sistem kerajaan berparlimen digantung. Atas perakuan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tun Razak bin Dato Hussein, Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu sebagai pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang bertanggungjawab menjalankan kuasa pemerintahan bagi Persekutuan berdasarkan kuasa yang diwakilkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan bagi memastikan keberkesanan MAGERAN, Majlis Perundingan Negara yang bertanggungjawab untuk membincang dan meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan menyelesaikan masalah masyarakat berbilang kaum. Majlis ini mendapati satu masalah yang paling ketara yang dikenal pasti ialah struktur masyarakat majmuk di Malaysia. Adalah didapati bahawa masyarakat Malaysia masih terbahagi atas dasar keturunan, agama dan pekerjaan. Perpaduan yang hendak dicapai bukan sahaja melibatkan penyatuan kaum sahaja tetapi adalah penyatuan ekonomi dan sosial juga perlu dilakukan. Sehubungan dengan itu, Majlis Perundingan Negara telah bersetuju membentuk satu ideologi negara yang kemudiannya dikenali sebagai Rukun Negara[10].

Hakikatnya, ini bukan masa untuk beretorik atau mempertahankan Melayu sekadar menggunakan 'air liur'. Ketuanan Melayu mesti dihidupkan semula untuk menjadikan Melayu satu bangsa yang dihormati dan disegani sehingga tiada kaum berani memperlekehkan Melayu jauh sekali mempersoalkan hak Melayu untuk terus menerajui tampuk pemerintahan negara.
Kesemuanya itu hanya boleh dilaksanakan jika semua pihak bersatu dan
bersungguh-sungguh menjayakan agenda membangunkan Melayu.




[1] Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Singapura , Indonesia, Thailand, Filipina dan Madagaskar.
[2] Perkara 3, 32, 38, 152 dan 153.
[3] Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam.
[4] YDPA mempunyai bertanggungjawab khas untuk memelihara hak istimewa orang Melayu mengikut dan berdasarkan Perkara 153.
[5] Dasar “divide and rule”.
[6] Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1970-1990) di Malaysia diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN).
[7] RRJP (RM)/ DPN, Dasar Perindustrian Negara, Dasar Penswastaan, Dasar Pensyarikatan Negara, Dasar Pertanian Negara, Dasar Sains dan Teknologi.
[8] P.Persekutuan, Perkara 153.
[9] Ketuanan Melayu ialah konsep perkauman yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia .
[10] Mengandungi lima Perkara:
 (1) Kepercayaan  Kepada Tuhan.
 (2) Kesetian Kepada Raja Dan Negara.
 (3) Keluhuran Perlembagaan.
 (4) Kedaulatan Undan-Undang.
 (5) Kesopanan Dan Kesusilaan.

6 ulasan:

  1. bagussss ada peringatan....... terima khasih kepada pengarang

    BalasPadam
  2. Kalaulah Malaysia bertindak RASIS seperti di Singapura, semestinya orang Melayu terus terpelihara... Tapi malangnya kita terus bersangka baik sehingga mereka berani pijak kepala. Saya bagi laman ni, bacalah sebahis mungkin. Tak panjang, pendek sahaja...
    http://asubja.wordpress.com/2010/10/21/nasib-melayu-di-bumi-melayu/

    BalasPadam
  3. Salam sejahtera!
    Nama saya Dewi Rumapea, saya berasal dari kota SEMARANG, Indonesia. Saya ingin menggunakan medium ini untuk memaklumkan semua dalam kumpulan ini mencari pinjaman yang sangat berhati-hati kerana ada penipuan di mana-mana. Beberapa bulan yang lalu, saya secara kewangan turun dan saya memutuskan untuk mendapatkan pinjaman dari Man di Malaysia dan saya tertipu oleh pemberi pinjaman palsu di Malaysia. Saya hampir kehilangan harapan sehingga seorang kawan saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat dipercayai dan tulen yang dipanggil Puan Glory, seorang pemberi pinjaman swasta yang meminjamkan saya pinjaman sebanyak Rp500,000,000 tanpa tekanan, pada kadar faedah 2% yang merupakan kadar yang berpatutan untuk saya.

    Selepas memindahkan kredit saya ke akaun bank saya, saya sangat terkejut apabila saya menyemak baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah saya memohon, telah dipindahkan terus ke akaun saya, oleh Ibu Glory, tanpa berlengah-lengah. Jadi saya berjanji kepada ibu Glory bahawa saya akan berkongsi berita baik agar orang ramai mendapat pinjaman mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan sebarang pinjaman, sila hubungi Puan Glory melalui email: gloryloanfirm@gmail.com

    Saya menggunakan masa ini untuk memaklumkan kepada anda semua bahawa anda boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: dewiputeri9@gmail.com atau anda boleh menghubungi Nur Izzatul Azira Ismail, dari Malaysia yang memperkenalkan saya dan memberitahu saya mengenai Puan Glory, Dia juga mendapat pinjaman dari Puan Glory, Anda juga boleh menghubunginya melalui e-mel: utariwirmayaty@gmail.com Kini, semua yang saya lakukan adalah cuba untuk memenuhi pembayaran pinjaman saya yang saya hantar terus ke akaun bulanan.

    Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT kerana menggunakan Ibu Glory untuk mengubah kisah kewangan saya dan kini saya seorang pemilik perniagaan saya yang bangga, semoga Allah terus memberkati Ibu Glory dan terus menggunakannya untuk membantu kita semua dalam kesulitan kewangan

    BalasPadam
  4. Salam sejahtera!
    Nama saya Dewi Rumapea, saya berasal dari kota SEMARANG, Indonesia. Saya ingin menggunakan medium ini untuk memaklumkan semua dalam kumpulan ini mencari pinjaman yang sangat berhati-hati kerana ada penipuan di mana-mana. Beberapa bulan yang lalu, saya secara kewangan turun dan saya memutuskan untuk mendapatkan pinjaman dari Man di Malaysia dan saya tertipu oleh pemberi pinjaman palsu di Malaysia. Saya hampir kehilangan harapan sehingga seorang kawan saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat dipercayai dan tulen yang dipanggil Puan Glory, seorang pemberi pinjaman swasta yang meminjamkan saya pinjaman sebanyak Rp500,000,000 tanpa tekanan, pada kadar faedah 2% yang merupakan kadar yang berpatutan untuk saya.

    Selepas memindahkan kredit saya ke akaun bank saya, saya sangat terkejut apabila saya menyemak baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah saya memohon, telah dipindahkan terus ke akaun saya, oleh Ibu Glory, tanpa berlengah-lengah. Jadi saya berjanji kepada ibu Glory bahawa saya akan berkongsi berita baik agar orang ramai mendapat pinjaman mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan sebarang pinjaman, sila hubungi Puan Glory melalui email: gloryloanfirm@gmail.com

    Saya menggunakan masa ini untuk memaklumkan kepada anda semua bahawa anda boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: dewiputeri9@gmail.com atau anda boleh menghubungi Nur Izzatul Azira Ismail, dari Malaysia yang memperkenalkan saya dan memberitahu saya mengenai Puan Glory, Dia juga mendapat pinjaman dari Puan Glory, Anda juga boleh menghubunginya melalui e-mel: utariwirmayaty@gmail.com Kini, semua yang saya lakukan adalah cuba untuk memenuhi pembayaran pinjaman saya yang saya hantar terus ke akaun bulanan.

    Nota: Tiada yuran insurans, yuran pendaftaran atau yuran pemindahan.

    Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT kerana menggunakan Ibu Glory untuk mengubah kisah kewangan saya dan kini saya seorang pemilik perniagaan saya yang bangga, semoga Allah terus memberkati Puan Glory dan terus menggunakannya untuk membantu kita semua dalam kesulitan kewangan

    BalasPadam