Sabtu, 30 Disember 2017

ECRL,Malaysia Akan Tergadai Kepada China..!!!


Dakyah oleh Pakatan mengenai pembiayaian projek ECRL untuk menakut-nakutkan bahawa pinjaman yang dianggarkan berjumlah RM46.75 bilion (85% daripada RM55 bilion), dengan baki pinjaman sukuk oleh kerajaan akan menyebabkan negara ini jatuh bangkrup dan akhirnya pihak China akan mengambilalih projek ECRL tersebut.

Sungguh tidak munasabah. Biar saya terangkan perkara ini.

Pihak kerajaan dengan mudah boleh membuat pinjaman yang berjumlah RM46.75 bilion tersebut melalui pinjaman dalam negara jika mahu berbuat demikian.

Status Islam Sebagai Agama Negara Menyukarkan – Marina Mahathir


Datin Paduka Marina Mahathir mendakwa status Islam sebagai agama negara telah menyukarkan pengasingan agama daripada bidang pentadbiran.

Menurut laporan Free Malaysia Today, Datin Paduka Marina mendakwa, kedudukan Islam dalam Perlembagaan telah membawa kepada tafsiran berbeza mengenai peranannya dalam kerajaan.


Ini termasuklah pendapat bahawa Islam perlu meliputi semua (bidang dan perkara). 

Jumaat, 29 Disember 2017

Tanah TRX Tak Sama Dengan Tanah Di Johor Yang Mahathir Dah Gadai




Dakwaan pembangkang bahawa status tanah dalam lingkungan Tun Razak Exchange (TRX) sudah tergadai kepada negara asing adalah tidak benar dan tidak berasas kerana ia dibangunkan atas tanah milik penuh negara Malaysia yang berdaulat.

Hanya kerana banyak syarikat asing melabur di atas tanah tersebut tidak bermaksud ia sudah menjadi milik asing.

Jangan samakan tanah di kawasan itu dengan tanah yang telah digadai oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad pada 24 November 1990 apabila memeterai perjanjian untuk membenarkan Singapura untuk mengambil alih tanah di Johor seluas 54,000 ekar (216 km persegi) untuk membina empangan di Sungai Linggiu seperti didedahkan penganalisis politik Lim Sian See baru-baru ini. 

Dalam pendedahan itu, Singapura dikatakan hanya perlu bayar RM320 juta ganti rugi kerana permanent loss of use of the land, premium tanah RM388 juta dan sewa tahunan RM30 untuk setiap 1,000 kaki persegi. Di bawah perjanjian ini, Singapura turut dibenarkan untuk mengambil air tanpa had dari Malaysia.

Apa Sahaja Yang Berkaitan Keperluan Hidup, Semua Mahu Berkira




Sudah menjadi tradisi, minggu terakhir cuti penggal persekolahan adalah masa untuk ibu bapa melengkapkan keperluan persekolahan anak masing-masing, terutama yang gemar memilih untuk melakukannya pada saat-saat akhir.

Cuti persekolahan di Malaysia memang ada tradisinya tersendiri. Majoriti memilih minggu pertama sebagai persediaan untuk bawa keluarga bercuti, minggu kedua dan ketiga masa untuk bercuti, minggu terakhir itulah masing-masing baru sibuk melengkapkan persiapan anak bersekolah.

Seakan sudah menjadi tradisi juga, setiap kali isu melengkapkan persekolahan anak-anak ini diperkatakan, pasti yang tidak terlepas ialah rungutan segelintir ibu bapa untuk membeli semua kelengkapan tersebut.

Menariknya, tiada siapa merungut ketika bercuti sakan. 

Khamis, 28 Disember 2017

Tarif Elektrik Tak Naik, Apa Harga Barang Yang Turun?

 

Pakatan Harapan terpaksa menelan ludah mereka sendiri bila pengumuman kerajaan semalam untuk tidak menaikkan tarif elektrik sehingga akhir tahun 2020, tidak diikuti dengan pengumuman pengekalan atau penurunan harga barang dan perkhidmatan oleh mana-mana pihak.

Tapi cuba kalau tarif naik, tak sempat subuh Pakatan sudah dakwa harga barang dan perkhidmatan naik mendadak disebabkan oleh kenaikan tarif tersebut sekalipun pasaran tidak memberi apa-apa indikasi akan berlakunya kenaikan.

Hanya permainan persepsi sahaja.

Tarif Elektrik Kekal Sehingga 2020, 1MDB Buat Jasa Lagi



Berita kerajaan mengekalkan kadar tarif elektrik bermula tahun depan hingga 2020 adalah satu perkhabaran yang menggembirakan untuk rakyat Malaysia.  Bagi pengguna di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pula, kadar sekarang iaitu 34.52 sen/kWj turut dikekalkan sehingga 30 Jun tahun depan. 

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili, dipetik akhbar Utusan Malaysia. Keputusan dicapai pada Mesyuarat Kabinet, 13 Disember lepas.  

“Secara keseluruhannya, kerajaan telah memberikan rebat berjumlah RM6.3 bilion kepada pengguna di Semenanjung bagi tempoh Mac 2015 hingga Jun 2018,” katanya.

Kali terakhir tarif elektrik dinaikkan adalah pada Januari 2014.

Selasa, 26 Disember 2017

Surat terbuka Johari Ghani kepada Tun M Kehadapan Tun,




1. Ramai sahabat saya yang menjadi pembaca blog Tun, telah menghubungi saya untuk mendapatkan penjelasan mengenai penulisan terbaru Tun berjudul "Dear Mr Johari" mengenai isu urus niaga pertukaran mata wang asing. Pada mulanya saya memberitahu mereka bahawa saya sudah banyak kali menjawab mengenai perkara ini dan saya tidak mahu memanjangkan perbincangan mengenai isu ini terutamanya kerana sudah ada pasukan bebas di PDRM menyiasat perkara ini. Perkara berkaitan tukaran asing ini kadangkala terlalu teknikal untuk difahami orang awam terutama berkaitan dengan peranan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam pengurusan rizab antarabangsa negara. Bagaimanapun, saya merasakan cara terbaik adalah melalui perbincangan dengan meletakkan perkara itu dalam perspektif mudah supaya dapat difahami.

Tiga Soalan Sebelum Menukar Kerajaan

ADA beberapa persoalan yang perlu anda fikir dan jawab sebelum membuat keputusan menukar kerajaan hari ini.

Pertama, sudah tentulah kerajaan hari ini perlu dibuktikan sangat teruk sehingga ia tidak dapat diperbaiki lagi. Anda mesti menunjukkan hujah-hujah yang kuat kenapa tiada pilihan lain, selain menukarnya. Perkara-perkara buruk itu mestilah anda alami sendiri. Dan perkara-perkara itu mestilah adalah berpunca daripada tindakan atau di bawah kawalan kerajaan.

Mendengar dakwaan-dakwaan musuh kerajaan begitu sahaja, tentulah tidak adil. Tiada musuh yang akan bercakap baik tentang musuhnya. Mempercayainya membabi-buta adalah tindakan yang tidak cerdik, apatah lagi ia perkara menukar kerajaan.

Amar Makruf Nahi Mungkar Apabila Bersama Dengan DAP 



Ayat 'Amar Makruf Nahi Mungkar' adalah satu ungkapan ayat suci Al-Quran yang bermaksud 'mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran'.

Mengajak kebaikan bermakna mengajak manusia mentaati Allah dan mencegah kemungkaran bermaksud menghalang manusia daripada melakukan perkara maksiat.

Namun semalam, Amar Makruf Nahi Mungkar telah diungkapkan oleh pengerusi Pakatan Harapan, Dr. Mahathir Mohamad apabila beliau memberikan nasihat kepada pelakon yang baru mendapat gelaran Datuk iaitu Farid Kamil ketika beliau bertemu dengan Mahathir.

Mahu Saman Panel RCI Forex, Satu Lagi Polemik Mahu Mahathir Cipta



Satu demi satu polemik dicipta untuk terus kelirukan dan pusing kepala rakyat. Buat tuduhan pasal ECRL, tuduh pasal 1MDB, tuduh pasal derma dari Arab Saudi dan tuduh kononnya Bank Negara hilang duit antara 2013 dan 2015. 

Semua ini hanyalah polemik yang dicipta sahaja. Sudah dijawab beratus kali. Namun benda itu diulang balik agar rakyat jadi terus keliru dan terus benci kerajaan. 

Dalam banyak benda yang ditanya kepada Najib, semua sudah dijawab dengan tersusun. Amat berbeza dengan soalan soalan yang ditanya pada Mahathir. Banyak yang dielak, dipusing dan dibuat "tidak tahu" sahaja. 

Sejak berkawan dengan Anwar, Mahathir pun sudah pandai pakai taktik "delay, delay, delay" menggunakan saman dan mahkamah. Padahal RCI ditubuh dengan perintah YDP Agong, sampai begitu sekali Mahathir berani mencabar keputusan yang sudah pun dibuat oleh pihak yang menjalankan tugas dengan perkenan YDP Agong. 

1MDB Bukan Sebab Utama, Mereka Memang Hendak Jatuhkan Najib 



Dalam satu wawancara Anda Tanya Kita Jawab, Diskusi Umno-Online, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa telah mendedahkan bahawa bekas Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin tidak membangkitkan langsung mengenai isu wang derma RM2.6 bilion dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ketika dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Justeru kata Annuar, dakwaan bahawa Muhyiddin dipecat dari jawatannya selepas menegur presidennya, Datuk Seri Najib Razak mengenai isu 1MDB adalah tidak benar.

``Saya yang jadi saksi. Ada orang kata kerana Muhyiddin tegur Najib dalam MT, bohong. Sepanjang mesyuarat MT, Muhyiddin tak pernah bangkit isu 1MDB,'' kata Annuar ketika mendedahkan mengenai perkara itu.

Arab Saudi & Mesir Pun Mahu Tiru Model BR1M



Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah diperkenalkan pada 2012 dengan matlamat utama adalah untuk mengembangkan ekonomi tempatan selain membantu golongan berpendapatan rendah.

Disebabkan keberkesanan BRIM yang dilaksanakan itu, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mendapat pujian daripada pada pakar ekonomi termasuk dari luar negara. 

Buktinya pada Ogos 2016, 35 pakar ekonomi United Kingdom (UK) mengakui BR1M merupakan kaedah terbaik membantu mengembangkan ekonomi.

Pakar-pakar ini bukan calang-calang orang, mereka termasuklah Andrew Watt dari Macroeconomic Policy Institute, Guy Standing (Universiti London), Josh Ryan-Collins (New Economics Foundation), Iqbal Asaria (Cass Business School), Nigel Dodd (London School of Economics), Ellen Brown (Public Banking Institute), Biagio Bossone (pengerusi Group of Lecce), Matthias Kroll (World Futures Council) dan Laurence Seidman dari University of Delaware.

1MDB Sudah Tiada Isu, Apa Yang Perlu Dialihkan?



Dakwa PPBM, isu tanah Felda di Jalan Semarak ini sengaja ditimbulkan pemerintah untuk mengalih perhatian rakyat dari perkara berkaitan 1MDB.  Persoalannya, apa keperluan kerajaan untuk mengalih perhatian rakyat bila 1MDB tidak mempunyai apa-apa isu yang boleh dipolemikan lagi?

Pelbagai siasatan yang dijalankan di dalam dan luar negara menunjukkan, tiada sebarang kes yang boleh dikaitkan dengan 1MDB.  Buktinya, sehingga sekarang, satu pendakwaan di Mahkamah pun tidak dikenakan terhadap syarikat tersebut

Apa Pendirian DAP Dalam Isu Palestin?



Ketika hampir seluruh dunia begitu prihatin dan ingin tahu perkembangan terkini yang berlaku di Palestin, termasuk dalam negara kita sendiri, DAP kelihatan berkecuali dengan tidak memberikan sebarang kenyataan bagi menyatakan pendirian mereka dalam isu berkenaan. 

Ini agak pelik kerana ketika semua pihak tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan negara mana mereka berada menunjukkan simpati mereka terhadap penderitaan rakyat Palestin terutamanya berkaitan pertikaian ke atas Baitulmaqdis lanjutan dari kenyataan Presiden Donald Trump yang mengiktiraf bandar tersebut sebagai ibu negara Israel, DAP pula memilih untuk berdiam diri.

Apakah DAP tidak terjejas dengan penderitaan rakyat Palestin yang begitu tertekan lanjutan dari kenyataan Trump itu, sudahlah sekian lama dihimpit dengan kekejaman tentera Zionis? 

Isnin, 3 April 2017

MENGAPA LIM GUAN ENG TIBA-TIBA MAHU UBAH DARIPADA TEROWONG KEPADA JAMBATAN?



Untuk beberapa tahun, Lim Guan Eng sangat berdegil dalam membina terowong Pulau Pinang dengan 30 tahun tol.

Ketika ditanya mengapa beliau perlu mengutip tol untuk terowong itu walaupun ia bertentangan dengan Manifesto Pakatan, beliau berulang kali menjawab:

"Jika kita tidak mengutip tol maka pengendali Jambatan Pertama dan Kedua Pulau Pinang akan menyaman kami kerana kerugian." 

Itu adalah alasan yang sangat bodoh. Ia seperti mengatakan bahawa hospital swasta akan menyaman hospital awam kerana kerugian atau syarikat konsesi tol akan menyaman Kerajaan kerana menyediakan jalan alternatif yang bebas tol.

Pada mulanya, LGE tidak kisah untuk memberi alasan bodoh seperti itu tetapi kemudian Abdul Rahman Dahlan dan yang lain telah meneliti projek ini pada bulan Mac dan April tahun lepas.
Rahman menegaskan bahawa Kerajaan Pulau Pinang pada dasarnya membayar kos pembinaan penuh terowong itu tetapi masih memberikan syarikat yang membina terowong itu konsesi selama 30 tahun.

Itu pada dasarnya adalah satu keuntungan yang besar di mana kontraktor boleh menikmati keuntungan pembinaan tetapi masih membuat lebih banyak wang dari tol 30 tahun itu iaitu kira-kira lebih RM8 bilion. 

Ini adalah perjanjian konsesi yang paling luar biasa pernah dibuat dan mengalahkan semua perjanjian berat sebelah Mahathir.

Lim Guan Eng yang tidak dapat mempertahankannya lagi cuba untuk memesongkan dengan berkata beliau akan mengubah terowong 30 tahun itu kepada jambatan bebas tol dan menulis surat itu kepada Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof pada Mei tahun lepas.

Terdapat keraguan yang besar tentang keikhlasan beliau kerana ia sudah hampir satu tahun dan Kerajaan Pulau Pinang masih tidak dapat memberikan sebarang dokumentasi sokongan untuk permohonan mereka walaupun telah banyak kali berjanji - oleh itu permintaan ini mungkin hanyalah untuk menghentikan serangan ke atas model perniagaan asal yang sangat berat sebelah. 

Beliau pada mulanya berkata bahawa beliau tidak mempunyai masalah untuk memberikan kajian itu. Kemudian beliau bertanya mengapa anda memerlukan kajian itu. Kemudian beliau berkata tidak ada masalah untuk memberi kajian itu.

Kemudian beliau berkata bahawa kajian itu belum lagi siap dan akan memberikannya pada awal tahun 2017.

Dan yang terkini semalam, kajian itu terhenti pada tahap 87% kerana "Projek BN 18 tahun yang lalu pada tahun 1999" dan beliau BERHARAP untuk memberikannya menjelang akhir tahun 2017.

Kredit - Lim Sian See