Jumaat, 30 Mac 2012

Pas akan terus guna kempen 'undi, syurga' - Nik Aziz








KOTA BHARU - Pas tetap dengan pendiriannya meneruskan kempen menegakkan syiar Islam dengan menekankan soal syurga apabila seseorang itu melahirkan sokongan kepada parti itu semasa pilihan raya, kata Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Berang dengan dakwaan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, Nik Aziz berkata, pemimpin Barisan Nasional (BN) perlu mempelajari agama terdahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
“Tiap-tiap orang yang bercakap soal Islam dia akan sebut soal syurga dan neraka, dia (Datuk Abd Rahman) kena ingat, bercakap ini ada soal pahala dan dosa, jangan cakap sembarangan,” kata beliau ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di Dataran Ilmu pagi ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Abd Rahman ketika Wacana Sinar Harian ke-12 kelmarin, yang mendakwa Pas melakukan rasuah politik paling tinggi dengan menjanjikan syurga kepada pengundi.
Abdul Rahman berkata, pembangkang menuduh BN rasuah, namun mereka sendiri terlupa turut melakukan perkara sama pada setiap pilihan raya iaitu dengan mengundi PAS akan ke Syurga...

HANYA 8 DARI 112,635 PENEROKA FELDA BUAT COURT INJUNCTION !!! ADA YANG TIDAK KENA NI !!!


PAS Takut Peneroka Untung, Takut BN Semakin Kukuh di Felda
 
Memandangkan pilihanraya semakin hampir, pembangkang semakin galak menjadikan Felda sasaran serangan mereka. 

 Mungkin di mata mereka, inilah satu-satunya isu yang ‘bernas’ untuk dimainkan. 

 Jika tidak hanya Datin Seri Rosmahlah yang dijadikan modal mereka untuk mencari kecacatan kerajaan dan Perdana Menteri. 

Kelmarin Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, membuat kecoh di parlimen menuntut kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas Parlimen bagi membincangkan tentang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia. 

Alasannya ialah terdapat peneroka yang yang membantah penyenaraian FGVH melalui memorandum dan injunksi mahkamah bagi menghalang anak syarikat Felda itu disenaraikan di Bursa Malaysia pada Mei/Jun ini.

Dengan itu, beliau menggesa agar kerajaan mengadakan satu referendum di antara Felda dan para peneroka Felda untuk mendapat kepastian mengenai jumlah sebenar yang menyokong atau yang tidak menyokong keputusan tersebut. 

Jelas di sini bahawa Salahuddin dan PR, amnya bukannya ingin membela nasib peneroka atau sesiapa, tetapi mereka hanya ingin mencari publisiti murahan. 

Strategi ini adalah sama seperti yang mereka lakukan dalam isu Lynas di mana mereka memilih jalan membuat bising di jalanan dan bukannya mencari penyelesaian secara tuntas mengikut undang-undang. 

Cumanya, di dalam isu Felda ini, mereka memilih undang-undang dan menghabiskan wang rakyat daripada membiarkan ianya ditentukan secara aman dan diplomasi di dalam Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM). 

Ini kerana cara ini akan memberikan lebih banyak publisiti kepada pembangkang. 

Sedangkan, jika alasannya adalah untuk mendapat gambaran sebenar sokongan peneroka terhadap penyeneraian ini, ia sudah boleh dilakukan melalui EGM sebelum ini yang meletakkan agenda perbincangan mengenai isu ini antara Felda dengan Koperasi Permodalan Felda (KPF). 

Cara ini adalah lebih demokratik di mana undian boleh diadakan bagi mencari penyelesaian yang mampu memuaskan hati semua pihak.

Tetapi, PAS juga yang bertindak menghalang EGM tersebut dari berlangsung pada 29 Februari lalu. Dan kini mendesak agar referendum di antara dua pihak itu diadakan pula. 

Apakah rasionalnya tindakan PAS ini? Bukankah ini menunjukkan yang pembangkang sengaja ingin membuat bising? 

Benar, jumlah peneroka Felda adalah 112,635 dan hanya 1,300 orang daripada mereka terpilih sebagai wakil dalam KPF. 

Namun wakil KPF itu telah dipertanggungjawabkan untuk membawa suara majoriti para peneroka dari kawasan masing-masing dan tidak ada alasan bahawa suara 1,300 tersebut tidak akan menunjukkan suara majoriti dari 112,635 orang. 

Bayangkan berapa lama dan berapa banyak kos yang perlu digunakan untuk mengadakan referendum bagi mendapat pandangan 112,635 orang peneroka dari seluruh pelusuk pedalaman Felda.

Nampak benar apa yang disarankan oleh PAS ini amatlah tidak masuk akal sekali gus menggambarkan cara pemikiran PAS yang tidak rasional, tidak professional dan tidak realistik sama sekali. 

Dalam ertikata lain, PAS hanya ingin memanjangkan isu Felda ini demi memberi sedikit modal untuk mereka berceramah dalam kempen pilihanraya nanti. 

Ia tiada kena mengena dengan membela nasib peneroka atau siapa saja. 

Apa yang PAS lakukan hanya akan merugikan para peneroka kerana PAS ingin menafikan ‘durian runtuh’ yang bakal dinikmati mereka hasil penyenaraian ini. 

Takut benar PAS jika peneroka mendapat nikmat kerana ia hanya akan menunjukkan betapa bijaknya kerajaan dan pengurusan Felda, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan BN di dalam Felda.

Jual Tanah Masjid Bayan Mutiara Kerja Gila



Sudah diperlihatkan dengan jelas di hadapan mata, bagaimana rasis dan chauvinisnya DAP, khasnya Lim Guan Eng dalam memerintah Pulau Pinang. Begitu juga dengan sifat kuku-besi dan tidak telusnya sehingga suatu ketika dahulu membawa kepada perletakan jawatan Tan Boo Chang, kounselor MPPP yang mewakili PKR, akibat tidak puas hati dengan isu sPICE.

Kini, satu lagi bukti ketidaktelusan dan sifat kuku-besi Guan Eng terserlah apabila beliau bertindak menjual projek pembangunan Bayan Mutiara kepada pemaju swasta. Pelan pembangunan asal Bayan Mutiara mengandungi 5 blok kondominium, kawasan komersial, tapak sekolah dan tapak masjid.


Pembangunan Bayan Mutiara seluas 103 ekar direkabentuk oleh PDC dan perancangannya telah diluluskan pada 2008/2009 dengan menggunakan pakar perunding PDC Properties dan PDC Consultancy. PDC juga mempunyai anak syarikat pembinaan iaitu PDC Nusabina yang mampu melaksanakan pembangunan ini.


Namun, entah atas alasan apa dan sebab apa, kesemua perancangan yang bakal memberi manfaat dan keuntungan lumayan kepada PDC dan rakyat ini tiba-tiba dibantutkan oleh Guan Eng apabila beliau menjual projek pembangunan ini kepada Tropicana Ivory Sdn Bhd iaitu syarikat usahasama pemaju Ivory Properties Group Berhad dan Dijaya Corp. Bhd. dengan harga RM1.1billion. Untuk makluman, Nilai Pembangunan Kasar projek ini ialah RM10 billion.


Selain itu, perjanjian pembelian ini juga menimbulkan persoalan konflik kepentingan kerana kedua-dua pihak yang terlibat dalam membuat keputusan iaitu Ketua Menteri Inc. (CMI) dan PDC, diketuai oleh Guan Eng sendiri.


Jika Guan Eng ikhlas ingin membantu rakyat dan menjana pendapatan negeri, tentu beliau tidak akan membuat keputusan sebegini. Jelas, ada sesuatu yang tidak kena dalam pentadbiran Guan Eng dan DAP di Pulau Pinang. Sekali gus, slogan CAT atau (Cekap, Amanah dan Telus) langsung tidak memberi erti.


Lebih menyedihkan ialah kelulusan asal projek ini adalah termasuk dengan pembinaan masjid. Dengan penjualannya, maka tapak masjid tersebut juga dijual bersama. Lanjutan dari itu, beberapa pemimpin UMNO telah tampil untuk mendesak Lim Guan Eng supaya menjelaskan hal yang sebenar dan mengembalikan tapak masjid berkenaan kepada Majlis Agama Islam negeri.


Sekretariat Selamatkan Tapak Masjid di Bayan Mutiara akan ditubuhkan jika terbukti Kerajaan DAP Pulau Pinang menjual tapak masjid seperti yang terdapat dalam pelan pembangunan asal kepada syarikat pemaju swasta.


Maka satu lagi persoalan timbul, iaitu di manakah pemimpin-pemimpin PAS dalam isu ini? Tidakkah mereka juga sensitif mengenai penjualan tapak masjid Bayan Mutiara ini? Tidakkah mereka ingin memperjuangkan Islam sebagaimana yang dilaung-laungkan selama ini?


Yang pastinya, skandal Bayan Mutiara ini bukan sahaja membuktikan ketidaktelusan DAP, tetapi juga membuktikan sifat hipokrasi PAS dalam mempertahankan kedaulatan Islam.


Selama ini juga PAS tidak pernah mengambil pusing soal pembinaan masjid atau platform dakwah yang kukuh untuk menyebar dan mendaulatkan Islam sama ada dari segi tarikat mahupun syariat. Buktinya, selama 22 tahun memerimtah Kelantan, hanya satu masjid yang dibina oleh PAS dan selebihnya adalah dibina atas usaha UMNO. Islam yang diperjuangkan oleh PAS hanyalah dari segi slogan dan pakaian semata-mata. Oleh itu, apalah erti tapak masjid Bayan Mutiara ini bagi PAS.


Dengan sikap DAP yang rasis, tidak telus dan kuku-besi, serta sikap PAS yang tidak mengambil pusing nasib orang Melayu dan kedudukan agama Islam, kita menjangkakan yang kaum Melayu Pulau Pinang akan terus tertindas di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Secara tidak langsung, kaum-kaum lain juga akan terjejas kerana nampaknya kerajaan negeri langsung tidak meletakkan kepentingan negeri dan rakyat dalam membuat keputusan.


Sebagai rakyat marhaen, kita hanya mampu bertanya mungkinkah ada sesuatu antara Lim Guan Eng dengan Tropicana Ivory Sdn Bhd?


Tetapi jangan lupa, sebagai rakyat marhaen juga, kita punya kuasa untuk memilih kerajaan yang akan memerintah negeri dan juga negara.

Khamis, 29 Mac 2012

Bahaya tuntutan ultra kiasu ...



Ahad lalu kita dikejutkan dengan Perhimpunan 325 ultra kiasu sekitar kolej perkauman mereka, ala universiti merdeka di Kajang. Saya tertanya-tanya bagaimana perhimpunan perkauman sebegini diberikan permit. Sepatutnya ISA lah jawapannya. Tetapi kita tidak pernah lakukan. Ini toleransi dan mulianya hati budi pemimpin. Berbanding dengan undang-undang di Singapura, panggilan ‘anjing’ sudah membolehkan seseorang itu dipenjara atau didenda dan beberapa kemudahan ditarik balik. Di negara kita, tiada sebarang tindakan dikenakan walaupun perkataan lebih hina dan lucah digunakan serta sentimen perkauman dimainkan.

Saya telah pergi ke kolej yang dipunyai oleh ultra kiasu ini (tempat perhimpunan) enam tahu lalu. Operasinya langsung tidak mencerminkan identiti kebangsaan, sama seperti kolej di negeri China. Laman webnya pun langsung tidak menggunakan bahasa Melayu. Saya tidak faham bagaimana kolej ini boleh diikhtiraf sebagai salah satu IPTS negara ini. Apa boleh buat, semua telah diluluskan. Kita tidak pernah bertegas, malah semakin tunduk kepada tuntutan dan tekanan. Malang sungguh negara ini, identiti kebangsaan langsung tidak tertonjol,yang menonjol adalah identiti orang lain.

Beberapa laman web ultra kiasu melaporkan perhimpunan tersebut disertai oleh lebih 5000 orang. Manakala akhbar ultra kiasu melaporkan lebih 7000 orang. Angka tidak penting, walaupun sering dimanipulasikan oleh akhbar ultra kiasu untuk menunjukkan mereka hebat. Tidak mustahil bilangannya agak ramai kerana jika pelajar-pelajar dan ibu bapa kolej ultra kiasunya turun, sudah cukup mendapatkan angka tersebut. Pada saya, perhimpunan ini tidak perlu dianggap sebagai satu gugatan. Apa yang penting adalah tindakan pro aktif kita, bukan action oriented, takut kepada mereka. Agenda kebangsaan mesti diperkasakan daripada agenda perkauman komunis mereka.

Tuntutan mereka amat tidak logik dan begitu ektrem. Inilah strategi komunis yang dipakai sekian lama. Walaupun komunis telah tiada, tetapi pemikirannya masih kuat. Tuntut sebanyak-banyaknya, mereka tahu kerajaan tidak akan tunduk. Namun, kerajaan akan beri sedikit. Pemberian sedikit itulah kemenangan terbesar buat mereka. Kerajaan sepatutnya sudah dapat membaca strategi lapok ini. Jangan gentar sama sekali dengan ugutan menjelang pilihan raya. Biar kalah, tetapi bermaruah, daripada menang, tetapi tergadai segala-galanya. Generasi akan datang menderita. Kita akan dikutuk sampai bila-bila

Antara tuntutan kumpulan ultra kiasu ini adalah;

Pertama, segera keluarkan guru Cina yang tidak latar belakang sekolah Cina atau mengambil mandarin dalam sijil SPM.

Kedua, sediakan kursus khas bahasa Cina kepada guru yang mengajar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, minima tiga tahun, supaya mereka dapat menguasai ketiga-tiga bahasa ini.

Ketiga, rombak silibus latihan perguruan supaya guru bahasa Cina benar-benar layak untuk mengajar bahasa Cina.

Keempat, rombak akta pelajaran bagi memastikan sekolah vernakular dilindungi dan setaraf dengan sekolah kebangsaan.

Siapakah ultra kiasu ini yang begitu biadab dan kurang ajar, yang begitu berani mencabar kerajaan? Mereka tidak layak hidup di negara bertuah yang memberikan banyak kebebasan sehinggakan identiti negara tidak terserlah. Tuntutan ini amat tidak masuk akal. Sebahagian orang Cina sendiri tidak selesa dengan tuntutan terlalu ultra ini. Justeru, tidak wajar kita salahkan semua orang Cina.

Saya cadangkan ultra kiasu membawa tuntutan yang boleh memporakperandakan negara ini ke negara komunis China. Saya amat yakin, komunis China pun tidak dapat menerimanya walaupun berkaitan dengan agenda bangsa Cina, kerana memberi ancaman kepada keselamatan kerajaan. Tidak perlu pergi jauh, lihatlah berapa ramai yang menjadi korban dalam peristiwa Tiananmen 1989, hanya kerana mereka menuntut kebebasan dan demokrasi? Seramai 400-800 orang (The New York Times) telah menjadi korban dan ribuan cedera. Selain tindakan ketenteraan, kerajaan China telah melakukan penangkapan besar-besaran untuk menyekat kebangkitan penunjuk perasaan dan pengikut pro demokrasi di seluruh China.

Media asing diharamkan dari membuat liputan. Media awam dikawal dalam membuat segala liputan media mengenai kejadian tersebut. Lihat betapa bertuahnya negara ini, media ultra kiasu mempropagandakan isu ini tidak pernah habis dan terus memainkan sentiment perkauman. Kita terus berlembut. Jika adapun tindakan, hanya surat tunjuk sebab dan amaran, pun tidak berani menjentiknya. Kenapa? Takut mereka tidak mengundi kita. Nasihat saya, berilah sebanyak manapun, ultra kiasu tidak akan mengundi kita.

Apa yang dibuat oleh kerajaan kita terhadap perhimpunan perkauman ini? Boleh dikatakan tiada. Mereka terus melakukan provokasi. Jika Kementerian Pelajaran tunduk kepada tuntutan ultra ini, maruah kita berada di tahap yang paling hina dan amat rendah sekali. Jangan terlalu mengharapkan undi sehingga maruah dan harga diri negara ini tergadai. Pentingkan agenda kebangsaan berbanding agenda bangsa. Jika mereka benar-benar ikhlas sudah tentu agenda kebangsaan (bahasa Melayu) dibincang atau dibawa bersekali. Ini tidak, semuanya mesti cina, cina dan cina seperti di negeri China.

Mereka tidak pernah risau sebahagian produk SJKC yang langsung tidak boleh menguasai dan berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan. Malah mereka tutup kedua-dua belah mata. Masalah yang dihadapi oleh kementerian pelajaran, langsung tidak mahu diambil tahu. Mereka hanya tahu hak mereka mesti dipenuhi. Hak orang lain langsung tidak dihiraukan. Sedangkan toleransi kerajaan sudah sampai ke tahap maksimum. Tindakan sebegini hanya akan membuahkan dendam.

Dalam pembinaan negara bangsa, tidak salah jika orang Cina kurang sedikit kecinaannya, lebih kepada kemalaysiaannya. Lagipun mereka bukan bangsa majoriti. Barulah betul dikatakan Malaysian first. Saya tidak nampak identiti dan jatidiri orang Melayu dan bumiputera hari ini begitu terangkat dan terdarjat walaupun mereka adalah majoriti. Mereka sanggup berkorban menggadaikan identiti bangsanya, demi menjaga hati orang lain. Namun, madu dibalas tuba. Ingatan saya kepada kerajaan, jangan biarkan pemikiran komunis ini menguasai kita.

Toleransi kita sudah tidak ada tolok banding. Dahulu, terdapat peruntukan Akta Pelajaran 1961 memberi kuasa mutlak kepada Menteri Pelajaran untuk menghapuskan sekolah vernakular. Sebagai menghormati hak bangsa lain, peruntukan ini telah dimansuhkan dalam Akta Pelajaran 1996. Menteri Pelajaran tidak ada kuasa lagi menghapuskan sekolah vernakular. Nampaknya, pemikiran komunis tidak pernah menghargai toleransi kerajaan.

SJKC yang dahulunya dikategorikan sebagai sekolah bantuan modal, hari ini hampir ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Ini tidak termasuk hampir 400 SJKC yang dibina sepenuhnya oleh kerajaan termasuk bangunan dan tanah. Menjelang pilihan raya, ke mana sahaja Perdana Menteri membuat lawatan ada sahaja SJKC/T baru yang diluluskan. Rumah ibadat janganlah dicerita.

Saya tidak pasti penambahan Sekolah Kebangsaan dan sekolah agama, sebab tidak dilaporkan. Yang pasti, bangsa lain semakin mendapat tempat dan diraikan menjelang pilihan raya umum. Tidak cukup dengan itu, kaduk terus naik junjung, mereka terus mendesak ditambah lagi, seolah-olah tidak pernah cukup, termasuk penambahan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJKC) dan Sekolah Persendirian Cina serta sijil-sijil sekolah perkauman (UEC) yang mesti diikhtiraf.

Maka tidak hairanlah, baru-baru ini Kementerian Pengajian Tinggi telah menerima 146 institusi pengajian tinggi di China menjadi kumpulan pertama yang diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), susulan Perjanjian Pengiktirafan Seiring (MRA) yang ditandatangani Malaysia dan China pada 28 April 2011.

Antara universiti China yang diiktiraf ialah Universiti Anhui, Universiti Beihang, Universiti Fudan dan Universiti Donghua. Ini tidak termasuk kerjasama dengan Taiwan. Saya tidak menolak akan kerjasama tersebut, tetapi apakah mekanisme seterusnya. Siapakah yang akan belajar di sana? Apakah kritirianya? Menggunakan SPM atau UEC? Bagaimana pemantauan boleh dilakukan dengan lambakan IPTS perkauman yang tidak terkawal terutama kolej ultra kiasu di Kajang itu. Selepas ini dan selama inipun mereka terus mendesak supaya agar graduan-graduan mereka ini diterima memasuki perkhidmatan awam tanpa syarat.

Jika demonstrasi inilah yang mahu dijadikan ukuran untuk menggegarkan kerajaan, saya fikir sekolah agama rakyatpun akan berdemonstrasi juga. Lihatlah dan pergilah membuat lawatan ke sekolah agama rakyat, ibarat segan mati tak mahu. Pernahkah orang Islam membuat tunjuk perasaan seperti ultra kiasu. Sedangkan hak Islam dan orang Islam dijamin dengan jelas dalam perlembagaan, terutama perkara berkaitan dengan pembinaan institusi Islam yang mesti dibiayai oleh negara.

Saya tidak pernah risau majoriti mereka mengejek timbalan menteri pelajaran ketika perhimpunan. Ini sebahagian daripada taktik strategi mereka. Selepas ini perkara ini akan dibawa kepada menteri pelajaran dan diminta menebuskan balik penghinaan tersebut untuk menagih simpati. Akhirnya, kerajaan jadi sedih bersimpati, dan memberikan segala tuntutan mereka. Taktik lapok ini sudah lama saya fahami. Bila tuntutan itu dipenuhi, malah menteri tersebut akan dijulang kembali oleh ultra kiasu.

Bayangkan jika kita tunduk kepada tuntutan tersebut, apakah akan terjadi kepada agenda kebangsaan dan pembinaan negara bangsa. Saya menyeru kepada Umno dan Pas, jangan tunduk kepada ultra kiasu ini. Sama ada dipenuhi atau tidak, tuntutan mereka, mereka tidak akan mengundi Umno (BN) dalam pilihan raya akan datang. Bukti yang ada sudah cukup jelas. Jika diberi, bermaharajalelalah mereka. Jika tidak diberikan pun, mereka masih menang, kerana mereka sudah ada wakil dalam BN dan kerajaan ultra kiasu di beberapa negeri.

Justeru, janganlah lihat demonstrasi ultra kiasu ini sebagai ancaman. Tetapi lihat demontrasi itu sebagai peluang untuk kita memperkasakan agenda kebangsaan, bukannya tunduk kepada pemikiran komunis ini .

Prof. Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Rabu, 28 Mac 2012

ISU LYNAS : Mencari Kebenaran Yang Sebenar



Prof Dr Ismail Bahari
SmSn(UKM). Msc(London), PhD (Colorado State)
Kepakaran: Fizik sinaran
No Bilik : Bangunan Sains Nuklear, UKM
Tel: +603-89215478


Membetulkan maklumat 'menyesatkan'

Oleh Prof Dr. Ismail Bahari

Prof Dr. Ismail Bahari ialah pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia yang juga penyelidik bidang keselamatan sinaran dan keselamatan industri lebih 30 tahun.

TERLALU banyak maklumat salah yang boleh 'menyesatkan' pembaca yang saya dapati pada temu bual dengan seorang yang dikatakan sebagai 'pakar nuklear', seperti mana dilaporkan dalam akhbar terbitan
parti pembangkang baru-baru ini.

Bukan tujuan untuk memperkecil-kecilkan kepakaran 'pakar nuklear' yang ditemu bual itu, tetapi untuk membetulkan daripada sudut fakta ilmiah semata-mata.

* Panel penasihat Agensi Tenaga dan Atom Antarabangsa (IAEA) yang membuat penyelidikan dan keputusan bagi projek Lynas Advanced Manufacturing Plant (LAMP) di Gebeng, Kuantan telah menyembunyikan maklumat tentang wujudnya bahan-bahan uranium dan thorium dalam projek tersebut.

Untuk penjelasan, panel IAEA ini adalah panel pakar yang dipertanggungjawabkan untuk menaksir kesan dan risiko radiologi akibat pelaksanaan projek Lynas ini. Bermakna, mereka dipanggil untuk memberi pandangan bebas terhadap isu radionuklid semula jadi bahan-bahan uranium dan thorium.

Ini telah disebut dengan jelas dalam laporan panel pakar IAEA itu sendiri, agak pelik jika hal ini tidak disedari sekiranya laporan ini benar-benar dibaca dan difahami oleh 'pakar nuklear' berkenaan.

* Kadar bahan radioaktif dalam nadir bumi adalah rendah tetapi jumlah yang dibawa masuk besar.

Istilah tepat sepatutnya ialah kepekatan aktiviti bukan kadar bahan radioaktif. Jika kepekatan aktiviti radionuklid adalah rendah seperti diakui oleh 'pakar nuklear' itu sendiri, maka dosnya sudah pasti rendah.

Aras dos rendah kepada pekerja Lynas dan orang ramai sekitar kilang Lynas telah dilaporkan dalam Penaksiran Impak Radiologi (RIA) yang dibentangkan kepada pihak Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB).

Perlu ditekankan bahawa operasi Lynas tidak memekatkan kepekatan aktiviti thorium. Kepekatan aktiviti thorium dalam pekatan lantinid adalah sama dengan kepekatan aktiviti residu (iaitu sekitar 6 Bq g-1)

* Bahan buangan mengandungi uranium dan thorium dicampak ke dalam kawasan pembuangan seluas 48 hektar, kemudian menjadi pekatan yang menghasilkan gas radon selain habuk-habuk thorium dan uranium.

Sedangkan, 'bahan buangan' tidak dicampakkan ke dalam kawasan pembuangan sewenang-wenangnya. Sebaliknya, disimpan sementara dalam sel yang direka dan dibina khas, selaras dengan piawaian antarabangsa yang diiktiraf selamat.
Kaedah kejuruteraan yang digunakan ini serta sifat fiziko-kimia uranium dan thorium itu sendiri akan memastikan tidak berlaku penyebaran gas radon/thoron serta habuk mengandungi uranium dan thorium yang memudaratkan manusia.

Perlu ditekankan bahawa RIA ke atas projek ini mendapati potensi penyebaran gas thoron adalah sangat kecil dan sukar diukur. Perlu ditekankan juga persekitaran semula jadi sendiri mempunyai uranium dan thorium yang masing-masing membebaskan gas radon dan thoron.

* Betapa bahan uranium yang terdapat dalam projek Lynas ini adalah sama dengan yang digunakan dalam loji nuklear Fukushima di Jepun.

Sedangkan, ini adalah maklumat yang sangat tidak lengkap, menyesatkan malahan berbahaya. Memang U-238 terkandung dalam bahan proses Lynas adalah sama jenisnya dengan yang digunakan dalam reaktor nuklear di Fukushima tetapi kepekatan yang terdapat pada kedua-duanya adalah berbeza ' ibarat langit dan bumi'.

Uranium semula jadi (seperti yag digunakan oleh Lynas) terdiri daripada 0.7 peratus (%) U-235 dan 99.3% U-238.

U-235 adalah bahan belahan dalam bahan api nuklear yang sangat penting untuk memulakan tindak balas nuklear. Dalam bahan api nuklear kepekatan U-235 diperkaya menjadi 5%.

Dalam reaktor nuklear Fukushima yang menggunakan bahan api MOX atau campuran bahan belahan oksida, U-235 tidak digunakan dalam bahan api nuklear tetapi digantikan dengan Plutonium-239 (radionuklid ini tidak terdapat secara semula jadi dalam alam sekitar dan tidak ada dalam bahan pekatan yang digunakan Lynas).

Sepekara lagi, uranium bukan hanya ada dalam bahan api nuklear dan
pekatan lanthanid Lynas (28 ppm) sahaja tetapi wujud dalam baja (boleh mencapai 400 ppm) dan arang batu (> 100 ppm).
Secara anologi, 'pakar nuklear' berkenaan seolah-olah menyatakan bahawa tanah di Pahang atau keseluruhan Malaysia mempunyai persamaan dengan reaktor nuklear di Fukushima hanya kerana ia mempunyai bahan uranium yang sama.

* Bahan buangan Lynas boleh mencemarkan air dan alam sekitar.

Sedangkan, hasil kajian RIA mendapati bahan buangan Lynas tidak mencemarkan air dalam alam sekitar. Sama seperti kilang-kilang lain di Kawasan Perindustrian Gebeng, setiap pelepasan kilang ke persekitaran hendaklah mematuhi syarat-syarat ketat yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (DOE) dan AELB.

* Gas radon akan terbebas ke udara. Partikel alfa yang dihidu juga boleh merosakkan sel tubuh dan kromosom manusia.

Sedangkan, maklumat ini tidak lengkap dan sekali lagi menyesatkan. Memang benar gas radon dihasilkan tetapi 'pakar nuklear' tersebut tidak pula menyatakan bahawa gas radon daripada thorium (lebih tepat disebut thoron) mempunyai
jangka hayat yang sangat pendek, cuma 56 saat.

Ini bermakna dalam masa
56 saat gas thoron terbentuk dan dibebaskan ke udara, ia akan segera menyepai menjadi radionuklid pepejal yang jatuh ke bumi serta tidak membahayakan. Dengan kepekatan aktiviti yang kecil, kemungkinan thoron dihidu dan memudaratkan adalah sangat tipis.

Pakar Nuklear ini lupa atau sengaja lupa menyatakan bahawa risiko dikawal dengan Had Dos. Selagi Had Dos tidak dilampaui, risikonya boleh diterima. Had Dos ini digunakan kerana kita perlu ingat bahawa kita sentiasa terdedah kepada uranium dan thorium semula jadi.

Selagi ada uranium dan thorium, selagi itu kita terdedah kepada radon, thoron dan zarah alfa. Pendek kata kita tidak boleh kata kita tidak hendak didedahkan kepada radon, thoron atau zarah alfa atau sinaran sebab kesemua ini berada di mana-mana sahaja di muka bumi ini.

Sebaliknya, berdasarkan kepekatan aktiviti Th-232 yang ada dalam bahan mentah dan residu pemprosesan Lynas, serta sifat fizik gas thoron itu sendiri telah ditentukan secara saintifik tidak mampu mencemarkan alam sekitar sehingga ke tahap dikatakan berbahaya kepada manusia yang menghidunya.

* Pelan pelupusan sisa adalah tidak lengkap.

Sedangkan, sebagai ' pakar nuklear', beliau tentu tahu bahawa pelan pelupusan sisa bukan setakat melupus sisa dengan menanam, tetapi turut merangkumi penggunaan semula sisa tersebut dengan selamat. Dengan cara ini, isu pelupusan kekal mungkin tidak diperlukan.

Jika perlu dilupuskan, Lynas pula sudah mereka bentuk dan membina tapak pelupusan sementara yang mematuhi segala syarat dan kriteria pembinaan tapak pelupusan kekal (sungguhpun bukan matlamatnya untuk menjadikan tapak tersebut sebagai tapak pelupusan sisa kekal).

* "Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menolak industri ini kerana tidak ada level radiasi yang selamat".

Sebagai seorang pendidik dan penyelidik bidang keselamatan sinaran dan keselamatan industri selama lebih 30 tahun (dan masih berkhidmat dengan selamat), saya amat terkejut dengan kesimpulan yang dibuat oleh 'pakar nuklear' itu.

Sama ada disedari atau tidak, beliau sebenarnya menyatakan bahawa kita boleh hidup dalam dunia yang bebas daripada dedahan sinaran atau radiasi. Bukan pakar nuklear pun tahu, ini tidak benar sama sekali. Sama ada kita hendak atau tidak, kita sentiasa terdedah kepada sinaran dari bumi dan matahari.

Malah terdapat beberapa tempat di negara kita yang mempunyai aras sinaran semula jadi yang lebih tinggi daripada aras purata tanah- tanih Malaysia. Sila rujuk hasil kajian aras sinaran di kawasan lombong bijih timah di Perak, Selangor dan Pantai Pasir Hitam di Langkawi.

Begitu juga, cuba lihat di Ramsar, Iran; Kerala, India; Grand Junction, Colorado, Amerika Syarikat dan tempat-tempat lain yang disahkan mempunyai aras sinaran semula jadi yang jauh lebih tinggi daripada apa yang bakal dibebaskan oleh Lynas.

Persoalannya, adakah penduduk di tempat-tempat tersebut semua cacat dan terencat? Malah, kajian ke atas penduduk di Ramsar, Iran mendapati penduduk di sana mempunyai jangka hayat yang lebih panjang daripada rakyat Iran di tempat-tempat lain.

Rujuklah dokumen ilmiah sebelum membuat pernyataan tidak tepat, salah dan mampu menyesatkan. 'Pakar nuklear' tersebut pernah belajar dan memperolehi
ijazah pertama dalam bidang Kejuruteraan Nuklear dan Fizik di Amerika Syarikat. Tidakkah beliau terdedah kepada sinaran semasa pengajiannya?

Tentulah ada. Maka, adakah beliau atau keluarga beliau mengalami apa-apa kecacatan akibat dedahan sinaran tidak kira rendah mana pun tahapnya?

Pakar Nuklear sepatutnya mendidik masyarakat tentang fakta sebenar sinaran dan kesannya, dan tidak menyesatkan masyarakat dengan maklumat yang tidak lengkap dan salah.
 

Ahad, 25 Mac 2012

Pemuda PAS kata Melayu cibai!!



Pemuda PAS kata Melayu cibai!!
Inilah berlaku bila Melayu mudah lupa...
Mereka Lupa,Jika Tiadanya Melayu di Tanah melayu ini Apakah akan berlaku pada Islam....
Melayulah Pembela Islam .......!!!
  Pencacai PR tidak berpijak di bumi yang nyata...
Adakah dengan memperjuangkan melayu kita menolak Islam..
Puak 2 PAS yang memperjuangkan Islam "katanya" tapi sering bertindak bercanggah dengan Syariat Islam...

1.Memecahbelahkan umat islam.
2.Membuat fatwa dan ajaran yang menyesatkan umat islam.
3.Bersekonkol dengan musuh2 islam...
dan banyak lagilah jika dan dinyatakan disini...

Sabtu, 24 Mac 2012

ISRAEL DAN YAHUDI !!! ADA PERMAINAN POLITIK ANTARA ANWAR IBRAHIM DAN HADI AWANG !!! WAJIB BACA !!!



ISRAEL DAN YAHUDI !!! ADA PERMAINAN POLITIK ANTARA ANWAR IBRAHIM DAN HADI AWANG !!! WAJIB BACA !!! 

 

 

1. Isu Israel dan Yahudi kembali lagi.

2. Tuan Guru Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekarang tiba-tiba berkata bahawa, “boleh bekerjasama dan berniaga dengan Yahudi”.

3. Ini suatu perkembangan yang amat menghairankan dan memualkan dengan sikap Parti Islam Semalaysia (PAS) yang kononnya memperjuangkan Islam dan anti Yahudi satu ketika dahulu.

4. PAS pada zaman sebelum turunnya ‘wahyu’ terkini dari Hadi Awang ini akan mengecam barang sedikit sekalipun apa jenis hubungan dengan Yahudi, hatta kalau ada orang Yahudi yang kentut sekalipun di negara kita mereka akan menjerit isytihar perang, tetapi hairannya kini menghalalkan hubungan dengan Yahudi.

5. Saya masih ingat sekitar tahun 2000 yang mana buah pisang kaki dari Israel yang dibawa masuk ke dalam negara dari Singapura telah dipaparkan di dalam Harakah sebagai bukti hubungan dagang antara Malaysia dan Israel. Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional telah dibantai dengan begitu hebat sekali. Malah Tun Dr Mahathir telah dilabel sebagai agen zionis.

6. Saya tidak pasti sama ada pendirian terbaru Presiden PAS berkenaan dengan Yahudi ini disebabkan Datuk Seri Abdul Hadi ingin mempertahankan Anwar ataupun hendak mengenakan Anwar.

7. Di hati kecil saya, saya merasakan Abdul Hadi tidak seperti Anwar.

8. Anwar diketahui adalah seekor sesumpah politik (Malaysia’s Chameleon) seperti yang diterbitkan oleh majalah terkemuka The Economist bertarikh 30 Julai 2009, yang akan mengubah warna kulit dan percakapannya berdasarkan kepada persekitaran yang didudukinya.

9. Pendek kata, apabila berhadapan dengan golongan liberal, Anwar menjadi liberal. Bila berhadapan dengan golongan pluralisme agama, dia menjadi pelopor pluralisme agama. Bila berhadapan dengan golongan Islamist, Anwar akan bersalin kulit menjadi seorang Islamist dengan menjaja nama-nama beberapa tokoh Islam dan dengan membaca sepatah dua ayat Quran dan istilah-istilah Arab bagi memikat hati umat Islam. Bila berhadapan dengan pelobi Yahudi dan Amerika, dia menjadi seorang yang prodemokrasi tulen sehingga boleh menerima amalan-amalan songsang seperti homoseksual dan kebebasan untuk murtad seperti Lina Joy.

10. Itu memang Anwar. Sikap talam pelbagai mukanya itu bukanlah sesuatu yang menghairankan. Kecenderungan nalurinya yang dua alam itu sememangnya diketahui umum.

11. Jadi, tidak menjadi perkara yang menghairankan apabila Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan kepada Wall Street Journal, “I support all efforts to protect the security of the state of Israel…”

12. Itulah Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim diketahui mempunyai hubungan rapat dengan tokoh-tokoh zionis dunia seperti Paul Wolfowitz (seorang arkitek perang Amerika berketurunan Yahudi Zionis yang menghancurkan dua buah negara Islam Iraq dan Afghanistan), William Cohen dan Al Gore, malah merupakan rakyat Malaysia pertama yang mengiktiraf negara haram Israel apabila menandatangani Annapolis Summit sesudah dia keluar dari penjara akibat sabit kesalahan liwat.

13. Dari satu segi, seolah-olah Abdul Hadi hendak memberi isyarat kepada Anwar bahawa cukup-cukuplah kamu berurusan dengan Zionis.

14. Dan dari satu segi, Hadi Awang seperti memukul Anwar yang setiap kali apabila dibangkitkan masalah moralnya, sifat pro-Amerika dan pro-Israelnya, akan menuding jari terhadap Kerajaan dengan diluahkan ejek-ejekan seperti UMNO-APCO dan “kapal Israel” yang berlabuh di Klang (bendera Israel dan Liberia pun tak kenal ke?).

15. Malah ahli-ahli parlimen Pakatan telah menukar suasana parlimen menjadi zoo dengan ejekan-ejekan dan bunyi-bunyian yang sudah pasti membuatkan beruk-beruk dan hidupan liar lain merasa keliru dan mungkin tertanya-tanya apakah spesies haiwan baru ini.

16. Sekali lagi UMNO dibantai sebagai agen Yahudi kerana menggunakan khidmat syarikat APCO yang ada kaitan dengan orang Yahudi. Mahfuz Omar, Khalid Samad, Dr. Dzulkifli Ahmad dan beberapa pemimpin PAS lain paling kehadapan dalam menjaja isu APCO ini dan Kerajaan Datuk Seri Najib dituduh dengan pelbagai tohmahan termasuk 1Malaysia=1Israel.

17. Tetapi, yang malangnya adalah pendokong-pendokong PAS yang bersusah payah menunjukkan iltizam mereka bersama jamaah dan umat Palestin berdemo dan memboikot apa sahaja kaitan dengan Yahudi. Ironinya,mereka rancak menggunakan facebook, sebuah syarikat milik seorang remaja Yahudi, menggunakan Microsoft, Blackberry, Iphone, Motorola, Siemens dan sebagainya yang semuanya memiliki pemilik saham Yahudi serta ada yang memiliki regional branch di Israel.

18. Setiapkali ada sahaja pembunuhan, pencerobohan dan juga penghinaan terhadap rumah ibadat kita di tanah suci Baitul Muqaddis, maka tidak lenganglah Jalan Tun Abdul Razak berhadapan dengan Kedutaan Amerika menjadi tumpuan khalayak pendemo PAS.

19. KFC dan McDonalds serta kaum kerabatnya menjadi mangsa boikot kononnya konglomerat ini menyumbangkan dana kepada Israel, sehinggakan suatu masa dahulu, di Universiti Malaya, cadangan untuk mempunyai francais McDonalds terpaksa dibatalkan atas sebab yang sama. Kegagalan membuka Restoran Mc Donald di UM ini dijadikan satu testimonial kejayaan PAS Kampus iaitu Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) sebagai bukti perjuangan mereka yang anti Yahudi. Setelah Hadi Awang bertitah beberapa hari lepas, perjuangan mereka ini bukanlah anti Yahudi tetapi adalah anti-Ekonomi.

20. Boleh dikatakan sebelum ini, belum habis saya menyebut ‘Joo’ (yang mempunyai sebutan hampir sama dengan Jew iaitu Yahudi) pun mungkin ada rakan facebook saya akan mem’ban’kan atau mem’bar’kan saya, padahal saya menyebut nama Juliana ataupun Junaidah.

21. Begitulah bencinya pendokong PAS suatu ketika dahulu terhadap Israel dan Yahudi.

22. Ada sahabat saya yang sampai tidak ampunkan kerajaan, kerana dia antara orang yang ditugaskan menjaga remaja Israel bermain kriket yang tentunya berbangsa Yahudi, walaupun belum tentu merekanya berfahaman Zionis.

23. Kami Mahasiswa UM dikerah oleh PMIUM untuk melakukan demonstrasi besar-besaran menentang kehadiran pasukan kriket Israel ini. Kami bersabung nyawa dan darah berdepan dengan belantan FRU kerana anti Yahudi. Semua ini dilakukan kerana Hadi Awang belum mengeluarkan fatwa terbarunya beberapa hari lepas.

24. Bukan setakat itu sahaja, tinggal satu hotel dengan PM Israel pun sudah menjadi dosa tidak terampun, bersalam pun salah, tulis surat pun seolah-olah melayakkan orang-orang tertentu untuk diseksa dengan malaikat yang sama dengan malaikat yang menyeksa Firaun, Abu Lahab dan Abu Jahal.

25. Alasan mereka kini, Nabi dahulu pun berurus niaga dengan Yahudi Madinah. Seolah-olah, riwayat ini baru sampai kepada mereka tidak sampai beberapa jam yang lepas. Seolah-olah juga sebelum kes Anwar menyokong Israel ini, Nabi tidak pernah berurusan dengan Yahudi. Tinggi sungguh ilmu ulamak seperti ini.

26. Samalah seperti setelah 30 tahun berdegar-degar mengatakan tentang Negara Islam, apabila rakan DAP mereka berdehem, Hadi Awang baru tersedar, rupa-rupanya tidak ada Negara Islam di dalam Al Quran.

27. Sekali lagi, kes Memali berulang lagi. “Mati Syahid” Ibrahim Libya menjadi sia-sia. Pengorbanan penyokong PAS disimbah air asid. Terjun dalam parit, dan disoal siasat polis, dibakulsampahkan oleh pemimpin PAS.

28. Tetapi, seperti biasa, alasan pimpinan PAS, ialah ini adalah strategi. Antum bukan ahli syura, tidak tahu hikmah keputusan syura dan akan dibebelkan keputusan terdahulu pimpinan PAS dan keajaibannya. Padahal kesilapan nyata seperti bersetuju dengan pencalonan Ibrahim Ali di Pasir Mas, menyokong Tuan Haji Zaid Ibrahim (penentang Hudud) sebagai calon pilihanraya parlimen Hulu Selangor dan pelbagai lagi keputusan “bijak” pimpinan parti yang kononnya berteraskan ugama ini disorok di bawah karpet.

29. Jadilah parti ini seperti ‘Maharaja dengan baju baru’. Pengampu dan pembodek terus berkata, baju Tuan Guru yang paling cantik, tetapi sebenarnya rakyat tahu mereka hanya bertelanjang, memperbodohkan diri dan menjual maruah agama dan negara.

30. Anwar tidak perlu risau, kerana segala maksiat dan salah laku Anwar akan diampunkan dan difatwakan halal oleh PAS selagi mana PAS meletakkan kerakusan kuasa melebihi agama.

Oleh Dr Rahman Kadir

Penulis adalah bekas aktivis PMIUM yang pernah menyokong PAS sejak dari tahun 1996.
Sumber : Badut Rakyat

Rabu, 14 Mac 2012

Pendedahan Dokumen Perjanjian SBPA Tangkis FITNAH Anwar..




DOKUMEN SULIT INI TERPAKSA DIDEDAHKAN UNTUK JAWAB FITNAH @anwaribrahim

 

SBPA: NAJIB NAFI TAK BINCANG DENGAN CUEPACS

Sinar Harian

13 Mac 2012
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan telah mengadakan perbincangan dengan Cuepacs dalam merangka Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Perdana Menteri memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini bahawa kerajaan telah mengadakan forum perbincangan bersama Cuepacs dan wakil persatuan itu melalui tiga Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) yang bersidang sekurang-kurangnya tiga kali setahun.


"Mesyuarat tidak berkala lain juga diadakan antara pegawai tertinggi kerajaan dengan ahli Majlis Tertinggi Cuepacs. Kerajaan juga menerima memorandum daripada Cuepacs dengan tuntutan tertentu yang telah dikaji dan diambil kira dalam penggubalan SBPA.


"Sepanjang 2011, sebanyak 13 mesyuarat utama bersama Cuepacs diadakan merangkumi mesyuarat dengan MBK, taklimat pada Ahli Majlis Tertinggi Cuepacs dan siri perjumpaan bersama Cuepacs yang membawa kepada termeterainya memorandum persefahaman mengenai pelaksanaan SBPA antara Jabatan Perkhidmatan Awam dan Cuepacs yang ditandatangani pada 28 Dis 2011," katanya pada sesi soal jawab.


Beliau menjawab soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) yang ingin tahu mengapa kerajaan tidak memanggil Cuepacs untuk berbincang mengenai pelaksanaan SBPA dan pendirian kerajaan terhadap tuntutan-tuntutan Cuepacs.


Sesi soal jawab kemudian bertukar kecoh apabila Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) mengemukakan soalan tambahan mengenai status 36 pegawai dalam Kumpulan Primier yang telah menerima ganjaran gaji dan pencen mengikut SBPA sejak 1 Januari

lepas.

Menjawab soalan itu, Perdana Menteri berkata: "Nampaknya ahli yang berhormat berkenaan nak jadi juara kepada 36 orang ini. Kerajaan kita nak jadi juara kepada 1.4 juta penjawat awam."


Jawapan itu menyebabkan Mahfuz dan beberapa anggota pembangkang lain termasuk Ahmad Kasim (PKR-Kuala Kedah) dan Dr Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) tidak berpuas hati.
 

Cuepacs sendiri telah dibawa berbincang selama lebih setahun sebelum SBPA diumumkan oleh YAB PM.

Memorandum di atas akan menjadi bukti bahawa CUEPACS yang mewakili penjawat awam bersetuju dengan SBPA serta pindaan-pindaan yang telah dibuat ke atas skim tersebut.


Jadi kepada pembaca MyMassa dan rakan blogger, gunakan bukti ini untuk menjawab fitnah pembangkang bahawa Kerajaan meninggalkan CUEPACS dalam SBPA.


*Sebar-sebarkan. Salah seorang pembangkang yang cuba nak fitnah PM pasal SBPA dalam Dewan Rakyat semalam adalah Mahfuz Omar. Mari kita tengok video siapa Mahfuz sebenarnya.

 






Sumber : mymassa

Selasa, 6 Mac 2012

Sisa kilang Lynas dihantar ke luar negara



KUANTAN - Syarikat perlombongan nadir bumi Lynas (M) Sdn Bhd bersetuju untuk menghantar ke luar negara bahan buangan dari kilang memproses bahan itu yang terletak di Gebeng dekat sini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Lynas telah menghantar surat jaminan kepada kerajaan sebagai mematuhi sebahagian syarat yang dikenakan kepada syarikat itu ketika mereka menerima lesen beroperasi sementara dari Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) baru-baru ini.

"Walaupun kerajaan berpuashati bahawa tidak akan ada residue (bahan buangan) radioaktif yang dihasilkan oleh Lynas semasa operasi mereka, sebagai langkah tambahan setelah disyorkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), kerajaan mengarahkan Lynas memberikan jaminan dan merancang untuk menyedia kemudahan pelupusan tetap (PDF), jauh dari penempatan awam.

"Sekiranya syarikat gagal mendapatkan lokasi kemudahan pelupusan tetap tersebut, residue yang dihasilkan akan dibawa keluar dari Malaysia," katanya ketika membaca kenyataan bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri di sini hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa Lynas akan memindahkan sisa buangan ke kawasan yang jauh dari penempatan penduduk.

Ini katanya bagi mengambil kira soal kelegaan masyarakat setempat daripada segi emosi dan psikologi walaupun saintis telah membuktikan sisa itu selamat dan mengandungi tahap radiasi yang sangat lemah.

Mustapa berkata Lynas belum memulakan operasinya dan kerajaan belum melantik mana-mana badan bebas pakar bagi menganalisis bacaan radiasi radioaktif yang dikeluarkan oleh kilang berkenaan.

"Pada masa ini AELB memantau bacaan radiasi semula jadi di lebih 30 tapak di sekitar projek yang mana bacaan-bacaan tersebut dimuat turun ke laman web AELB dari semasa ke semasa.

"AELB juga sedang dalam proses melantik pihak penilai ketiga yang dijangka dibuat menjelang akhir bulan ini," katanya.

Mengenai maklumat balas daripada masyarakat setempat mengenai isu melibatkan kilang itu, Mustapa berkata pihaknya serta agensi-agensi teknikal terlibat seperti AELB dan Jabatan Alam Sekitar telah berjumpa dengan wakil-wakil pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), dewan-dewan perniagaan dan wakil-wakil pelajar bagi menerangkan isu berkenaan.

"Daripada pertemuan tersebut, didapati rakyat semakin memahami mengenai projek berkenaan dan ia selamat berdasarkan fakta saintifik dan teknikal, tetapi ia telah dimanipulasi oleh beberapa pihak yang berkepentingan. Mereka juga telah dimaklumkan mengenai kenyataan daripada Menteri Sumber Australia Barat, Norman Moore pada 29 Feb yang mengesahkan bahawa nadir bumi tersebut terlalu kecil paras radiasinya," katanya. – Bernama

Khamis, 1 Mac 2012

Surat Tun Dr Mahathir Kepada 3 Perdana Menteri Israel Disiarkan Kepada Umum.






Berikut adalah surat yang ditulis oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Israel, Yitzhak Rabin pada 1993, Perdana Menteri Israel Ehud Barak yang dipilih pada 1999, dan Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel pada 1997, seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar di sini semalam. Anwar Ibrahim dan juak-juak Pakatan Haram pasti panas bontot dengan tersiarnya surat-surat Tun Dr Mahathir kepada Perdana Menteri Israel yang selama ini menjadi modal fitnah mereka.

Surat Dr Mahathir Kepada Yitzhak Rabin!

PERDANA MENTERI MALAYSIA


21 Disember 1993


Tuan Yang Terutama


Tuan Yitzhak Rabin


Perdana Menteri Israel


JERUSALEM


Saya ingin mengucapkan terima kasih atas surat tuan bertarikh 17 Oktober memaklumkan saya mengenai Perjanjian Prinsip dan Pengiktirafan Bersama antara Israel dan PLO.


Kerajaan saya menyokong perkembangan positif ini dan menganggapnya sebagai satu langkah awal ke arah merealisasikan satu penyelesaian yang komprehensif kepada masalah Timur Tengah. Sebagai tanda sokongan Malaysia terhadap perkembangan ini, negara saya telah diwakili pada Persidangan Penderma bagi menyokong proses damai Timur Tengah yang diadakan di Washington dan seterusnya berjanji untuk memberi sumbangan kewangan yang sederhana kepada rakyat Palestin bagi membantu dalam tugas-tugas baru mereka. Kerajaan saya juga menawarkan bantuan teknikal kepada rakyat Palestin di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia.


Demi prinsip umum, Malaysia bersedia untuk membina hubungan dengan Israel pada masa yang sesuai. Sementara itu, saya ingin melihat kemajuan ketara dalam pelaksanaan perjanjian damai.


Masalah Timur Tengah terutamanya isu Palestin telah menjadi punca ketidakstabilan di rantau itu dan saya berharap perjanjian baru-baru ini antara Israel dan PLO akan menyumbang kepada keamanan yang berpanjangan di kawasan itu.


Saya berharap kepada hubungan yang biasa dengan Israel (ayat yang terakhir ini bertulis tangan)


DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD


--------------------------
--------------------------------------------------


Surat Mahathir kepada Ehud Barak!


PERDANA MENTERI MALAYSIA


8 Jun 1999


Tuan Yang Terutama Encik Ehud Barak


Perdana Menteri Israel


TEL AVIV


Tuan Yang Terutama,


Saya ingin menyampaikan ucapan tahniah atas kemenangan tuan dalam pilihan raya baru-baru ini. Dengan mandat yang cukup meyakinkan, saya berharap tuan dan rakan gabungan tuan akan dapat memimpin masa depan rakyat Israel di ambang Abad baru.


Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengulangi pendirian Malaysia yang sentiasa memperjuangkan keamanan dan penyelesaian masalah antara jiran menerusi rundingan. Oleh itu menjadi harapan kami untuk melihat pelaksanaan bersama perjanjian yang ditandatangani antara PLO dan Israel. Kami juga percaya jika proses perdamaian hendak diselamatkan, langkah-langkah berkesan mesti diambil untuk memenuhi komitmen.


Sebagai rakan penting dalam proses damai adalah mustahak bagi Israel lebih bersedia bertolak ansor. Rakyat Palestin telah membuat pengorbanan besar. Mereka tidak lagi menuntut penghapusan negara Israel. Mereka malah sedia berkongsi Baitulmaqdis dengan anda. Oleh itu kini masanya bagi Israel memberi respons positif demi mempertahankan harapan rakyat di Palestin dan Israel. Komitmen mulia yang dibuat oleh Kerajaan sebelumnyua mesti dihormati. Jika tidak saya bimbang, akan wujud suasana konflik dan ketidakstabilan serantau yang berkekalan menjangkau ke Abad akan datang.


Ini adalah prospek yang mesti dielakkan. Pokok masalah ialah bahawa tiada pihak yang harus kembali kepada cara lama merundingkan apa yang dimiliki pihak lain, di satu nada dan menghasut kebencian dan keganasan, pada nada lain. Malaysia tidak dapat membiarkan keganasan oleh mana-mana pihak, sama ada rakan atau musuh. Mana-mana negara yang merampas tanah dan harta orang lain, atau menghapus tempat tinggal orang lain untuk mendirikan penempatan mereka sendiri tidak boleh dianggap bersikap jujur mahukan perdamaian.


Malaysia yakin penuh bahawa keselamatan semua negara di Asia Barat dapat dijamin dengan kewujudan perdamaian yang adil, berkekalan, dan komprehensif di rantau berkenaan. Ini mestilah berdasarkan pada prinsip �??pertukaran tanah untuk perdamaian�?? dan penubuhan sebuah negara Palestin merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.


Dunia berharap Israel di bawah kepimpinan tuan, mengetengahkan proses damai dengan iltizam yang tulen. Saya sesungguhnya berharap pencapaian penyelesaian komprehensif di rantau tersebut akan membolehkan Malaysia melihat dengan realistik langkah positif ke arah penubuhan hubungan biasa dengan Israel.


Yang Ikhlas


Dr Mahathir Bin Mohamad



--------------------------
-----------------------------------------


Surat Dr. Mahathir kepada Benjamin Netanyahu!


PERDANA MENTERI MALAYSIA


14 Mac 1997


Tuan Yang Terutama


Tuan Benjamin Netanyahu


Perdana Menteri Israel Jerusalem


Surat tuan bertarikh 23 Januari hanya sampai kepada saya semalam. Saya amat menghargai susah payah tuan untuk memaklumkan kepada saya situasi di Palestin dan rantau berkenaan. Malangnya sebahagian besar daripada perkara yang tuan nyatakan itu telahpun berubah dengan begitu pantas.


Malaysia percaya kepada keamanan dan penyelesaian masalah antara negara berjiran menerusi rundingan. Sebagai jalan keluar terakhir, kami beralih kepada pihak ketiga. Dalam pertikaian berhubung wilayah antara Malaysia dan Singapura dan Malaysia dan Indonesia kami bersetuju menyerahkan kepada Mahkamah Dunia untuk memutuskannya. Pertikaian antara Malaysia dan Thailand berhubung wilayah perairan diselesaikan dengan persetujuan untuk berkongsi sumber bukan marin dengan saksama.


Di dalam negara, ketidaksamaan dalam pengagihan kekayaan antara penduduk pribumi dan kalangan yang asalnya pendatang diselesaikan menerusi tindakan afirmatif di mana golongan miskin akan memperoleh perkongsian yang lebih besar daripada kek ekonomi yang semakin berkembang tetapi tidak ada tindakan merampas dan mengagihkan semula apa yang telahpun menjadi kepunyaan keturunan kalangan pendatang. Setiap orang menikmati pembahagian yang agak adil sekarang dan setiap orang agak berpuas hati. Hubungan antara kaum yang berbeza di Malaysia adalah baik dan tidak porak-peranda.


Perkara penting yang ingin saya tekankan ialah untuk tidak mengambil apa yang telahpun menjadi kepunyaan orang lain sungguhpun daripada segi sejarah, ia mungkin kepunyaan tuan. Akhir-akhir ini Israel telah merobohkan penempatan Arab dalam usaha mendirikan rumah bagi rakyat Israel. Seluruh dunia, termasuk sekutu tuan, Amerika Syarikat, mengutuk tindakan ini. Namun Israel tetap meneruskan juga.


Tuan mengutuk Syria kerana membuat ancaman. Bagaimanapun ancaman mereka adalah respons kepada tindakan tuan sendiri. Jika tuan secara paksa merampas tanah dan harta benda kepunyaan penduduk Palestin, satu-satunya respons sekiranya mereka tidak bertindak secara ganas terhadap tuan, adalah dengan mengancam untuk bertindak menentang tuan. Jika mereka tidak boleh bertinda balas dan mereka tidak boleh menyuarakan tindak balas yang dihasratkan itu, maka mereka terpaksa tunduk kepada semua tindakan tuan tidak kira bagaimana salah sekalipun. Apa yang tuan lakukan sekarang bertentangan dengan semangat dan surat proses perdamaian yang dipersetujui oleh pendahulu tuan. Bagaimanakah kami boleh mempercayai Israel jika sesuatu perubahan dalam kerajaan menyangkal jaminan yang diberi dengan rasminya oleh sebuah Kerajaan Israel. Tolong pertimbangkan semula keputusan tuan untuk membina penempatan baru Yahudi di tanah Arab.


Belia-belia Israel ada di sini. Hasrat kami ialah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa umat Islam adalah manusia rasional biasa yang mahu hidup dalam keamanan dan kebebasan. Kami berharap mereka akan mempunyai tanggapan baru terhadap umat Islam dan Islam. Akan berlaku penyimpangan dalam kalangan umat Islam tetapi penyimpangan turut berlaku dalam kalangan Yahudi dan Kristian serta penganut setiap agama. Tiada agama yang seharusnya dihakimi berdasarkan penyimpangan ini. Kami berharap kalangan belia ini akan memahami umat Islam dengan lebih baik dan akan mahu berbaik-baik dengan mereka. Untuk mengecap keamanan tuan perlu melakukan pengorbanan. Penduduk Palestin tidak lagi mendesak penyingkiran Israel. Mereka malah bersedia untuk berkongsi Jerusalem dengan tuan. Mereka telah melakukan pengorbanan.


Kita harus ingat apabila Yahudi diperlakukan dengan kejam di Eropah, mereka seringkali menemui perlindungan dalam kalangan umat Islam di negara-negara Islam. Kami tidak menganggap rakyat Israel sebagai seteru abadi. Namun kami tidak boleh menahan rasa simpati terhadap penduduk Palestin kerana tanah air mereka dirampas daripada mereka sekarang. Ia mungkin menjadi kepunyaan Yahudi tiga ribu tahun yang lalu. Banyak tanah tradisional Melayu yang telah menjadi sebahagian daripada Thailand. Tetapi kami tidak menuntut Selatan Thailand untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia. Jika kita pergi terlalu jauh ke masa lampau, kita tidak boleh hidup bersama jiran-jiran kita.


Kami bersedia untuk mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi dengan Israel tetapi kami masih belum boleh berbuat demikian kerana tuan belum memenuhi komitmen yang dibuat oleh Kerajaan Israel yang sah. Kami ingin memikirkan bahawa sebaik sahaja kami mewujudkan hubungan dengan tuan, ia akan hubungan yang menjadi tetap.


DR MAHATHIR BIN MOHAMAD