Rabu, 29 Ogos 2012

Penyatuan PAS & UMNO Realiti @ Fantasi...????



RAHSIA BESAR HAJI HADI DAN YB NASHARUDIN

YANG TERSURAT DAN YANG TERSIRAT

Ramai orang tidak tahu, selepas PRU12 beberapa pemimpin utama PAS yang ProUlamak seperti Datuk Harun Taib, Mustapha Ali dan Haji Hadi menaiki kapal terbang dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur.


Ke mana mereka pergi? Mereka telah pergi ke dua tempat, bertemu Perdana Menteri untuk merundingkan Kerajaan Campuran UMNO-PAS.


Pada masa itu perbincangan lebih kepada mekanisme siapa MB Selangor dan Menteri PAS di pusat.

Tempat kedua, Pesuruhjaya PAS Selangor pula berbincang dengan UMNO Selangor untuk membentuk Kerajaan Campuran UMNO-PAS. Di Perak mereka tidak sempat menemui MB Perak kerana Ngah dan Ngeh lebih awal memintas.


Runner kepada semua ini sudah tentu YB Nasha, dengan dibantu oleh Datuk Harun Taib dan Datuk Mustapha Ali. Haji Hadi remute control. Jika Nik Aziz bising Haji Hadi akan remute balik supaya slow slow.
  
    
Apakah signifikan cerita di atas?

Signifikannya ada dua,


1. Berita Majlis SYura mempertahankan YB Nasharudin menunjukkan ikatan lama kerajaan Perpaduan masih kuat dalam benak dan darah Datuk Harun Taib, Mustapha Ali dan Haji Hadi. Tetapi tidak kepada Mahfuz Omar dan Mat Sabu kerana mereka berdua proDap. YB Nasha terselamat kerana ikatan lama itu. Datuk Harun Taib yang mewakili suara Haji Hadi awal-awal bercakap sebelum Mursyidul Nik Aziz bercakap.


2. Kedua, keputusan Majlis Syura mempertahankan YB Nasha pasti akan ditentang oleh Nik Aziz yang dipengaruhi geng-geng Erdogan dan ProDAP. Apapun kesannya kini sukar dikawal, di mana kemasukan YB Nasha dalam team DS Najib semakin hampir. Saya sangat yakin, di hujung permainan Haji Hadi dan YB Nasha ialah untuk melihat PAS keluar segera dari kepompong DAP.


Apabila strategi Haji Hadi dan YB Nasha mengeluarkan PAS dari kepompong DAP berjaya, maka ketika itulah HJ Hadi akan turut menyertai YB Nasha ke dalam team Najib. Diikuti Datuk Harun Taib, Datuk MUstapha, termasuk Ustaz Azhar Idrus.


Inilah kesukaran yang dihadapi oleh Haji Hadi. Haji Hadi amat berhati-hati dalam hal ini.
 
 

 


 

*Artikel adalah sumbangan ahli PAS Terengganu
 
 
 Sama - sama kita berdoa semoga segala usaha ini dipermudahkan ALLAH S.W.T...Amin

Sabtu, 25 Ogos 2012

MESTI BACA : SIAPA AMBIGA SREENEVASAN SEBENARNYA DAN APA AGENDA DIA SEBENARNYA..??






Sedikit maklumat mengenai siapakah sebenarnya Ambiga Sreenevasan (Ambiga Srinevasan). Hasil kajian maklumat yang diperolehi daripada beberapa sumber rujukan.

  •     Bekas  Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima  memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos  2001. Majlis Peguam menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan  IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan;
  •     Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga mempertikaikan pelaksanaan hukum  syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan  kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam; dan
  •     Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos  2008 yang membincang dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun  mendapat bantahan orang Islam, Majlis Peguam yang diterajui Ambiga tetap  meneruskan forum itu.
  • Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk Ambiga Sreenevasan telah menerima Anugerah Keberanian Wanita Antarabangsa yang berprestij dari Hillary Clinton Setiausaha Negara Amerika Syarikat pada 9 Mac 2009. Ambiga adalah merupakan salah seorang di antara lapan wanita di seluruh dunia yang diiktiraf bagi keberanian yang luar biasa dan kepimpinan mereka dalam membela hak-hak wanita dan kemajuan. Dalam satu kenyataan, kedutaan Amerika Syarikat berkata Ambiga telah diberi penghormatan untuk memperjuangkan kedaulatan undang-undang dan memajukan hak asasi manusia, taraf wanita dan toleransi agama di Malaysia.
  • Juga perhatikan Tuntutan beliau di dalam IFC (Suruhanjaya Antara Agama) yang terlibat dalam pembelaan kes Lina Joy dahulu. Beliaulah yang membela kes murtad Lina Joy dahulu sehingga Lina Joy secara rasminya telah murtad dari Islam... Orang sebeginikah yang kamu pandang tinggi? Yang kamu mahu jadi ketua kamu? Astaghfirullah al-'adzim...


    1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

    2. Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.

    3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

    4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

    5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

    6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

    7. Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

    8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

    9. Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

    10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

    11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

    12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

    13. Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

    14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.


Inilah perjuangan Ambiga yang sedang mendapat sokongan daripada orang Islam PAS dan PKR di dalam Negara kita hari ini. Kalau inilah yang kita mahukan,marilah kita menyatakan sokongan tanpa berbelah bagi kepada Ambiga dan IFC.Maruah Melayu Islam di bawah tapak kaki si  Ambiga!

Jika tidak di bendung..kita takut nanti di Malaysia ini tercetusnya pertumpahan darah atas nama agama... Peristiwa Natrah telah membuktikannya...

Jumaat, 24 Ogos 2012

Seorang imam puak Sunah ditembak mati di bandar Tripoli,..


TRIPOLI - Seorang imam puak Sunah ditembak mati di bandar Tripoli, Lebanon sementara pertempuran baru tercetus antara kumpulan yang pro dan menentang Presiden Syria, Bashar al-Assad.

Pertempuran yang bermula sejak subuh tadi dan berlarutan sehingga petang ini.


Laporan BBC menyebut, Sheikh Khaled al-Baradei terbunuh apabila komuniti Sunah di daerah Qobbeh dan Alawit dari daerah Jabal Muhsin bertempur.


Kematian Sheikh Khaled membawa jumlah yang terbunuh di Tripoli kepada 13 orang sejak Isnin lalu.


Perdana Menteri Lubnan, Najib Mikati menggesa kesemua pihak menyokong usaha menamatkan pertempuran di negaranya.


Katanya, pihak tentera sedang memainkan peranan untuk mengatasi masalah di negaranya.


Laporan itu menyebut bahawa Najib, dari masyarakat Sunah di Tripoli, telah memberi amaran sudah ada usaha untuk mengheret Lubnan ke dalam konflik di Syria.


Oleh itu katanya, perlu ada usaha untuk bekerjasama melindungi Lubnan.


Bashar merupakan anggota komuniti Alawit dan wakil puak Syiah memegang jawatan utama dalam kerajaan dan pasukan keselamatan.


Komuniti Sunah Syria mengetuai gerakan menentang kepimpinan Bashar.


Lebih 18,000 orang dilaporkan telah terbunuh dalam konflik yang berlarutan lebih 18 bulan.
Sinar Harian

Khamis, 23 Ogos 2012

Mesti Baca : Misteri Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka...!!



Sekali lagi sejarah digelapkan. Gelap dan semakin malap dek kerana ramai antara kita yang malas mengkaji dan menggali asal-usul sejarah tamadun kita. Kita hanya menerima bulat-bulat apa yang diajar dalam buku teks sejarah di sekolah, universiti dan lain-lain pusat pengajian tinggi.

Saya percaya banyak sebenarnya yang kita tidak tahu tentang kekuatan sebenar bangsa kita dahulukala dan memang ada pihak berkepentingan yang tidak mahu kita tahu. Pihak yang mana? Banyak… Paling utama adalah penjajah Barat pro Zionis, disokong para pemikir Orientalis. Bersama, mereka amat berkuasa menentukan arah hala-tuju sosio-politik dunia di samping mengawal kurikulum pelajaran sejagat lalu menulis sejarah termasuk tentang tanah-air kita mengikut kaca-mata dan kepentingan mereka sahaja.

Dan saya juga percaya, rangkaian Zionis serta sekutu mereka yang bergerak di balik tabir sambil memakai pelbagai topeng seperti persatuan membela hak asasi manusia dan gerakan politik pembaharuan amat arif akan ilmu jiwa dan sosiologi yang diperlukan untuk meneruskan agenda penggelapan ini kerana memang mahukan umat Islam sentiasa rasa kerdil dan celaru jatidiri akibat kurang faham hakikat asal-usul kita yang sebenar.

Kita sering disogokkan dengan sejarah “rasmi” bahawa keSultanan Melaka yang merupakan simbol kegemilangan bangsa Melayu dahulukala jatuh ke tangan Portugis kerana ia bersifat kuno berbanding kuasa Barat. Kita diajar, budaya ilmu kita tidak sehebat Barat maka itu kita tidak mampu menepis kedatangan mereka. Kita diberitahu berulang-kali, kita kalah kerana pejuang kita cuma mengharapkan keris, tombak dan pedang sedangkan Portugis dan bangsa-bangsa Barat lain memiliki pistol, senapang dan meriam yang mampu membunuh daripada jauh. Maka itu, kita pun digambarkan seperti orang hutan yang duduk atas pokok lalu “sudah patutlah” kita dikalahkan dengan senang. Betulkah semua ini? Pernahkah kita fikirkan apakah kebenarannya secara mendalam?


Pernahkah anda bertanya secara jujur, mengapa Kota Melaka yang digelar Barat sebagai “Venice of the East” boleh kalah dengan mudah? Bukankah ia diakui ramai sebagai kota paling makmur di rantau ini pada zaman itu? Dan untuk mempertahankannya, bukankah Melaka memiliki angkatan perang hebat termasuk kelengkapan laut yang amat besar dan paling canggih di bumi Melayu? Lalu bagaimana ia boleh jatuh ke tangan Portugis yang menurut ceritanya cuma membawa beberapa buah kapal sahaja? Apakah kelengkapan Melaka begitu lemah?

Sejarah rasmi sering menyebut Melaka jatuh kerana kelengkapan moden angkatan Portugis mengatasi kelengkapan kuno orang Melayu. Mereka memiliki meriam-meriam berkuasa tinggi, istinggar (pistol lama), baju dan perisai besi sedangkan orang Melayu kononnya cuma mengharapkan tombak, lembing, pedang dan keris. Pakai pula baju Melayu yang senang dirobek senjata. Orang Portugis pakai baju besi yang tidak lut dek keris. Mana tak kalah Melayu ni? Kuno dan mundur ketinggalan zaman.

Tetapi tanyalah diri anda secara jujur. Apakah orang Melaka yang ketika itu telah lama menerima para pengunjung dan pedagang dari peradaban-peradaban besar seperti empayar Islam di Timur Tengah, China dan India begitu daif dan mundur? Kita telah lama menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara yang jauh lebih maju daripada Barat zaman itu. Apakah orang Melayu tidak mengerti keperluan pertahanan untuk menjaga sebuah kota yang menjadi nadi perdagangan Nusantara malah seluruh dunia? Apakah bangsa kita begitu kolot dan bodoh?

Jawapannya tidak sama sekali. Malah, ada kajian yang dijalankan menunjukkan kerajaan-kerajaan melayu di nusantara adalah pembuat dan pengeluar senjata-senjata api terbaik di dunia menewaskan Belanda, Portugis serta Sepanyol. Catatan-catatan pengembara dan pedagang awal Eropah, India dan Cina juga menunjukkan kerajaan-kerajaan nusantara yang mengelilingi kerajaan melayu Melaka ketika itu adalah pengeluar utama meriam-meriam hebat dan berkuasa di dunia seperti Kesultanan Brunei, Kesultanan Pattani, Kesultanan Sulu dan beberapa kerajaan melayu lain di Asia Tenggara.

Malahan, Kerajaan Islam Turki Uthmaniah juga pernah membeli meriam-meriam yang berkualiti daripada kerajaan-kerajaan kesultanan melayu di nusantara. Apakah Sultan-sultan Melaka yang memiliki pelabuhan paling kaya di timur menjadi buta dan tuli tidak mendapatkan senjata-senjata ini daripada kerajaan-kerajaan yang berjiran sedangkan kerajaan-kerajaan Eropah, Timur Tengah, India dan Cina mahupun Jepun berebut -rebut ingin mendapatkan senjata-senjata ini daripada nusantara ini ???


Catatan ketua panglima Portugis, Alfonso di Alburqueque sendiri menyebut, setelah Kota Melaka dikalahkan, Portugis telah merampas 3,000 pucuk meriam dan katanya itu baru separuh daripada meriam milik Melaka. Maknanya kota itu sudah ada 6,000 pucuk meriam ketika itu dan ini adalah cerita 500 tahun dahulu! Ada cerita menyebut, orang Portugis terjumpa sebuah benda ajaib di istana Melaka. Bila dipandang objek tersebut, muncullah muka manusia di dalamnya. Apabila diteliti balik, muka manusia itu adalah muka orang yang memandang. Rupa-rupanya objek itu adalah cermin tetapi orang Portugis baru kali pertama melihatnya! Jadi siapakah yang kuno dan siapakah yang lebih bertamadun? Kalau orang Melaka sudah bertamadun lebih tinggi daripada Portugis, kenapa pula ia boleh jatuh ke tangan Barat?

Kerajaan yang begini hebat di nusantara hanya boleh ditewaskan oleh gabungan tentera-tentera Portugis,Kerajaan-kerajaan kecil di Sumatera dan Jawa,askar-askar upahan dari Goa,Jawa dan Siam ditambah dengan pembelot dan pengkhianat dalam daripada para pedagang asing dan orang-orang melayu sendiri.

Melaka jatuh bukan kerana orang Melayu kuno. Dari dahulu lagi Melaka sudah memiliki meriam-meriam besar, pemuras, istinggar dan lain-lain senjata api. Melayu juga sudah mengenal apa itu baju besi dan sudah mahir menempa baju besi untuk kegunaan ketenteraan. Mereka yang memilih untuk berlawan dengan keris, tombak dan lembing pula bukan calang-calang orang. Bukan tidak pernah melihat senjata moden atau berfikiran kuno. Percaya atau tidak, mereka memiliki kebolehan tertentu untuk mengatasi alatan canggih.

Angkatan laut Melaka yang sering meronda sepanjang Selat Melaka, laluan dagang tersibuk di dunia sampai sekarang pula diakui kecekapannya. Di bawah kepimpinan tokoh-tokoh berwibawa seperti Bendahara Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah, ia telah berjaya memukul mundur armada laut Siam, juga ancaman mana-mana pihak. Bukankah ia cukup besar dan kuat untuk menjamin keselamatan penduduk, pendatang dan pedagang sepanjang Selat Melaka?

Mampu meronda dari utara Semenanjung sehingga selatan ke Pulau Jawa, memantau dan menghidu pergerakan musuh sebelum mereka dapat menghampiri pusat pemerintahan di Kota Melaka. Lalu bagaimana Kota Melaka boleh jatuh? Lebih pelik lagi, di manakah angkatan laut Melaka ketika ia diserang?

Bacalah mana-mana buku cerita atau sejarah mengenai kejatuhan Melaka termasuk tulisan Barat yang berat sebelah. Tiada satu pun yang menyebut tentang angkatan tentera laut Melaka yang ikut mempertahankan kota Melaka. Angkatan laut ini langsung tidak terlibat sehingga Melaka dengan senangnya boleh dibedil Portugis dari laut. Tidak ada satu pun kapal Melaka menghalang, tidak ada apa-apa sekatan. Tidakkah ini aneh?

Memang perlu diakui bahawa Sultan yang memerintah Melaka ketika itu telah melakukan kesilapan besar antaranya melantik pembesar-pembesar yang gilakan kuasa serta korup. Sultan Melaka ketika itu juga dikatakan sering berfoya-foya dengan penzinaan dan arak.Wallahualam.

Mereka yang benar-benar berkebolehan dipinggirkan sedangkan pembesar berwibawa yang masih ada menjadi tawar hati. Bagaimana jentera pertahanan hendak digerakkan dengan cekap? Mungkin penduduk Melaka sendiri serta para pedangang luar sudah siap sedia membelot, membuka laluan untuk Portugis menawan Melaka? Atau memang sudah lama wujud gunting dalam lipatan yang inginkan Melaka jatuh sehingga angkatan laut Melaka tidak berfungsi sama sekali?


Ada cerita lama orang tua-tua Melayu menyebut kebanyakan kapal yang menyerang Kota Melaka sebenarnya bukan milik Portugis tetapi Melayu, kapal angkatan laut Melaka juga! Sebuah laporan Portugis pula menyebut mereka ada ternampak sebuah angkatan laut yang dikenalpasti milik orang Melayu sedang disediakan untuk menyerang dari satu tempat di perairan Melaka. Mungkin benar Tun Mutahir sedang bersiap-sedia untuk merampas takhta atau ada pihak lain bertanggungjawab tetapi menuduh Bendahara pula yang ingin berlaku khianat? Yang pasti, ada pihak yang membelot. Si Kitol dan Raja Mendeliar sudah pasti. Namun, masih ada pembelot yang lain yang terlepas daripada catatan sejarah.

Apapun, nasi sudah menjadi bubur. Melaka jatuh dan terus dijajah selama lebih 400 tahun. Sultan Mahmud pula menjadi orang pelarian dan menurut ceritanya, terpaksa meninggalkan Kota Melaka lari selatan ke Muar. Itupun terus dikejar Portugis, tidak boleh duduk aman lama di satu lokasi, terpaksalah hidup merempat dari satu tempat ke satu tempat. Apakah baginda menyesal atas segala perbuatannya dahulu? “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna!”

Mesir pohon pinjaman AS$4.8b daripada IMF....!!




KAHERAH 23 Ogos - Mesir telah memohon pinjaman berjumlah AS$4.8 bilion (RM15 bilion) daripada Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan berharap perjanjian dapat dimeterai menjelang hujung tahun ini.

Bercakap dalam sidang media bersama Ketua IMF, Christine Lagarde yang dalam lawatannya ke Mesir, Perdana Menteri, Hisham Kandil berkata, dia menjangkakan pinjaman selama lima tahun itu membabitkan faedah sebanyak 1.1 peratus.

``Akan terdapat satu perjanjian ke atas satu pelan pada November atau permulaan Disember yang mana pinjaman akan ditandatangan bersama IMF,’’ katanya. - REUTERS

P/S : Kita tunggulah apa pula nasib Rakyat Mesir selepas ini..

Rabu, 22 Ogos 2012

Bahaya Ultra Kiasu Pada Islam

   

Saya begitu teruja dengan kenyataan bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman yang menyertai PAS Mei lalu,bahawa persefahaman PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat mencetuskan suasana politik lebih sihat, berbanding sebelum mereka bersama dalam gabungan itu, diibaratkan oleh beliau seperti anjing dengan kucing. Saya tidak pasti siapakah anjing, siapakah kucing? Sudah tentukan anjing (haram) itu ultra kiasu dan kucing (halal) itu PAS. Jika begitulah pengibaratan, maka biasanya yang akan menang dalam pertarungan adalah anjing (ultra kiasu). Selama inipun ultra kiasu sahaja yang menang ekoran perpecahan Melayu yang tidak berkesudahan.




Apakah benar dakwaan beliau bahawa tidak ada syak wasangka dalam Pakatan Rakyat? Buatlah kajian secara akademik, sekadar berasaskan pengalaman menyiasat sahaja tidak mencukupi rasanya. Jika ultra kiasu sudah lembut dengan Islam, sudah tentu pendirian mereka terhadap Islam berubah. Ini tidak, semakin lama semakin kuat mereka menentang Islam. Bukan itu sahaja, mereka semakin berani mencabar kedaulatan agama Islam. Jika dahulu angkat kepala pun tidak berani. Hari ini disebabkan oleh perpecahan Melayu, usahkan angkat kepala, dengan kepala-kepala kita dipijaknya.

Persoalan yang ditimbulkan kenapa ultra kiasu boleh menerima Kanun Keseksanan tetapi tidak hudud? Jawapannya, disebabkan oleh sikap anti Islam. Ultra kiasu tidak langsung mahu menerima apa jua agenda Islam. Ultra kiasu bukan tidak tahu bahawa hudud ini tidak ada kaitan langsung dengan mereka. Hudud ini adalah untuk orang Islam SAHAJA, sama seperti kewujudan mahkamah syariah. Kenapa mereka begitu kuat menentang? Mereka tidak mahu ada apa-apa konotasi yang boleh dikaitkan dengan Islam, kerana akan menjadi precedence dan kekal selamanya. Beginilah jahatnya ultra kiasu dalam perancangan mereka.

Cubalah belajar daripada sejarah, jangankan hudud, sejak dahulu lagi ultra kiasu tidak pernah mengiktiraf kewujudan mahkamah syariah. Sebab itu apa jua perkara berkaitan dengan umat Islam, mereka sedaya upaya untuk elakkan perbicaraan dilakukan di mahkamah syariah. Kenapa? Fikirkanlah sendiri.

Soal aliran lama dan aliran baharu dalam ultra kiasu ini tidak banyak beza. Cubalah tanya ketua pemuda dan pimpinan muda ultra kiasu yang menjadi exco kerajaan negeri Selangor, adakah mereka bersetuju dengan hudud? Sekadar makluman, kepada bekas polis tersebut, kebanyakan pimpinan baharu ultra kiasu dikuasai oleh mereka yang beragama Kristian. Sikap mereka terhadap Islam begitu jelas. Sebab itulah mereka berjaya mendirikan begitu besar gereja-gereja untuk menggelamkan mercu tanda Islam.  

PAS akan selama-lamanya tidak akan dapat melaksanakan hudud selagi berkawan dengan ultra kiasu yang anti Islam ini. Mereka terpaksa berkawan dengan PAS kerana tidak ada pilihan untuk mendapat kuasa. Sama juga perkawanan PAS dengan ultra kiasu. Real politik membuktikan, untuk menang dalam pilihan raya, parti-parti Melayu (Islam) mesti berkawan dengan bukan Islam. Persoalannya, adakah bukan Islam ini boleh dipercayai atau tidak, lebih-lebih ultra kiasu?

Saya mungkin tidak dapat bersetuju jika hanya melabelkan ultra kiasu itu DAP sahaja. Ultra kiasu ini berada di mana-mana, termasuk dalam komponen Barisan Nasional. Selagi sistem pendidikan kita, beginilah coraknya, bersifat perkauman. Selagi itulah kita akan terus melahirkan lebih ramai lagi ultra kiasu, sama dalam DAP atau parti di luar DAP.

Seterusnya, kenapa hudud begitu ditentang, berbanding dengan amalan hubungan seks songsang LGBT? Ultra kiasu langsung tidak menentang LGBT, tetapi menjadi jaguh dan menggalakkan LGBT. Kenapa? Mereka mahukan umat Islam rosak. Apabila umat Islam ramai yang rosak, umat Islam secara otomatik akan menentang hudud suatu masa nanti. Strateginya sekarang, ‘cairkan’ kehidupan cara hidup Islam daripada umat Islam. Jangan biarkan ada sedikitpun umat Islam mendapatkan cara hidup mereka sendiri.

Untuk makluman bekas polis ini juga, ultra kiasu (dan sekutunya) yang menentang hudud ini adalah keturunan berserban, agama Sikh. Jika kita mengkaji perbandingan antara agama, agama Sikh yang berusia 600 tahun mempunyai beberapa persamaan dengan agama Islam, sebab pengasasnya Guru Nanak, bermajikankan orang Islam. Cara hidup Sikh amat ketat, misalnya orang lelaki mesti berserban, tidak boleh bercukur dan sebagainya.  

Sepatutnya beliau menggalakkan jika ada manusia yang mahu kembali dan beramal dengan agamanya. Logiknya, tidak ada nilai agama yang benar, yang mahu merosakkan pengikutnya. Ini tidak, agama lain boleh diamalkan dengan sebebas-bebas dan hak mereka mesti diberikan. Jika tidak diberikan, maka bertempiklah mereka kepada dunia bahawa Malaysia tidak mengamalkan kebebasan beragama dan tidak menjaga hak asasi manusia.

Tetapi bila tiba kepada agama Islam, jawapannya, ini tidak boleh, itu tidak boleh. Mereka bersepakatan menentang Islam. Mereka mahu kita kembali kepada zaman British, menjadi Islam hanya relevan di masjid surau, pondok-pondok dan sebagainya. Dalam konteks cara hidup, mereka akan tentang. Lebih-lebih lagi undang-undang Islam.  

Kenapa sistem demokrasi mutlak mudah diterima tanpa banyak soal, walaupun kehancuran hasil sistem demokrasi itu berlaku di depan mata. Menurut sahabat saya Faiz Na’man (2012), sistem demokrasi mutlak (bebas) yang tercipta oleh bangsa Yunani, yang merupakan tamadun penyembah berhala adalah satu sistem yang mengetengahkan apa yang dikehendaki oleh manusia itu sendiri, bukannya apa yang telah digariskan oleh Pencipta manusia itu. Bacalah sama buku Arno Froese (2008), bertajuk How Democracy Will Elect The Antichrist.

Tambah Faiz (2012) lagi, sepanjang sejarah peradaban manusia, dunia telah melalui pelbagai sistem atau ideologi pemerintahan untuk memenuhi kehendak nafsu manusia mentadbir bumi ini. Dari ideologi autokrasi, monarki, dinasti, teokrasi, komunisme, fasisme, hinggalah kepada demokrasi. Mana yang wujud dahulu tidak terlalu penting untuk dibicarakan, tetapi kesan serta hala tuju sesuatu sistem pemerintahan itu yang patut diberi perhatian. Seiringan dengan era penjajahan, Nusantara juga telah mengalami beberapa "revolusi" dalam ideologi yang diguna-pakai untuk menjalankan pemerintahan manusia. Rumpun Melayu pada asalnya adalah serasi dengan sistem monarki (yakni beraja) yang telah menjadi fitrah zaman berzaman nenek moyang kita, sejak wujudnya Empayar Srivijaya hingga ke Empayar Melayu Melaka. Begitu lamanya Rumpun Melayu hidup bersistem dan beradat yang dinaungi oleh sistem monarki ini tadi sambil diperkuatkan lagi dengan kedatangan agama Islam ke Nusantara.

Kedatangan Islam ternyata telah merubah kehidupan orang Melayu. Ketika itu orang Melayu masih belum diganggu-gugat dengan kehadiran para pendatang asing yang menetap di situ. Orang Melayu bebas untuk menentukan cara hidup mereka. Orang Melayu mendapat hak mereka dan cara hidup mereka. Maka tertegakkan kerajaan Islam Melaka, termasuk perlaksanaan hukumnya. Malangnya, keadaan mula berubah apabila Melayu lupa diri. Persengketaan sesama mereka telah menyebabkan mereka dijajah.

Hari ini umat Islam mahu kembali semula kepada cara hidup mereka ketika zaman mereka sebelum dijajah? Kenapa tidak boleh? Bukankah ini tanah mereka sendiri? Tidakkah penduduk asal berhak untuk menentukan cara hidup mereka berbanding dengan orang lain? Tidakkah juga semua bangsa yang bertuankan tanah tumpah mereka berjaya melaksanakan cara hidup dan sistem mereka sendiri?

Saya petik lagi kata-kata Faiz (2012), adakah kafir Barat redha dengan sistem kenegaraan yang Malaysia guna hari ini? Jawapannya tidak sepenuhnya. Sejak dari merdeka lagi, kafir Barat terutama dari Britain dan Amerika cuba memperkotak-katikkan kepimpinan Melayu-Islam kita dengan pelbagai alasan, mereka suka jika Malaysia menjadi kucar-kacir akibat diperintah oleh pemimpin yang lemah dan korup, agar akhirnya umat Melayu-Islam melutut kembali kepada cara hidup sekular. Jika mereka tidak dapat melemahkan kerajaan Malaysia hari ini secara luaran, mereka akan cuba melemahkannya dari dalam, iaitu melalui minda dan corak pemikiran para pemimpin politik kita sendiri. Mereka susupkan agenda halus mereka atas nama Hak Asasi Manusia. Mereka mahu Malaysia menjadi sebuah Republik Demokrasi Liberal (Bebas) seperti Indonesia. Tujuan akhir mereka ialah tidak lain dan tidak bukan, untuk melahirkan masyarakat “rojak” yang hilang identiti serta jati diri kerana menganut kebebasan mutlak. Rumpun Melayu akhirnya akan tinggal sebagai bahan sejarah, akidah Islam akhirnya lupus dari ingatan dan panduan warganya. Realitinya, tanpa kuasa politik, Melayu-Islam itu adalah paria di negara sendiri.

Inilah hakikat yang dinukilkan oleh Faiz yang sedang dirancang oleh ultra kiasu dengan bantuan barat. Justeru, berhati-hatilah, mudah-mudahan kita tidak merana di bumi sendiri.

Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Ketua Jabatan
Jabatan Kenegaraan dan Ketamadunan
Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Ahad, 19 Ogos 2012

MCA Harus Tutup Mulut,...Jika Tidak...!!!!


Pemimpin UMNO harus bersuara dan dan arahkan para pemimpin MCA supaya menutup mulut dan jangan dok merepek mengenai Islam..Mereka TIADA HAK untuk komen...!!

Selepas satu – satu komen yang dibuat mereka,ini benar – benar mencabar kesabaran Penyokong diakar umbi....


MCA harus ingat mereka hanya memenagi 15 kerusi Parlimen sahaja berbanding UMNO 78 kerusi semasa PRU 12 tempoh hari,jadi janganlah nak besar kepala pula hormati kesepakatan Barisan Nasional...


Apa - apa mengenai
Islam,Melayu dan Raja - Rajanya tiada siapa yang berhak pertikaikannya...!!!!

P/S :Sebagai pejuang di akar umbi kami berhak untuk menyuarakan pandangan ini jangan nanti Pencacai PR kata kita dok sakong apa yang dikata MCA ni...


Berbeza dengan Pencacai PR,kita berani tegur MCA berbanding mereka hanya mengikut telunjuk DAPIG..sehingga pemimpin mereka nak kena saman dengan DAPIG pun mereka masih boleh senyap lagi...
 
 
 

Sabtu, 18 Ogos 2012

Sultan Mizan : Umat Islam perlu jauhi persengketaan..



KUALA TERENGGANU - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mahu umat Islam menjauhkan diri daripada persengketaan, perselisihanpendapat dan pandangan sesama sendiri.

Titah baginda, ini kerana ia boleh menyebabkan terbuka ruang dan peluang bagi musuh-musuh Islam mencampuri urusan pentadbiran negara dan memecahbelahkan umat Islam.

Setiap perpecahan yang berlaku walaupun atas alasan perjuangan, tidak akan menguntungkan sesiapa, titah baginda dalam perutusan sempena Aidilfitri yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Malah, titah baginda sejarah Islam telah menunjukkan perpecahan menjadi sebab kepada runtuhnya kekuatan umat Islam sebagaimana yang berlaku terhadap beberapa kerajaan Islam sebelum ini.

Baginda bertitah sejarah ini seolah-olah berulang kembali dan dapat disaksikan di beberapa negara Islam seperti Syria dan Mesir.

"ALLAH S.W.T telah memberi peringatan mengenai akibat perpecahan sebagaimana firmanNya dalam al-Quran yang bermaksud:

"Dan taatlah kamu kepada ALLAH dan Rasulnya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan atau berselisih faham mengenai sesuatu isu (hingga menyebabkan kamu tidak mampu mengekalkan perpaduan) kerana yang demikian menyebabkan kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan dan bersabarlah (menghadapi segala kesukaran dan cekal hati) sesungguhnya ALLAH beserta orang-orang yang sabar."

Baginda juga mengambil kesempatan untuk mengingatkan umat Islam di negeri ini supaya sentiasa mengamalkan sikap saling bermaaf-maafan, ziarah-menziarah antara sanak saudara, jiran tetangga dan rakan taulan.

Titah baginda amalan baik ini bukan hanya tertentu pada bulan Syawal tetapi diteruskan sepanjang masa kerana merapatkan hubungan silaturrahim antara sesama Islam merupakan kunci kepada kekuatan ummah.

Baginda juga menyeru rakyat agar menginsafi diri dan bersyukur dengan nikmat kedamaian dan kesejahteraan ALLAH kurniakan kepada umat Islam.

"Janganlah kita lupa bersedekah kepada golongan yang kurang bernasib baik seperti anak-anak yatim, orang tua di rumah kebajikan, penghuni hospital yang tiada saudara mara dan warga orang kurang upaya dan lain-lain lagi," titah baginda.

Sultan Mizan bertitah Islam telah meletakkan perpaduan umat sebagai asas terpenting yang perlu dipelihara dan diberi perhatian dalam menjaga dan
mempertahankan keselamatan serta kemakmurah negeri dan negara.


Baginda menyeru muslimin dan muslimat supaya sentiasa menilai kembali sejauh mana mereka berusaha memperkukuhkan perpaduan bagi melahirkan umat yang menepati kehendak al-Quran.

Baginda berharap semua umat Islam menghiasi Syawal dengan lafaz tasbih, tahmid dan takbir terhadap kebesaran ALLAH s.w.t.  Bernama

Jumaat, 17 Ogos 2012

Ustaz Nasa Dihentam Dalam Khutbah Jumaat....!!



Assalamualikum,harini Khutbah Jumaat di Masjid saya menyentuh mengenai Orang Munafiq..Tapi malangnya pengisiannya banyak memberi Sindiran pada Ustaz Nasa...."Walaupun mereka tidak menyebut nama Ustaz Nasa" tapi satu persatu hujah mereka memang sindiran pada Ustaz..

Adakah patut mereka menyamakan Ustaz Nasa dengan Bapa Munafik, Abdullah Bin Ubai semata - mata kerana bersama PM di Mekah..

Katanya orang Islam yang bersama Orang Zalim adalah Munafik...!!

Dikiaskan Ustaz bersam
a orang Zalim untuk menjatuhkan Jemaah Islam..


Dan dikiaskan juga persamaan perjuangan UMNO dengan perjuangan Firaun yang membela Bangsa...

Astagfirullah...begitu jauh mereka memesongkan Umat Islam..

Disini saya berharap sahabat - sahabat semua dapatlah membuka minda dan memikirkan sejenak akan nasib Agama Bangsa dan Negara jika perkara begini terus berlaku..??

Wallahulam..

Ya Allah Selamatkanlah Umat Islam di Malaysia..
Satukanlah Hati Kami Ya Allah..Amin.. 

SURAT TERBUKA ISI HATI PENYOKONG PAS MELAKA UNTUK USTAZ NASHA..!!!



SURAT TERBUKA ISI HATI PENYOKONG PAS MELAKA UNTUK USTAZ NASHA!!!
by : aloq laloq.

Assalammualaikum,
Kehadapan yang dihormati YB Ustaz Nasharudin Md Isa, bekas Timbalan Presiden Pas yang juga merangkap Ahli Parlimen Bachok, Kelantan. Semoga keadaan ustaz sentiasa sihat dan dirahmati oleh Allah Swt.

Mengenangkan semula perkembangan apa yang berlaku dalam seminggu dua ini, saya terpanggil untuk mengutuskan surat ini kepada ustaz. Adapun surat ini tidaklah bertujuan apa-apa hanya untuk memberitahu akan betapa gembiranya hati saya melihat gambar ustaz bersama-sama pemimpin umno bertemu dengan para ilmuan dan cerdik pandai agama dari arab saudi, membincangkan tentang permasalahan ummah sejagat.

Saya juga amat bersyukur akan pegangan ustaz terhadap pendirian penyatuan dan perpaduan ummah di Malaysia ini tidak pernah berubah. Kegembiraan saya tidak terbendung lagi di saat mengenangkan bagaimana agama Islam di Malaysia ini semakin berani diinjak-injak oleh bangsa lain, apatah lagi ia turut didokong oleh kepimpinan beberapa orang Islam sendiri.

Untuk makluman ustaz juga, saya merupakan penyokong kuat parti pas dan merupakan pemimpin di sebuah cawangan pas di negeri Melaka. Untuk pengetahuan ustaz juga, saya telah menjadi ahli pas semenjak usia saya mencapai had boleh mengundi dan sehingga sekarang saya kirakan sudah hampir 30 tahun saya berjuang di dalam pas.

Banyak perkara susah senang yang telah saya lihat sepanjang penglibatan saya selaku ahli pas. Jatuh bangun dalam parti perkara biasa. Saya juga telah melepaskan jawatan di dalam perkhidmatan awam demi memperjuangkan agenda parti. Susah senang saya tanggung di dokong oleh sokongan anak dan isteri serta beberapa kawan.

Namun tiada perkara yag boleh menggoyahkan sokongan saya sehingga lah beberapa perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Tidak pernah saya merasakan kesedihan dan kekesalan teramat sangat namun sekarang segalanya telah jelas untuk saya mengambil tindakan untuk berubah.

Pertamanya bila saya melihat nasib seorang pejuang Islam yang tulen seperti YB Dr Hassan Ali yang disingkir apa bila cuba mempertahankan akidah umat Islam di Selangor. Saya sering terbayangkan sekiranya jika Dr Hassan Ali tidak membuat pendedahan itu, apa akan jadi pada anak cucu kita. Pada mulanya saya mengagak pasti kepimpinan pas tertinggi akan menyelidik dan membela Dr Hassan Ali demi akidah, namun perkara yang memeranjatkan pulak berlaku.

Betapa lemahnya iman kita untuk mempertahan saudara kita padahal dia berjuang di jalan Allah. Kepimpinan pas pusat mengambil keputusan memecat beliau tanpa pembelaan demi memenuhi tuntutan sahabat politik kita, dap. Ya Allah Ya Tuhanku, malunya hamba mu ini utuk mengadap kamu nanti.

Keduanya bila perkembangan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, yang bergelar ustaz dan ulama (jijik dan tak sanggup saya tulis namanya di sini), di mana maruahnya di kahak dan diludah oleh manusia bernama karpal singh. Saya sering memikirkan mengapakah beliau sanggup membela insan harbi sedemikian sehingga sanggup menipu dan berbohong di hadapan jutaan ummat Islam lain kononnya dap telah bersetuju untuk melaksanakan hudud.

Ustaz bayangkan perasaan saya tatkala putera saya yang telah saya didik untuk menyambung perjuangan saya kini yang menjadi pemuda pas berasa malu akan tindakan ketuanya itu. Dia bertanyakan kepada saya, benarkah apa yang kita perjuangkan selama ini wahai ayah? Tak terjawab saya.

Sebenarnya ustaz banyak lagi perkara yang berlaku membuatkan saya sering berfikir dan bermuhasabah akan kebenaran perjuangan parti ini. Lepas menyaksikan seorang demi seorang ulama tersingkir dan kedegilan tuan guru nik aziz sendiri membela ulama, saya semakin bercelaru.

Terkini saya mengikuti rapat perkembangan mengenai ustaz. Saya setakat ini masih lagi ahli pas namun sekiranya ustaz turut tersingkir atau ustaz keluar, percayalah saya akan mengikuti jejak langkah ustaz bersama keluarga dan rakan-rakan.

Sebenarnya mereka semua sudah lama hilang semangat dan kepercayaan terhadap perjuangan pas ini namun saya lah yang sering memujuk mereka untuk bersabar. Namun kini kesabaran saya sendiri hilang disebabkan hilangnya kepercayaan terhadap kepimpinan pusat yang melebihkan politik dan putrajaya sehingga menggadaikan agama Islam itu sendiri.

Apa pun saya ucapkan ribuan terima kasih sekiranya ustaz dapat meluangkan masa membaca warkah saya ini. Percaya lah semangat memperjuangkan Islam tidak pernah luntur di hati saya namun nampaknya peluang untuk memperjuangkan Islam di dalam pas semakin kelam, dan saya percaya pasti ada sisi lain atau pihak lain yang lebih ikhlas memperjuangkan Islam dan perpaduan ummah berbanding pas.

Sehingga ini saja sempat saya catatkan untuk ustaz. Saya juga berdoa agar Allah menetapkan hati ustaz dan hati saya sekeluarga juga agar tidak terpaling ke arah godaan duniawi dan godaan musuh Islam iaitu dap.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Asalammualaikum.
 
 
 
Kongsikan....!!!!