Khamis, 1 Disember 2011

MELAYU MESTI BACA - KEBENARAN 13 MEI : ZULKIFLI NORDIN


PERBAHASAN BAJET 2011 PERINGKAT DASAR DI DEWAN RAKYAT OLEH Y.B KULIM BANDAR BAHARU 28 OKTOBER 2010

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Pembahas yang ke-100,

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu.






Tuan Zulkifli bin Nordin [Kulim Bandar Baharu]: Terima kasih Tuan Yang di-

Pertua, sudah banyak hari tunggu. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, Alhamdulillah...

[Membaca sepotong doa]



Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas peluang untuk turut sama dalam

perbahasan Belanjawan atau Bajet Negara 2011 ini yang telah diberi dengan pelbagai

label oleh beberapa orang yang sudah berucap. Ada yang memanggilnya ‘bajet seluar

dalam’, ada yang panggil ‘bajet kelambu’. Jadi saya berharap, kegiatan, perbuatan

suka melabel dengan menghina ini dapat dihentikan. Kerana tidak membawa manfaat

kepada sesiapa pun. Saya teringat beberapa tahun dahulu mereka ini suka melabel

orang. Saya pernah ingat seorang pemimpin UMNO dilabel dengan gelaran ‘al–Juburi’.

Hari ini sudah jadi kawan. Jadi kita perlu ingat hendak mengkritik jangan terlampau

melampau, berpada-pada. Hendak memuji pun jangan melampau-lampau biar berpadapada.



Itu yang Islam ajar kita. Senang sangat hendak melabel orang dengan pelbagai

label yang menghina. Kita harap perkara ini dapat dihentikan untuk kebaikan negara

dan umat sendiri insya-Allah.



Dalam bajet kali ini Tuan Yang di-Pertua, Gagasan 1Malaysia disebut beberapa

kali. Saya khuatir Tuan Yang di-Pertua gagasan ini telah disalah tafsir apabila melihat

iklan sinar lebaran Aidilfitri lepas terbitan TV3 dengan lebai pak santa bawa basikal

macam Santa Claus menyalakan pelita di atas bunga lotus. Ini memberi gambaran

bahawa Gagasan 1Malaysia ini memang disalahtafsirkan dan salah mengertikan. Saya

kira sangat penting supaya kerajaan memberikan tafsiran sebenar apa dia 1Malaysia.

Saya baru-baru ini pergi ke Jordan antara tempat yang saya lawat, dia ada

slogan iaitu ‘Jordan First’. Saya ingat ini satu slogan yang baik untuk dikaji di mana

‘Jordan First’ bermakna negara dahulu rakyat diutamakan. Maknanya siapa juga, dia

kerajaankah, pembangkangkah, NGOkah siapa pun apabila tiba soal negara, dia

dahulukan negara dia. Tidak seperti yang berlaku sekarang apabila ke luar negara,

maki hamun negara sendiri, caci negara sendiri, kritik negara sendiri.



Saya teringat baru-baru ini saya pergi ke Palestin di Gaza di hadapan Perdana

Menteri Ismail Haniyeh sama-sama kita berbalah tentang hal dalaman parti. Jadi saya

nampak muka Perdana Menteri Ismail Haniyeh kata, “Aku sudah ada masalah besar

dengan Israel ini, kau datang cerita pasal parti kau”. Jadi saya ingat slogan ataupun

konsep 1Malaysia ini perlu diperjelaskan bahawa maksudnya ialah negara didahulukan,

rakyat kita utamakan. Jadi siapa juga kita, kita pergi keluar berjumpa dengan siapa pun

dahulukan negara. Sebab ada cubaan untuk membawa konsep 1Malaysia ini ke satu

konsep Malaysian Malaysia. Semua orang sama, semua agama sama macam iklan

TV3. Sampai dia cacamerba habis semua agama. Hak sama, kedudukan sama.

Saya ingin menegaskan soal persamaan tidak timbul kerana tunggak negara

iaitu Perlembagaan Malaysia sendiri yang menjadi undang-undang utama negara,

Perlembagaan itu sendiri discriminatory. Ianya sendiri discriminatory tetapi

discriminatory positive. Di mana Perlembagaan sendiri discriminate antara rakyat iaitu

agama Islam dan bangsa Melayu dilebihkan, itu kedudukan dalam Perlembagaan. Itu

kita tidak boleh nafikan. Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan, Artikel 11(4) Artikel 12(4)

Artikel 76, Jadual Kesembilan, Senarai 2, Artikel 211A, Artikel 150, Artikel 160. Ini

peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang jelas meletakkan yang discriminate agama

dan kaum lain dengan agama Islam dan bangsa Melayu. Ini hakikat dalam negara ini.



Contohnya bahasa Melayu, bahasa Melayu bahasa kebangsaan, dia discriminate dari

bahasa lain. Kita tidak boleh kata sama. Tidak boleh samakan bahasa Melayu dengan

bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Inggeris sebab bahasa Melayu bahasa

Perlembagaan yang didaulatkan oleh Perlembagaan.

Akan tetapi malang setelah 50 tahun lebih, ada yang tidak faham lagi bahasa

Melayu. Tengok Yang Berhormat Ipoh Timur tadi. Merujuk kepada kata-kata Perdana

Menteri dia putarkannya ayat itu, tengok ini bahasa racist, bahasa yang hendak bawa

kepada peperangan. Ini jenis yang tidak faham bahasa Melayu. Duduk Malaysia lama,

peribahasa pun tidak faham. Ia hanya gambaran bahawa orang Melayu atau sesiapa

yang sebut akan mempertahankan ke titisan darah terakhir, akan pertahankan sehingga

bercerai badan, tangan dan kaki. Ini peribahasa, menunjukkan kita akan berjuang

habis-habisan.



Saya hendak ingatkan Yang Berhormat Ipoh Timur, apa parti dia sebut pada

tahun 1969. Peristiwa berdarah 1969. Ini parti dia sebut sendiri dalam rekod negara.

“Hold high the Red Flag of Martyrs and carry out revolution to the end, to die for the

people is as heavy as the mountain of Tai”.

Ini kenyataan yang dibuat oleh parti Yang Berhormat Ipoh Timur tahun 1969,

rekod dalam Arkib Negara, pergi baca. Mana lebih bahaya ayat seperti itu dengan

peribahasa yang digunakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri?



Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju dengan kenyataan bahawa Perlembagaan

telah jelas memahat hak dan kedudukan istimewa agama Islam dan bangsa Melayu.

Sudah jelas sudah. Tidak boleh dipersoalkan malahan benar tidak boleh dipinda pun

kecuali dengan persetujuan kesembilan Raja-raja Melayu tapi yang penting Tuan Yang

di-Pertua, bukan soal pemahatan hak dan kedudukan istimewa itu tetapi adalah soal

penterjemahan dan pelaksanaan hak dan kedudukan istimewa itu.

Hari ini kita tengok bagaimana serangan dibuat terhadap institusi Raja-raja

Melayu secara terbuka. Institusi Mahkamah Syariah, institusi berkuasa seperti Polis

Diraja Malaysia, SPRM, kehakiman diserang. Kita lihat bagaimana kelihatan sekarang

ini seperti satu amalan double standard apabila seorang belia Cina - Namewee, Wee

Meng Chee, buat blog yang saya telah dedahkan dalam soalan tambahan saya baru baru

ini. Satu penghinaan kepada Islam, kepada bangsa Melayu, kepada pihak

berkuasa tetapi Peguam Negara membuat keputusan, mengikut dalam jawapan

Parlimen, tidak akan mengambil tindakan pendakwaan. Tak akan dakwa langsung,

dilepaskan begitu sahaja tetapi seorang blogger Melayu - Irwan Abdul Rahman, baru

sindir TNB, kena caj di mahkamah. Apabila wartawan majalah - Al-Islam menyamar

pergi ke sebuah gereja hendak tengok kegiatan murtad di kalangan orang Melayu,

mereka dimaki hamun, dihina. Tindakan keras dituntut diambil terhadap mereka tetapi

bila wartawan wanita Cina - Malaysian Insider menyamar masuk menyusup ke

perhimpunan agung orang Melayu pakai tudung macam perempuan Islam, dia katakan

itu cara yang beretika kewartawanan. Apabila kes anak Melayu bakar gereja penjara

bertahun.



Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Yang Berhormat Kulim,

laluan.



Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Anak Cina baling surau

dengan arak, cat dengan warna merah, denda. Kejap ya. Pegawai BTN bercakap

tentang hak Melayu, kedudukan Islam dalam perhimpunan tertutup orang Melayu Islam

dimaki hamun, disuruh ambil tindakan tegas tapi bila Presiden MCA mempertikaikan

kedudukan orang Melayu, tidak ada apa tindakan. Jadi bagaimana kita hendak

menyatakan bahawa hak dan kedudukan istimewa orang Melayu, betul terpahat di

dalam Perlembagaan tetapi bagaimana dengan pelaksanaan? Bagaimana dengan

penterjemahannya dalam dasar dan perancangan negara? Sila

.

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Terima kasih Tuan Yang

di-Pertua. Saya hendak dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Kulim Bandar

Baharu, seolah-olah ada satu perancangan yang begitu teliti yang dibuat oleh pihak

tertentu, didalangi oleh badan-badan tertentu, barangkali di peringkat antarabangsa.

Peringkat awal kita lihat bagaimana perancangan begitu teliti cuba merendah-rendahkan

kredibiliti kepimpinan negara, pertama.



Kemudian diturun ke bawah mengkritik agensi penguat kuasa. Polis tidak bagus,

SPRM dibeli, sistem kehakiman tidak telus dan sebagainya. Apabila ada pemimpin

mereka ditangkap, dituduh bahawa kerajaan membeli hakim, polis dibeli dan

sebagainya. Ini seolah-olah ada perancangan yang begitu teliti. Saya hendak tanya

Yang Berhormat Kulim Bandar Baharu, apakah ini seolah-olah sudah dirangka begitu

halus oleh golongan tertentu dalam negara ini dan didalangi oleh pihak antarabangsa

.

Tuan Zulkifli bin Nordin [Kulim Bandar Baharu]: Saya akan jawab isu itu bila

saya kupas berkenaan dengan 13 Mei, Yang Berhormat Lenggong.



Hari ini, dalam

negara ini seolah-olah umat Islam bangsa Melayu seperti warga kelas kedua,

diketepikan. Hari ini, seolah-olah menjadi satu dosa besar kalau kita bercakap tentang

isu orang Melayu, isu agama Islam, jadi dosa besar dalam negara ini. Sampai orang

kata Pak Janggut pun ketar telur hendak bercakap pasal Islam. Takut. Sebab itu Tuan

Yang di-Pertua, saya berpendapat bahawa cadangan Yang Amat Berhormat Timbalan

Perdana Menteri untuk mewajibkan mata pelajaran Sejarah penting supaya rakyat

diperingatkan semula apa yang berlaku pada sejarah yang lampau supaya menjadi

sempadan kepada kita, menjadi pengajaran, iktibar dan saya cadangkan antara sejarah

penting negara yang perlu didedahkan ialah Peristiwa 13 Mei.Bila cakap tentang 13

Mei mereka akan mengamuk. “Sudah jadi historical, tak boleh, mana boleh cakap ini

cerita, sudah lama”. Pasal apa yang mereka takut sangat? Pasal apa?



Tuan Yang di-Pertua, saya melawat Eropah Timur baru ini. kawasan Bosnia,

Herzegovina, kawasan Slovak, kawasan Kosovo, kawasan bekas perang Balkan. Tiaptiap

hari dalam TV saya tengok klip video Holocaust disiarkan diulang-ulang, everyday

without fail. Peristiwa Holocaust dibangkitkan, diungkit, dikupas, dicerita, ada video klip.

Malahan bukan itu sahaja, penerbitan, tulisan berkenaan dengan video klip Holocaust ini

berlambak-lambak. Malahan sampai hari ini, penjenayah-penjenayah semasa perang

dunia kedua terutama yang terlibat dengan Holocaust Tuan Yang di-Pertua, di boo

sampai ke lubang cacing. Yang sudah tua, merengkok, bertongkat, kaki ketar-ketar

berjalan pun dia cari, dia caj di mahkamah. Kenapa masyarakat Eropah masih lagi

memainkan cerita Holocaust ini walaupun sudah lama? Cerita hitam, sejarah hitam

mereka kerana hendak mengingatkan generasi sekarang, kalau kamu buat perangai

sama yang macam tahun 40-an, itulah yang akan berlaku. Jadi apa salahnya kita

memperingatkan rakyat tentang peristiwa 13 Mei?







Tuan Yang di-Pertua, saya cuba hendak buat research tentang peristiwa 13 Mei.

Saya terkejut ada tiga buku sahaja. Pasal 13 Mei ada tiga buku sahaja. Laporan

MAGERAN - Laporan Rasmi, buku tulisan Almarhum Tunku Abdul Rahman - Before and

After May 13 dan terbaru tulisan Kua Kia Soong - 13 May. Ini tiga sahaja peristiwa

besar macam itu. Saya baca tentang 13 Mei yang ditulis oleh Kua Kia Soong. Saya

tidak berapa setuju dengan tulisan beliau kerana tulisan beliau adalah analisa bukan

melaporkan fakta. Dia analisa berdasarkan kepada analisa wartawan barat masa itu.

Memanglah, macam sekarang. Dia analisa yang dibuat oleh reporter barat pada

peristiwa itu dahulu. Memanglah akan prejudis tapi Laporan MAGERAN oleh

pemerintah, bertarikh Oktober 1969, buku Almarhum Tunku Abdul Rahman - 13 May

Before and After, buku ini fakta, siap dengan gambar. Kenapa ada golongan tertentu

dalam negara ini takut peristiwa 13 Mei diajar sebagai mata pelajaran Sejarah? Takut

ianya didedahkan kerana kalau kita baca dan saya baca, baru-baru ini saya sembang

dengan kawan-kawan di luar cerita tentang 13 Mei, apa yang saya baca dalam ini,

mereka terkejut. Mereka tidak tahu rupanya itu yang berlaku. Sebabnya mudah sahaja,

mereka takut rakyat tahu warna sebenar mereka. Tembelang mereka sebenarnya,

racisnya, chauvinistnya otak ala komunis yang ada dalam kepala otak mereka itu. Dia

takut rakyat tahu.



Sebab itu Tuan Yang di-Pertua, saya hendak ambil peluang pada hari ini untuk

menceritakan tentang peristiwa 13 Mei ini daripada laporan fakta yang ada supaya

rakyat tahu kenapa peristiwa itu berlaku. Ia bukan satu peristiwa spontan yang berlaku

pada 13 Mei. Hari itu sahaja, orang Melayu berkumpul dekat Kampung Baru, parang

bakar – ada dengar cerita parang terbang dan tahu-tahu beberapa orang Cina mati

tergolek. Bukan itu, peristiwa ini bermula jauh pada tahun 1957.

Ia bermula pada tahun 1957 lagi. Pada 2 Januari 1957 di Pulau Pinang, apabila

perarakan mengisytiharkan Pulau Pinang sebagai bandar raya yang tidak disertai orang

Melayu yang membantah, orang Melayu dikepung dan cuba dikapak oleh sekumpulan

Cina. Seorang pegawai polis Cina mempertahankan Melayu yang dikepung itu dan

menembak perusuh Cina, maka tension sudah start. Itu tahun 1957.



Pada 1 Mei 1959 di Sungai Pinang, berlaku pergaduhan antara orang Melayu

dengan orang Cina. Ia kemudian merebak dan samseng Cina mula merusuh. Imam

masjid Sungai Pinang panggil mesyuarat orang kampung untuk membuat kawalan.

Kumpulan Cina bersenjata kepung masjid dan berlaku pergaduhan rumah dan kedai

terbakar, pembunuhan berlaku di kedua belah pihak iaitu sepuluh tahun sebelum

peristiwa itu.



Pada 11 Julai 1964 di pasar Bukit Mertajam, seorang pekerja Melayu diketuk

dengan cangkul oleh seorang anak tauke Cina sayur berumur 15 tahun. Dia buat report,

polis lambat ambil tindakan. Dia tidak puas hati, dia pergi lapor kepada Majlis Daerah,

maka beberapa tindakan diambil. Berlaku pergaduhan dan seorang Melayu dibunuh.

Gambar dia ada lagi dalam ini – gambar dia dibunuh. Encik Kasim bin Omar terlentang

atas lantai pasar dibunuh oleh sekumpulan Cina – berlaku tension pada masa itu.



Kemudian, saya ingat lagi pada masa itu sudah mula perasaan tidak puas hati ini

timbul. Baru-baru ini saya ada ceramah di kawasan Kampung Baru. Orang-orang tua di

situ cerita bagaimana terhinanya orang Melayu pada masa itu pergi ke Chow Kit hendak

beli barang daripada Cina. Minta cili, minta bawang, dia tunjuk dengan kaki sahaja – lu

angkat ini. Ini perasaan orang Melayu pada masa itu. Maka episod ketidakpercayaan

sudah mula wujud, tension ketegangan sudah mula wujud sejak itu lagi.



Pada tahun 1969, pilihan raya berlaku. DAP dan GERAKAN main isu

perkauman. Saya hendak sebut pada Tuan Yang di-Pertua, isu yang dimainkan itu

supaya kita tengok balik. Dalam laporan yang dibuat, apa dia kempen atau isu

perkauman yang dimainkan pada masa itu? Di muka surat 21 sehingga 24 Laporan

MAGERAN – sebab saya hendak baca ini Tuan Yang di-Pertua, kerana patennya sama

sahaja dengan hari ini, sebiji sama.



Apa yang berlaku pada tahun 1969? Laporan itu menyebut DAP dan GERAKAN

mempertikai Artikel 153 (Hak dan kedudukan istimewa orang Melayu), mempertikai

status bangsa Melayu sebagai peribumi. Saya tidak lupa kenyataan Ketua Wanita Parti

GERAKAN yang menyatakan orang Melayu pun pendatang, tohmahan orang Melayu

mendapat keistimewaan dan Cina diketepikan terutama di sektor awam. Padahal, itu

tidak betul. Kalau kita baca dalam Laporan MAGERAN, ia menyebut bagaimana

sebenarnya fakta itu tidak betul.

Saya hendak baca fakta yang dikemukakan secara ringkas Tuan Yang di-Pertua,

yang hendak menyatakan bahawa orang Melayu dapat kedudukan istimewa dalam

perkhidmatan awam. Dalam laporan ini di muka surat 22 dan 23 disebut, “Figures

relating to division one government officers by racial group as of 1st November 1968:






Maknanya, pada masa itu fakta yang kata orang yang bukan Melayu diketepikan

dan Melayu dapat keistimewaan tidak betul pada masa itu. Kalau Tuan Yang di-Pertua

tengok sekarang isu yang dikatakan Cina tidak dapat itu, tidak dapat ini, saya hendak

baca kenyataan dalam Malaysian Business isu bulan September 2010. Kenyataan oleh

seorang tokoh korporat Cina sendiri, Tan Sri Liew Kee Sin daripada syarikat SP Setia

Berhad menyatakan bahawa sebenarnya masyarakat Cina di Malaysia mendapat

kedudukan yang baik di bawah polisi pro bumiputera.



Dia beri contoh dalam majalah Forbes disebutkan bahawa di bawah dasar pro

bumiputera ini, syarikat yang dikuasai oleh kaum Cina account for 37% of market

capitalization among the top 300 listed companies compared to bumiputera equity of 7%

dengan izin. “Chinese individuals also control 73% of the wealth owned by the top 40

richest Malaysians and make up eight of the top ten richest Malaysian” dengan izin. “He

pointed out that Chinese small-to-medium enterprises (SMEs) had done very well too,

and that their owners could even afford to buy the multi-million ringgit bungalows built by

his company. “One Chinaman want to build a bungalow of RM40 million!” he said.”

Kenyataan Tan Sri Liew Kee Sin dari SP Setia.

Jadi di mana yang kata tidak dapat keistimewaan dan diketepikan?



 Kemudian

kalau Tuan Yang di-Pertua tengok kenyataan sekarang, ia sama. Pertikai Artikel 153,

tohmah kata orang Melayu dapat keistimewaan lebih, selepas itu kata dia diketepikan.

Sama, same patent by the same people. Oleh orang yang sama yang masih ada lagi di

sini.



Malahan Tuan Yang di-Pertua, pada 15 April 1969, Yang Mulia Almarhum Tunku

Abdul Rahman yang mereka dewa-dewakan sekarang – dia kata apa? Dia bagi amaran

dah masa itu. Tunku memberi amaran – ini dalam Laporan MAGERAN Oktober 1969.

Tunku sebut apa? Tunku memberi amaran kepada DAP supaya tidak mempersoalkan

Artikel 153 jika DAP – di Kuala Pilah Tunku membuat kenyataan ini. Dalam muka surat

24 Laporan MAGERAN, Tunku kata jika DAP berterusan mempertikai Artikel 153,

kekacauan akan berlaku dan keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi akan hancur.

Exactly, sebiji apa yang berlaku sekarang – sama paten.

Tuan Yang di-Pertua...



Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Ya,

gulung Yang Berhormat.



Tuan Zulkifli bin Nordin [Kulim Bandar Baharu]: Saya hendak sebut sahaja

apa yang berlaku pada 13 Mei itu untuk menutup. Tuan Yang di-Pertua, cuba Tuan

Yang di-Pertua bayang ini kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka pada

masa itu. Pada 4 Mei 1969 di Kepong, sekumpulan pemuda Cina menconteng grafiti anti

pilihan raya. Polis suruh berhenti dan diserang dengan besi dan lastik besi. Polis

pertahan diri dan tembak mati seorang. Mayat di preserved untuk perarakan pada hari

undi 10 Mei.



Pada 9 Mei 1969 di Kuala Lumpur, perarakan membawa mayat melalui Kuala

Lumpur dan menyebabkan jam, melaungkan slogan ‘Malai Si’ (Melayu Mati) dan slogan

‘Mao Zedong’ termasuk hutang darah dibayar darah. Pada 10 Mei 1969, Pulau Pinang

tumbang, nyaris kalah di Selangor dan Perak. Beberapa kerusi Parlimen tumbang

kepada DAP dan GERAKAN. Perarakan kemenangan dibuat pada 11 Mei 1969 di jalan

BrickfieldS pada pukul lima petang. Dia kata apa? “Apa polis boleh buat? Kita Raja,

buang semua polis Melayu”.



Pada 11 Mei 1969 pukul 8.30 malam di Jalan Bukit Bintang, perarakan DAP –

“Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”. Pada 11 Mei 1969 pukul 10.00 malam di Jalan

Changkat Dollah – “KL sekarang Cina punya”. Pada 12 Mei 1969, satu perarakan di

Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Jalan Hill

masuk ke Kampung Baru dengan 500 skuter. Apa mereka kata? “Melayu balik

kampung, Melayu sudah tiada kuasa. Sekarang kita Cina control.” Bila lalu depan

Kampung Baru mereka kata “Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam sama lu,

sekarang kita ada kuasa”.



Pada 12 Mei 1969 pukul 7.30 petang di pondok polis Jalan Pudu – “Maki polis!

Semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.” Pada 12 Mei 1969 pukul 8.30 malam

di Jalan Bukit Bintang – “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan

Melayu punya, mata-mata lancau.” Pada 12 Mei 1969 pukul 7.00 petang di Jalan Canvel

“Butoh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu.” Pada malam 12 Mei 1969 di Jalan Bukit

Bintang – “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.” Pada

awal tengah malam 13 Mei 1969 di Kampung Baru – “Maki orang Melayu, Melayu balik

hutan.”



Pada 12 Mei 1999, 9.30 malam, PJ. – “Sekarang kita perintah apa boleh buat?

Melayu balik kampung. Melayu sudah jatuh, MARA boleh keluar. Melayu balik kampung

MARA hendak beri habis.” Tuan Yang di-Pertua, ini yang berlaku pada masa itu.



Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Ya,

baik Yang Berhormat.

Tuan Zulkifli bin Nordin [Kulim Bandar Baharu]: Jadi Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Saya

ada baca buku semua itu. Semua buku saya baca Yang Berhormat.

Tuan Zulkifli bin Nordin [Kulim Bandar Baharu]: Saya tahu, saya tahu, tapi...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]:

Penulisan Tunku Abdul Rahman, Laporan daripada Operation pada 69 itu semua saya

baca.



Tuan Zulkifli bin Nordin [Kulim Bandar Baharu]: Tuan Yang di-Pertua, tidak

semua orang seperti Tuan Yang di-Pertua baca. Oleh sebab itu perkara ini perlu

didedahkan. Cuma satu sahaja Tuan Yang di-Pertua cadangan saya hendak tuntut di

sini. Cadangan saya supaya diperbanyakkan bahan terbitan dan bacaan tentang

peristiwa13 Mei ini. Kemudian selalu ulangkan di televisyen. Ketiga, kempen kesedaran

di sekolah-sekolah berkenaan sejarah khususnya peristiwa 13 Mei ini. Adakan video

klip, gambar-gambar yang disimpan di dalam Arkib Negara semua itu bawa keluar bagi

orang tengok.

Kemudian saya cadangkan supaya ditubuhkan satu suruhanjaya siasat dalang dalang

13 Mei ini. Buat satu kertas putih siasat kepimpinan DAP pada masa itu yang

masih ada lagi pada hari ini. Ini kerana mereka ini orang kata parti chauvinist infested

party. Dia tidak boleh sudah, orang lain semua berubah, dia sahaja tidak berubah.

[Tepuk] Saya tahu ramai DAP yang baik, Yang Berhormat Bakri, Yang Berhormat Kota

Melaka, Yang Berhormat Rasah. Ini baik-baik saya ingat mereka masuk PKRlah.

[Ketawa] Ataupun kalau dia hendak masuk Islam masuk PAS.



Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Tidak

mengapalah Yang Berhormat, habis masa Yang Berhormat.



Tuan Zulkifli bin Nordin [Kulim Bandar Baharu]: Jadi satu sahaja Tuan Yang

di-Pertua yang saya hendak beritahu Tuan Yang di-Pertua perkara ini dirancang. Dia

bukan sahaja tetapi dirancang. Saya paling takut Tuan Yang di-Pertua yang saya

hendak dedahkan pada hari ini sebenarnya Tuan Yang di-Pertua kalau Tuan Yang di-

Pertua tengok rapatnya kepimpinan DAP dengan kepimpinan PKR ini...



Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Baik

Yang Berhormat.



Tuan Zulkifli bin Nordin [Kulim Bandar Baharu]: Satu sahaja Tuan Yang di-

Pertua, sebenarnya yang buat mereka rapat saya rasa kawan-kawan saya di PAS pun

tidak tahu ada perjanjian sulit di antara mereka sekiranya Pakatan Rakyat menang

Kerajaan Persekutuan kuasa autonomi akan diberi kepada Pulau Pinang.



Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Baik

Yang Berhormat.



Tuan Zulkifli bin Nordin [Kulim Bandar Baharu]: Calon-calon Melayu akan

diletakkan di Perak dan di Negeri Sembilan, kalau mereka menang Menteri Besarnya

daripada DAP.



Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Baik

Yang Berhormat masa sudah habis. Yang Berhormat boleh sambung pada

jawatankuasa nantilah.



Tuan Zulkifli bin Nordin [Kulim Bandar Baharu]: Insya-Allah saya pohon Tuan

Yang di-Pertua, supaya perkara ini dipandang berat jangan dipandang enteng kerana

kalau dia hendak berlaku, dia berlaku sekelip mata. Oleh sebab itu saya ambil

kesempatan mengucap terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua atas kesempatan

yang diberikan. Saya harap akan berlaku perubahan dan kami konsensus BEBAS

mengambil sikap menyokong bajet yang dibentangkan. Terima kasih. [Tepuk]



JANGAN BIAR SEJARAH HITAM INI BERULANG KEMBALI.....!!! 
BERSATULAH MELAYU......!!!!! 




6 ulasan:

  1. MELAYU DAN ISLAM DIMALAYSIA SEMAKI LEMAH AKIBAT SENKETA POLITIK...TIDAK SEDARKAH KITA SEMUA INI MEMANG TELAH DIRANCANG MEREKA2 INI...ANASIR2 JAHAT DARI DALAM MAHUPUN LUAR NEGARA....
    PERPECAHAN KITA INI HANYA MENGUNTUNKAN MEREKA DAN MELEMAHKAN AGAMA BANGSA DAN NEGARA....
    AYUHLAH KITA SEMUA BERSATU MEMPERTAHANKAN
    AGAMA BANGSA DAN TANAHAIR TERCINTA INI.....!!!!!!

    BalasPadam
  2. Saya bukan ahli mana2 parti politik..tp saya sedih kerana org melayu sudah berpecah dan mereka2 yg bukan melayu mengambil kesempatan dalam perkara ini. Kita memaki hamun sesama sendiri, menghina sesama sendiri, menfitnah sesama sendiri... tp ape hasil nye? tiada. yg untung adalah mereka2 yg bukan melayu. namun org kita masih x sedar semua ini. Sedih saya memikirkannya..

    BalasPadam
  3. MELAYU KENA SEDAR,JGN DIPERALAT OLEH ORANG LAIN UTK KEPENTINGAN DIRI, BELAJAR DARI KESILAPAN, JANGAN BUAT KESILAPAN.

    BalasPadam
  4. HARI INI YG JADI BARUA PAS..PARTI ANAK HARAM !!

    BalasPadam
  5. Sigh, why do people keep saying.. 'We Malay should unite, else the outsider will take advantage of it'. This is the mentality of the past, we are living in a more literate age now, lets learn from the past and unite for the nation not the race.

    BalasPadam