Sabtu, 23 Jun 2012

MESTI BACA,DIALOG MELAYU MALAYSIA DAN MELAYU SINGAPORE...!!




Pada satu hari, seorang Melayu Malaysia (MM) mengunjungi rumah saudaranya, seorang Melayu Singapore(MS). Maka berbual la mereka dengan pelbagai cerita disebabkan lama dah tak berjumpa sehingga lewat malam. 

Si MS ni asyik lah menceritakan kehebatan negaranya dan memperkecilkan malaysia. Sehingga lah ke topik pembangunan negara singapore dan malaysia. 

MM : cantik betul singapore ni, bersih dan indah. pembangunan nya juga hebat.

MS : mestilah beb. inikan singapore. malaysia pun makin maju tapi tu lah..sana masih lagi kotor ya.

MM : Malaysia sekarang dalam proses transformasi. insyallah banyak perubahannya nanti.

MS : Tengok singapore. hampir setiap 2 km ada sekolah. Malaysia dah tentu belom semaju itu kan?

MM : (hati dia dah makin panas..melampau dah MS sorang ni) betul tu..itu pun malaysia masih  melakukan cara lama dengan pendekatan moden.

MS : Cara lama?? kono sangat la malaysia ni. macam mana nak jadi negara maju.

MM : Iya la..cara lama..sebab di sekolah2 di malaysia di bawah pentadbiran kerajaan masih diajarkan dengan mata pelajaran agama islam. Menjadi negara maju tak semesti melupakan agama. Singapore bagaimana??

MS : Er...

MM : Meskipun di malaysia pembangunan tak selaju singapore namun hampir setiap 1 km pasti ada masjid atau surau untuk umat islam beribadat. Singapore pula bagaimana ye??

MS : Er...

MM : Walaupun mengejar kemajuan seperti singapore, di malaysia masih bebas untuk melaungkan seruan azan. Bagaimana pula dengan Singapore?

MS : Eh..mengantuk pulak mata ni..esok kerja..saya masuk tidor dulu lah..

MM : Jangan ambil hatinya saudara..

* moral dari kisah ini..

- sepatutnya kita pertahan negara kita apa bila dicerca, bukan kita yang mencerca negara sendiri bila berada di luar negara.

- berani ke anda memberi peluang kepada sebuah parti yang berpaksikan singapore untuk mentadbir negara ini??

fikirkan sendiri...

Kisah ini diceritakan oleh seorang sahabat aloqlaloq yang baru balik dari singapore..

Sumber : aloqlaloq



Tiada ulasan:

Catat Ulasan