Selasa, 23 April 2013

BOM JANGKA 2013!!! Agenda Penjajah Hampir Tercapai






Perangkap yang telah dipasang atas nama demokrasi dan masyarakat majmuk telah memperdayakan banyak orang orang melayu yang berjuang mengikut hawa nafsu semata mata- Pelbagai helah yang telah dilakukan diperkatakan bagi memenangi hati rakyat yang berbangsa Melayu yang cetek ilmu percaturan politik.

Akhirnya mereka ini terperangkap didalam agenda yang membunuh bangsa mereka sendiri- Itulah DAP sebuah parti yang mengamalkan dasar dasar perkauman yang amat kuat dikalangan mereka. Mereka adalah pengamal kecinaan yang telah diterap dari tahun 60an lagi oleh PAP yang mana ibu kepada DAP.

Gaya dan corak pemerintahan mereka banyak menjurus kepada membela bangsa dan kuasa bagi kecinaan yang ada didalam diri mereka. Kita telah dapat melihat bagaimana pemecahan majoriti berlaku di Singapura kepada bangsa melayu. Kini sedang terjadi di Pulau Pinang.

Agak menyedihkan masih ada lagi bangsa Melayu yang tidak sedar tentang hal ini, mereka ini di ulit dengan kata-kata manis yang dihamburkan oleh DAP kepada UMNO- Segala kata kata DAP seumpama “Al-Quran” bagai mereka ini. Kata kata yang tidak boleh disanggah sama sekali itu lah pengikut dan pemimpin PAS dan PKR yang kini sanggup untuk membunuh bangsa dan negara mereka sendiri demi DAP.

DAP telah membuka penyertaan keahliannya kepada bangsa lain adalah satu helah untuk mengaburi mata masayarakat agar masyarakat berfikir bahawa DAP adalah sebuah parti yang tidak mengamalkan perkauman, tetapai mereka silap- mereka telah tertipu, mereka telah terpedaya.

Dap membuka ruang penyertaan tersebut bukan kerana untuk menjadikan Partinya berbilang kaum akan tetapi hanya lah untuk mendapatkan undi dari pihak orang orang tolol yang berada didalam bangsa melayu.Sebagaimana sikap DAP , parti ini tidak akan membuka ruang yang seluasnya bagi bangsa lain menguasai apa juga yang telah mereka kuasai. DAP adalah sebuah parti caunivis yang amat tebal didalam sanubari mereka.

Dengan demikian , apa juga helah yang dibuat dan diberikan dan ditawarkan kepada bangsa lain hanya lah sandiwara sahaja. Melayu kini telah terperangkap dalam politik DAP. Apa yang amat jelas ialah ‘DAP parti cauvinis’

Berbalik semula dengan agenda jahat DAP untuk menghancurkan negara ini dengan menggunakan PAS sebagai kuda tunggangan.

.Kristian Agama Rasmi.

.Malaysia akan ditukarkan kepada Republik. Guan Eng ada pejabat mewah di Singapura dan setiap minggu berjumpa Lee Kuan Yiew. Kewangan DAP terlalu kuat.

.YDP Negeri Pulau Pinang akan ditukar kepada Cina.

.Sistem Raja berperlembagaan akan dibubarkan,

.Raja adalah berketurunan lanun kata Lim Kit Siang.

.Isu azan hanya test kesensetifan orang Islam.

.Pertandinagn tilawah Al Quran akan dihapuskan.

.NGO Melayu akan dihapuskan. cth PEKIDA & PERKASA.

.Perkahwinan campur akan digalakkan.
Insentif RM 5,000 akan diberikan atas alasan humans right (penghapusan etnik Melayu).

.Bahasa Inggeris bahasa Rasmi.

.Mata pelajaran Agama Islam akan dimansuhkan.

.Chin Peng akan diberi pengampunan dan diberi gelaran Tun.

.MARA jabatan yang dianggap rasis akan dibubarkan.

.GLC akan dipegang dan diterajui oleh orang Cina.

.Di hotel Palma Penang, lagu Negara ku yang baru telah dimainkan. Tiada sebut pun tentang raja.

.Rejimen Askar Melayu Diraja akan dibubarkan kerana telah banyak bunuh orang cina (komunis) sebelum ini.

.Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara akan ditukarkan kepada orang Cina.

.Kakitangan kerajaan berketurunan Melayu akan dikurangkan.

  • KEMAS, BTN dan MKN akan ditutup.


.Kedutaan Israel akan dibuka.

.Pengkalan Tentera Israel akan dibuka di Port Dickson.

.Majlis Antara Agama akan menggantikan Majlis Agama Islam.

.Wang zakat akan digunakan oleh orang bukan Islam.

  • Percubaan telah dibuat di Perak sewaktu dibawah Nizar MB boneka. Ngeh pernah mintak untuk guna wang zakat tetapi dihalang oleh Mufti.


.DEB akan dimansuhkan.

.Parti berteraskan agama akan dibubarkan termasuk PAS.

  • Mat Sabu pernah kata “Saya sanggup makan babi dengan Lim Guan Eng dari makan ayam dengan Najib dalam satu majlis tertutup.” PAS telah berjaya diliberalkan (dikafirkan?).


.Yahudi dan CIA akan bantu menjayakan rancangan DAP.

Masih tidak nampak lagi- Jadi AWAS bangsaku- sekarang kita berhadapan dengan ancaman luar dan dalam, kita berhadapan dengan bangsa sendiri yang inginkan sebuah negara republik sebagaimana dicanangkan oleh mereka.

Bolehkah dibayangkan nanti corak pemerintahan jika kuasa terlepas ke tangan mereka? Apakah Melayu dan Islam mendapat tempat seperti sekarang? Seburuk-buruk UMNO ia lebih bersifat peribadi kepada pemimpin tertentu tetapi umum Islam dan Melayu masih dalam kedudukan yang terpelihara.

Soal jika mahu Melayu dan Islam termaju dan terhebat ia banyak bergantung kepada Melayu dan Islam itu sendiri kerana kerajaan UMNO hanya memberi kemudahan dan dorongan awal.Kekurangan dan kelemahan UMNO ini sepatutnya sudah terisi dan diganti dengan satu perjuangan lain seperti PAS yang dulunya sangat istiqamah dengan perjuangan Islam.

Malangnya PAS hari ini lebih teruk dari UMNO pula dari segi ‘kerakusan’ dan ‘kemaruk’ kuasa yang berlebihan sehingga sanggup ‘berkompromi’ dalam beberapa perkara pokok termasuk syubahat dalam soal dosa2 besar atau soal2 kemusnahan masa depan ummah.

Kebanyakannya isu yang disokong oleh PAS adalah perkara perkara yang menjadi tuntutan didalam tuntutan Siqiu dan tuntutan IFC yang mana didalangi oleh DAP. Di Pulau Pinang sebagai contohnya-

.Kita pernah mendengar Agama Kristian sebagai agama rasmi Malaysia.
.Kita pernah mendengar pemansuhan DEB oleh PKR-
.Kita pernah mendengar kesamarataan beragama-
.Kita pernah mendengar isu permurtadan
.Kita pernah mendengar isu Kalimah Allah
.Kita pernah mendengar Isu azan.
.Kita pernah mendengar Hadi Awang berkata Agama Islam bukan Agama Rasmi jika Pembangkang merintah?
.Kita pernah mendengar isu perjanjian Annapolis summit 27 November .2007 – Pengiktirafan Israel oleh Anwar

Dan sekarang mari kita bariskan apakah agenda yang sebenarnya telah dirancang oleh DAP untuk menakluk negara ini dengan bantuan Yahudi dan Singapura.DAP paling benci kepada bangsa Melayu beragama Islam dan Raja2 Melayu. DAP berniat jahat untuk menukar perlembagaan Islam kepada Perlembagaan Kristian.

Seorang pemimpin kanan DAP pernah didalam ucapannya menyatakan

”we must make sure christian become official religion in Malaysia and we make sure that the next prime minister is christian.“

Sekarang telah jelas dan terang , bahawa PAS PKR telah bersama sama memperjuangkan apa yang diperjuangkan oleh DAP yang boleh juga kita kenali sebagai Israel Kecil dimana Islam adalah musuh mereka sebagaimana yang telah dilakukan di Singapura oleh PAP.

Jika Israel sangat jijik di kacamata Islam sedunia sewajarnya DAP juga wajar dilihat oleh seluruh umat Melayu dan Islam termasuk PAS sebagai ‘Israel Kecil’ yang menentang Islam secara terang2an.

Menurut ramalan formula RAHMAN, selepas Tun Hussein Onn, Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri dan kemudiannya Tun Abdullah. RAHMAN juga menilik Datuk Seri Najib sebagai penyudahnya. Kit Siang mengharapkan ianya akan benar-benar berlaku dengan isu-isu yang diketengahkan 31 tahun yang lampau dikenang oleh generasi sekarang.

Sememangnya isu-isu di dalam buku ini masih relevan untuk diperbincangkan memandangkan pemerintahan Malaysia sejak 50 tahun yang lampau di bawah legasi BN dan Umno.

Kit Siang dalam beberapa siri ucapannya pernah berkata bahawa DAP berfungsi sebagai pembangkang dan tidak berminat menjadi kerajaan pemerintah. Namun telahannya agak meleset kerana selepas tsunami Mac 2008, lima negeri telah jatuh kepada pembangkang, bahkan anaknya Guan Eng dipilih sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Selangor dan Perak juga mendapat sumbangan besar dari DAP dalam pentadbiran negeri-negeri tersebut.

Merenung kembali ucapan-ucapan yang dibaca oleh Kit Siang sewaktu beliau menjadi wakil rakyat beberapa sesi. Jatuh bangunnya, susah senangnya, tangis riangnya, gagal jayanya semuanya dinukilkan dalam buku ini dan juga agenda parti tersebut terhadap Malaysia.

Kini semua itu hampir tercapai dengan bantuan PKR dan PAS- Sebaliknya Melayu UMNO kini sedang berjuang bermatian untuk mempertahankan kedaulatan negara ini agar tidak terjajah ditangan Cina Cauvinis ini walaupun terpaksa berhadapan dengan kumpulan Melayu yang tiada asas politik silam.


  • Ayuh bangsaku Melayu- sekarang bukan masanya kita untuk bertelagah- bukan masanya kita untuk bertekak ingatlah, bacalah bahawa kita bangsa Melayu sedang diancam dari luar dan dalam- Bersatulah dalam satu barisan untuk mempertahankannya. 
  • Jangan dijadikan “Bumi yang dipijak Milik orang” sesalan pada kemudian hari tidak ada gunanya.


Wallahualam....

1. MESTIBACA.........!!!!! BERSATULAH MELAYU.....!!!!

 


3. GEMPAR!PENDEDAHAN MENGAPA SINGAPURA MENGINTAI MALAYSIA ?




Jumaat, 19 April 2013

Karpal, Kit Siang tanding atas tiket Pas



Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Penasihatnya, Lim Kit Siang akan bertanding atas tiket Pas berikutan keputusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak mengiktiraf Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang dipilih Disember lalu.


Kesal dengan keputusan itu, Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok berkata, pengumuman mengenai keputusan itu hanya dibuat 48 jam sebelum hari penamaan calon Sabtu ini.



"Selepas ini tidak ada sesiapa lagi boleh mendakwa sama ada Pas ataupun PKR dipergunakan oleh DAP lagi kerana DAP akan masuk Pas.



"Saudara boleh panggil saya ustazah selepas ini," katanya ketika berucap pada Majlis Pengumuan Calon dan Pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat (PR), di sini, sebentar tadi.



Semalam, RoS memaklumkan kepada DAP bahawa ia tidak mengiktiraf barisan baru CEC parti itu yang dipilih akhir tahun lalu ekoran kesilapan teknikal dalam penjadualan (tabulation) undi.



Berikutan itu, RoS telah mengarahkan jawatankuasa pusat parti itu dibekukan sehingga siasatan selesai dan satu salinan surat RoS kepada DAP telah dihantar kepada SPR.



Bagaimanapun, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan DAP boleh menggunakan lambangnya pada pilihan raya umum kali ini kerana siasatan RoS itu tidak akan memberi kesan kepada parti itu dalam meletakkan calon mereka untuk bertanding pada PRU13.



Dalam perkembangan berkaitan, Kok menambah, berikutan keputusan itu, beberapa pimpinanan DAP tidak dapat hadir pada malam ini kerana masih bermesyuarat dengan dengan pihak peguam untuk membincangkan mengenai langkah undang-undang yang boleh diambil.



Menurut beliau, DAP telah mengadakan mesyuarat khas bersama CEC parti itu untuk menentukan keputusan seterusnya berhubung isu ini.



Beliau yang juga Pengerusi DAP Selangor juga menambah, implikasi daripada keputusan ini, DAP tidak mempunyai pilihan lain daripada tetap terus bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) atas tiket Pas.



"DAP tidak ada pilihan lagi kerana sudah tidak boleh bertanding atas tiket roket.



"Namun, di pihak DAP kami tetap ingin mengucapkan terima kasih kepada Pas dan PKR kerana sentiasa memberikan sokongan," katanya lagi. - sinar harian

Sabtu, 13 April 2013

GEMPAR!PENDEDAHAN MENGAPA SINGAPURA MENGINTAI MALAYSIA ?








Persoalan demi persoalan timbul kerana dikatakan bahawa antara sebab Singapura sangat berminat dengan politik Malaysia adalah: 

1) PAP Singapura perlu pantau KEKUATAN pembangkang kerana takutkan Ideologi Ekstrim PAS terhadap ISLAM.

2) Kestabilan politik di Malaysia menggugat beberapa kepentingan penting Singapura di Malaysia termasuk dari segi ekonomi dan pelaburan.

3) Sememangnya diketahui umum DAP adalah adik kandung kepada PAP. Bila Singapura Keluar dari Malaysia, BUKTINYA PAP ada seorang MP dalam parlimen Malaysia iaitu C V Devan Nair (MP Bangsar) iaitu yang bersama-sama LIM KIT SIANG mengasaskan DAP pada tahun 1967 Keberuntungan DAP dalam Malaysia akan refleks kepada Keberuntungan PAP di Singapura dan Negara Singapura keseluruhannya .

4) Kenyataan Lee Kuan Yew yang berulang ulang kali menyatakan tidak mustahil Singapura akan bersatu dengan Malaysia dengan beberapa syarat ntah ape ape dari Menteri Menttor yang dah nyanyuk itu. Mungkin kita fikir beliau nyanyuk, namun tahukah kita......bahawa :

    KERUSI KERAJAAN BARISAN NASIONAL (based on 2008) : 140 
    KERUSI PARLIMEN PEMBANGKANG MALAYSIA (based on 2008) : 82 kerusi 
   
    Dengan pertambahan kerusi Parlimen Singapura sebanyak di bawah ... 
    KERUSI PARLIMEN SINGAPURA : 87 KERUSI 
    
     Pembangkang  : 82 KERUSI +  Kerusi Singapura 87 Kerusi  = 169 kerusi 
     berbanding hanya 140 kerusi  Barisan Nasional . 

Persoalan yang perlu dijawab oleh PAS : 

1) DARIPADA 169 kerusi yang dikuasai pembangkang dan PAP nanti,  dapat dipastikan bahawa sebanyak 134 kerusi dikuasai DAP dan PAP. (DAP menang 47 kerusi based on 2008 CAMPUR 87 kerusi Parlimen di Singapura yang 90%  dikuasai PARTI KIASU PAP! ) . Persoalan: PAS dan PKR bagaimana? Belum letak PKR yang bukan Melayu dan parti-parti dalam Barisan Nasional yang mungkin akan melompat-lompat ?

2) Bagaimanakah nasib Politik Orang-orang Melayu ? 
3) Bagaimanakah nasib Agama Islam?
4) Bagaimanakah nasib Raja-raja Melayu?
5) Republik Malaysia tercapai? tiada raja tiada sultan?? 
6) Beberapa institusi yang perjuangkan nasib Melayu dimansuhkan termasuk memansuhkan Majlis Agama Islam dan Parti yang berasaskan agama seperti PAS sendiri?????! 
    
Perkara ini Membenarkan pendedahan-pendedahan oleh beberapa INDIVIDU Penting dalam DAP bahawa itulah yang dirancang DAP!  

Perkara ini boleh dilaksanakan DAP apabila pembangkang (dengan ketidaksedaran PAS dan PKR) menguasai Parlimen 2 per 3 pada PRU 13 ATAU PRU 14 atau PRU 15 dan sekaligus boleh menggubal perlembagaan Malaysia! Singapura dengan rela (tidak perlu dijemput) akan masuk ke dalam MALAYSIA! Kerana Parti-parti KIASU mereka akan untung! 

Adakah orang-orang Melayu akan duduk diam sahaja? Ya, Pertumpahan darah mungkin berlaku lagi..... 

Cara mengelak perkara ini berlaku adalah:


Rabu, 10 April 2013

Gadai Islam, Ulama Pondok Keluar Deklarasi Undi PAS, PKR Adalah Haram!






GURUN: Golongan ulama pondok pada Isnin membuat satu deklarasi bahawa mengundi PAS dan PKR pada pilihan raya umum ke-13 ini adalah haram di sini Islam.

PAS dan PKR turut bertangungjawab melakukan jenayah paling besar terhadap umat Islam kerana membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam dan menyokong pluralisme agama.

Ketua Penerangan Pondok Minda, Kelantan, Harun Yahya berkata kenyataan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh berkaitan isu itu jelas menunjukkan perjuangan mereka.

"Ini adalah agenda dan strategi untuk menghancurkan Islam paling besar pernah berlaku dalam sejarah negara ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Persidangan Ulama-Ulama bersama Kepimpinan Pondok-Pondok/Sekolah Agama Rakyat/Tahfiz al-Quran peringkat kebangsaan yang berakhir di sini.

Beliau berkata deklarasi itu dicapai setelah tiga hari hampir 150 orang tokoh ulama dan kepimpinan tersebut termasuk Penasihat Pondok Minda, Tok Guru Abdullah Sa'amah bersidang bermula Sabtu lepas.

Persidangan bertujuan memperkasa dan mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan dengan merujuk nas-nas daripada kitab-kitab ulama Ahli Sunnah Waljamaah yang muktabar, katanya.

Menurut Harun, parti-parti pembangkang yang memperjuangkan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam didapati mengemukakan nas-nas tidak betul, bertentangan dengan Islam dan menyesatkan.

"Semua orang tahu Allah adalah nama tuhan bagi umat Islam dan Al-Quran diturunkan kepada penganutnya. Kalimah Allah mengajar dan membawa maksud tiada tuhan melainkan Dia (Allah).

"Oleh itu bukan Islam tidak boleh guna nama Allah sebagai nama tuhan mereka. Mereka perlu tinggalkan kepercayaan untuk menganut Islam jika mahu menggunakan (kalimah) Allah sebagai nama tuhan kerana ini membezakan tuhan orang Islam dan bukan Islam," kata Harun.

Beliau berkata, membenarkan nama Allah digunakan oleh agama lain sebagai nama tuhan mereka memberi kesan bahawa semua agama adalah sama dan diturunkan Allah.

"Sekiranya dalam Bible ada nama Allah, dalam kita lain pun sama, semua pihak akan beranggapan semua agama adalah sama iaitu agama Allah," katanya.

Beliau menasihatkan umat Islam tidak leka dalam soal ini dan mengesyorkan supaya mengadakan solat hajat bagi memohon pertolongan Allah. - BERNAMA