PENGARAH FILEM HINA NABI MENANGIS MOHON KEAMPUNAN ALLAH
Pengarah filem hina Nabi menitis air mata semasa haji
Arnold Van Doorn, bekas penerbit filem yang menghina Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam menjadi tetamu Allah menunaikan kewajiban
haji pada tahun ini, air matanya tidak henti-henti saat tiba di Mekah.
Dia mencari saat yang paling bahagia ketika ini. Van Doorn akan
menghasilkan filem yang bertentangan dengan filemnya yang terdahulu
bertajuk Sayyidul Basyar (Penguhulu Manusia).
Melalui kenyataan
kepada harian Saudi Okaz, dia mencari apa yang dia cita-citakan dalam
Islam. Dia mengingatkan masa lalunya yang memerangi Islam dan seperti
orang yang menangkap angin. Dia datang ke baitullah untuk meminta ampun
dan meminta kepada Allah untuk menghapuskan kesalahannya di masa lalu.
Setelah kepulangannya dari haji, dia bertekad berkhidmat untuk Islam
dan muslimin dengan mengerjakan suatu projek besar pembuatan filem yang
menggambarkan Nabi adalah Nabi yang rahmat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan